29 February 2012

Wordless Wednesday #9: Seni mungkin?


p/s: what do you think? crazy enough?

28 February 2012

Final year project

Assalamualaikum

kalau yang mengenali diri ini ataupun yang pernah membaca entry2 posted sebelum ni dah maklumlah kan yang bahawasanya aku kini pelajar tahun akhir jurusan sains bioteknologi di UPM, a.k.a sem 6 sudaaa. jadinya aku sudah pun dapat tajuk untuk FYP aku secara roughly lah. nak tau tak? nak tak nak aku nak cerita juga, nak tak nak korang kena baca juga..hehe

tau ni apa?
bukan kebun kelapa sawit aku pastinya


yang ni pula tahu?
cendawan?
emm cuba teka lagi ;)

sudahlah kau cik greeny wooii..direct cerita sudaaa..iyelah nak cerita la ni, ok sebenarnya FYP aku ni akan melibatkan pokok kelapa sawit macam 1st pic tu and sejenis fungus yang bernama Ganoderma zonatum  yang rupa dia kat 2nd pic tuh. tapi tak adalah guna pokok kelapa sawit yang dah besar tu haa, kitorang akan guna yang umur 3 bulan and akan infect fungus ni kat akar pokok kelapa sawit tu. korang faham tak?

sebenarnya nak kaji sama ada fungus a.k.a cendawan ni boleh menyebabkan penyakit pada pokok kelapa sawit ni atau tak. so, kiranya final sem ni aku and lagi 2 orang kawan aku yang buat project ni jadi doktor pokok lah hehe. nak cerita detail pun tak boleh lagi, sebabnya kitorang masih dalam stage awal lagi, belum proceed lagi sampai ketahap infection bagai ni. insyallah kalau terajin boleh update progress FYP aku kat blog ni..emm tetiba rasa takut pula nak start project ni..takut tak jadi and kena repeat lagi..huhu..doakan saya ye ✌ 

korang2 yang kat luar sana kalau dah final year gak, mesti dah start FYP gak kan..project korang apa ye..cecite


p/s: dengar cerita adnan sempit 2 terbaik! korang dah tengok ke? aku minggu ni kot..jom merempit tengok adnan sempit 2!

25 February 2012

You Being Beautiful #2: Beauty Boosters



Assalamualaikum and hello there, kita bertemu kembali dalam segmen You being beautiful..ececeh..hehe..padahal just ambil input dalam buku ni. okeh ni kira dah masuk part ke-2, lama kan baru aku nak sambung cerita pasal ni, maklumlah, aktiviti membaca kurang..hehe. nak baca yang part 1 KLIK SINI okeh ;)

ok dah ready? please open new tab for google translate 

today highlight for BEAUTY BOOSTERS
  • clothes with vertical lines to make you look taller and slimmer
  • dressing in one color, which gives the impression of one long vertical line(that is why the little black dress is so effectives)
  • dark neutrals, which have the ability to absorb light and recede into the background
  • these fabrics: crepe, silk, cashmere, knits, jersey, rayon, lycra, synthetics.
  • clothes with SPF protection
ok, ni kira DO for your beauty, tapi yang kat bawah ni pula BEAUTY BUSTERS, it means DON'T!
  • stiff, bulky fabrics, which will give you a boxy look
  • shiny fabrics, which will make you look bigger when light reflects off you
  • wearing dark on top and light on bottom; switch them
  • tan-through shirts, which have a loose weave that exposes your skin to more UV light
  • pleated pants, which emphasize your belly

ok done! basically, berdasarkan buku ni, cara nak nampak cantik ataupun nak mengelakkan diri daripada jadi fashion disaster lah, tapi sekarang ni aku tengok fashion atau trend kat malaysia more kepada warna2 yang bright. semakin banyak warna yang dia pakai kat badan dia semakin daring lah lebih kurang. sebenarnya tak kisah pun, asalkan cukup berani nak mempergayakan semua tu, tapi bagi aku sendiri, kena tengok keadaan, jenis pakaian, warna kulit, susuk tubuh seseorang tu jugak perlu diambil perhatian..kan3? kalau tak, jawabnya memang jadi mangsa fashon la dek kerana nak ikut sangat trend masa sekarang. ye dak? apa2 pun up to you guys! ni pendapat aku sahaja.

If good things are happening on the outside, then chances are they're happening on the inside too.
For your health, for your mind, for you to feel BEAUTIFUL

22 February 2012

Wordless Wednesday #8: Cat blended anyone?


p/s: agak2 sedap tak dia ni?

20 February 2012

Monday Blues: Membuatmu cinta padaku

salam 1Malaysia...apa perasaan korang bila kes macam ni terjadi?
*mungkin tak berapa nak sama lah kan dengan realiti sebenar


pernah tak terjadi pada korang semua ni apabila lelaki/perempuan meluahkan perasaan pada korang padahal korang tak ada langsung perasaan pada si dia?

pernah? so, apa yang korang buat? abaikan? buat tak tahu atau membalas balik perasaan si dia tu? 

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang
tersayang sehingga dia meninggal dunia , 
lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . 
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta
yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

mungkin ni yang dirasakan oleh si dia sebelum meluahkan perasaannya kepada korang. bagi aku sendiri aku ada 2 pendapat kat sini apa yang korang boleh buat.

