29 August 2011

Kurang dari 24 jam lagi



Assalamualaikum

pejam celik, pejam celik, hari ini sudah masuk hari yang terakhir kita berpuasa di bulan ramadan, insyallah esok kita akan bersama-sama meraikan 1 syawal setelah hampir sebulan berpuasa.

macam mana persiapan raya korang? okeh ke? berapa pasang baju raya? rumah cat baru tak? kuih muih pulak, banyak buat ke main tunjuk je? hahaha~ itulah persoalan yang selalu ditanyakan menjelangnya 1 syawal.

tidak kurang juga dengan family aku, alhamdulilah, walaupun macam2 dugaan yang terjadi pada tahun ini, persiapan menyambut syawal hampir sempurna...baju raya aku? 2 pasang je..warna apa? cuba teka....mestilah hijau kan..hehe, 1 lagi warna coklat, tahun ini tema baju raya kami sekeluarga warna coklat. tak rancang pun, it just suddenly happened! ececeh..hihi

dah nak dekat raya ni, biasalah kan ucapan raya menduyun2..sekarang semua on9 je, penggunaan kad raya dah kurang dah, upload status kat FB then tagged je member2..senang bukan? jimat lagi..hehe..macam2 status yang boleh kita lihat bila menjelangnya syawal ni, ada yang memberi peringatan, ada yang sedih, gembira dan juga nasihat supaya berhati- hati semasa perjalanan balik ke kampung masing2..


whatever it takes, empunya blog pun nak wish jugaklah selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslim dan muslimat seantero dunia, semoga syawal kali ini kita mendapat keberkatan daripada-Nya, insyallah.





 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩ஜ۩ஜ۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩ஜ۩ஜ۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬





oopss! raya-raya jugak, hari kemerdekaan jangan dilupa ye..Merdeka!





p/s: kenapa aku ada dengar ura2 raya tunda hari rabu ek? katakan ini tidak bernar sama sekali..warrghh!!!

24 August 2011

Wordless Wednesday #3: Scorpion species baru?




p/s: lepas ni korang jangan tanya lagilah ke mana sudu garfu korang hilang..faham?

19 August 2011

Giler cool! Mesti baca!!!



Bismilahhirahmanirrahim

Assalamualaikum









Amacam? giler cool tak pak ustaz ni..ala2 ayat gopal dalam cerita boboy gituh..giler cool!!! cara yang sempoi nak sedarkan orang..haha..kredit kepada yang melukis kartun ni..aku pun tak tahu siapa..aku cuma tolong sebarkan je...


p/s: u rock la pak ustat *tetibe..hehe =p

p/ss: pak ustat speaking london tuh..haha~

17 August 2011

Wordless Wednesday #2: Sudahkah anda?




13 August 2011

Monday Blues: Anda kekasih yang macam mana? Kekasih biasa atau Kekasih sejati?



Assalamualaikum

Kekasih biasa selalu ingat senyum diwajahmu
  • Kekasih sejati juga mengingat wajahmu waktu sedih

Kekasih biasa akan membawamu makan makanan yang enak-enak
  • Kekasih sejati akan mempersiapkan makanan yang kamu suka

Kekasih biasa setiap detik selalu menunggu telefon dari kamu
  • Kekasih sejati setiap detik selalu teringat ingin menelefonmu

Kekasih biasa selalu mendoakan mu kebahagiaan
  • Kekasih sejati selalu berusaha memberimu kebahagiaan

Kekasih biasa mengharapkan kamu berubah demi dia
  • Kekasih sejati mengharapkan dia bisa berubah untuk kamu

Kekasih biasa paling marah kamu menelpon waktu dia tidur
  • Kekasih sejati akan menanyakan kenapa sekarang kamu baru telefon?

Kekasih biasa akan mencarimu untuk membahas kesulitanmu
  • Kekasih sejati akan mencarimu untuk memecahkan kesulitanmu

Kekasih biasa selalu bertanya mengapa kamu selalu membuatnya sedih?
  • Kekasih sejati akan selalu mnanyakan diri sendiri mengapa membuat kamu sedih?

