26 September 2011

Monday sickness?bukan Monday Blues ke???



Assalamualaikum
its Monday again..sigh...



simptom-simptom "Monday Sickness"

malas lagi berat hati nak pergi kuliah/kerja

mood down je


letih secara berlebihan ibarat baru lepas lari pusing 1 padang

mata berat je dalam kuliah

masa lambat betul berlalu

nak salin nota ikhlas tak ikhlas jelah

bermonolog dalam hati "bila nak abis kuliah/kerja ni?"

menguap dalam kadar10x per minit

LAGI?


angpa fikir la sendiri, kita semua merasai Monday sickness bukan? huu




here vid to freshen up ur mood....emmmm..maybe it works...MAYBE!



p/s: Monday Blues akan kembali semula minggu depan..MAYBE!

p/ss: aku suka garfield walaupun die kucing pemalas dan poyo..ehehe=p

21 September 2011

Wordless Wednesday #4: Study?



Free Pics View Photos Funny Pics

Rabu tanpa kata



p/s: letih..letih

19 September 2011

Monday Blues: Life is...




p/s: Monday blues kembali lagi..auto publish jelah jawabnye..too busy with study...sigh




p/ss: LIFE  as a final year student IS damn tired..

13 September 2011

21



Assalamualaikum

apa 21 ni?
birthday aku ke?
eh bukanlah..birthday aku bulan 12 nanti..
dah tu apa 21 ni?



ada masalah Trisomy 21 ke?
Trisomy 21, also known as Down Syndrome, is a genetic disorder that occurs when a person has 47 chromosomes instead of the 46 normal chromosomes. In a normal human cell there are 23 pairs of chromosomes that contain genetic information. In the case of Down Syndrome, chromosome 21 usually has a third copy. This third copy of chromosome 21 is whats responsible of most of the malformation in a human being. The malformation or birth defects range from body and brain development.


eh tak gak la, bukan pasal trisomy 21

dah tu apanya?
.
.
.
.
.
ni pasal 21 JAM KREDIT la!!!!
huuu T_T

sem 5, sem baharu di UPM
officially I AM FINAL YEAR BIOTECHNOLOGY STUDENT!!!

baru hari kedua bermulanya sem baharu, tapi tekanan sudah mula terasa, sebagai student final year, dah macam2 kena fikir, FYP la, nak arrange masa la, nak fokus itu ini lah..apa lagi aku budak pokok a.ka.a ambil modul PLANT untuk final year, so kebanyakan subjek memang kena dengan tumbuhan la kan. 

busy..busy..dan busy, itu jelah yang aku mampu tulis kat sini, korang pun tengok kan betapa pack nya jadual aku, betapa penatnya, ada 4 lab pula tuh, fikir lah time nak buat report lagi, nak buat tutorial untuk statistik lagi..adooyaaaiii..memang sem yang mencabar..siapa kata dah jadi final year student ni best? best time bila dah nak graduate jelah..hmmm

Ya Allah permudahkanlah urusanku di sini..insyallah


p/s: bila jadual dah packed ni, dah tak ada masalah aku nak pergi bersosial downtown..huhu..nak p tengok wayang pun dah susah kot..malas nak keluar weekend sebab mesti sesak gilosss! huu


p/ss: sepanjang cuti empat bulan kat rumah tak pernah pun aku demam. ni baru balik upm 4 hari aku dah kena serangan selsema dan batuk ke arah nak demam..sigh..kenapa ini semua harus berlaku?

