25 June 2011

Pepatah melayu versi..dot..dot


Message: Pepatah Melayu

Funny Myspace Comments

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu
tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok,
jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang
kecuali kalau ada beruk atas pokok tu

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau
walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.


13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula
tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.....

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah..
Funny Myspace Comments

motif?--> aq tension sgt ni =(


eh..eh..aku suka lagu nih

21 June 2011

AkU sebatang PoHoN...

~Bismilahhirahmannirahim~



Aku pohon kekuatan
Allah berikan kesengsaraan
Untuk kubina daya ketahanan

Aku pohon kebijaksanaan
Allah berikan aku kegagalan
Untuk aku pertingkatkan kebolehan

Aku pohon kejayaan
Allah berikan akal fikiran
Supaya aku gigih berusaha

Aku pohon limpahan rezeki dan kelebihan
Allah berikan peluang dan kesempatan
Untuk aku manfaatkan

Aku pohon pembelaan dan kesejahteraan
Allah perintahkan memperbaharui rohani
Sebelum nasib diri aku diberkati

~Aku Pohon~

Munajatku


p/s: aku pohon hilangkan kesedihan di hati ini. amin

19 June 2011

Selamat hari abah

Masih kuteringat kali pertama dahiku dikucup mesra oleh abah
masa itu, seusai majlis solat hajat dan izin ilmu di sekolah ketika aku mengambil PMR
itulah kali pertama aku merasa diri aku sungguh kerdil sebagai seorang anak yang kehausan kasih sayang seorang abah

kali kedua, abah mengucup dahiku ketika menghantarku ke universiti
aku tahu dalam hatinya, dia mendoakan kejayaanku

tapi aku...
aku tak pernah mengucup dahi mahupun pipi abah
aku hanya menyalami tangan abah sepanjang hidupku

kali pertama aku mengucup dahi abah ketika abah sudah terbujur kaku bersedia untuk dikebumikan

aku...

aku merasa terkilan
kenapa sepanjang hidupku, aku tak menunjukkan kasihku pada abah

kini abah tiada lagi
tak dapat aku bersalam tangan abah mahupun melihat wajah abah
walaupun zahirnya aku kelihatan tak berperasaan
tapi aku juga seorang anak yang sayangkan abahnya

abah
selamat hari abah dari anakmu ini

Wargiron Bin Supian dalam kenangan
26.5.1946-05.05.2010

eh..matluthfi pun ada video fathers day la


-meh kita hayati maksud tersiratnya-

18 June 2011

segmen simple: pantun puji diri sendiri

eh..eh, ni segmen ke dua aku join lepas join segmen abang zam dululah, n sekali lagi aku post 2 entry dalam sehari..hoho..tak apelah eh..alang2 dah blogwalking and terjumpa segmen Nasz ni, join jelah okeh..

klik link kalo nak join..tapi..tapi..segmen ni end before midnight tonight..hurry up!!!

terimalah pantun cikaiku ini..hoho


aku memang pencinta hijau
tapi aku bukan the hulk atau the mask yang hijau tu
aku tahu aku tinggi lampai ala-ala model gitu
tapi mata dark brown menjadi aset dan kebanggaanku

*Ni memang kira pantun yang sangat tak boleh blah
maaplah ye, lama dah tinggalkan alam sekolah
tak belajar BM dengan betul untuk buat pantun segala bagai ni..hoho


saje je nk tunjuk aku tinggi
aaah..sudah..terperasan lagi

*ter'interframe' plak pic aku praktikal kat MARDI..hoho

mata aku purple???


