31 July 2011

Ramadan datang lagi!






Ramadan is a month oh ALLAH

Whose Beginning is MERCY

Whose middle is FORGIVENESS

Whose end is FREEDOM FROM FIRE


WISHING YOU A BLESSED RAMADAN!





p/s: teringat zaman kecik2 dulu masa start2 belajar puasa, mak upah rm1 sehari kalau puasa penuh , so,penuh 3o hari dapatlah rm30..masa2 zaman tuh, rm30 besar wooo~ bagi bebudak kecik..hehe

26 July 2011

Menjelanganya tahun 3000..wow!



Dengan lafaz bismillahirrahmanirahim
lapangkan dada anda
dan enjoy!

JUST FOR FUN!!!

dengan ini tiada lagi lelaki yang selekeh dengan janggut, jambang dan misai yang tidak terbela itu..oo yeah!


omputih kat barat sana tak payah lagi berbikini seksi jemur kat beach untuk dapatkan tan skin..am i rite?


apa nak jadila anak cucu kita nanti, pemalas bebenor nak bawak beg sendiri, time kita dulu bawak beg berat macam bawak batu bata..kan3?



anda tidak akan berpeluang lagi melihat misi (nurse) yang comei2 lagi kacak belaka itu..huhu~



senang woo macam ni, tak payah ambil masa yang lama nak makeup, ko cop je kat muka tu haa..settle!



pemalas benor jadi orang ni..ish3



haa~ ni bagus ni..aku setuju bebenor



baik tak payah jadi orang la kalau macam ni sekali kan



yang ni aku suka bebenor, agak2 penat tunggu bas ke tren ke, boleh keluar sit otomatik kat seluar kita..senang lagi praktikal bukan?



agak2 nak lari dari cik ceti ngan ahlong ke, le nyorok dalam laut kan?



go green! oo yeah~



bagus bebenor kalau ada menatang ni, kompem kemalangan jalan raya tak ada





p/s: tapi sayangnya, benda alah ni sume belum tentu ada tahun 3000 nanti, tapi kalau betol ada best gak kan..tapi..tapi~ kita mati sudaaaa~ oopps!




** psssttt...aku dah siap report latihan industri n dah submit pun kat fakulti..yeay!!


25 July 2011

Monday Blues: Untuk sang perindu


Setiap kali saya mengelamun sorang2,
saya bayangkan, betapa beruntungnya saya,
jika Awak boleh menjadi, saya punya

TEMAN ISTEMEWA

MySpace



. . . TETAPI . . .

Saya ni bukanlah istemewa dihati awak,
Namun saya berharap,
Jika suatu hari nanti, bila awak dengar.


Love is like a biscuits

"Now you see, Now you don't "


Awak Senyum sambil sambil berkata,
WEKKKKK ! ! ! ! !

Kahh kah kah ! ! !



p/s: untuk dia yang selalu mengelamun dan menjadi sang perindu..saya rindu awak jugak lah..hehe=p



23 July 2011

Kucing garong!..miaw~


Amaran: entry kali ini untuk mereka-mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja, kurang daripada itu, memerlukan bimbingan kaunselor, guru panitia pendidikan moral dan yang sama waktu dengannya. sekian, harap maklum.


aksi-aksi manja mereka
.
.
.

.
.
.
.
.
.

0Oopps!!

.
.
.


ada lagu kucing garong okeh
tapi ni versi teletubies la
sebab video yang asal "agak" panas..hoho




*specifically aku pun tak tau apa meaning kucing garong ni sebenarnye haa...
** sibuk belajar kereta dan menyiapkan report LI, sobab itula den takdok maso nak update entry..huu

18 July 2011

Monday Blues


Its Monday again
hari di mana malas untuk menaip =p

So...



Hello readers =)
And peace you olz


p/s: rasa2 r hari isnin memang aku wat segmen monday blues je r..hehe..ala2 wordless Wednesday, cumanya untuk monday blues ni, kita layan jiwang, cintan cintun and ayat2 sastera gituh..kira ayat tangkap lelah la..mwahahaha! *layaaaaaan

15 July 2011

Perjalanan yang sangat bermakna..."sangat!"


assalamualaikum dan salam satu malaysia, ececeh..dah malas nak cakap banyak sangat, aku pun malas nak menaip ni, let straight to the point jelah okeh.

pada hari khamis bersamaan 14/07/2011 aku, niza dan saf telah ke unikl micet melaka nak temankan niza ambil sijil tamat belajar la lebih kurang gitu..gerak dalam 8lebih sampai 11 lebih..so, kita terus proceed pada ceritanye jelah okeh, let the pictures speak!

