02 December 2012

Happy 22 ♥

Bismilahhirrahmanirahm. 
Alhamdulilah. Terima kasih Allah kerana masih beri aku kesempatan untuk bernafas sehingga hari ini. 22 tahun aku hidup di muka bumi ini dengan pinjaman nyawa dariMu. 

I must say, two is my lucky number this year. 

Syukur dengan rezeki yang Kau limpahkan kepadaku, syukur di atas kebahagiaan yang Kau ciptakan untukku. Syukur Kau hadirkan Dia dalam hidupku.

Terima Kasih Allah. I Love YOU

Me at age 22, Thanks Allah ♥

p/s: recent photo taken at work (microbiology lab)

02 November 2012

Manjakan diri?


Assalamualaikum..hai..hai..hai..ish dah masuk bulan November kan..dah berapa lama aku tinggalkan blog ni ek? malas nak ambil tahu.. yang aku tahu, semakin lama semakin malas nak menaip di sini, sebabnya , mungkin dah masuk alam pekerjaan, benda2 macam ni dah tak penting sangat kot. dulu masa belajar, banyaklah juga masa terluang, so bolehlah berblogging and blogwalking semua bagai tu..tapi kini, tidak lagi..haha~

Baru tak baru jugaklah, dah 2 kali aku terjatuh, yang pertama kali masa konvokesyen, tapi bukan jatuh kat atas stage okeh..haha~ dan yang keduanya jatuh di tempat kerja. jatuh terhentak lah lebih kurang.. aku abaikan je, dan natijahnya sekarang ni, badan aku sakit sana, sakit sini, tangan dan kaki pun sama. sakitnya kejab datang, kejab pergi..macam biskut pula..hoho~

so dikesempatan masih awal gaji ni, hehe..aku pun pergi berurut kat kedai apa ntah namanya, tapi urutan bali la, not bad harga masih affordable dan siap tambah minyak aroma terapi lagi
sedap & sakit juga berurut ni
massage room
macam nilah lebih kurang bilik berurut dia, tapi tak adalah secantik ni tempatnya, ni aku google je nak bagi gambaran..haha~ sekarang ni, alhamdulilah..rasa lega sikit..kalau tak, nak makan pun sakit tangan ni,,huhu. next time kalau rasa tak sedap2 badan boleh datang sini lagilah.. yang penting kena tunggu gaji masuk..haha~

okay itu aje untuk entry ini..

wasalamツ  




22 October 2012

Monday Blues: Dear My Future...


lama seh tak berjiwang..hahahaha~

17 October 2012

Update Convocation oooiii!


Assalamualaikum u olls, cewah ayat kan...cerita sini abis sini lah ye, 13/10/2012 yang lepas , aku dah pun selamat ditauliahkan Bachelor Science Biotechnology..pergh ayat kan..hehe..segalanya berjalan lancar di Upm, serdang. walaupun hujan selepas majlis selesai, assume jelah hujan rahmat..alhamdulilah, better daripada panas terik kan..tapi sayangnya, aku tak dapat nak bergambar dengan coursemate yang lain, tak ada rezeki lah, lepas keluar dewan, semua cari parents masing2, then hujan pula kan, lagilah susah nak gather around..huhu..kecewa i..tapi tak apalah, apa yang penting semuanya dah selesai. penantian selama 3 tahun akhirnya berakhir dengan menerima segulung ijazah pada majlis konvokesyen yang ke 36 di upm ni.. nak cerita banyak pun chek malas naa, sebabnya memang malas pun..haha...so, kita sudahi dengan wabilahitaufikwalhidayah assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh...ok, layan gambar ツ

Pre Graduation Day

Big day with my Mak

Sis, me, mak
okay, rasa cute plak i dalam pic ni..haha~
p/s: ada lagi pic konvo yang lain, tapi kena tunggu rajinlah nak uploadnye..weekend mungkin..hehe..rajin2kanlah diri check blog INI ye, untuk more pics..hehe

01 October 2012

Ehem dah bulan sepuluh ek

Assalamualaikum..uhuk2..terbatuk plak..awatla cik greeny ni sejak2 bekerja ni malas nak update blog ek? hmm jawapannya cik greeny malaslah..huu..balik kerja terus pergi makan, balik rumah..mandi, kemas2 sikit..tengok tv sikit, online sikit..then tidooooooo..ZzzZZz la jawabnya..begitulah life saya pada ketika ini..cewaaahhh..hehe...

