16 September 2012

Working life ツ

Assalamualaikum..ada orang ke tidak? eh ada rupanya..huu, maaflah lama tak berupdate blog ni, rasanya lama-lama memang jadi blog usang and blog tinggal lah jawabnya kan, busy kerja ke sampai tak update blog? kata nak update masa 1st day at work kan? jawabnya, bukanlah busy mana, cuma..hmmm..MALAS..hoho...

Dek kerana esok cuti ganti hari Malaysia, dapatlah aku balik rumah cuti 3 hari kan, lepas start kerja ni mana ada lagi nak cuti sesuka hati ke, nak balik sesuka hati ke macam zaman belajar dulu. macam yang aku mention kat entry2 yang lepas, aku sudah pun dapat tawaran kerja..walaupun bukan selayaknya dengan qualification aku, aku terima.. yelah, nak tunggu dapat kerja yang setaraf dengan qualification aku ni pun, aku tak tahu bila, so terima jelah kerja ni dulu..cari pengalaman.. dari menganggur, dapatlah juga gaji kan kalau bekerja ni..hehe
Okay, pic kat atas ni, tempat aku bekerja...company ni agak besar sebenarnya, tapi..aku dapat ambil few pic je..masa kerja susah sikitlah nak pegang hp..huu..nak tahu detail about this company..sila tanya encik google ye..hehe..i malas nak cerita ;)

Okay, aku berterus teranglah ye, aku bekerja sebagai lab tecnician je..ye hanya standard diploma walaupun aku ada degree, but again...for experiences. aku ditugaskan di microbiology lab, dan untuk minggu pertama kerja ni, aku masih training lagi, dalam lab ni banyak dipecahkan kepada beberapa lab kecil lagi, minggu ni aku ditempatkan di preparation room. secara analoginya nak buat korang faham, ibarat sediakan bahan2 untuk memasak la..korang kena potong bawang dulu, sayur n sebagainya lah, baru boleh start memasak kan..so kat preparation room ni, aku belajar sediakan media untuk run test and sample, bagi aku tak ada masalah sangatlah, sebabnya masa buat final year project dulu, aku pun sediakan media sendiri..so~ momantai la..hehe

Disebabkan company ni produce product makanan seperti cramer, susu and sebagainya, hygiene atau kebersihan memang dititiberatkan..aku ada uniform sendiri woo..namanya gak kerja kilang kan..huu.tapi depends pada pangkat seseoranglah baju tu, kat sini semua pekerja kena pakai uniform kecuali yang kerja dalam pejabat je, itupun kalau diorang nak turun ke production diorang kena pakai lab coat, mask, hairnet and safety boots..so sama je labih kurang..

Aku punya pakai uniform warna putih..rasa macam nurse plak..haha, cuma tak adalah uniform cutting nurse kan..hehe..tapi dek kerana aku kerja di microbiology lab, kitorang kena lagi double hygiene..kena sarung lagi 1 uniform yang macam korang boleh tengok kat pic atas ni..leceh wooo..nak gi toilet memang lecehla..dahlah tempat kerja aku ni ter isolate sikit dari tempat yang lain (pic tengah). yelah kan, bila kita sebut pasal mirobiology, maksudnya benda2 yang kita tak nampak, so kena berhati2 lah..biohazard chemical ada di mana-mana sahaja, sebab tu lab ni jauh sikit dari orang lain, and sebab tu jugaklah aku kena pakai double uniform..untuk protection lah katakan

Dah double uniform pun, dah namanya juga masuk lab yang ada macam2 microbe kan, akhiranya apa lagi aku kena sakit demam, batuk and selesema la..ni pun masih tak baik lagi..biasalah baru mula2 kerja kat tempat baru kan, sistem immune badan baru nak kenal tempat baru..hehe..tapi rasanya lama2 ok kot..insyallah

Argghhh..panjang kan aku membebel kat sini..hehe..letih gak menaip ni..hehe, maklumlah dah lama tak ada assignment macam zaman belajar dulu, so bila buat entry ni, rasa menaip sekejap pun macam dah lama, menaip sikit pun rasanya macam berjela2..hehe

Ok, cukup kan untuk entry kali ni..cukuppppp panjanggggg bukan? hee..ok dah..till next entry..assalamualaikum again


p/s: kepada awak yang banyak menolongk saya sepanjang saya mula kerja ni..terima kasih bebanyak ye..hanya Allah yang mampu membalas jasamu


0 146 pencinta hijau jua:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...