09 September 2011

Persiapan kembali ke Universiti setelah cuti 4 bulan...(Bagi pelajar Ijazah sahaja)




Assalamualaikum, salam satu Malaysia dan salam lebaran

pejam celik pejam celik cuti semester hampir 4 bulan telah melabuhkan tirainya, secara rasmi bagi penuntut IPTA, minggu hadapan  merupakan permulaan semester baru..dah bersediakah untuk kembali ke universiti menghadap nota2 kuliah, melalui detik2 sukar untuk tidur malam dek kerana nak revise note untuk test pada keesokan harinya, dah ready nak tulis report yang berjela-jela panjangya itu? ready or not, u have to face it..yeah! it's u ! untuk degree student yang cuti 4 bulan jelah..hehe

jadi apa yang diperlukan untuk "menghadap" sem baru ni? mestilah kena buat persiapan kan..almaklumlah dah meninggalkan U masing2 agak lama..ye dak? maka dengan itu..cuba baca ni

1. cari balik luggage or beg2 bagasi korang yang dah lama korang simpan dok perok bawah katil ke, atas robok ke..dah kompem penuh dengan sesawang dan sebagainya kan..jadi, take ur time to clean it.

2. collect balik baju korang masa korang bawa balik masa awal2 cuti dulu, check baju mana yang nak di bawa semula, dan baju mana yang nak tinggal je kat rumah.

3. pastikan korang buat check list apa yang korang nak bawa balik ke U, contohnya, barang keperluan diri ke, beg n kasut baru ke..dan yang sama waktu denganya lah, as long tak membebankan diri sendiri dan orang lain.

4. bagi yang duduk menyewa dekat2 area U korang, make sure peralatan yang diperlukan ada, contohnya iron, heater, etc...(kunci rumah jangan di lupa pula ye)

5. jaga kesihatan diri, dengan cuaca yang tak menentu ni, kalau deman ke sakit ke dah susah pulak nak balik ke U semula. (pastikan ada stock ubat untuk di bawa balik bersama ke U..wajib ada, panadol, ubat batuk, ubat selesema n balm dan juga lain2 yang dirasakan perlu)

6. check keadaan laptop korang  n gadget2 yang lain..penting ni!, manelah tau tetiba laptop korang buat hal pulak nanti kan, dah susah nak start buat assignment nanti. (student ID jangan di lupa ye!)

7. persiapkan diri korang..maksudnya dari segi mental dan rohani..fizikal no 5 dah mention kan..kat sini aku nak mention mental dan rohani sebab, sudah pasti selepas cuti terlalu lama duduk kat rumah, mesti berat hati nak balik ke U semula kan, tapi nak tak nak pengajian harus diterukan, jadi korang pandai2 lah ye.. (sebaiknya, spend la masa yang ada bersama-sama keluarga, buat pengubat rindu bila dah balik U nanti)

8. check account bank korang, baik mereka yang buat loan atau dapat tajaan, bila tau duit dah bank in je, plan dulu apa nak guna dengan duit itu sewajarnya, dahulukan yuran pengajian, barulah fikir untuk kegunaan lain pulak okeh...(mostly untuk JPA student la, sebab korang kena bayar yuran sendiri kan? PTPTN student tak payah fikir banyak sebab automatically deducted untuk yuran pengajian.)

9. fikir transport untuk kembali ke U..bagi mereka2 yang naik bas macam aku ni kena beli tiket awal la, bukan apa takut sold out je..bagi yang berkereta tak ada masalah lah, bila2 je boleh jalan, tapi make sure kereta kena service dululah, kalau tak sia2 je berkampung kat highway nanti..ada faham?

10. last but not least, stock makanan kena ada..faham kan maksud aku..bagi seorang student, stock makanan ni memang penting untuk menampung perut yang kelaparan di bilik/dorm kalau malas nak pergi ke foodcourt membali makanan..hehe..memandangkan sekarang dalam mood raya, bawa jelah kuih2 raya n kerepek kat rumah korang tu, boleh buat stock makanan kat bilik kan..jimat duit sikit tak payah nak beli jajan kat kedai =p



p/s: agak lama aku tak update blog kan, mood malas datang macam tulah jadinya..hehe..selamat hari raya yang ke-11 to all.

p/ss: honestly, aku pun rasa berat hati je nak kembali ke UPM..emmm...sigh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...