Tapi tau apa yang menariknya kehidupan aku pada ketika ini? hmm... kini aku tidak lagi sendiri..ececeh ayat kan hehe.Alhamdulilah, Allah telah menghadirkan seseorang yang membantu aku di saat aku memerlukan, dan selalu berada di sisi melindungi dan menggembirakan aku..Terima kasih Allah kerana kirimkan dia kepadaku..macam pos laju pula main kirim2 kan..hehe

Banyak sebenarya story nak mory kat sini, tapi maklumlah..kalau dah malas..malas jugaklah kan..huu..senang kata..kerja setakat ni okay..masih biasa2 lagi..first gaji pun dah dapat..permulaan kerja, manalah dapat banyak kan..takpe2..ada rezeki lain mungkin..kesihatan pula semakin baik..tak nampak ke aku makin tembam..bahagia la tuh..hehe..lagi emm apa ek....haaa! 13/10/2012 ni aku konvo u olzzz...jangan lupa present ea..hehe

Rasanya tu je nak cerita ek...hmm btw pic kat atas ni, aku dengan rakan sekerja..kebas pipi asyik gelak sakan je bila ada dengan dia ni..hehe..thanks kak fiza!

Ok..ada cerita lagi? hmm tak ada kot..mungkin next entry bila aku konvo nanti..hehe..itupun kalau rajin..tunggu ye!

Tata..titi..tutuツ  

16 September 2012

Working life ツ

Assalamualaikum..ada orang ke tidak? eh ada rupanya..huu, maaflah lama tak berupdate blog ni, rasanya lama-lama memang jadi blog usang and blog tinggal lah jawabnya kan, busy kerja ke sampai tak update blog? kata nak update masa 1st day at work kan? jawabnya, bukanlah busy mana, cuma..hmmm..MALAS..hoho...

Dek kerana esok cuti ganti hari Malaysia, dapatlah aku balik rumah cuti 3 hari kan, lepas start kerja ni mana ada lagi nak cuti sesuka hati ke, nak balik sesuka hati ke macam zaman belajar dulu. macam yang aku mention kat entry2 yang lepas, aku sudah pun dapat tawaran kerja..walaupun bukan selayaknya dengan qualification aku, aku terima.. yelah, nak tunggu dapat kerja yang setaraf dengan qualification aku ni pun, aku tak tahu bila, so terima jelah kerja ni dulu..cari pengalaman.. dari menganggur, dapatlah juga gaji kan kalau bekerja ni..hehe
Okay, pic kat atas ni, tempat aku bekerja...company ni agak besar sebenarnya, tapi..aku dapat ambil few pic je..masa kerja susah sikitlah nak pegang hp..huu..nak tahu detail about this company..sila tanya encik google ye..hehe..i malas nak cerita ;)

Okay, aku berterus teranglah ye, aku bekerja sebagai lab tecnician je..ye hanya standard diploma walaupun aku ada degree, but again...for experiences. aku ditugaskan di microbiology lab, dan untuk minggu pertama kerja ni, aku masih training lagi, dalam lab ni banyak dipecahkan kepada beberapa lab kecil lagi, minggu ni aku ditempatkan di preparation room. secara analoginya nak buat korang faham, ibarat sediakan bahan2 untuk memasak la..korang kena potong bawang dulu, sayur n sebagainya lah, baru boleh start memasak kan..so kat preparation room ni, aku belajar sediakan media untuk run test and sample, bagi aku tak ada masalah sangatlah, sebabnya masa buat final year project dulu, aku pun sediakan media sendiri..so~ momantai la..hehe

Disebabkan company ni produce product makanan seperti cramer, susu and sebagainya, hygiene atau kebersihan memang dititiberatkan..aku ada uniform sendiri woo..namanya gak kerja kilang kan..huu.tapi depends pada pangkat seseoranglah baju tu, kat sini semua pekerja kena pakai uniform kecuali yang kerja dalam pejabat je, itupun kalau diorang nak turun ke production diorang kena pakai lab coat, mask, hairnet and safety boots..so sama je labih kurang..