Assalamualaikum dan selamat petang semua..apa habaq? baik na..aku oke2 je..amacam lawa tak lens purple aku? kena tak dengan mata aku..eh.eh..ada yang tertanya tak nape tak lens hijau? aku kan suka warna hijau..kan..kan? alaa~ bukan apa, saje je nak match dengan baju purple aku..haha..aku mana ada banyak baju kaler hijau, walaupun aku pencinta hijau..hal ini kerana, kulit aku kan gelap, mana boleh kaler2 hijau daring ni..huhu..so terpaksalah pilih kaler lain..huhu


ini sempena wedding cousin aku belah abah kat kampung paya, layang-layang kat kluang ni ha, aku dan family p sana la, 2 kereta je.. malas nak cerita lebih lagi, meh tengok pic2 ni..

gelagat nabil dan bihah dengan 'peace'nye

yang lelaki 2 la cousin aku..
jelas kelihatan 'jawa' look nya kan..huhu

*keturunan belah abah memang jawa okeh
jangan mempersoalkan rupa jawa..hehe

wife cousin aku orang rembau, N.9
.
.
.
.
.
okeh
.
.
.
aku nak buat pengakuan ni
.
.
.
sebenarnya..aku tipu korang tau tak?
.
.
.
pasal lens mata aku tuh
.
.
.
sebernarnya tipu!!! semata-mata..haha
.
.
.
aku edit guna adobe je..hehehe~
.
.
.
mata yang real???
I
I
I
V

yang ni mata ori okeh
aku tak perlu lens untuk nampak lebih 'ayu/jelita' lah kononnye..huhu


aku terima ciptaan-NYA apa adanya, aku bersyukur atas segala nikmat yang diri oleh-NYA
anda pula bagaimana???

sudahkah anda mengucapkan syukur alhamdulilah atas nikmat yang diberikan-NYA hari ini?

dah atau belum?

marilah kita bersama-sama menadah tangan mengucap syukur kepada-NYA

terima kasih ALLAH untuk 'segalanya'

16 June 2011

Aku tersalah timing la...gerhana bulan tuuu!

selamat malam semua...sedang semua orang, termasuk aku sedang asyik tidur, rupa-rupanya dah berlalunya gerhana bulan yang jarang-jarang berlaku. aku tersalah info ke aku yang salah faham ek? sebabnya masa hari isnin yang lepas ustaz yang beri ceramah kat MARDI, cakap gerhana akan berlaku 16/6/2011 pada 2.25 pagi. aku ingatkan khamis malam jumaat iaitu hari ini dan akan berlaku pagi ini. rupa-rupanya, pagi semalam la..adooyaiii..terlepas sudaaahh. tak apalah, tak dapat tengok live, gambar pun jadi. okeh, gambar2 kat bawah ni aku ambil dari SINI


Gerhana Bulan Penuh 16 Jun 2011

Gerhana Bulan 16 Jun 2011 Jam 2.45 pagi

Gerhana Bulan 16 Jun 2011 Jam 3.00 pagi

Gerhana Bulan 16 Jun 2011 Jam 3.10 pagi

Gerhana Bulan 16 Jun 2011 Jam 3.22 pagi (Gerhana Penuh)

Gerhana Bulan 16 Jun 2011 Jam 4.10 pagi (Bulan kembali cerah)

foto gerhana bulan 2011



nak tahu apa hikmahnya disebalik gerhana bulan ni?


nak?


betul ni?

.

.

.

okeh3...

.

.

.

baca ni

.

.

bawah sikit lagi

---

haaa...

I

I

v


ini okeh.

okeh3..bacalah


ni bukan untuk gerhana bulan je tau

gerhana matahari pun boleh


Pertama: keduanya merupakan tanda kebesaran dan kekuasaan Allah Ta’ala yang menciptakan alam semesta ini, menguasainya, serta mengaturnya. Tidak ada satupun yang dapat menghalangi Allah Ta’ala, ketika Allah Berkehendak untuk merubah aturan alam sebentar diluar kebiasaan, untuk menunjukkan betapa lemahnya manusia dan betapa agungnya Allah, maka manusia tidak layak untuk menyombongkan dirinya di hadapan Allah, jadi sepantasnya manusia tunduk patuh kepada peraturan dan hukum Allah tidak kepada yang lain.