ni main entrance la sebelum masuk

ni niza, dan kawasan belajarnya

ni saf selaku driver no.2
maklumlah aku kan xde lesen g..huu

ni pemandangan yang berhadapan dengan unikl micet
ni adtec melaka

melaka banyak trafic light wooo!

lepas dari micet, kitorang decide nak ke air keroh, jalan2 la gituh kan, kat melaka ni banyak taman kan..taman botanical la, taman rama2 la, dan macam2 taman lagilah. kira melaka ni memang sesuai la tempat nak berfoya2 dihujung minggu, sebab banyak tempat yang boleh dilawati..ececeh..*promote melaka nampak..hehe MELAKA MAJU 2010..kihkih


alkisahnya, kami drop kat melaka mall la, biasalah kalau weekdays tak ramai orang kan, so we decide tengok wayang jelah, cerita harry potter 2. nasihat aku kalau tak tengok harry potter 1 tak payah lah nak tengok yang part 2 ni, sebab takut korang tak faham..hehe..after that, kitorang makan mcd je, si saf ni dah giler nak makan GCB mcd..hahaha~

muka tekun tol nga tengok cerita marimar kat tv 3
episod last katanya..tapi bukan la weh

tudia makan tengah hari kita~

ni pemandangan yang bertentangan dengan mcd
tempat dating niza dgn skandal katanya..hehe


dikala jem, snap pic dlm kereta

muka bahagia~

muka bahagia lagi sebelum tragedi..huhu~


lagi2 jem..jem lagi2..ishk


dan akhirnya, mulalah tragedi yang tak disangka2. lepas je masuk tol air keroh nak menghala semula ke johor, di kilometer 177. 2 *ingat lagi seh kereta tetiba je mati, masa ni saf la yang drive. nasib baik kat lane kiri, kalau belah kanan tak ke kalut nak berhenti sebelah kiri jalan tu..kan3..then niza ingatkan pasal bateri weak..tapi~ bila buka je bonet enjin kat depan tuh..jeng..jeng..jeng

.
.
.

berasap kereta sudaa, patutla temperature kereta h je
kitorang ni perempuan, manelah tau sangat pasal kereta ni..huhu

tulun2, emergency nih..huhu

sementara menunggu ketibaan penyelamat..kahkah

tudia, dia mai dah

diorang ni pun tengokkanlah apa yang patut then~....

diorang cakap ni bukan masalah kecik, masalah besar dah ni, katanya gasket kereta dah burn n kena ganti ni..huumangaih, makan duit woo..banyak choice tapi lastly pilih tarik ke tol tangkak then repair kat sana..nak tau cerita yang lebih lanjut boleh p kat blog safwanah pulak..yelah dia describe lebih detail la..aku malas nak tulis panjang..huhu

lepas semuanya settle dan makan duit yang saaannngaaat! banyak bagi kami yang belum mampu ni, kami pun berangkat pulang ke johor..kembali ke tempat asal la..gerak dalam 11 mlm, nasib baik cuaca terang sebab bulan penuh, so nak sedapkan hati..think positive la, assume yang konon2nya baru pukul 8 mlm la..haha~ nasib baik tak jadi apa2 lah..mak masing2 jangan cerita r..risau woo..yelah semuanya anak dara kat highway pagi2 buta..hoho

alhamdulilah sampai rumah pukul 2 pagi..penat memang tak boleh cerita lah, tapi takpe, pengalaman kan, once in a lifetime..pengajarannya, bila nanti in the future aku ada kereta, kenalah tau2 sikit pasal komponen kereta ni ha, so takdelah benda yang tak elok lak berlaku masa on the way kan, untuk kawan2 aku jugak..lain kali kalau kita nak g memana, kita check keadaan kereta betul2 okeh..hehe..

ok,tu jelah nak tulis..panjang jugak ni kan..emm..hoho..thanx for reading=)




p/s: sampai rumah pukul 2 pagi, tidur dekat pukul 3, then pukul 7 dah kena bangun nak p pasar lak cari barang untuk kenduri tahlil kat rumah pulak malam nanti..ish..penatla..nanti2 aku update pasal kenduri tu plak okeh...

13 July 2011

Wordless Wednesday #1


Lokasi: di sebuah IPTA di suatu kolej kediaman







p/s: hari ni aku belajar parking n bukit kat kelas memandu, kete mati n terlanggar tiang parking..uhuuuuu~ T_T


11 July 2011

Monday green Blues



Mari berjiwang di hari Isnin =) yeah!


