11 June 2011

Let the pictures and me speak!

assalamualaikum dan salam hujung minggu sekali lagi. entry paling latest bertarikh 5/6 kan..ish3, lama dah tak update entry..aku punya malas menjadi2 la..huhu..so ni kira entry bayar hutang la okeh..aku nak ceritalah apa yang berlaku sepanjang minggu yang lepas.

kita mulakan dengan gambar ni dulu..ni siti, already taken. dia ni budak umt n sama tempat praktikal dengan aku kat mardi ni even lain supervisor. ada masa kitorang lepak sesama la. dan markasnya ialah library. ni jumaat yang lepas2 sebenarnya. dia cakap aku pandai edit gambar, so main2 tangkap gambar dia n aku editkanlah sikit. aku ni bukan pro, tapi bolehlah~ sekadar suka2.


06/06/2011

masa hari isnin, pekerja ladang perempuan tempat aku kerja semua cuti, so aku tak masuk ladanglah, just duduk library baca2 buku je, dan aku jumpa sesuatu yang menarik..mungkin aku boleh berkongsi di sini mengenai fakta tu. tapi version english la ea..aku malas nak translate..huhu~

1. human share 50% of their DNA with banana.

2. in an average meal, you eat approximately 55,000,000 cells or between 63,000-93,000 miles of DNA.

3. it took researchers 9 years in 1980s to discover the gene for cystic fibrosis, 9 days in 1999 to discover gene for Parkinson's disease and 9 seconds in 2001 to discover the gene for Crohn's disease.

4. DNA can store 25GB of information per inch and is the most efficient storage system known to humans.

amacam? kagum tak? aku kagum okeeeehh~

pada sebelah petang pula, aku dan budak praktikal lain pergi ke ladang mas cotek dan ladang stivea. bagi yang tak mengenal mas cotek aku sertakan sekali pic kat bawah ni. dan bagi mereka2 yang tak tahu pokok stivea tu apa, boleh google untuk lebik informasi, tapi apa yang aku boleh cakap pasal pokok ini ialah, pokok stivea merupakan pokok penganti gula, yang manisnya 300 kali ganda dari gula yang dihasilkan oleh pokok tebu. kajian demi kajian dilakukan untuk mengkomersilkan pokok stivea ni, tapi bukannlah daun dia manis, apa2 pun kena extract dulu, dan gula yang dihasilkan dari pokok stivea lebih mahal daripada gula yang dihasilkan dari pokok tebu.

pokok stivea last skali yang tempat aku termenung tu, pokoknya renek je..
carilah yang mana pokok and yang mana lalang..hehe

07/06/2011

hari ini, sekali lagi aku tak masuk ladang sebab menyertai program kursus dan latihan teknologi penanaman kopi LIBERICA. kopi liberica merupakan salah satu tanaman kopi yang diusahakan di seluruh dunia. terdapat tiga jenis kopi yang ditanam secara komersial di seluruh dunia iaitu kopi robusta, kopi arabica dan kopi liberica. kopi arabica tak sesuai ditanam di negara kita kerana kopi ini ditanam di negara yang beriklim sejuk sahaja.

untuk pengetahuan, walaupun kopi liberica bermutu rendah, namun pokok ini tahan pada serangan penyakit dan mempunyai kandungan kafein sebanyak 1/4-1.7%. pada sebelah petang, kami dibawa ke ladang untuk penerangan yang lebih lanjut dan melihat pokok2 kopi serta jenis-jenisnya.

masuk ladang pakai baju kurung youuu~..salah konsep namanya tu
(sebab tak ada yang mention masuk ladang, tu pasal la pakai ayu sikit..huhu)

setelah habis meronda ladang, kami di bawa ke nursery untuk demo cantum pokok kopi untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan cepat. pokok penanti digunakan dan tunas sion diambil untuk cantum pada pokok penanti. selalunya pokok penanti yang berusia 6-8 bulan sesuai di gunakan. yang kat dalam plastik besar tu semua hasil pokok yang telah dicantum dan dibiarkan selama beberapa bulan untuk hasil cantuman terjadi.. kata lain bagi cantum ni 'kawin pokok' la..bahasa senang untuk orang yang bukan dalam bidang ni.