Kedua: merupakan kehendak Allah untuk menakuti hamba-hambanya dengan mengingatkan mereka dari kelalaian dan dosa. Di mana dengan bertambahnya fitnah dan kerusakan di muka bumi yang sebenarnya karena tingkah laku manusia, maka hikmah Allah Ta’ala berkehendak untuk menyadarkan mereka, dan bahwa azab dan siksaan-Nya di neraka lebih pedih dan kekal.

Ketiga: bahwa kejadian-kejadian alam tidak ada hubungannya dengan kematian atau lahirnya seseorang, karena jika Allah Berkehendak untuk menjadikan sesuatu, maka terjadilah. Jadi murni karena kehendak Allah, maka barangsiapa meyakini bahwa kejadian alam ada kaitannya dengan kematian dan lahirnya seseorang maka dia telah menetapkan adanya pengatur alam semesta selain Allah Ta’ala.

Wallahu a'lamu bis-shawab.

nak lagi detail? BACA KAT SINI


agak2 korang yang 'hidup' masa tengok gerhana bulan tu ada macam yang kat bawah ni tak?
ce tengok...


ada camtu tak? hehe
.
.
.
.

eh..eh..ada video terbaru matluthfi la
tengok ni gak tau


dia selalu buat aku tersenyum =)

14 June 2011

Main mata nampak

Hari kejadian: Isnin
Lokasi: private and confidential
Suasana: meriah lagi sesak u'olz
bau sekeliling: umaaaaaangggiih!


BABAK PERTAMA

aku: "eh..eh comel la, senyum sikit boleh? bolehlah.."

dia: berpaling pergi dari aku dengan nada 'hmmph'

aku: "oohh, sombong ea..takpe2..ingat aku heran

dia: menjeling sambil menggaru-garu telinganya yang gatal


*aku pun berlalu pergi dengan hati yang hiba apabila tak dilayan.*


BABAK KE DUA

dia: berjalan menghampiriku sambil merenung mesra

aku: dengan hati yang bengang berkata-kata "tadi ko sombong kan ngan aq, ni nape meh dekat2 ni, rimas ko tau tak..g r sana"

dia: berlagak manja mendekati aku, mula memandang dengan panahan matanya yang biru itu

aku:" alamak, sweet la pulak dia ni"

dia: semakin mendekati aku, berjalan dengan penuh gaya, dengan suara yang amat lantang sekali...MMMbbeekkkKKK!!!!

aku: ALAmAK!!!..sekali kambing daaaa~~~~


hahahahahaha~~~~
lawak tak? x eh..huhu..takpe3

romantik tak? haha~


mata biru ko..ko hado?


nampak tak kepala dia? cuba cari

Assalamualaikum semua, lambat betul bagi salam kan..hehe..setelah bertungkus lumus untuk mengubah template blog ni, akhirnya alhamdulilah almost done..tak done lagi ni, ni kira tahap cikai la, masih perlu perubahan lagi, cuma masa tak berapa nak mengizinkan, insyallah jika diberi umur yang panjang dan masa yang terluang, akan kujadikan blog ini lebih cantik dan kemas..ececeh..hehe

terkejut tak dengan gambar2 kambing kat atas ni, ada lagi, tapi rasanya yang ini cukuplah ya, semalam di MARDI, kluang, ada kursus asas ternakan, jadi aku dan pelajar praktikal yang lain menyertai kursus ni, so far, ok la.. dapat pengalaman dan ilmu yang baru.

tulis banyak pun tak guna, korang bukan nak baca sangat kan, so aku hidangkan korang kambing golek..ehh..bukan2..aku hidangkan korang gambar dan video kambing ni je..


pernah tengok kambing terkejut dan berlakon mati?
tak pernah?
aku pun?
so...




tengoklah kat bawah ni
=)

11 June 2011

Let the pictures and me speak!