I LOVE YOU my husband to be


eh, aku nak pakai wedding dress macam ni boleh tak? tapi kena modified la bahagian yang atas tu..hehe..


dapat yang ni pun okay gak, p still kena modified bahagian atas tu, huhu



lagi meriah kalau ada unsur element hijau


kan..kan?



ooo..yeah!







*even though i don't know who is "he"-to be..hehe
** mimpi kawin beberapa hari yang lepas..ngehngeh...=p

08 July 2011

Kalau lelaki & Kalau perempuan...

assalamualaikum dan salam hari jumaat semua, apa habaq? baik na? so macam yang aq cakap kat entri lepas, sepatutnya aku post entry ni semalam, tapi dek kerana 'ketensionnan' aku tak okeh lagi semalam so aku post hari inilah ya..mood aku hari ni? emm ok dah..bolehlah..hehe..so, emm..bacala jelah yang kat bawah ni ya...

selamat membaca
happy reading =)


KALAU LELAKI turun dari motor, mesti tengok cermin sisi, sibuk betulkan rambutlah, nak pacakkan rambutlah, setting sana, setting sini. Yelah kan , abis rambut tuh penyek kena hempap helmet tuh, tuh pun kalau pakai la =p Gunalah Bylcream (betul ke aku eja ek?emm) ..terpacak lagi? Memang terpacak!



KALAU PEREMPUAN turun dari motor, mesti sibuk nak betulkan tudung lah, ape lagi kan, mana tau senget ke tudung/shawl tuh, yelah kan kena tiup dek angin masa naik motor kan, abis rosak tudung I u..auuw! ngehngeh . yang tak bertudung plak same je ceritanya, sibuk dok setting rambut, siap ada yang bawak sikat lagi tuh… gunalah REJOICE! Guna jari pun boleh



KALAU LELAKI pergi shopping complex or nak g jejalan senang cite, bawak wallet, bawak badan..dah jalan~ abis cite..senang bukan?



KALAU PEREMPUAN pergi shopping complex or nak g jejalan, segala harta yang ada kat bilik tuh semuanya nak dibawa, mascara la, segala celak bagai, faundation lah ape la yang sama waktu dengannya sumbat dalam beg. Padahal bila dah sampai sana tak sempat pun nak pakai semua tuh, paling2 pun pakai compact powder n lip ice/lip balm je kan..kan? (bf dah sound jgn lame2 kat toilet tuh, pnat tunggu u~)



KALAU LELAKI jalan depan perempuan, jalan nak macho je pastu buat muka agak2 kerek sikit la, jalan nak berenjut je, ala2 dada bidang gituh..sasalah tu konon-kononnya. Taknak kalah gak dengan accessory rayban kat mata tu haa..padahal hari hujan n malam pun nak pakai rayban ke..agak2 la lu mamat ooii..(aku cukup anti dengan lelaki pakai rayban tak tentu hala ni..menyampah! rasa)



KALAU PEREMPUAN jalan depan lelaki, jalan nak cover je, ala2 catwalk gituh, muka control ayu sikit la, mestilah kan..pastu gaya2 nak cover2 malu sikit, konon2 betulkan tudungla walhal tudung tuh dah elok dah terletak kat kepala tu, saje je nak usik2..n lagi yang tak bertudung lak, saje je pintal2 rambut tuh, tak ada kerja ke hape..memang saje je kan, saje lah tuh nak tunjuk rambut dia yang panjang n rebonding tu kan..alaaah~ macam lah kite tak tau..kan3?



KALAU LELAKI pergi bilik air, lepaskan hajat apa yang patut, setting2 rambut sikit, basahkan rambut sikit ke bio Nampak fresh, dah settle..jalaaan~



KALAU PEREMPUAN pergi bilik air, lepaskan hajat apa yang patut laju2, then sibuk geledah beg nak cari alat makeup nak touchup2 muka tuh. Touchup laju2 (sbb bf tggu kat luar tuh) depan cermin tengok muka sedekat yang boleh kat cermin tuh (xcukup besar n clear lagi agaknya cermin tuh). Lepas tuh, setting lagi tudung/shawl/rambut..puas hati, then jalaaan~ leceh kan perempuan ni?


KALAU LELAKI matikan phone, mungkin sebab dia tak nak kena ganggu lah tuh kononnya, tak pun memang dah tau phone tu da flat battery, dia dok bio je sampai mati phone tuh, memang malas nak charge kan..dan lagi saje je matikan phone masa tengok bola, sebab tak nak awek membebel kat dialah tuh..asyik tengok bolaaa~ je kan..haa macamtulah lebih kurang kan?



