20 August 2012

Eh raya ea?

Assalamualaikum..alhamdulilah, hari ini 2 syawal...sebulan sudah kita menjalani bulan ramadan, kini tiba bulan syawal untuk kita meraikannya 

Amacam ramadan yang lalu? banyak amalan ibadah yang kita buat? sembahyang terawikh cukup? mengaji Al-Quran berapa page sehari? harap-harapnya, walaupun tak banyak, ada jugalah amal ibadah yang kita lakukan..mana nak tahu, mungkin ini ramadan yang terakhir untuk kita kan..harap-harapnya, kita dipanjangkan umur untuk bertemu lagi ramadan pada tahun hadapan..insyallah

Rutin raya di rumah biasa sahaja..disambut secara sederhana sahaja..yang selalu memeriahkan suasana ialah dengan kehadiran budak2 di rumah..tahun ini diserikan lagi dengan kehadiran baby Amirah Nadiah, anak ketiga dari abang yang sulung..meriah rumah dengan gelagat si kecil ni :)

Bagi diri aku pula..raya ini juga raya yang biasa..tiada yang istimewanya..cukuplah sekadar dapat bersama mak dan adik beradik yang lain..perancangan untuk beraya dengan kawan2 pun belum tahu lagi..maklumlah kawan2 ramai yang masih belajar, so cuti raya tu sekejab je..aku ni je ha yang dah abis belajar..maklumlah 3 tahun je kan..hehe..buat masa sekarang masih dalam pencarian kerja..belum ada rezeki lagi..mungkin nanti..harap-harapnya =)


Ini saya nak mak saya serta baju raya yang diimport khas dari kota mekah semasa mak mengerjakan umrah pada bulan 5 yang lalu..terima kasih mak!

ok, izinkan aku tukar ganti nama pula kepada saya..ehem..nak wish selamat hari raya kena guna bahasa sopan sikit ni ;p

Dengan ini, saya Azura binti Wargiron mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua kenalan saya dari saya kecil sehinggalah berumur 22 tahun ini, jika ada salah dan silap sama ada sengaja ataupun tidak sengaja, diharap maafkanlah..Semoga Allah merahmati saya dan anda semua di bulan Syawal yang mulia ini, Insyallah

Last but not least, hmm apa ek...nak tulis apa tadi ye..lupa pula..hehe..hah dah ingat! buat kawan2 yang belum abis belaja lagi kat upm tu..nanti aku konvo jangan lupa datang tau..hehe tetiba =p..again, Selamat Hari Raya semua! 


0 146 pencinta hijau jua:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...