assalamualaikum dan salam hujung minggu sekali lagi. entry paling latest bertarikh 5/6 kan..ish3, lama dah tak update entry..aku punya malas menjadi2 la..huhu..so ni kira entry bayar hutang la okeh..aku nak ceritalah apa yang berlaku sepanjang minggu yang lepas.

kita mulakan dengan gambar ni dulu..ni siti, already taken. dia ni budak umt n sama tempat praktikal dengan aku kat mardi ni even lain supervisor. ada masa kitorang lepak sesama la. dan markasnya ialah library. ni jumaat yang lepas2 sebenarnya. dia cakap aku pandai edit gambar, so main2 tangkap gambar dia n aku editkanlah sikit. aku ni bukan pro, tapi bolehlah~ sekadar suka2.


06/06/2011

masa hari isnin, pekerja ladang perempuan tempat aku kerja semua cuti, so aku tak masuk ladanglah, just duduk library baca2 buku je, dan aku jumpa sesuatu yang menarik..mungkin aku boleh berkongsi di sini mengenai fakta tu. tapi version english la ea..aku malas nak translate..huhu~

1. human share 50% of their DNA with banana.

2. in an average meal, you eat approximately 55,000,000 cells or between 63,000-93,000 miles of DNA.

3. it took researchers 9 years in 1980s to discover the gene for cystic fibrosis, 9 days in 1999 to discover gene for Parkinson's disease and 9 seconds in 2001 to discover the gene for Crohn's disease.

4. DNA can store 25GB of information per inch and is the most efficient storage system known to humans.

amacam? kagum tak? aku kagum okeeeehh~

pada sebelah petang pula, aku dan budak praktikal lain pergi ke ladang mas cotek dan ladang stivea. bagi yang tak mengenal mas cotek aku sertakan sekali pic kat bawah ni. dan bagi mereka2 yang tak tahu pokok stivea tu apa, boleh google untuk lebik informasi, tapi apa yang aku boleh cakap pasal pokok ini ialah, pokok stivea merupakan pokok penganti gula, yang manisnya 300 kali ganda dari gula yang dihasilkan oleh pokok tebu. kajian demi kajian dilakukan untuk mengkomersilkan pokok stivea ni, tapi bukannlah daun dia manis, apa2 pun kena extract dulu, dan gula yang dihasilkan dari pokok stivea lebih mahal daripada gula yang dihasilkan dari pokok tebu.

pokok stivea last skali yang tempat aku termenung tu, pokoknya renek je..
carilah yang mana pokok and yang mana lalang..hehe

07/06/2011

hari ini, sekali lagi aku tak masuk ladang sebab menyertai program kursus dan latihan teknologi penanaman kopi LIBERICA. kopi liberica merupakan salah satu tanaman kopi yang diusahakan di seluruh dunia. terdapat tiga jenis kopi yang ditanam secara komersial di seluruh dunia iaitu kopi robusta, kopi arabica dan kopi liberica. kopi arabica tak sesuai ditanam di negara kita kerana kopi ini ditanam di negara yang beriklim sejuk sahaja.

untuk pengetahuan, walaupun kopi liberica bermutu rendah, namun pokok ini tahan pada serangan penyakit dan mempunyai kandungan kafein sebanyak 1/4-1.7%. pada sebelah petang, kami dibawa ke ladang untuk penerangan yang lebih lanjut dan melihat pokok2 kopi serta jenis-jenisnya.

masuk ladang pakai baju kurung youuu~..salah konsep namanya tu
(sebab tak ada yang mention masuk ladang, tu pasal la pakai ayu sikit..huhu)

setelah habis meronda ladang, kami di bawa ke nursery untuk demo cantum pokok kopi untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan cepat. pokok penanti digunakan dan tunas sion diambil untuk cantum pada pokok penanti. selalunya pokok penanti yang berusia 6-8 bulan sesuai di gunakan. yang kat dalam plastik besar tu semua hasil pokok yang telah dicantum dan dibiarkan selama beberapa bulan untuk hasil cantuman terjadi.. kata lain bagi cantum ni 'kawin pokok' la..bahasa senang untuk orang yang bukan dalam bidang ni.