Kekasih biasa selalu memikirkan penyebab perpisahan
  • Kekasih sejati memecahkan penyebab perpisahan

Kekasih biasa bisa melihat semua yang telah dia korbankan untukmu
  • Kekasih sejati bisa melihat semua yang telah kamu korbankan untuknya

Kekasih biasa berpikir bahwa pertengkaran adalah akhir dari segalanya
  • Kekasih sejati berpikir, jika tidak pernah bertengkar tidak bisa disebut cinta sejati

Kekasih biasa selalu ingin kamu disampingnya menemaninya selamanya
  • Kekasih sejati selalu berharap selamanya bisa disampingmu menemanimu

Kekasih biasa selalu berusaha menjanjikanmu yang selama ini kau impikan
  • Kekasih sejati akan berhati-hati dalam berjanji kerana dia tidak ingin kau kecewa

Kekasih biasa akan membahas semuanya denganmu
  • Kekasih sejati tidak ingin kau memikirkan apa-apa,dia sudah menyiapkan semuanya untukmu

Kekasih biasa akan merindukanmu ketika kau jauh
  • Kekasih sejati akan tetap merindukanmu bahkan ketika kau dekat dengannya...


p/s: aku prefer kekasih yang tak berapa nak biasa n kekasih yang tak berapa nak sejati..boleh?

12 August 2011

Aku bukan hantu novel!


Assalamualaikum
Tajuk "aku bukan hantu novel" tapi kat bawah ni banyak pic novel apekehenye? haa ni bagitau lah. dulu2 zaman remaja di alam persekolahan *ececeh kawan2 aku suka baca novel. aku selalu cakap "korang ni tak ada kerja ke hape asyik baca novel je? dahlah tebal nak mampus novel tuh..kalau akulah..seminggu pun belum tentu aku boleh habis"tapi kemudiannya sejak aku masuk asrama, dah jarang dapat tengok tv, apatah lagi radio sebagai peneman duka, majalah hiburan diharamkan di asrama, tapi novel dibenarkan. bermulalah episod aku dan novel.

pada suatu petang yang hening dan bosan, dikala teman-teman yang lain sedang enak tidur bertemankan bantal peluk, aku duduk bersandar di birai katil termangu sendirian. tidak betah rasanya tidur dengan cuaca yang panas walaupun kipas sudah berkelajuan maksimum. sementelah aku memandang kiri dan kanan melihat teman-teman yang lain enak diulik mimpi, aku terpandangkan novel di hujung katil seorang teman. tanpa berlengah aku bangun dari tempatku lalu menuju ke katil temanku dan ku ambil novel itu. dengan langkah yang senyap dan berhati-hati agar tidak menggangu lena teman-temanku yang lain aku kembali ke tempat peraduanku. aku kembali bersandar di birai katil. aku membelek-belek novel ditanganku. depan belakang aku telek novel itu. tanpa kusedari, aku memulakan pembacaan di helaian yang pertama. "eh agak menarik novel ni" aku bermonolog dalam hati. lalu aku teruskan pembacaanku. tanpa kusedari aku sudah menghabiskan pembacaanku dengan hanya selama 3 jam sahaja walaupun novel itu tebalnya lebih dari 500 helai muka surat. aku kagum dengan diriku sendiri kerana berjaya menghabiskan pembacaanku dengan hanya masa yang singkat. sejak itu, sekiranya ada masa lapang, aku pasti menghabiskan masaku dengan membaca novel.

