31 May 2012

It's the end of May


Assalamualaikum

Alhamdulilah, thesis tahun akhir aku dah siap di peringkat yang pertama. ni baru draf, perlu dinilai oleh penyelia dulu. bulan 7 nanti, baru betul bukukan guna hard cover warna hijau. macam-macam dugaan dan rintangan untuk menyiapkan thesis yang tak sampai 50 page pun..huu..tapi at the end, siap juga. Terima kasih Allah


di saat ini, mak masih berada di mekah mengerjakan umrah. semoga dipermudahkan urusan ibadah mak di sana, insyallah.

esok adalah kelas terakhir untuk sem ni, minggu depan tinggal VIVA dan presentation final year project. semoga dipermudahkan juga urusannya, btw, VIVA ni lebih kurang interview la.

Lepas habis presentation, insyallah balik johor sekejap, then struggle pula untuk final exam. sekali lagi, semoga dipermudahkan urusannya

Lepas habis final exam, merdeka lah aku daripada 3 tahun belajar di UPM ni dan tunggu untuk bergraduat bulan 10 pula nanti

Bermula lah episod mencari kerja pula..dan lagi semoga dipermudahkan urusannya

SEKIAN.

19 May 2012

Tak ada niat pun...

Assalamualaikum..hari ni hari apa? sabtu? ok fine..tinggal berapa minggu je nak habis belajar. asignment, thesis, presentation jangan tanya, jawapannya sudah tentu belum siap..hoho. lama tak update blog kan..ok saya malas, sekian. nak siapkan thesis apa semua bagai pun malas ni kan pula nak update blog..hoho. 

ok apa yang tak ada niat ni pulak ea? ok aku tak ada niat pun nak buat korang membebel marah kat aku sebab aku melalut banyak kat entry ni, so balik ke topik asal, hari jumaat bersamaan hari semalam, aku tak ada niat pun nak keluar g jejalan. tetiba je ter'keluar'..hehe. motif? sebabnya si sham ni nak p makan kat chicken rice shop. aku pun dok nyampuk nak g kluar sekali. then ter'keluar'lah kami berempat..hehe. ok sham yg pakai tudung hitam kat 1st pic ni ye



motifnya nak makan je pun..haha, selebihnya just cuci mata jejalan kat MINES je, plus siap masuk courts lagi, bajet macam nak shopping barang untuk rumah plak lah kan..haha, kata sue survey2 dulu sebelum kawin..haha. sue dok sebelah sham tu tau

makan-makan..oh kenyang perut..penuh table dengan segala macam makanan. setiap set lebih kurang rm16.50 termasuk tax..oohhh so worth it!


The chicken rice shop~ bukan sekadar nasi ayam...ok tu je..tata

05 May 2012

2 tahun sudah


Pejam celik pejam celik dua tahun sudah berlalu engkau pergi meninggalkan kami

Rindu...

Sungguh aku rindu

Ya allah sampaikan salamku padanya

Abah...

Moga engkau tenang di alam sana

Al-fatihah

01 May 2012

Here come May! bye bye April


Assalamualaikum

First off all, selamat hari pekerja bagi mereka-mereka yang bernama pekerja okay..apa macam cuti hari ni buat apa je?

anyone miss me? no huh? ok, takpe, sejak menjak ni memang lamaaaaaaa tak update blog kan. seriusly aku busy..busy sangatlah kan..huhu..ok betul la, tak tipu ni. projek tahun akhir aku alhamdulilah dah siap minggu lepas, kalau ikutkan ada sambungan lagi, tapi nasib baik chemical tu tak ada kat lab, so tak payah buat..fuh! memang lega sangat. tapi sekarang ni thesis writing in progress. sebab tu lamaaaa sangat tak update blog. nak blogwalking memang dah taklah kan.

bulan may merupakan bulan yang agak emo sikit bagi aku..sebabnya? yang pertama sebab 5/5 ni ulang tahun kelahiran mak aku yang ke 62, sepatutnya happy lah kan, tapi bagi mereka yang tak tahu, 5/5 juga adalah hari di mana abah aku menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 2010 yang lalu.

takpelah, no need to mention the past right? minggu ni adalah minggu test, dan seterusnya buat thesis lagi..baru- baru je mula, kelam kabut dibuatnya..tension? kadang2 lah..apa-apa pun aku buat je apa yang termampu

kehidupan aku sebagai pelajar akan berakhir dalam masa 2 bulan ni..trust me, time sure does fly away without you notice it..

ok, back to study. tata titi tutu


p/s: memang takde point kn entry ni? pengaruh ayat buat thesis la ni..adoiii



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...