Aku punya pakai uniform warna putih..rasa macam nurse plak..haha, cuma tak adalah uniform cutting nurse kan..hehe..tapi dek kerana aku kerja di microbiology lab, kitorang kena lagi double hygiene..kena sarung lagi 1 uniform yang macam korang boleh tengok kat pic atas ni..leceh wooo..nak gi toilet memang lecehla..dahlah tempat kerja aku ni ter isolate sikit dari tempat yang lain (pic tengah). yelah kan, bila kita sebut pasal mirobiology, maksudnya benda2 yang kita tak nampak, so kena berhati2 lah..biohazard chemical ada di mana-mana sahaja, sebab tu lab ni jauh sikit dari orang lain, and sebab tu jugaklah aku kena pakai double uniform..untuk protection lah katakan

Dah double uniform pun, dah namanya juga masuk lab yang ada macam2 microbe kan, akhiranya apa lagi aku kena sakit demam, batuk and selesema la..ni pun masih tak baik lagi..biasalah baru mula2 kerja kat tempat baru kan, sistem immune badan baru nak kenal tempat baru..hehe..tapi rasanya lama2 ok kot..insyallah

Argghhh..panjang kan aku membebel kat sini..hehe..letih gak menaip ni..hehe, maklumlah dah lama tak ada assignment macam zaman belajar dulu, so bila buat entry ni, rasa menaip sekejap pun macam dah lama, menaip sikit pun rasanya macam berjela2..hehe

Ok, cukup kan untuk entry kali ni..cukuppppp panjanggggg bukan? hee..ok dah..till next entry..assalamualaikum again


p/s: kepada awak yang banyak menolongk saya sepanjang saya mula kerja ni..terima kasih bebanyak ye..hanya Allah yang mampu membalas jasamu


04 September 2012

Dah ready ke?


Assalamualaikum..eh hari ni raya ke berapa ek? aku memang tak kira la raya ke berapa pun..huu..tak kisahlah..raya ke tak ke, tak banyak beza sangat pun bagi aku..cuma~ aku rindukan ramadan ツ  kenapa? hmm mungkin sebab aku rasa dekat je dengan Allah pada bulan ramadan tu, tak sama dengan bulan-bulan yang lain..ke perasaan aku je ek? hohohoo~

ok, lupakan yang tu, mengenai tajuk entry aku ni, lama kan aku tak update... gambar2 raya ada je, tapi aku rasa tak perlulah kot..biasa2 je, kan aku dah cakap kat entry yang dulu, raya kali ini hanya biasa2 sahaja..haaa~ kan tak tersasar lagi tujuan sebenar...korang nilah raya..raya..tak habis lagi kan..haha~

aku nak cerita pasal kerja sebenarnya ni haa...dah ready ke? itu persoalannya..alhamdulilah, rezeki di bulan syawal ni, aku dah dapat tawaran kerja..kerja biasa2 je..nak tahu kerja apa? baca 2 entry sebelum ni..salah satu interview yang aku pergi tulah aku dapat job nya..tapi sayangnya, gaji yang diberi hanyalah gaji standard diploma dan bukannya standard ijazah.. tapi dek pandangan kawan2 dan family, aku terima je untuk pengalaman dulu katanya..mana tau lepas ni ada rezeki lain untukku yang bersesuaian dengan kelulusan aku kan..insyallah

jadinya..aku akan jadi macam ni ke masa 1st day aku nanti?

ataupun tak ek? haha...harap2 taklah..aku sepatutnya start kerja hari isnin, tapi dek kerana result medical checkup aku lambat keluar, jadinya lambatlah masuk kerja...insyallah hari khamis ni aku akan mula bekerja..ready ke tak..balun jelah kan..hehe..insyallah akan ok2 sahaja ツ 

ok tu je nak cerita..kalau rajin and ter excited nak cerita pengalaman aku masa 1st day at work, nanti aku update la ea..hehe


psst..banyak betul dugaan aku nak mula kerja ni, transport la..tempat tinggal lah..n macam2 lagilah..tapi alhamdulilah..ada yang sudi membantu aku...terima kasih awak..kita kawan dunia akhirat ea ea..insyallah.ツ 

20 August 2012

Eh raya ea?