08/06/2011

kembali ke tempat asal iaitu ladang belimbing. selalunya bungkus buah, tapi sekarang ni tak banyak putik buah lagi, sebab sekarang more kepada harvast buah untuk ambil data, so just pergi ke ladang dan gugurkan buah yang telah diinject serangan lalat buah. sambil2 pergi ke germplasm belimbing, aku terjumpa species spider ni, aku tak tau la sama ada aku yang jakun tak pernah nampak, atau aku memang tak tau apa2 pasal spider ni huhu~, aku rasa spider ni unik sebab badan dia besar semacam n ada corak..sekali tengok macam muka kucing. korang rasa ada tak macam iras2 muka kucing? ada kan? kan..kan


yang ni lain sikit la, just hitam belang2 tapi lebar jugak

09/06/2011

sekali lagi ke ladang, macam biasa la kan, hari ini tugasnya harvast buah untuk dihantar sample ke headquarters mardi di serdang, ada 7 klon buah di harvast dan dibungkus untuk dihantar ke sana.

kemudian, selesai collect buah, balik ke nursery..dapat minum kelapa segar beb..pergh! mantap! cuci perut orang kata..hehe~. selesai bab rehat2 ni, research assistant belimbing ajar aku cara nak mengetut buah..bukan kentut okeh! ni 'tut' aku pun tak taulah nape istilahnya macam tuh, and aku pun tak tau camna nak explain kat sini, bagi mereka2 yang berkenaan jelah yang tahu pasal benda ni. nak tau pasal prosedur dia? walaupun panjang, tak apalah aku explain gak kat sini. aku tut kat pokok jambu batu tau.

pengetutan dijalankan pada pokok jambu yang terdapat di sekeliling nursery. dahan pokok jambu yang sesuai dipilih. kelaran kemudiannya dibuat pada dahan iaitu pada bahagian nod. kelaran ke dua dibuat kira2 2cm daripada kelaran pertama. kulit dahan pokok jambu ditoreh dan dikopek. tisu cambium kemudiannya dikikis sehingga bersih untuk mengelakkan tisu bercantum semula. jiffy-7 yang mengandungi campuran bahan organik direndam 20-40 minit bagi proses pengembangan. jiffy-7 digunakan untuk membalut atau menutupi kelaran yang dibuat pada dahan tadi. plastik jernih kemudian digunakan untuk membalut jiffy-7 dan diikat dengan tali rafia. selepas 3 bulan, akar adventitus akan keluar daripada tempat kelaran dibuat jika proses tut yang dijalankan berjaya.

ada faham tak? buat2 jelah ea..hoho~


10/06/2011

hari ini hari jumaat, penghulu segala hari, dan sekali lagi aku duduk kat library untuk menyiapkan artikel 'nematoda dan jambu batu'. sambil2 tengah online cari bahan walaupun line tak berapa bagus, aku tergerak hati nak check esmp upm. tak sangka pulak result sem 4 dah keluar, dan aku pass with fying colours..hoho~ setakat ni, nilah pencapaian aku yang terbaik. pointer sem ni, paling bagus yang aku boleh katakan. aku bukan dari family background yang berpendidikan, so 'gene pandai' tu tak lahir dengan semula jadinya. aku kena usaha, walaupun kadang2 tak menunjukkan hasil..huhu~ apapun aku bersyukur, sebab aku tak fail paper teknologi fermentasi. sebab aku takut sangat kena repeat paper ni..ni memang killer paper and aku tak dapat jawap dengan jayanya masa final dulu..tapi alhamdulialh..aku lulus.. syukur sesangat.


