28 February 2012

Final year project

Assalamualaikum

kalau yang mengenali diri ini ataupun yang pernah membaca entry2 posted sebelum ni dah maklumlah kan yang bahawasanya aku kini pelajar tahun akhir jurusan sains bioteknologi di UPM, a.k.a sem 6 sudaaa. jadinya aku sudah pun dapat tajuk untuk FYP aku secara roughly lah. nak tau tak? nak tak nak aku nak cerita juga, nak tak nak korang kena baca juga..hehe

tau ni apa?
bukan kebun kelapa sawit aku pastinya


yang ni pula tahu?
cendawan?
emm cuba teka lagi ;)

sudahlah kau cik greeny wooii..direct cerita sudaaa..iyelah nak cerita la ni, ok sebenarnya FYP aku ni akan melibatkan pokok kelapa sawit macam 1st pic tu and sejenis fungus yang bernama Ganoderma zonatum  yang rupa dia kat 2nd pic tuh. tapi tak adalah guna pokok kelapa sawit yang dah besar tu haa, kitorang akan guna yang umur 3 bulan and akan infect fungus ni kat akar pokok kelapa sawit tu. korang faham tak?

sebenarnya nak kaji sama ada fungus a.k.a cendawan ni boleh menyebabkan penyakit pada pokok kelapa sawit ni atau tak. so, kiranya final sem ni aku and lagi 2 orang kawan aku yang buat project ni jadi doktor pokok lah hehe. nak cerita detail pun tak boleh lagi, sebabnya kitorang masih dalam stage awal lagi, belum proceed lagi sampai ketahap infection bagai ni. insyallah kalau terajin boleh update progress FYP aku kat blog ni..emm tetiba rasa takut pula nak start project ni..takut tak jadi and kena repeat lagi..huhu..doakan saya ye ✌ 

korang2 yang kat luar sana kalau dah final year gak, mesti dah start FYP gak kan..project korang apa ye..cecite


p/s: dengar cerita adnan sempit 2 terbaik! korang dah tengok ke? aku minggu ni kot..jom merempit tengok adnan sempit 2!

0 146 pencinta hijau jua:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...