Assalamualaikum..alhamdulilah, hari ini 2 syawal...sebulan sudah kita menjalani bulan ramadan, kini tiba bulan syawal untuk kita meraikannya 

Amacam ramadan yang lalu? banyak amalan ibadah yang kita buat? sembahyang terawikh cukup? mengaji Al-Quran berapa page sehari? harap-harapnya, walaupun tak banyak, ada jugalah amal ibadah yang kita lakukan..mana nak tahu, mungkin ini ramadan yang terakhir untuk kita kan..harap-harapnya, kita dipanjangkan umur untuk bertemu lagi ramadan pada tahun hadapan..insyallah

Rutin raya di rumah biasa sahaja..disambut secara sederhana sahaja..yang selalu memeriahkan suasana ialah dengan kehadiran budak2 di rumah..tahun ini diserikan lagi dengan kehadiran baby Amirah Nadiah, anak ketiga dari abang yang sulung..meriah rumah dengan gelagat si kecil ni :)

Bagi diri aku pula..raya ini juga raya yang biasa..tiada yang istimewanya..cukuplah sekadar dapat bersama mak dan adik beradik yang lain..perancangan untuk beraya dengan kawan2 pun belum tahu lagi..maklumlah kawan2 ramai yang masih belajar, so cuti raya tu sekejab je..aku ni je ha yang dah abis belajar..maklumlah 3 tahun je kan..hehe..buat masa sekarang masih dalam pencarian kerja..belum ada rezeki lagi..mungkin nanti..harap-harapnya =)


Ini saya nak mak saya serta baju raya yang diimport khas dari kota mekah semasa mak mengerjakan umrah pada bulan 5 yang lalu..terima kasih mak!

ok, izinkan aku tukar ganti nama pula kepada saya..ehem..nak wish selamat hari raya kena guna bahasa sopan sikit ni ;p

Dengan ini, saya Azura binti Wargiron mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua kenalan saya dari saya kecil sehinggalah berumur 22 tahun ini, jika ada salah dan silap sama ada sengaja ataupun tidak sengaja, diharap maafkanlah..Semoga Allah merahmati saya dan anda semua di bulan Syawal yang mulia ini, Insyallah

Last but not least, hmm apa ek...nak tulis apa tadi ye..lupa pula..hehe..hah dah ingat! buat kawan2 yang belum abis belaja lagi kat upm tu..nanti aku konvo jangan lupa datang tau..hehe tetiba =p..again, Selamat Hari Raya semua! 


10 August 2012

Interviewed

  Assalamualaikum..cik Azura apakah perasaan anda setelah di interview?
 Errr...no comment

Perghh..bajet retis je kan..hehe..Alhamdullilah, hari ni aku ada 2 sesi interview..di sebelah pagi untuk position Sales executive (AmBank) dan di sebelah petang pula untuk position Lab technician (Kerry Ingredients Sdn. Bhd) 

Aku takde nak comment apa-apa sangatlah tentang interview ni, aku buat macam biasa je, sebabnya..aku memang ok je kalau dengan strangers..nak tahu kenapa? sebabnya kalau pun aku tersalah cakap ke, tergeliat ke bahasa omputih aku tuh, paling2 kalau aku tak dapat job tu, tak adalah aku jumpa diorang lagi kan, so habis cerita di situ..hehe

Untuk position Sales executive tu, aku boleh cakap memang lumayan la, cuma kena banyak keluar jumpa customer, dah namanya gak sales kan, and untuk Lab technician tu, sebenarnya yang lebih sesuai untuk position tu ialah microbiologist, walhal aku ni biotechnologist. takpelah..saje je mencuba kan..tapi interviewer tadi yang merupakan microbiologist kat situ, dia cakap dia suka aku..hehe..ada chance kot :)

Aku reda and pasrah je..aku tahu rezeki tu ada, cuma kat mana and bila je aku tak tahu..sooner or later dapat tahu juga kan..oh GOD I'm waiting.

ok, tu je nak cerita..tat titi tutu 


p/s: hari ini panas u'olz, I ni rabun silau,,tu yang berkaca mata tu..hehe

06 August 2012

Monday Blues: Hati untuk dijual


Assalamualaikum..Monday blues kembali lagi..yeah!
First of all, baca cerpen ini dulu okeh



Dah baca? faham cerita ni? Bagussss~ the reason why aku chose cerita ni mungkin ada kena mengena sikit dengan diri aku, mungkin juga ada kena mengena dengan korang kan? 

Setiap manusia di muka bumi ini menginginkan hidup berpasang-pasangan. sebab itulah lelaki dan perempuan diciptakan di muka dunia ini. Allah itu Maha Adil. cepat atau lambat sahaja persoalannya.

