20 August 2012

Eh raya ea?

Assalamualaikum..alhamdulilah, hari ini 2 syawal...sebulan sudah kita menjalani bulan ramadan, kini tiba bulan syawal untuk kita meraikannya 

Amacam ramadan yang lalu? banyak amalan ibadah yang kita buat? sembahyang terawikh cukup? mengaji Al-Quran berapa page sehari? harap-harapnya, walaupun tak banyak, ada jugalah amal ibadah yang kita lakukan..mana nak tahu, mungkin ini ramadan yang terakhir untuk kita kan..harap-harapnya, kita dipanjangkan umur untuk bertemu lagi ramadan pada tahun hadapan..insyallah

Rutin raya di rumah biasa sahaja..disambut secara sederhana sahaja..yang selalu memeriahkan suasana ialah dengan kehadiran budak2 di rumah..tahun ini diserikan lagi dengan kehadiran baby Amirah Nadiah, anak ketiga dari abang yang sulung..meriah rumah dengan gelagat si kecil ni :)

Bagi diri aku pula..raya ini juga raya yang biasa..tiada yang istimewanya..cukuplah sekadar dapat bersama mak dan adik beradik yang lain..perancangan untuk beraya dengan kawan2 pun belum tahu lagi..maklumlah kawan2 ramai yang masih belajar, so cuti raya tu sekejab je..aku ni je ha yang dah abis belajar..maklumlah 3 tahun je kan..hehe..buat masa sekarang masih dalam pencarian kerja..belum ada rezeki lagi..mungkin nanti..harap-harapnya =)


Ini saya nak mak saya serta baju raya yang diimport khas dari kota mekah semasa mak mengerjakan umrah pada bulan 5 yang lalu..terima kasih mak!

ok, izinkan aku tukar ganti nama pula kepada saya..ehem..nak wish selamat hari raya kena guna bahasa sopan sikit ni ;p

Dengan ini, saya Azura binti Wargiron mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua kenalan saya dari saya kecil sehinggalah berumur 22 tahun ini, jika ada salah dan silap sama ada sengaja ataupun tidak sengaja, diharap maafkanlah..Semoga Allah merahmati saya dan anda semua di bulan Syawal yang mulia ini, Insyallah

Last but not least, hmm apa ek...nak tulis apa tadi ye..lupa pula..hehe..hah dah ingat! buat kawan2 yang belum abis belaja lagi kat upm tu..nanti aku konvo jangan lupa datang tau..hehe tetiba =p..again, Selamat Hari Raya semua! 


10 August 2012

Interviewed

  Assalamualaikum..cik Azura apakah perasaan anda setelah di interview?
 Errr...no comment

Perghh..bajet retis je kan..hehe..Alhamdullilah, hari ni aku ada 2 sesi interview..di sebelah pagi untuk position Sales executive (AmBank) dan di sebelah petang pula untuk position Lab technician (Kerry Ingredients Sdn. Bhd) 

Aku takde nak comment apa-apa sangatlah tentang interview ni, aku buat macam biasa je, sebabnya..aku memang ok je kalau dengan strangers..nak tahu kenapa? sebabnya kalau pun aku tersalah cakap ke, tergeliat ke bahasa omputih aku tuh, paling2 kalau aku tak dapat job tu, tak adalah aku jumpa diorang lagi kan, so habis cerita di situ..hehe

Untuk position Sales executive tu, aku boleh cakap memang lumayan la, cuma kena banyak keluar jumpa customer, dah namanya gak sales kan, and untuk Lab technician tu, sebenarnya yang lebih sesuai untuk position tu ialah microbiologist, walhal aku ni biotechnologist. takpelah..saje je mencuba kan..tapi interviewer tadi yang merupakan microbiologist kat situ, dia cakap dia suka aku..hehe..ada chance kot :)

Aku reda and pasrah je..aku tahu rezeki tu ada, cuma kat mana and bila je aku tak tahu..sooner or later dapat tahu juga kan..oh GOD I'm waiting.

ok, tu je nak cerita..tat titi tutu 


p/s: hari ini panas u'olz, I ni rabun silau,,tu yang berkaca mata tu..hehe

06 August 2012

Monday Blues: Hati untuk dijual


Assalamualaikum..Monday blues kembali lagi..yeah!
First of all, baca cerpen ini dulu okeh



Dah baca? faham cerita ni? Bagussss~ the reason why aku chose cerita ni mungkin ada kena mengena sikit dengan diri aku, mungkin juga ada kena mengena dengan korang kan? 

Setiap manusia di muka bumi ini menginginkan hidup berpasang-pasangan. sebab itulah lelaki dan perempuan diciptakan di muka dunia ini. Allah itu Maha Adil. cepat atau lambat sahaja persoalannya.

Percayalah JODOH itu rahsia ALLAH

Ada antara kita yang bertuah, cinta pertama itu adalah cinta sejati yang membawa ke alam pernikahan...Ada juga yang terpaksa bercinta...putus, bercinta lagi dan berulang kali mengalami kekecewaan dan akhirnya barulah menemui cinta sejati yang akan membawa ke alam pernikahan. banyak fasa yang harus dilalui...Kerap kali kekecewaan melanda diri, kerap kali air mata menitis kerana kesedihan dan kekecewaan

Mengapa ini semua terjadi?

Setiap yang berlaku ada hikmahnya.. percayalah..Allah itu Maha Adil lagi Maha Pengasih.Ada ketikanya kita berfikir Allah itu tidak adil pada kita kerana merasakan hanya kita yang selalu diuji..sedangkan pada hakikatnya...
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui". (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Terkadang Allah temukan kita dengan orang yang salah sebelum kita bertemu dengan 'DIA' yang telah termaktub menjadi jodoh kita sejak kita berumur 4 bulan lagi dalam kandungan ibu.

Jadi apa yang harus kita lakukan?

Allah s.w.t berfirman:
"Dan sungguh Kami berikan cubaan kepada kamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar". (Al-Baqarah(2):154)
Dalam ayat lain Allah s.w.t berfirman:

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaan kamu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan". (Asy Syarh:5-6)
keyword yang paling yang paling penting di sini ialah  SABAR  dan percayalah atas segala qada' dan qadar yang ditetapkan oleh Allah. Iman adalah asas kebahagian. Sekian.


Ehem..cik greeny pun nak buat iklan yang sama jugaklah..HATI untuk dijual! BEST OFFER! no REFUNDS after purchase. Harga: Kasih sayang yang tak terhingga (tak boleh dirunding). *wink

p/s: salam nuzul Al-Quran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...