02 June 2011

Mak aku cakap

mak aku cakap jangan tidur lepas subuh, nanti rezeki susah nak masuk

mak aku cakap jangan makan/minum lebihan bekal masa kita pergi kerja/sekolah/universiti/ladang, nanti cita-cita terbantut

mak aku cakap jangan nyanyi masa masak kat dapur, nanti dapat lelaki tua

mak aku cakap jangan tengok cermin masa maghrib, nanti orang nampak dari jauh je cantik tapi bila depan mata hampeh!

mak aku cakap jangan suka goyang kaki tak tentu pasal, nanti anak jin tumpang berbuai

mak aku cakap jangan habiskan lauk pada khamis malam jumaat, nanti rezeki tak lekat

mak aku cakap jangan lupa basuh kaki kalau kita dari luar nak masuk ke rumah, takut nanti ada 'benda' yang ikut

mak aku cakap jangan tak dengar cakap mak..huahuahua~

anda sangat cute bila dengar kata mak anda..hehe..respect 'orang lama' walaupun kekadang...


mak aku cakap lagi, kalau nak cari laki, cari yang 'dah hidup' bukan yang 'baru nak hidup'..faham?

mak korang cakap apa pulak???

0 146 pencinta hijau jua:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...