Percayalah JODOH itu rahsia ALLAH

Ada antara kita yang bertuah, cinta pertama itu adalah cinta sejati yang membawa ke alam pernikahan...Ada juga yang terpaksa bercinta...putus, bercinta lagi dan berulang kali mengalami kekecewaan dan akhirnya barulah menemui cinta sejati yang akan membawa ke alam pernikahan. banyak fasa yang harus dilalui...Kerap kali kekecewaan melanda diri, kerap kali air mata menitis kerana kesedihan dan kekecewaan

Mengapa ini semua terjadi?

Setiap yang berlaku ada hikmahnya.. percayalah..Allah itu Maha Adil lagi Maha Pengasih.Ada ketikanya kita berfikir Allah itu tidak adil pada kita kerana merasakan hanya kita yang selalu diuji..sedangkan pada hakikatnya...
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui". (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Terkadang Allah temukan kita dengan orang yang salah sebelum kita bertemu dengan 'DIA' yang telah termaktub menjadi jodoh kita sejak kita berumur 4 bulan lagi dalam kandungan ibu.

Jadi apa yang harus kita lakukan?

Allah s.w.t berfirman:
"Dan sungguh Kami berikan cubaan kepada kamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar". (Al-Baqarah(2):154)
Dalam ayat lain Allah s.w.t berfirman:

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaan kamu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan". (Asy Syarh:5-6)
keyword yang paling yang paling penting di sini ialah  SABAR  dan percayalah atas segala qada' dan qadar yang ditetapkan oleh Allah. Iman adalah asas kebahagian. Sekian.


Ehem..cik greeny pun nak buat iklan yang sama jugaklah..HATI untuk dijual! BEST OFFER! no REFUNDS after purchase. Harga: Kasih sayang yang tak terhingga (tak boleh dirunding). *wink

p/s: salam nuzul Al-Quran

21 July 2012

1 Ramadan 1433h


Assalamualaikum

1 month of ramadan

Wishing u 1 month of ramadan,
4 weeks of barkat,
30 days of forgiveness,
720 hours of guidance,
43200 minutes of purification,
2592000 secs of Nuur..!!

Salam Ramadan:)

p/s: baju raya dah beli ke? hehe..baru nak start puasa dah fikir nak raya..=p

05 July 2012

Tak ada cita-cita?

Assalamualaikum..baru 4 hari aku berada di rumah setelah menamatkan 3 tahun pengajianku di upm..baru 4 hari..tapi bila ada orang cakap aku tak ada cita-cita sebab aku tak tahu nak buat apa, buat aku terkilan..sungguh terkilan. apa gunanya aku belajar lama-lama kat universiti semata-mata nak buang masa dengan buang duit je ke? dah tentulah tak kan. bukan bermakna aku tak tau nak buat apa aku tak ada cita-cita
FYI, i have a degree in science (biotechnology)..orang kata, bila ada degree ni boleh masuk banyak bidang, and yes aku tak tau lagi bidang mana yang aku patut masuk. aku baru berapa hari habis belajar kot, tak kan kau expect aku nak dapat kerja terus? please lah..the way u saying that to me hurt my feelings so much! 

dengan persaingan pada masa sekarang ni, kau expect senang ke nak cari kerja? berapa banyak IPTA/ IPTS kat malaysia ni, tak kira lagi poli, IKBN ke apa bagai semua tu. kekadang apa yang kita belajar kat u, bukan itu yang akan kita kerja..sebagai contoh, i've known 1 person..he has degree in chemical engineering, but he works just as a lab assistant..what was that? can u see now! so don't expected me to be just like u!


p/s: emo!

28 June 2012

Thesis..oh I'm so done!

Assalamulaikum...what a wonderful day! hehe..masa yang ditunggu-tunggu telah kunjung tiba, tudiaaa ayat~ haha..bahagia, itu yang aku boleh tulis kat sini. Finally, thesis aku sudah pun dijilidkan dan telah pun dihantar ke jabatan. Dengan ini rasminya, tamatlah sudah title aku sebagai student..diulangi, I'm no longer student..I'm done and so done..hehe..alhamdulilah 

sebenarnya 2 copy je, kena hantar ke jabatan, tapi aku prepare 3, so yang lagi 1 boleh simpan untuk kenangan, dan juga boleh juga tunjuk kat mak..yelah mak aku mana tau apa kebenda alah tu thesis, time nilah nak tunjuk kan..hehe..maklum omak eden tak abis sekolah dulu..zaman sebelum kemerdekaan gitu..hoho 


Ini detail kat thesis aku tuh..alhamdulilah sangat..Terima kasih Allah kerana mempermudahkan segala urusanku ini

Last but not least, I'm done and soooooo done! sayonara UPM..we meet again on graduation day..Insyallah :)

23 June 2012

I'm done for three years ♔


Assalamualaikum

Masa mula-mula kena study, besengkang mata tengok notes2 semua, nak tekan kalkulator bagai...mulalah buat muka macam ni

Tapi...