KALAU PEREMPUAN matikan phone, maknanya dia tengah marah atau tengah merajuklah tuh, takakan tak faham2 lagi kan. Saje je tak nak on phone tuh, konon2 taknak bf call nak pujuklah tuh..eleh, padahal setiap 5 minit bukan balik phone nak check mane tau ada message ke miscalled ke dari cek abe..kan3? perempuan..perempuan



Sekali lagi, no offence lah ye, aku tulis ni based on observation aku je, mungkin ada lelaki dan peremouan yang macam ni, and mungkin juga tak kan.. tapi aku yakin pembaca blog aku semuanya bagus2 kan, xde yang tersenarai kat atas ni kan..hehehe…sayang anda semua..ececehhh~ again, thanx for reading!




p/s: aku menulis semua ni masa aku tengah tunggu turn nak belajar kat kelas memandu tuh, so ni kiranya apa yang aku nampak kat sanalah..hehe



06 July 2011

Wordless Wednesday?




p/s: 1st time aku buat nih, sape kata aku wordless arini, ada je yang aku nak kata, cuma pasai dek kerana ter'tension' hari ni, aku tangguh esok jelah nak bebel kat blog ni okeh

05 July 2011

Bila aku blogwalking aku harap....


1. "kalau boleh" Ada shoutbox

*bukan apa, aku rasa lebih efficient nk tinggal jejak kt blog u olz tuh, mungkin orang sengaja xnak letak shoutbox so kena komen blog diorang, its ok, Cuma kadang bila nak post komen pula banyak lak cekadak ye, nak approval la hape la..lambat loading okeh



2. "Kalau boleh" guna..Pop-up komen lebih mudah lagi easy

*Gunalah komen box yang pop up tuh okeh, lagi mudah n tak buang masa, percayalah~senang sikit nak komen n tak tunggu loading lama sangat



3. "Kalau boleh" Tak ada lagu yang bukan2 & autoplay

*okeh dulu pun aku letak lagu jugak kat blog, tapi bila blogwalking dah tentulah kita banyak open new tab kan, n bila bukan new tab je macam2 lagu autoplay, serabut okeh telinga ni dengar, bercampur baur rasanya..huhu, x salah nak letak lagu, Cuma jangan outoplay la..boleh?



4. "Kalau boleh" Tak ada widget nama yang ikut je cursor korang tuh

*korang faham tak maksud aku ni? Alah~~, bila cursor korang gerak sana sini, then ada nama empunya blog yang follow kesana sini meliuk lentok tuh..ada kan.. aku tak suka sangat r, macam mengganggu je..tambah2 lagi bila nama enpunya blog panjang..adooi~ berderet benda alah tu ikot



5. "Kalau boleh" Tak payahlah guna saving mode tuh

*memang lah Nampak smart kan. kadang2 tuh ade yg okeh, kadang2 tuh ada yang tak sampai seminit je dah tukar saving mode, bukannya susah sangat..memanglah tinggal goyang cursor tuh je, tapi kalo time kita ngah syok membaca entry diorang then tetiba tukar saving mode, tak ke rasa geram namanya?



6. "Kalau boleh" Tak payahlah nak menayang muka sangat

*aku taulah korang kacak2 lagi jelita..tapi rasanya tak perlulah nak tempek muka korang banyak2 kat sidebar tepi tuh kan, cukuplah sekadar sekeping dua..n lagi, tak payahlah nak menunjuk sangat korang ade bf/gf, sampai nak menunjukkan. aksi yang tak sepatutnya then nak tayang kat seluruh dunia..perlu ke semua tuh?





no offence okeh blogger semua, aku cuma 'state'kan apa yang aku rasa je, kalau ada yang terkena batang hidung sendiri tuh harap maaf lah ye, blog aku pun bukan bagus sangat..huhu~ cuma aku harap bila korang jengah blog aku tak rasa tertekan macam yang aku rasa bila jengah blog lain lah..hoho


tapi korang rasa tak betul ke apa yang aku cakap kat sini? ada betulnya juga kan..fikir-fikirkan dan selamat beramal~ hehe..peace u'olz.


eh, mari layan video terbaru matluthfi lagi..i adore him~~

setiap video yang dia dihasilkan penuh bermakna bukan?





p/s: aku tengok cerita transformers hari ni, so far okeh cerita ni..just nice~ thanx awak for the lovely day today..hehe..makan durian jangan tak ingat dunia okeh =p…Take care and till then.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...