ini pila kisah tragedi di petang hari, hujan lebat bersama dentuman kilat dan guruh. masa ni aku baru lepas makan dengan mak aku n bunyi benda jatuh r, buat dek jela, aku siap beseloroh durian jatuh atas bumbung ni..haha..rupa-rupanya bila keluar rumah je nampak pokok betik tumbang kena panah petir. nasib baik lah menghala ke bangsal rumah, kalau menghala ke rumah, memang kena tepat la masa aku dan mak tengah makan..terima kasih Allah kerana menyelamatkan kami dari bencana. dahla tinggal aku dengan mak aku je kat rumah. nasib baik tak jadi apa2.. tapi apa yang ruginya, banyak buah durian gugur sebab kena tiup angin ribut..spoil la~ dahlah durian tak menjadi sangat tahun ni, bila dah macam ni, tinggal berapa biji je kat pokok tuh..huhu~ nilah dikatakan tak ada rezeki kan..emmm~



p/s: cukup panjang kan entry kali ni
entry untuk 1 minggu
seperti biasa..
klik pada gambar
untuk tumbesaran yang maha dasyat!

05 June 2011

Jom Kawin!!!

kelepak..kelepuk.kelepang..
(eh camtu ke bunyi kompang?)

selamat pengantin baru~semoga kekal abadi, bahagia ke anak cucu~, sentosa murah rezeki~~


Assalamualaikum dan salam hujung minggu, hari ni ahad, esok isnin..dah kena kerja lagi..fuh! penat. tak apa sekarang ni bukan nak cerita pasal tu, sekarang ni kita nak bincang bab2 munakahat subjek favourite masa darjah lima sekolah agama dulu..haha ingat lagi kan.. so topik pada hari ini 'jom kawin!!' yela, sejek menjak cuti sekolah ni, banyak bebenor keje kawin yang nak kena p, tak kira hujan ke panas, p jugak..jiran la katakan~

sudah bersediakah anda untuk bernikah dan mendirikan masjid? sudah bersediakah anda untuk memikul tanggungjawab yang diberi oleh Allah ini? sudah bersediakan anda untuk berkongsi segala suka dan duka bersama pasangan anda?

jika jawapannya ya! maka anda sudah bersedia untuk bernikah!

sebut sahaja pasal perkawinan dewasa ini, bermacam konsep dan tema yang muncul. ada sahaja konsep dan trend2 baru yang menjadi ikutan tanpa memikirkan bahana yang bakal menimpa di kemudian hari.

lihat sahaja trend masa sekarang, semua berlumba2 untuk mengadakan majlis2 yang besar2 dan meriah dan mahu melangsungkannya di dewan2 atau hotel2 tanpa mengira kos yang anda sendiri fikirkan berapa banyak belanja yang perlu di keluarkan.

ya, betul..kita hanya akan berkawin sekali dalam seumur hidup, insyallah. jadi apa salahnya untuk belanja lebih sedikit, hanya sehari kita menjadi 'special' 'raja sehari' la katakan.

tidak salah semua itu, cuma biarlah berpada, bukan dengan niat untuk menunjuk ataupun bermegah semata2. kenduri kahwin pada asalnya diwujudkan hanya untuk memberitahu orang kampung dan sekeliling bahawasanya anak kita sudah berkawin dan sudah sah dengan pasangannya, tapi kini kosep 'kenduri' itu mungkin sudah tiada ertinya selain hanya untuk menunjuk2.

fikir2 kanlah apa yang terbaik untuk anda. jika mampu silakan, jika tidak bersederhana sahaja. jangan mengimpikan sesuatu yang besar bila kita tak mampu untuk menyediakannya. yang penting akad nikah selesai..sah sudaaa~

okeh dah ceramah di atas..sikit je pun kan..hoho..
okeh bagi lelaki2 di luar sana, cuba baca ini dan fikirkan anda tergolong di mana..
sudah masanya anda berkawin atau tidak?
mari kita saksikan...