Bila last paper untuk final exam habis je, terus buat muka macam ni..fuuh lega.. Heaven rasa! Tidur dalam senyuman gitu ;)

Alhamdulilah, final exam aku dah pun berakhir, senang kata peperiksaan akhir untuk tahun akhir degree ni sudah selesai. yang belum selesai sekarang ni untuk jilidkan thesis je. insyallah 3hb julai ni settle lah semuanya, then berakhirlah title aku sebagai student..hehe..

Apa lagi nak tulis ek? banyak sebenarnya, tapi disebabkan dah lama tak update entry kat blog ni, jejari ni dah malas nak menaip kat keyboard ni..huhu..nanti-nanti lah ea..kalau mood dah recover..insyallah aku akan menulis kembali..ceeehh! hehe

ehem ehem..satu lagi..aku rasa aku dah bersedia untuk ini..wink..wink

p/s: anyone? hehe

31 May 2012

It's the end of May


Assalamualaikum

Alhamdulilah, thesis tahun akhir aku dah siap di peringkat yang pertama. ni baru draf, perlu dinilai oleh penyelia dulu. bulan 7 nanti, baru betul bukukan guna hard cover warna hijau. macam-macam dugaan dan rintangan untuk menyiapkan thesis yang tak sampai 50 page pun..huu..tapi at the end, siap juga. Terima kasih Allah


di saat ini, mak masih berada di mekah mengerjakan umrah. semoga dipermudahkan urusan ibadah mak di sana, insyallah.

esok adalah kelas terakhir untuk sem ni, minggu depan tinggal VIVA dan presentation final year project. semoga dipermudahkan juga urusannya, btw, VIVA ni lebih kurang interview la.

Lepas habis presentation, insyallah balik johor sekejap, then struggle pula untuk final exam. sekali lagi, semoga dipermudahkan urusannya

Lepas habis final exam, merdeka lah aku daripada 3 tahun belajar di UPM ni dan tunggu untuk bergraduat bulan 10 pula nanti

Bermula lah episod mencari kerja pula..dan lagi semoga dipermudahkan urusannya

SEKIAN.

19 May 2012

Tak ada niat pun...

Assalamualaikum..hari ni hari apa? sabtu? ok fine..tinggal berapa minggu je nak habis belajar. asignment, thesis, presentation jangan tanya, jawapannya sudah tentu belum siap..hoho. lama tak update blog kan..ok saya malas, sekian. nak siapkan thesis apa semua bagai pun malas ni kan pula nak update blog..hoho. 

ok apa yang tak ada niat ni pulak ea? ok aku tak ada niat pun nak buat korang membebel marah kat aku sebab aku melalut banyak kat entry ni, so balik ke topik asal, hari jumaat bersamaan hari semalam, aku tak ada niat pun nak keluar g jejalan. tetiba je ter'keluar'..hehe. motif? sebabnya si sham ni nak p makan kat chicken rice shop. aku pun dok nyampuk nak g kluar sekali. then ter'keluar'lah kami berempat..hehe. ok sham yg pakai tudung hitam kat 1st pic ni ye



motifnya nak makan je pun..haha, selebihnya just cuci mata jejalan kat MINES je, plus siap masuk courts lagi, bajet macam nak shopping barang untuk rumah plak lah kan..haha, kata sue survey2 dulu sebelum kawin..haha. sue dok sebelah sham tu tau

makan-makan..oh kenyang perut..penuh table dengan segala macam makanan. setiap set lebih kurang rm16.50 termasuk tax..oohhh so worth it!


The chicken rice shop~ bukan sekadar nasi ayam...ok tu je..tata

05 May 2012

2 tahun sudah


Pejam celik pejam celik dua tahun sudah berlalu engkau pergi meninggalkan kami

Rindu...

Sungguh aku rindu

Ya allah sampaikan salamku padanya

Abah...

