09 September 2011

Persiapan kembali ke Universiti setelah cuti 4 bulan...(Bagi pelajar Ijazah sahaja)




Assalamualaikum, salam satu Malaysia dan salam lebaran

pejam celik pejam celik cuti semester hampir 4 bulan telah melabuhkan tirainya, secara rasmi bagi penuntut IPTA, minggu hadapan  merupakan permulaan semester baru..dah bersediakah untuk kembali ke universiti menghadap nota2 kuliah, melalui detik2 sukar untuk tidur malam dek kerana nak revise note untuk test pada keesokan harinya, dah ready nak tulis report yang berjela-jela panjangya itu? ready or not, u have to face it..yeah! it's u ! untuk degree student yang cuti 4 bulan jelah..hehe

jadi apa yang diperlukan untuk "menghadap" sem baru ni? mestilah kena buat persiapan kan..almaklumlah dah meninggalkan U masing2 agak lama..ye dak? maka dengan itu..cuba baca ni

1. cari balik luggage or beg2 bagasi korang yang dah lama korang simpan dok perok bawah katil ke, atas robok ke..dah kompem penuh dengan sesawang dan sebagainya kan..jadi, take ur time to clean it.

2. collect balik baju korang masa korang bawa balik masa awal2 cuti dulu, check baju mana yang nak di bawa semula, dan baju mana yang nak tinggal je kat rumah.

3. pastikan korang buat check list apa yang korang nak bawa balik ke U, contohnya, barang keperluan diri ke, beg n kasut baru ke..dan yang sama waktu denganya lah, as long tak membebankan diri sendiri dan orang lain.

4. bagi yang duduk menyewa dekat2 area U korang, make sure peralatan yang diperlukan ada, contohnya iron, heater, etc...(kunci rumah jangan di lupa pula ye)

5. jaga kesihatan diri, dengan cuaca yang tak menentu ni, kalau deman ke sakit ke dah susah pulak nak balik ke U semula. (pastikan ada stock ubat untuk di bawa balik bersama ke U..wajib ada, panadol, ubat batuk, ubat selesema n balm dan juga lain2 yang dirasakan perlu)

6. check keadaan laptop korang  n gadget2 yang lain..penting ni!, manelah tau tetiba laptop korang buat hal pulak nanti kan, dah susah nak start buat assignment nanti. (student ID jangan di lupa ye!)

7. persiapkan diri korang..maksudnya dari segi mental dan rohani..fizikal no 5 dah mention kan..kat sini aku nak mention mental dan rohani sebab, sudah pasti selepas cuti terlalu lama duduk kat rumah, mesti berat hati nak balik ke U semula kan, tapi nak tak nak pengajian harus diterukan, jadi korang pandai2 lah ye.. (sebaiknya, spend la masa yang ada bersama-sama keluarga, buat pengubat rindu bila dah balik U nanti)

8. check account bank korang, baik mereka yang buat loan atau dapat tajaan, bila tau duit dah bank in je, plan dulu apa nak guna dengan duit itu sewajarnya, dahulukan yuran pengajian, barulah fikir untuk kegunaan lain pulak okeh...(mostly untuk JPA student la, sebab korang kena bayar yuran sendiri kan? PTPTN student tak payah fikir banyak sebab automatically deducted untuk yuran pengajian.)

9. fikir transport untuk kembali ke U..bagi mereka2 yang naik bas macam aku ni kena beli tiket awal la, bukan apa takut sold out je..bagi yang berkereta tak ada masalah lah, bila2 je boleh jalan, tapi make sure kereta kena service dululah, kalau tak sia2 je berkampung kat highway nanti..ada faham?

10. last but not least, stock makanan kena ada..faham kan maksud aku..bagi seorang student, stock makanan ni memang penting untuk menampung perut yang kelaparan di bilik/dorm kalau malas nak pergi ke foodcourt membali makanan..hehe..memandangkan sekarang dalam mood raya, bawa jelah kuih2 raya n kerepek kat rumah korang tu, boleh buat stock makanan kat bilik kan..jimat duit sikit tak payah nak beli jajan kat kedai =p



p/s: agak lama aku tak update blog kan, mood malas datang macam tulah jadinya..hehe..selamat hari raya yang ke-11 to all.

p/ss: honestly, aku pun rasa berat hati je nak kembali ke UPM..emmm...sigh

0 146 pencinta hijau jua:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...