06 August 2012

Monday Blues: Hati untuk dijual


Assalamualaikum..Monday blues kembali lagi..yeah!
First of all, baca cerpen ini dulu okeh



Dah baca? faham cerita ni? Bagussss~ the reason why aku chose cerita ni mungkin ada kena mengena sikit dengan diri aku, mungkin juga ada kena mengena dengan korang kan? 

Setiap manusia di muka bumi ini menginginkan hidup berpasang-pasangan. sebab itulah lelaki dan perempuan diciptakan di muka dunia ini. Allah itu Maha Adil. cepat atau lambat sahaja persoalannya.

Percayalah JODOH itu rahsia ALLAH

Ada antara kita yang bertuah, cinta pertama itu adalah cinta sejati yang membawa ke alam pernikahan...Ada juga yang terpaksa bercinta...putus, bercinta lagi dan berulang kali mengalami kekecewaan dan akhirnya barulah menemui cinta sejati yang akan membawa ke alam pernikahan. banyak fasa yang harus dilalui...Kerap kali kekecewaan melanda diri, kerap kali air mata menitis kerana kesedihan dan kekecewaan

Mengapa ini semua terjadi?

Setiap yang berlaku ada hikmahnya.. percayalah..Allah itu Maha Adil lagi Maha Pengasih.Ada ketikanya kita berfikir Allah itu tidak adil pada kita kerana merasakan hanya kita yang selalu diuji..sedangkan pada hakikatnya...
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui". (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Terkadang Allah temukan kita dengan orang yang salah sebelum kita bertemu dengan 'DIA' yang telah termaktub menjadi jodoh kita sejak kita berumur 4 bulan lagi dalam kandungan ibu.

Jadi apa yang harus kita lakukan?

Allah s.w.t berfirman:
"Dan sungguh Kami berikan cubaan kepada kamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar". (Al-Baqarah(2):154)
Dalam ayat lain Allah s.w.t berfirman:

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaan kamu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan". (Asy Syarh:5-6)
keyword yang paling yang paling penting di sini ialah  SABAR  dan percayalah atas segala qada' dan qadar yang ditetapkan oleh Allah. Iman adalah asas kebahagian. Sekian.


Ehem..cik greeny pun nak buat iklan yang sama jugaklah..HATI untuk dijual! BEST OFFER! no REFUNDS after purchase. Harga: Kasih sayang yang tak terhingga (tak boleh dirunding). *wink

p/s: salam nuzul Al-Quran

0 146 pencinta hijau jua:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...