Moga engkau tenang di alam sana

Al-fatihah

01 May 2012

Here come May! bye bye April


Assalamualaikum

First off all, selamat hari pekerja bagi mereka-mereka yang bernama pekerja okay..apa macam cuti hari ni buat apa je?

anyone miss me? no huh? ok, takpe, sejak menjak ni memang lamaaaaaaa tak update blog kan. seriusly aku busy..busy sangatlah kan..huhu..ok betul la, tak tipu ni. projek tahun akhir aku alhamdulilah dah siap minggu lepas, kalau ikutkan ada sambungan lagi, tapi nasib baik chemical tu tak ada kat lab, so tak payah buat..fuh! memang lega sangat. tapi sekarang ni thesis writing in progress. sebab tu lamaaaa sangat tak update blog. nak blogwalking memang dah taklah kan.

bulan may merupakan bulan yang agak emo sikit bagi aku..sebabnya? yang pertama sebab 5/5 ni ulang tahun kelahiran mak aku yang ke 62, sepatutnya happy lah kan, tapi bagi mereka yang tak tahu, 5/5 juga adalah hari di mana abah aku menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 2010 yang lalu.

takpelah, no need to mention the past right? minggu ni adalah minggu test, dan seterusnya buat thesis lagi..baru- baru je mula, kelam kabut dibuatnya..tension? kadang2 lah..apa-apa pun aku buat je apa yang termampu

kehidupan aku sebagai pelajar akan berakhir dalam masa 2 bulan ni..trust me, time sure does fly away without you notice it..

ok, back to study. tata titi tutu


p/s: memang takde point kn entry ni? pengaruh ayat buat thesis la ni..adoiii



18 April 2012

Wordless Wednesday #10: Style dak?



p/s: i don't own this pic

16 April 2012

Checking in again


Assalamualaikum you all, tengah buat apa tu? dah makan? aku belum lagi lah..huhu, sat2 lagilah. cer tengok pic kat bawah ni, aku baru check in balik la kat upm ni haa

cekal tak aku? bilik kosong je, belum upload lagi barang2 nak check in dalam bilik ni... haa awat? tak percaya? okay2 jangan percaya, haha. sebenarnya aku baru balik dari cuti midsem, yang happy nya sebenarnya, ni side bekas roomate aku lah, sebab tulah dah kosong, clean and clear...hehe, dia dah check out untuk praktikal, cikgu lah katakan. so at the end, aku tinggal sorang lah kat bilik ni..hooray! senang sikit tinggal sorang2 ni, boleh buat macam2..ehehe

lama kan aku tak update entry kat blog ni..hmm aku malas la plus busy..huhu, tapi ni saje jelah update entry cikai2 je, nothing much.

tapi cerita yang paling latest sekali aku nak cerita ni, baru je tadi aku check in kat pusat kesihatan universiti, dapatkan rawatan, kena bandage dan dapat ubat2 kat bawah ni haa 


ubat2 ni untuk apa? hmm, kaki aku injured sejak rabu yang lepas lagi masa nak balik cuti haritu, mungkin sebab banyak jalan kan, maklumlah aku mana ada kereta atau motor untuk bergerak dalam u ni, semuanya manual je, pakai kaki babe..huhuhu..hari tu kan aku balik lambat sikit masa cuti sem sebab nak buat final year project. nak dijadikan cerita bas tak ada, so nak tak nak kena jalan kaki lah. angpa tau dak yang lab aku tu jauh nun di sana..huhu..sebab tulah bila banyak jalan and jalan laju2 sebab nak cepat membuatkan kaki aku injured and bengkak secara tetiba..ceh..tadi masa doctor check siap dia tanya lagi, ada orang sepak kaki awak ke..hehe..mana ada doctor, kaki ni sakit sebab banyak jalan lah kot..demi final year project lah katakan.

hmm apa lagi nak cerita? tu jelah kot..yang lain2 nothing much..really..ok tata titi tutu ✌

02 April 2012

Berapa lama tak update?

