19 June 2011

Selamat hari abah

Masih kuteringat kali pertama dahiku dikucup mesra oleh abah
masa itu, seusai majlis solat hajat dan izin ilmu di sekolah ketika aku mengambil PMR
itulah kali pertama aku merasa diri aku sungguh kerdil sebagai seorang anak yang kehausan kasih sayang seorang abah

kali kedua, abah mengucup dahiku ketika menghantarku ke universiti
aku tahu dalam hatinya, dia mendoakan kejayaanku

tapi aku...
aku tak pernah mengucup dahi mahupun pipi abah
aku hanya menyalami tangan abah sepanjang hidupku

kali pertama aku mengucup dahi abah ketika abah sudah terbujur kaku bersedia untuk dikebumikan

aku...

aku merasa terkilan
kenapa sepanjang hidupku, aku tak menunjukkan kasihku pada abah

kini abah tiada lagi
tak dapat aku bersalam tangan abah mahupun melihat wajah abah
walaupun zahirnya aku kelihatan tak berperasaan
tapi aku juga seorang anak yang sayangkan abahnya

abah
selamat hari abah dari anakmu ini

Wargiron Bin Supian dalam kenangan
26.5.1946-05.05.2010

eh..matluthfi pun ada video fathers day la


-meh kita hayati maksud tersiratnya-

3 146 pencinta hijau jua:

zazaw said...

hmm
banyak bersabar

:)
video tu best

yusri said...

ayah saya pun dah tak ada...huhu

greeny said...

-->zazaw..insyallah...sabar itu separuh dari iman kan..kan

--> yusri, kita senasib..pasti faham perasaan ini kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...