05 June 2011

Jom Kawin!!!

kelepak..kelepuk.kelepang..
(eh camtu ke bunyi kompang?)

selamat pengantin baru~semoga kekal abadi, bahagia ke anak cucu~, sentosa murah rezeki~~


Assalamualaikum dan salam hujung minggu, hari ni ahad, esok isnin..dah kena kerja lagi..fuh! penat. tak apa sekarang ni bukan nak cerita pasal tu, sekarang ni kita nak bincang bab2 munakahat subjek favourite masa darjah lima sekolah agama dulu..haha ingat lagi kan.. so topik pada hari ini 'jom kawin!!' yela, sejek menjak cuti sekolah ni, banyak bebenor keje kawin yang nak kena p, tak kira hujan ke panas, p jugak..jiran la katakan~

sudah bersediakah anda untuk bernikah dan mendirikan masjid? sudah bersediakah anda untuk memikul tanggungjawab yang diberi oleh Allah ini? sudah bersediakan anda untuk berkongsi segala suka dan duka bersama pasangan anda?

jika jawapannya ya! maka anda sudah bersedia untuk bernikah!

sebut sahaja pasal perkawinan dewasa ini, bermacam konsep dan tema yang muncul. ada sahaja konsep dan trend2 baru yang menjadi ikutan tanpa memikirkan bahana yang bakal menimpa di kemudian hari.

lihat sahaja trend masa sekarang, semua berlumba2 untuk mengadakan majlis2 yang besar2 dan meriah dan mahu melangsungkannya di dewan2 atau hotel2 tanpa mengira kos yang anda sendiri fikirkan berapa banyak belanja yang perlu di keluarkan.

ya, betul..kita hanya akan berkawin sekali dalam seumur hidup, insyallah. jadi apa salahnya untuk belanja lebih sedikit, hanya sehari kita menjadi 'special' 'raja sehari' la katakan.

tidak salah semua itu, cuma biarlah berpada, bukan dengan niat untuk menunjuk ataupun bermegah semata2. kenduri kahwin pada asalnya diwujudkan hanya untuk memberitahu orang kampung dan sekeliling bahawasanya anak kita sudah berkawin dan sudah sah dengan pasangannya, tapi kini kosep 'kenduri' itu mungkin sudah tiada ertinya selain hanya untuk menunjuk2.

fikir2 kanlah apa yang terbaik untuk anda. jika mampu silakan, jika tidak bersederhana sahaja. jangan mengimpikan sesuatu yang besar bila kita tak mampu untuk menyediakannya. yang penting akad nikah selesai..sah sudaaa~

okeh dah ceramah di atas..sikit je pun kan..hoho..
okeh bagi lelaki2 di luar sana, cuba baca ini dan fikirkan anda tergolong di mana..
sudah masanya anda berkawin atau tidak?
mari kita saksikan...

“HUKUM BERKAHWIN BAGI LELAKI”

Hukum ini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:-

1. WAJIB BERKAHWIN: Sekiranya seseorang itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membayar “mahar”(mas kahwin) dan mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin. Beliau juga tidak berniat untk menganiya isterinya selama berumah tangga. Di samping itu, beliau juga yakin akan terdorong melakukan maksiat (zina) di sebabkan runtunan nafsu yang kuat jika tidak berkahwin.

2. SUNAT BERKAHWIN:

Kepada orang yang mampu, tetapi aman dirinya daripada terjatuh ke lembah maksiat. Ini adalah hukum asal perkahwinan.

3. HARUS BERKAHWIN:

Bagi seseorang yang yakin tidak akan melakukan zina jika tidak berkahwin serta mampu.

4. MAKRUH BERKAHWIN:

Apabila seseorang itu bimbang jika dia berkahwin akan menzalimi isterinya. Di samping itu, dia mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dari segi kewangan beliau mampu dan juga makruh berkahwin sewaktu negara sedang menghadapi peperangan.

5. HARAM BERKAHWIN:

Bagi seseorang yang tidak dapat menunaikan kewajipan2 terhadap isterinya lahir dan batin dan mempunyai keyakinan akan menganiaya.


WAssalam

V

V

V

JADI ANDA 'LELAKI' TERGOLONG DALAM YANG MANA?

kalau tak cukup YAKIN lagi meh maca YANG INI PULAK!

wedding jiran aku

Meriah bukan suasana kerja kawin, penuh adat dan istiadat itu yang membuatkannya sungguh special. dengan arakan pengantin, kompang dipalu, ada tol, bersilat then tol lagi dengan mak andam, baru pengantin dapat tengok pengantin perempuan. barulah ada excitement macam tu. mungkin negeri lain tak ada, tapi johor memang mengamalkan konsep tol pada pengantin untuk masuk rumah dan bertemu pengantin perempuan.

setelah diarak dengan paluan kompang, budak2 akan menghalang laluan pengantin untuk masuk ke rumah, selepas bayar tol berupa duit kepada mereka, barulah pengantin boleh lalu. selesai bersilat pula, pengantin akan bergerak menuju ke pelamin. sekali lagi ada tol dan kali ini oleh mak andam pula. setelah mak andam berpuaas hati dengan ganjaran yang diberikan, barulah pengantin lelaki naik ke pelamin duduk bersebelahan pengantin perempuan dan dapat melihat wajah pengantin perempuan yang telah disolek indah.

menarik bukan???

jadi biarlah besederhana dengan majilis yang akan dilangsungkan..selesai akan nikah, bersanding, makan beradap..p honeymon..and then faham-fahamlah ea~


kalau macam tu...
jom kawin...



p/s: pic2 kat blog aku ni boleh di zoom dengan hanya klik pada gambar tanpa perlu right klik atau pergi ke page lain.. tak percaya? cubalah...

0 146 pencinta hijau jua:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...