16 September 2012

Working life ツ

Assalamualaikum..ada orang ke tidak? eh ada rupanya..huu, maaflah lama tak berupdate blog ni, rasanya lama-lama memang jadi blog usang and blog tinggal lah jawabnya kan, busy kerja ke sampai tak update blog? kata nak update masa 1st day at work kan? jawabnya, bukanlah busy mana, cuma..hmmm..MALAS..hoho...

Dek kerana esok cuti ganti hari Malaysia, dapatlah aku balik rumah cuti 3 hari kan, lepas start kerja ni mana ada lagi nak cuti sesuka hati ke, nak balik sesuka hati ke macam zaman belajar dulu. macam yang aku mention kat entry2 yang lepas, aku sudah pun dapat tawaran kerja..walaupun bukan selayaknya dengan qualification aku, aku terima.. yelah, nak tunggu dapat kerja yang setaraf dengan qualification aku ni pun, aku tak tahu bila, so terima jelah kerja ni dulu..cari pengalaman.. dari menganggur, dapatlah juga gaji kan kalau bekerja ni..hehe
Okay, pic kat atas ni, tempat aku bekerja...company ni agak besar sebenarnya, tapi..aku dapat ambil few pic je..masa kerja susah sikitlah nak pegang hp..huu..nak tahu detail about this company..sila tanya encik google ye..hehe..i malas nak cerita ;)

Okay, aku berterus teranglah ye, aku bekerja sebagai lab tecnician je..ye hanya standard diploma walaupun aku ada degree, but again...for experiences. aku ditugaskan di microbiology lab, dan untuk minggu pertama kerja ni, aku masih training lagi, dalam lab ni banyak dipecahkan kepada beberapa lab kecil lagi, minggu ni aku ditempatkan di preparation room. secara analoginya nak buat korang faham, ibarat sediakan bahan2 untuk memasak la..korang kena potong bawang dulu, sayur n sebagainya lah, baru boleh start memasak kan..so kat preparation room ni, aku belajar sediakan media untuk run test and sample, bagi aku tak ada masalah sangatlah, sebabnya masa buat final year project dulu, aku pun sediakan media sendiri..so~ momantai la..hehe

Disebabkan company ni produce product makanan seperti cramer, susu and sebagainya, hygiene atau kebersihan memang dititiberatkan..aku ada uniform sendiri woo..namanya gak kerja kilang kan..huu.tapi depends pada pangkat seseoranglah baju tu, kat sini semua pekerja kena pakai uniform kecuali yang kerja dalam pejabat je, itupun kalau diorang nak turun ke production diorang kena pakai lab coat, mask, hairnet and safety boots..so sama je labih kurang..

Aku punya pakai uniform warna putih..rasa macam nurse plak..haha, cuma tak adalah uniform cutting nurse kan..hehe..tapi dek kerana aku kerja di microbiology lab, kitorang kena lagi double hygiene..kena sarung lagi 1 uniform yang macam korang boleh tengok kat pic atas ni..leceh wooo..nak gi toilet memang lecehla..dahlah tempat kerja aku ni ter isolate sikit dari tempat yang lain (pic tengah). yelah kan, bila kita sebut pasal mirobiology, maksudnya benda2 yang kita tak nampak, so kena berhati2 lah..biohazard chemical ada di mana-mana sahaja, sebab tu lab ni jauh sikit dari orang lain, and sebab tu jugaklah aku kena pakai double uniform..untuk protection lah katakan

Dah double uniform pun, dah namanya juga masuk lab yang ada macam2 microbe kan, akhiranya apa lagi aku kena sakit demam, batuk and selesema la..ni pun masih tak baik lagi..biasalah baru mula2 kerja kat tempat baru kan, sistem immune badan baru nak kenal tempat baru..hehe..tapi rasanya lama2 ok kot..insyallah

Argghhh..panjang kan aku membebel kat sini..hehe..letih gak menaip ni..hehe, maklumlah dah lama tak ada assignment macam zaman belajar dulu, so bila buat entry ni, rasa menaip sekejap pun macam dah lama, menaip sikit pun rasanya macam berjela2..hehe

Ok, cukup kan untuk entry kali ni..cukuppppp panjanggggg bukan? hee..ok dah..till next entry..assalamualaikum again


p/s: kepada awak yang banyak menolongk saya sepanjang saya mula kerja ni..terima kasih bebanyak ye..hanya Allah yang mampu membalas jasamu


04 September 2012

Dah ready ke?


Assalamualaikum..eh hari ni raya ke berapa ek? aku memang tak kira la raya ke berapa pun..huu..tak kisahlah..raya ke tak ke, tak banyak beza sangat pun bagi aku..cuma~ aku rindukan ramadan ツ  kenapa? hmm mungkin sebab aku rasa dekat je dengan Allah pada bulan ramadan tu, tak sama dengan bulan-bulan yang lain..ke perasaan aku je ek? hohohoo~

ok, lupakan yang tu, mengenai tajuk entry aku ni, lama kan aku tak update... gambar2 raya ada je, tapi aku rasa tak perlulah kot..biasa2 je, kan aku dah cakap kat entry yang dulu, raya kali ini hanya biasa2 sahaja..haaa~ kan tak tersasar lagi tujuan sebenar...korang nilah raya..raya..tak habis lagi kan..haha~

aku nak cerita pasal kerja sebenarnya ni haa...dah ready ke? itu persoalannya..alhamdulilah, rezeki di bulan syawal ni, aku dah dapat tawaran kerja..kerja biasa2 je..nak tahu kerja apa? baca 2 entry sebelum ni..salah satu interview yang aku pergi tulah aku dapat job nya..tapi sayangnya, gaji yang diberi hanyalah gaji standard diploma dan bukannya standard ijazah.. tapi dek pandangan kawan2 dan family, aku terima je untuk pengalaman dulu katanya..mana tau lepas ni ada rezeki lain untukku yang bersesuaian dengan kelulusan aku kan..insyallah

jadinya..aku akan jadi macam ni ke masa 1st day aku nanti?

ataupun tak ek? haha...harap2 taklah..aku sepatutnya start kerja hari isnin, tapi dek kerana result medical checkup aku lambat keluar, jadinya lambatlah masuk kerja...insyallah hari khamis ni aku akan mula bekerja..ready ke tak..balun jelah kan..hehe..insyallah akan ok2 sahaja ツ 

ok tu je nak cerita..kalau rajin and ter excited nak cerita pengalaman aku masa 1st day at work, nanti aku update la ea..hehe


psst..banyak betul dugaan aku nak mula kerja ni, transport la..tempat tinggal lah..n macam2 lagilah..tapi alhamdulilah..ada yang sudi membantu aku...terima kasih awak..kita kawan dunia akhirat ea ea..insyallah.ツ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...