Yang pertama.

jika korang sudah berpunya, maksudnya sudah ada BF/GF korang masing2, apa yang boleh korang lakukan ialah menolak si dia tu dengan cara yang baik dan bukan mengherdik atau buat muka jengkil kat diorang yang korang tu dah berpunya. tak baik tau macam tu. sekurang-kurangnya dia tahu yang korang betul2 dah berpunya dan tak mungkin untuk dia masuk dalam hati dan kehidupan korang tu. fair enoungh kan?


Yang kedua

jika korang masih single dan available, rasanya tak salah kalau korang ambil peluang untuk berkenalan dan mengenal hati budi si dia kan, manalah tahu maybe she/he is the one who meant for you..who knows right? kalaupun mungkin selepas korang berkenalan dan merasakan tak ada keserasian antara korang, katakan pada si dia and again tolak si dia dengan cara yang baik. sekurang kurangnya dia akan bersyukur sebab diberi kesempatan untuk kenal dan berkawan dengan korang. memberikan kebahagian kepada orang lain dapat pahala bukan?


Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu
dan bercinta dengan orang yang salah
sebelum bertemu dengan orang yang
tepat, kita harus mengerti bagaimana
berterima kasih atas kurniaan itu.

kesimpulannya, hargai seseorang yang pernah hadir dalam kehidupan korang. mungkin hari ni korang tolak dia tapi tup-tup di masa depan korang bersama dia. maknanya si dia berjaya "membuatmu cinta padaku" bukan?

nak effect lebih dramatik layan lagu teruslah dari ASBAK BAND, membutmu cinta padaku 
KLIK SINI



p/s: hari kuliah tak sampai 2 jam pun..hoho..setiap hari ada 1 kelas je

19 February 2012

Quick update

Assalamualaikum

cuti sem dah berakhir, sem baru akan mengambil alih, n ini adalah sem terakhir untuk pengajianku. betul2 final dah ni, tak ada lagi la selepas ni kecuali aku sambung master, tapi aku tak ada niat lagi ke arah tu, tengoklah nanti macam mana. so kat bawah ni jadual aku untuk sem 6 ni, jam kredit 15 je. memang nampak macam sedikit je, tapi masa yang selebihnya tu akan ditumpukan untuk final year project. 


klik untuk tumbesaran

honestly, aku takut bila dah masuk sem akhir ni, rasa macam cepat la pula masa berlalu, diam tak diam dah dekat 3 tahun pengajianku. aku takut untuk masuk ke alam pekerjaan, takut susah nak dapat kerja bila dah grad nanti, macam2 yang aku fikirkan sekarang ni. kalut!

YA ALLAH berilah aku kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi sem akhir ini, permudahkanlah urusan dan pembelajaranku. amin.



p/s: aku dah tukar template lagi, xdela green sgt, cuma aku suka sebab template ni soft colour, so aku tibai jelah..tapi..die xde button untuk older post kalau korang scroll bawah, so kalau nak tengok entry lain sama ada korang klik kat linkwithin ataupun dekat blog archieve tuh..segala kesulitan amat dikesali..hehe

08 February 2012

Wordless Wednesday #7: Apa tu?




p/s: fikir 2 kali tak sebelum mkn ni? sekali pandang macam apa daaa

04 February 2012

Mandi tak berapa nak manda


Assalamualaikum dan selamat petang semuanya
apa habaq? baik naaa



Lokasi: Gunung Lumut, Kluang johor
Motif: berfoya-foya (boleh? hehe)

lama kan aku tak update, hmm malas la..huhu..banyak cerita tapi malas nak menaip..huhu..ok lah aku baru je balik dari negeri sembilan beberapa hari yang lepas, tapi tak ada gambar la, kenduri biasa je kan..yang plan nak pergi pahang tak jadi lah..huhu..cuti memberku itu dibekukan, so tak dapatlah nak berfoya-foya di sana..hmm nak buat macam mana tak ada rezeki...ngidam aku nak ke cameron highlands bila lah nak tercapai ek..huhu

jadi ala-ala sebagai gantinya, aku saf, anis n bf dia pergi gunung lumut nak mandi manda la kononnya. tujuan sebenarnya nak temankan si anis tu pergi rumah bf dia jumpa mak dia, alang2 dah dekat dengan gunung lumut, so pakat pi la reramai la..hehe

ok ni anis..bf dia? sorry..not included here..=p

sedap kan si saf ni landing kat sini

kat sini pemandangan dia boleh tahanlah, ala-ala masa aku pergi sungai congkak dulu, tapi tu kat selangor la. 

banyak la jugak batu bata kat sini, abis kaki aku accident dengan batu2 ni..sakit tahu!

sebab tajuk entry ni MANDI TAK BERAPA NAK MANDA sebabnya, baru sejam lebih kot main2 air kat sini, hujan la pulak..emm so, kiranya mandi2 kucing la gitu..haha

*aku makin tembam semenjak cuti sem ni..makan tidur je..nilah hasilnya..hehe

si saf ni comel tau kalau tak pakai speak..wei ang tak reti2 nak pakai lens ke..hehe ;)


okay, apa lagi nak cerita ek..ni je kot..cerita biasa2 je kan..


haa! oh ya, sejak 2 menjak ni ramai betul orang2 yang aku kenal dah pun mendirikan masjid contohnya cikgu aku n juga kawan aku masa matrik dulu, tak lupa juga adik kepada kakak ipar aku, so aku wish semoga perkahwinan korang berkekalan sampai akhir hayat ye..aku? sat2 gi aku kawin la..hehe (perasan lebih) insyallah, sampai jodoh, kawinlah DOAKAN SAYA :)

p/s: salam maulidur rasul 1433h

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...