12 August 2011

Aku bukan hantu novel!


Assalamualaikum
Tajuk "aku bukan hantu novel" tapi kat bawah ni banyak pic novel apekehenye? haa ni bagitau lah. dulu2 zaman remaja di alam persekolahan *ececeh kawan2 aku suka baca novel. aku selalu cakap "korang ni tak ada kerja ke hape asyik baca novel je? dahlah tebal nak mampus novel tuh..kalau akulah..seminggu pun belum tentu aku boleh habis"tapi kemudiannya sejak aku masuk asrama, dah jarang dapat tengok tv, apatah lagi radio sebagai peneman duka, majalah hiburan diharamkan di asrama, tapi novel dibenarkan. bermulalah episod aku dan novel.

pada suatu petang yang hening dan bosan, dikala teman-teman yang lain sedang enak tidur bertemankan bantal peluk, aku duduk bersandar di birai katil termangu sendirian. tidak betah rasanya tidur dengan cuaca yang panas walaupun kipas sudah berkelajuan maksimum. sementelah aku memandang kiri dan kanan melihat teman-teman yang lain enak diulik mimpi, aku terpandangkan novel di hujung katil seorang teman. tanpa berlengah aku bangun dari tempatku lalu menuju ke katil temanku dan ku ambil novel itu. dengan langkah yang senyap dan berhati-hati agar tidak menggangu lena teman-temanku yang lain aku kembali ke tempat peraduanku. aku kembali bersandar di birai katil. aku membelek-belek novel ditanganku. depan belakang aku telek novel itu. tanpa kusedari, aku memulakan pembacaan di helaian yang pertama. "eh agak menarik novel ni" aku bermonolog dalam hati. lalu aku teruskan pembacaanku. tanpa kusedari aku sudah menghabiskan pembacaanku dengan hanya selama 3 jam sahaja walaupun novel itu tebalnya lebih dari 500 helai muka surat. aku kagum dengan diriku sendiri kerana berjaya menghabiskan pembacaanku dengan hanya masa yang singkat. sejak itu, sekiranya ada masa lapang, aku pasti menghabiskan masaku dengan membaca novel.

*amacam bahasa aku? okeh tak? pengaruh novel ni..haha

okeh malas nak poyo-poyo lagi, kat sini aku nak thanks sesangat pada Sponsor novel aku sejak aku dari zaman sekolah hinggalah sekarang ini. special thanks to NUR SAFWANAH kerana selalu meminjamkan novel dia pada aku. aku ni suka baca novel tapi tak suka baca novel. boleh tak? haha~ saf ni memang penggemar novel yang tegar, dah beratus koleksi novel kat rumah dia sampai tak ada space dah nak letak. so kat dialah aku selalu pinjam novel. lagi sejak-sejak aku dah abis praktikal and dah abis ambil lesen kereta, aku kan tak ada kerja, so kerjanya baca novel lah. satakat beberapa minggu ni aku pinjam 10 biji novel kat dia..and dah pun khatam aku baca.

**klik pada gambar untuk membaca sinopsis novel. kalau tak clear minta halal ea..biasalah kamera cikai je..huhu

1. Tuhan lebih tahu- Nora ismail
2. Terlanjur mencintaimu- Syamnuriezmil

3. Kau sayangku- Bikash nur idris
4. Dibius cinta- Qash irdina
5. Secantik anugerah- Sarnia yahya
6. Cinta datang lagi- Bikash nur idris

7. Cinta kontrak- Nurul ain syuhada
8. Wasilah cinta weera- Rose harissa

9. Semakin rindu semakin sayang- Umaira dzul wahid
10. Cinta 3 suku- Herna diana


komen aku sebagai seorang pembaca:

berdasarkan kesepuluh novel yang aku dah khatamkan ni, ada yang okeh, ada yang menarik ada yang melewe and ada gak yang so-so. sebab ada diantara novel writer masih muda dan masih kurang pengalaman mungkin dalam menggunakan ayat yang sesuai. walaupun aku tak ada bakat menulis karangan pendek ke panjang ke apatah lagi novel yang tebal beratus muka surat ni, tapi aku sebagai seorang pembaca yang waras masih boleh membezakan kualiti penulisan yang ingin disampaikan oleh penulis novel..ececeh..hehe..tak apalah, dengan membaca dapatlah juga ilmu pengetahuan. siapa kata novel tak bermanfaat? meh nisi aku nak bagi tau...