08/06/2011

kembali ke tempat asal iaitu ladang belimbing. selalunya bungkus buah, tapi sekarang ni tak banyak putik buah lagi, sebab sekarang more kepada harvast buah untuk ambil data, so just pergi ke ladang dan gugurkan buah yang telah diinject serangan lalat buah. sambil2 pergi ke germplasm belimbing, aku terjumpa species spider ni, aku tak tau la sama ada aku yang jakun tak pernah nampak, atau aku memang tak tau apa2 pasal spider ni huhu~, aku rasa spider ni unik sebab badan dia besar semacam n ada corak..sekali tengok macam muka kucing. korang rasa ada tak macam iras2 muka kucing? ada kan? kan..kan


yang ni lain sikit la, just hitam belang2 tapi lebar jugak

09/06/2011

sekali lagi ke ladang, macam biasa la kan, hari ini tugasnya harvast buah untuk dihantar sample ke headquarters mardi di serdang, ada 7 klon buah di harvast dan dibungkus untuk dihantar ke sana.

kemudian, selesai collect buah, balik ke nursery..dapat minum kelapa segar beb..pergh! mantap! cuci perut orang kata..hehe~. selesai bab rehat2 ni, research assistant belimbing ajar aku cara nak mengetut buah..bukan kentut okeh! ni 'tut' aku pun tak taulah nape istilahnya macam tuh, and aku pun tak tau camna nak explain kat sini, bagi mereka2 yang berkenaan jelah yang tahu pasal benda ni. nak tau pasal prosedur dia? walaupun panjang, tak apalah aku explain gak kat sini. aku tut kat pokok jambu batu tau.

pengetutan dijalankan pada pokok jambu yang terdapat di sekeliling nursery. dahan pokok jambu yang sesuai dipilih. kelaran kemudiannya dibuat pada dahan iaitu pada bahagian nod. kelaran ke dua dibuat kira2 2cm daripada kelaran pertama. kulit dahan pokok jambu ditoreh dan dikopek. tisu cambium kemudiannya dikikis sehingga bersih untuk mengelakkan tisu bercantum semula. jiffy-7 yang mengandungi campuran bahan organik direndam 20-40 minit bagi proses pengembangan. jiffy-7 digunakan untuk membalut atau menutupi kelaran yang dibuat pada dahan tadi. plastik jernih kemudian digunakan untuk membalut jiffy-7 dan diikat dengan tali rafia. selepas 3 bulan, akar adventitus akan keluar daripada tempat kelaran dibuat jika proses tut yang dijalankan berjaya.

ada faham tak? buat2 jelah ea..hoho~


10/06/2011

hari ini hari jumaat, penghulu segala hari, dan sekali lagi aku duduk kat library untuk menyiapkan artikel 'nematoda dan jambu batu'. sambil2 tengah online cari bahan walaupun line tak berapa bagus, aku tergerak hati nak check esmp upm. tak sangka pulak result sem 4 dah keluar, dan aku pass with fying colours..hoho~ setakat ni, nilah pencapaian aku yang terbaik. pointer sem ni, paling bagus yang aku boleh katakan. aku bukan dari family background yang berpendidikan, so 'gene pandai' tu tak lahir dengan semula jadinya. aku kena usaha, walaupun kadang2 tak menunjukkan hasil..huhu~ apapun aku bersyukur, sebab aku tak fail paper teknologi fermentasi. sebab aku takut sangat kena repeat paper ni..ni memang killer paper and aku tak dapat jawap dengan jayanya masa final dulu..tapi alhamdulialh..aku lulus.. syukur sesangat.


ini pila kisah tragedi di petang hari, hujan lebat bersama dentuman kilat dan guruh. masa ni aku baru lepas makan dengan mak aku n bunyi benda jatuh r, buat dek jela, aku siap beseloroh durian jatuh atas bumbung ni..haha..rupa-rupanya bila keluar rumah je nampak pokok betik tumbang kena panah petir. nasib baik lah menghala ke bangsal rumah, kalau menghala ke rumah, memang kena tepat la masa aku dan mak tengah makan..terima kasih Allah kerana menyelamatkan kami dari bencana. dahla tinggal aku dengan mak aku je kat rumah. nasib baik tak jadi apa2.. tapi apa yang ruginya, banyak buah durian gugur sebab kena tiup angin ribut..spoil la~ dahlah durian tak menjadi sangat tahun ni, bila dah macam ni, tinggal berapa biji je kat pokok tuh..huhu~ nilah dikatakan tak ada rezeki kan..emmm~



p/s: cukup panjang kan entry kali ni
entry untuk 1 minggu
seperti biasa..
klik pada gambar
untuk tumbesaran yang maha dasyat!

2 146 pencinta hijau jua:

kerisperak said...

ha'ah macam kucing.. tu ape bhgian punggung die ke?

greeny said...

@kerisperak

eh bukan bahagian punggung die, memang bahagian belakang badan dia la..memang camtu..unik kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...