22 May 2011

Tragedi...

22 MEI, Felda Pengeli timur- Satu kebakaran kecil telah berlaku di salah sebuah rumah penghuni di felda ini. kebakaran ini dipercayai berlaku pada waktu tengahari di mana semua orang sibuk berada di dapur untuk menyediakan makan tengah hari. kebakaran berpunca daripada percikan api yang dipercayai dimulakan menggunakan lighter untuk merokok. saksi kejadian mengatakan bahawa, api mula merebak pada sofa di ruang tamu rumah tersebut dan beralih kepada karpet yang diletakkan berhampiran sofa tersebut. seisi rumah mula menyedari kehadiran api setelah saksi menjerit api! kepada ibu saksi, maka abang-abang dan kakak ipar saksi mengambil langkah drastik untuk memadamkan api dengan mengorbankan beberapa helai kain batik ibu saksi yang masih baru untuk membasahkan kain tersebut dan memadam api sebelum terus merebak ke kawasan lain di dalam rumah tersebut.

setelah diamati, kerugian harta di rumah mangsa ialah, sebuah sofa yang baru habis dibayar, beberapa helai kain batik ibu saksi, dua gulung karpet yang masih baru dibeli, tikar di tempat kejadian dan kesan-kesan kebakaran dapat dilihat di sekitar ruang tamu rumah tersebut dengan adanya kesan jelaga pada dinding dan langsir rumah tersebut. kesan-kesan daripada kebakaran tersebut dapat dilihat dalam gambar-gambar di bawah.

menurut saksi, pelaku ialah yang seperti gambar dibawah, tetapi demi menjaga maruah pelaku tersebut, gambar pelaku terpaksa dikaburkan untuk menjaga aib si pelaku. kebakaran dapat dikawal dan proses kemas mengemas tempat kejadian kini giat dijalankan. tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


p/s: tempat kejadian a.k.a rumah aku (T_T)

4 146 pencinta hijau jua:

Anak Wak Mail said...

kita bakor je..kita bakor je..hehe..
bahaya betul..Alhamdulillah tak banyak sangat kan..=)

greeny said...

2 la pasal, naseb bek minor burn je kalo idok..ish3..alhamdulilah selamat~

Khairil said...

eh bahaya tu...nasib baik sempat padam...mcmana boleh jadi mcm tu..kena awasi kanak2...

greeny said...

tu la, nasib baik maksu nye perasan, kalau tak memang abis burn dah..huhu, nak buat macam mana kadang2 kita orang dewasa alpa dengan apa yang anak2 kita lakukan...diorang ingatkan lighter tu mainan, dan akhirnya jadi begini..xpe, jadikan pengajaran di masa hadapan..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...