*amacam bahasa aku? okeh tak? pengaruh novel ni..haha

okeh malas nak poyo-poyo lagi, kat sini aku nak thanks sesangat pada Sponsor novel aku sejak aku dari zaman sekolah hinggalah sekarang ini. special thanks to NUR SAFWANAH kerana selalu meminjamkan novel dia pada aku. aku ni suka baca novel tapi tak suka baca novel. boleh tak? haha~ saf ni memang penggemar novel yang tegar, dah beratus koleksi novel kat rumah dia sampai tak ada space dah nak letak. so kat dialah aku selalu pinjam novel. lagi sejak-sejak aku dah abis praktikal and dah abis ambil lesen kereta, aku kan tak ada kerja, so kerjanya baca novel lah. satakat beberapa minggu ni aku pinjam 10 biji novel kat dia..and dah pun khatam aku baca.

**klik pada gambar untuk membaca sinopsis novel. kalau tak clear minta halal ea..biasalah kamera cikai je..huhu

1. Tuhan lebih tahu- Nora ismail
2. Terlanjur mencintaimu- Syamnuriezmil

3. Kau sayangku- Bikash nur idris
4. Dibius cinta- Qash irdina
5. Secantik anugerah- Sarnia yahya
6. Cinta datang lagi- Bikash nur idris

7. Cinta kontrak- Nurul ain syuhada
8. Wasilah cinta weera- Rose harissa

9. Semakin rindu semakin sayang- Umaira dzul wahid
10. Cinta 3 suku- Herna diana


komen aku sebagai seorang pembaca:

berdasarkan kesepuluh novel yang aku dah khatamkan ni, ada yang okeh, ada yang menarik ada yang melewe and ada gak yang so-so. sebab ada diantara novel writer masih muda dan masih kurang pengalaman mungkin dalam menggunakan ayat yang sesuai. walaupun aku tak ada bakat menulis karangan pendek ke panjang ke apatah lagi novel yang tebal beratus muka surat ni, tapi aku sebagai seorang pembaca yang waras masih boleh membezakan kualiti penulisan yang ingin disampaikan oleh penulis novel..ececeh..hehe..tak apalah, dengan membaca dapatlah juga ilmu pengetahuan. siapa kata novel tak bermanfaat? meh nisi aku nak bagi tau...

# melalui novel kita boleh dapat idea nak namakan bakal anak-anak kita di masa depan (nama2 watak dalam novel best2 okeh..kelaassss gituh..hehe)

#melalui novel kita boleh memahami hati seorang lelaki/wanita kerana elemen2 bermonolog dalam hati diselitkan lalu kita secara langsung dapat memahami isi hati seorang lelaki/wanita

#melalui novel kita boleh belajar cara mengungkapkan cinta dengan penuh romantis dan pasti terkesan sampai bila-bila

aku masih teringat love quote di dalam sebuah novel ...
"my love for you dies when the last petals of this roses falls"
scene dimana seorang lelaki memberikan jambangan bunga rose hidup tetapi diselitkan 1 bunga rose plastik ditengah-tengahnya. semua sedia maklum yang rose plastik tidak akan layu dan gugur bunganya, seperti itu jugalah rasa cinta lelaki itu kepada pasangannya yang tak akan hilang ditelan masa...haaa~ kau romantik ke idok lelaki itu..cair ke cair hati seorang perempuan bila lelaki buat macam tuh? pikior naa


#melalui novel kita boleh melancong luar dan dalam negara, walaupun bukan secara langsung, tetapi penulis menggambarkan tempat yang dituju seolah2 kita boleh merasakan yang kita berada disana. disamping menambah ilmu pengetahuan tentang sejarah2 tempat yang dimentionkan di dalam satu satu penulisan novel.

#melalui pembacaan novel, pembaca dapat menambah lagi ilmu pengetahun dan info-info luar dengan membaca segmen ilmu yang selalunya diselitkan di muka surat terakhir novel.

daaaaannnnnnn banyak lagilah sebenarnya manfaat baca novel ni, jangan memperlekehkan orang yang suka baca novel okeh! hanyan orang yang selalu baca novel faham perasaan ini...ececeh..hehe



p/s: CADANGAN KERAS DARI CIK GREENY: LELAKI HARUS belajar-belajar baca novel untuk lebih memahami Hati Seorang Wanita...percyalah..aku SERIUS!!! ni...kaum adam di luar sana..tak salah pun baca novel ni..cuba try test okeh =)


p/ss: selamat berbuka bagi mereka-mereka yang berpuasa :3






pssst...Aku bukan hantu novel! "sangat"~~~

11 August 2011

Aku cuma nak kongsi je walaupun mungkin korang dah lama tau...

Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua.

Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.

Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.





Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..



Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..



Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..



Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....
Hidup menjadi sepi...



Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluk-Nya..Manusia bagaimana?

Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi...kita manusia......???




p/s: aku touching okeh dengan kisah ni..lantaklah kalau korang nak cakap aku emo tak tentu pasal ke hape..yang aku tau aku tersentuh dengan mahluk ALLAH yang comel lagi innocent ini okeh..huhu..(T_T) sob..sob



**aku kecewa..argh! (tak ada kena mengena dengan entry )

08 August 2011

Monday Blues: Bila hati jatuh cinta



Betul tak kita macam ni BILA HATI JATUH CINTA???

hahaha~ COMEL!!!!!!



Bila orang yang kita suka dah belanja makan...MyEm0.Com


Time dilamun cintaMyEm0.Com



Bila dapat mesej daripada orang tersayang...

senyum tak lekang-lekang..MyEm0.Com


Bila dia ajak keluar..MyEm0.Com


Time masa lapang je mesti ingat si dia MyEm0.Com


Yang penting muka kena sentiasa manis bila ingat si diaMyEm0.Com



Itulah penangan "BILA HATI JATUH CINTA"




adakah ini muka2 yang sedang jatuh cinta?





oh..tidak-tidak!






ini muka2 yang tak ada kerja..hehe =p








p/s: bagi yang tak tau , segmen Monday blues memang dah jadi segmen tetap kat blog aku..ececeh..hehe..segmen berjiwang bersama empunya blog, tapi bukanlah menceritakan hal ehwal peribadi empunya blog secara langsung. Monday blues hanyalah untuk love quote or anything that is related to love and 'ayat2 jiwang serta berbunga2 semata-mata' hehe

07 August 2011

coretan singkat di bulan puasa


Assalamualaikum dan salam ramadan semua..alhamdulilah kita sudah berjaya menjalani ibadah puasa untuk minggu pertama di bulan ramadan, harapannya semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa hingga keakhirnya dan bertemu bulan syawal untuk meraikan hari raya selepas sebulan berpuasa, insyallah.

entry kali ini singkat sahaja, hanya untuk mengucapkan kesyukuran ke hadrad ilahi, kerana masih diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa. pesanku di sini mudah sekali...


1. berpuasalah bagi kamu2 yang mampu

2. berbukalah secara besederhana dan tidak keterlaluan, mulakan berbuka dengan kurma 3 biji seelok-eloknya, mengikut sunnah Nabi.

3. melewatkan sahur untuk mendapatkan keberkatan-NYA

4. melakukan ibadah di malam hari seperti bertarawih bagi yang berkemampuan

5. hindari diri daripada melakukan perkara2 yang tidak elok (mengumpat, mengeji, mendengki dll)



senang bukan?

marilah kita bersama-sama mencari keberkatan-NYA dan berdoa agar dapat menemui malam lailatulkadar yang malamnya lebih baik daripada seribu bulan, insyallah .


psssttt...tempat aku dah meriah dah dengan bebudak main mercun n bunga api..tempat korang macam mana pulak? meriah tak?


dam dam dum bunyi mercun..piew..piew~
(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
。 ღ˛° 。* °♥♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。


01 August 2011

Monday Blues: Love is...



sesungguhnya tak semua bisa memiliki cinta yang sejati dengan sekali mencuba

hargailah pasangan anda sementara ada


LOVE is...




not everyone can have





p/s: esok JPJ test..wish me luck..huhu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...