“HUKUM BERKAHWIN BAGI LELAKI”

Hukum ini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:-

1. WAJIB BERKAHWIN: Sekiranya seseorang itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membayar “mahar”(mas kahwin) dan mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin. Beliau juga tidak berniat untk menganiya isterinya selama berumah tangga. Di samping itu, beliau juga yakin akan terdorong melakukan maksiat (zina) di sebabkan runtunan nafsu yang kuat jika tidak berkahwin.

2. SUNAT BERKAHWIN:

Kepada orang yang mampu, tetapi aman dirinya daripada terjatuh ke lembah maksiat. Ini adalah hukum asal perkahwinan.

3. HARUS BERKAHWIN:

Bagi seseorang yang yakin tidak akan melakukan zina jika tidak berkahwin serta mampu.

4. MAKRUH BERKAHWIN:

Apabila seseorang itu bimbang jika dia berkahwin akan menzalimi isterinya. Di samping itu, dia mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dari segi kewangan beliau mampu dan juga makruh berkahwin sewaktu negara sedang menghadapi peperangan.

5. HARAM BERKAHWIN:

Bagi seseorang yang tidak dapat menunaikan kewajipan2 terhadap isterinya lahir dan batin dan mempunyai keyakinan akan menganiaya.


WAssalam

V

V

V

JADI ANDA 'LELAKI' TERGOLONG DALAM YANG MANA?

kalau tak cukup YAKIN lagi meh maca YANG INI PULAK!

wedding jiran aku

Meriah bukan suasana kerja kawin, penuh adat dan istiadat itu yang membuatkannya sungguh special. dengan arakan pengantin, kompang dipalu, ada tol, bersilat then tol lagi dengan mak andam, baru pengantin dapat tengok pengantin perempuan. barulah ada excitement macam tu. mungkin negeri lain tak ada, tapi johor memang mengamalkan konsep tol pada pengantin untuk masuk rumah dan bertemu pengantin perempuan.

setelah diarak dengan paluan kompang, budak2 akan menghalang laluan pengantin untuk masuk ke rumah, selepas bayar tol berupa duit kepada mereka, barulah pengantin boleh lalu. selesai bersilat pula, pengantin akan bergerak menuju ke pelamin. sekali lagi ada tol dan kali ini oleh mak andam pula. setelah mak andam berpuaas hati dengan ganjaran yang diberikan, barulah pengantin lelaki naik ke pelamin duduk bersebelahan pengantin perempuan dan dapat melihat wajah pengantin perempuan yang telah disolek indah.

menarik bukan???

jadi biarlah besederhana dengan majilis yang akan dilangsungkan..selesai akan nikah, bersanding, makan beradap..p honeymon..and then faham-fahamlah ea~


kalau macam tu...
jom kawin...



p/s: pic2 kat blog aku ni boleh di zoom dengan hanya klik pada gambar tanpa perlu right klik atau pergi ke page lain.. tak percaya? cubalah...

02 June 2011

Mak aku cakap

mak aku cakap jangan tidur lepas subuh, nanti rezeki susah nak masuk

mak aku cakap jangan makan/minum lebihan bekal masa kita pergi kerja/sekolah/universiti/ladang, nanti cita-cita terbantut

mak aku cakap jangan nyanyi masa masak kat dapur, nanti dapat lelaki tua

mak aku cakap jangan tengok cermin masa maghrib, nanti orang nampak dari jauh je cantik tapi bila depan mata hampeh!

mak aku cakap jangan suka goyang kaki tak tentu pasal, nanti anak jin tumpang berbuai

mak aku cakap jangan habiskan lauk pada khamis malam jumaat, nanti rezeki tak lekat

mak aku cakap jangan lupa basuh kaki kalau kita dari luar nak masuk ke rumah, takut nanti ada 'benda' yang ikut

mak aku cakap jangan tak dengar cakap mak..huahuahua~

anda sangat cute bila dengar kata mak anda..hehe..respect 'orang lama' walaupun kekadang...


mak aku cakap lagi, kalau nak cari laki, cari yang 'dah hidup' bukan yang 'baru nak hidup'..faham?

mak korang cakap apa pulak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...