 Assalamualaikum

hi there..apa habaq? baik na, lama dak aku tak update blog, lama kan, dari 16 mac lani dah 2 april dah. agak2 berapa hari tu ye? u do the math...hehe. bukan tak ada cerita..ada je, bukan tak ada gambar, melambak woo..hehe..cuma reason nya sebab in the mean time tuh ada test, so kena prepare untuk test, then kena buat final year project pula. nak buat infection nak buat preparation dan bermacam2 lagilah, sebab tu tak ada masa nak update blog ni. kalau ada masa pun, jari jemari ini malas nak menaip di keyboard laptop ni..alah senang kata penyakit malas tengah menguasai diri la tuh..hehe

so, latest story ialah Girls-Day Out antara kosmate aku, 3 kereta pergi trip ke Teluk kemang, port dickson, ,N9 pada 1/4/12, balik hari je, gerak pagi, then petang balik upm semula dah. aktivitinya just hang out, photoshoot kat pantai then pergi rumah nisah salah seorang kosmate aku untuk barbecue.. memang heaven lah makan masa tuh..hehe..kat bawah ni aku bagi scene2 yang ada masa kat PD. ni kira teaser je. kalau ikutkan banyak lagi gambar, tapi aq upload sikit2 dululah kat blog gambar aku tu. PART 1  dah ready upload dah..nak tengok KLIK SINI okeh :)

pantai PD memang nice!

 siapa ni ek?

we all unite ! :)

okay sekian untuk enty kali ini, malas nak taip bebanyak..malas ;) good nite semua..have a cute dream

16 March 2012

I never say NO to a DOCTOR!


 Assalamualaikum

 
Doctors make people healthier. When people get sick, doctors figure out why. They examine people, listen to them describe their health problems, and do tests to see what is wrong. They give people medicine and other kinds of treatment. They also give advice about diet, exercise, and sleep. 
Amacam? kagum? jujur aku memang salute kat 2 occupation kat dunia ni. first Doctor and second Engineer. tahu kenapa? sebab aku rasa 2 kerjaya ni susah nak dapat, senang kata susah nak belajar lah, doctor more to science biology and engineer more to physic and math. nak jadi engineer memang aku fail lah, math hancur..huhu. nak jadi doktor lak tak cukup bijak..huhu..sedih T_T. cita-cita awal aku dulu sebenarnya nak jadi doctor. betul ni! dari pra sekolah lagi kot aku cakap dah besar nanti nak jadi doctor.

tapi...

bila aku masuk matrik dan belajar subject2 tough baru aku tau tak senang sebenarnya nak capai tahap untuk apply bachelor of medicine, dan akhirnya aku end up jadi Biotechnologist-to be.  

kalau pergi hospital tengok doctor2 practical lalu lalang dengan stateskop tergantung kat leher diorang hormone cemburu terus membuak-buak..huu..jelous2!

 

walaupun jelous tahap gunung averest pun, hidup harus diteruskan..ceh! hehe, rezeki masing2 kan. aku telah ditakdirkan untuk ambil kos biotechnology dan aku terima seadanya, mungkin aku tak layak nak jadi doctor medic..."doktor pokok" jelah jadinya..hehe

Doctor-to be? nope! Biotechnologist- to be 


p/s: dah sibuk dengan Final year project, memang dah tak la kan nak update blog sangat & btw next week dah start minggu test..study time!


p/ss: ada doctor yang still bachelor tak? nk try boleh? he

08 March 2012

Off day Thursday


Assalamualaikum
Quick update lagi kali ni. memandangkan kelas statistik kitorang batal hari ni, so pakat la nak pergi hang out..hang out sangat lah kan..hehe..tak pun , just pergi midvalley je. motif? nak abiskan baucer 1 malaysia tu je..hehe..dan hasilnya masing2 menghabiskan baucer 100. tapi tak letak la pic kat sini, sebabnya kitorang makan dulu baru pergi MPH. bila dah syok sangat round 1 kedai buku, memang tak dan la nak ambil gambar kan..hehe. ni first time kitorang makan kat Manhattan Fish Market. overall ok lah, boleh dapat student price lagi, tu yang awesome sebenarnya..hehe..lepas ni dah grad tak boleh dapat lagi advantage semua ni..huuu

ye saya pakai baju macam kuda belang..huu


okay tu je nak cerita..short kan? hehe *wink

05 March 2012

Monday Blues: Simple rules of happy life


Assalamualaikum and hello there

kita kembali lagi di segmen Monday Blues, hari di mana malas nak menulis sangat atau senang cerita entry layan jiwang, feeling2, layan jiwa, quote of life dan sebagainya.  layan gambar2 kucing yang comel ni okay, tapi ingat! hayati juga maksud di sebalik semua ni :)



♥ Jangan menunggu BAHAGIA baru TERSENYUM, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...