# melalui novel kita boleh dapat idea nak namakan bakal anak-anak kita di masa depan (nama2 watak dalam novel best2 okeh..kelaassss gituh..hehe)

#melalui novel kita boleh memahami hati seorang lelaki/wanita kerana elemen2 bermonolog dalam hati diselitkan lalu kita secara langsung dapat memahami isi hati seorang lelaki/wanita

#melalui novel kita boleh belajar cara mengungkapkan cinta dengan penuh romantis dan pasti terkesan sampai bila-bila

aku masih teringat love quote di dalam sebuah novel ...
"my love for you dies when the last petals of this roses falls"
scene dimana seorang lelaki memberikan jambangan bunga rose hidup tetapi diselitkan 1 bunga rose plastik ditengah-tengahnya. semua sedia maklum yang rose plastik tidak akan layu dan gugur bunganya, seperti itu jugalah rasa cinta lelaki itu kepada pasangannya yang tak akan hilang ditelan masa...haaa~ kau romantik ke idok lelaki itu..cair ke cair hati seorang perempuan bila lelaki buat macam tuh? pikior naa


#melalui novel kita boleh melancong luar dan dalam negara, walaupun bukan secara langsung, tetapi penulis menggambarkan tempat yang dituju seolah2 kita boleh merasakan yang kita berada disana. disamping menambah ilmu pengetahuan tentang sejarah2 tempat yang dimentionkan di dalam satu satu penulisan novel.

#melalui pembacaan novel, pembaca dapat menambah lagi ilmu pengetahun dan info-info luar dengan membaca segmen ilmu yang selalunya diselitkan di muka surat terakhir novel.

daaaaannnnnnn banyak lagilah sebenarnya manfaat baca novel ni, jangan memperlekehkan orang yang suka baca novel okeh! hanyan orang yang selalu baca novel faham perasaan ini...ececeh..hehe



p/s: CADANGAN KERAS DARI CIK GREENY: LELAKI HARUS belajar-belajar baca novel untuk lebih memahami Hati Seorang Wanita...percyalah..aku SERIUS!!! ni...kaum adam di luar sana..tak salah pun baca novel ni..cuba try test okeh =)


p/ss: selamat berbuka bagi mereka-mereka yang berpuasa :3






pssst...Aku bukan hantu novel! "sangat"~~~

9 146 pencinta hijau jua:

aku_wan said...

HAH!! Aku ingat quotes tuhh.. Tp x ingt novel ape.. Lalalalala~~~ Mcm dah lama x bace je novel tu.. Huhuhu.. Weh,bila nk dtg umah aku?? nk modified blog aku yg x bape nk canggeh tuhh.. Heeee~~~

greeny said...

t la dlm sehari 2 g kot..kak ipar aq nga abiskan bace novel cinta3 suku tuh..sabaq naaa

aku_wan said...

heeeee~~~

MohamadNasiruddinBinAmir said...

amboiii...
smuanya berkalimah cintan cintun.
=)

greeny said...

@MohamadNasiruddinBinAmir
dah namenye gak novel cinta..bukan novel sastera..hehe

KimiCnoL said...

tak pernah lagi habis bace 1novel..hehe ;)

greeny said...

@KimiCnoL
cuba okeh habiskan baca 1 novel..bermanfaat tau untuk lelaki..senang ckit nk ayat awek t..haha~

Cik Ct said...

byk nyer novel awk.. hmm. sy dh follow awk taw.. sudi2 laa follow sy lek.. hee

greeny said...

@cik ct
bukan novel sy..sy pinjam kawan je..hehe..die sponsor utama sy..kih2

thanx follow, sy follow kembali k

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...