02 May 2011

LELAKI bila dah menggatai nak kawin!!!

Tapi sebelum tu, baca ni...








So? Macam mana wahai kaum lelaki di luar sana. Ada bran? Dah bersedia nak kawin? Dah mantap nak kawin? Dah mampu ke? Jangan fikir kawin ni nak 'sedap' je. Sedap2 gak, tapi sedap datang dengan tanggungjawab. Kalau dah rasa diri tu lelaki dan satu hari nanti ingin berkahwin, saving la dari awal.

Okeh2, betul..masa muda, masa masih belajar, tak akan nak fikir pasal kawin pula kan, nanti orang fikir ‘gatai merenyam lah pulok’. Okeh aku mengerti. Tetapi seperti yang tertera kat atas ni, korang sebagai lelaki harus membuat persedian awal. Contohnya:

Lelaki-lelaki yang masih belajar

1. Semasa belajar, elakkan perhabis duit PTPTN/JPA korang tuh. Ni pantang masuk sem baru, duit bank in kat bank, korang awal2 dah ‘cucuk’ nak beli itulah inilah..lagi2 kalau ada sale kasut berjenama ke, jam ke,sweater ke..agak2 sikit wahai kaum lelaki.

Kurangkan dating dengan aweks korang yang masih belajar tu jugak. Sama2 belajar tapi bajet cam orang dah keje je, nak pergi tempat yang ada kelass je, nak hadiah mahal2 belaka. Cadangan aku kat lelaki di luar sana, kalau aweks korang demand lebih2..habaq je kat depa ‘sayang, kita kena save duit sikit, nanti u nak kawin dengan I kan, u nak hantaran mahal2 kan’ haa nanti mesti aweks korang tarik muncung hanger kat bibir tuh..tapi tak apa, biaq pi la dia..untuk masa depan angpa jugak..ye dak?

3. Bagi lelaki yang suka bergaya, kurangkan spends barang yang berjenama dan maha mahal itu semua. U olz ni masih belajaq lagi, tak payah la nak tunjuk eksyen pulak toksah la nak guna ayat ‘biar papa asal bergaya’ tak payah lah. Nak bergaya sikit2 tuh boleh lah, tapi jangan sampai spends 80% duit pinjam or biasiswa untuk memenuhi nafsu korang je, t last2 pinjam duit member nak makan, haa kan dah timbul satu masalah lagi.

Lelaki-lelaki fresh graduate

1. Toksah menggatai nak pakai kredit kad. Ang tu baru jah dapat kerja, position pun belum comfirm, ada hati nak pakai kredit card. Mampu ke nak bayar bulan2. Last2 minta kat mak juga tolong bayarkan. Baik korang save dulu duit gaji korang 4, 5 bulan 2, bagi mak sikit pastu boleh buat down payment untuk beli kereta. Lebih berbaloi bukan? Aweks kat luar sana memang mencari2 ‘abang yang dah ada kereta’ senang katanya.

2. Cuba settle duit pinjaman PTPTN as soon as possible. Memanglah korang tak boleh bayar sekali gus, tapi at least bayar dengan duit yang sepatutnya korang bayar la. Jangan gaji rm2k korang bayar tak sampai rm100, kedekut bebenor namanya. Nanti korang gak yang susah, makin lambat hutang bayar, makin tinggi interest kan, so baik settle cepat2. Nanti kawin tak banyak lagi nak kena settle. Nak kawin kan..kan

Lelaki-lelaki yang sudah bekerjaya

1. Lelaki bila dah ada kereta, suka invest barang kat kereta bukan. Sport rim tak ada cacat cela, sanggup korang habiskan duit beratus2 semata nak tukar sport rim baru dengan alas an nak bergaya. Tak payahlah berlebih2 sangat wahai lelaki. Sudah ada kereta, boleh dipandu, selamat sampai ke destinasi, sudah cukup sebenarnya. Itu fungsi kereta bukan. So, tak payahlah berlebihan sangat dengan accessories kereta tu. Ada yang menganggap kereta tuh dah macam isteri dah, tapi kereta boleh bagi korang ‘sedap’ ke? Tak boleh kan, so saving duit tuh untuk kawin ye wahai lelaki.

2. Start2 la cari rumah yang bersesuaian nak tinjau harganya. Lepas kawin mesti move on ke rumah baru kan, lainlah ada orang sponser. Seperti yang diketahui oleh kaum lelaki di luar sana, kos tanah semakin meningkat, sebab itulah harga rumah pun makin mahal, so dengan tinjaun awal atau bak kata omputih survey harga rumah awal2 ni, nanti korang mestilah kalut pastu habaq lagu nih ‘ya allah mana aku nak cari duit beli rumah ni, adui cam mana ni’ kan? So dengan cara ini, secara automatically korang ada kesedaran untuk saving duit dari awal untuk masa hadapan. Kan..kan..

So , kat atas ni serba sedikit kenapa lelaki kena saving untuk perkahwinan mereka di masa hadapan. Ya aku tahu yang kat atas ni kira macam materialistic sikit, tapi itu yang perlu ditekankan pada masa sekarang ni. Living kos makin mahal, so kena pandai urus duit lah kan. Lagi pun PERKAWINAN once in a life time kan, insyallah, korang taknak ke bersanding dengan meriah? Korang tak nak ke ada photographer yang ambil gambar korang cantik2 n diabadikan dalam photo album? Korang taknak ke nampak bakal isteri korang sangat cantik berseri2 bak puteri di hari pernikahan dan persandingan korang nanti? Tak nak ke???? Nak bukan.. all of this things need MONEY man..yes..DUIT!!! so start saving dari sekarang okeh..nak kawin kan



p/s: motif aku cerita pasal bab2 kawin ni? entah aku pun tak tau..haha
ada masa nak buat entry pasai perempuan bila dah menggatai nak kawin pulak r..hehe
mood: study untuk last paper malam esok
tata titi tutu =)

6 146 pencinta hijau jua:

abang.azizi said...

kne savg dr skrg ni.. hehe.. :P

green said...

tau takpo..nak kawin kan..hehe=p

Shamsuddin Amin said...

x leh kawen lg la klo cam ni...
byk utang... huhuhu

green said...

tau tak apa kan, settle utang dulu baru pikir nak kawin na..hehe

manggosteen said...

bagus pesanan ni..tapi duit ptptn mmg dah abes dah..lmbat sgt post entry.. ahahhaa..

green said...

alamak! en. mangges, tlambat post ea..huhu..xpe2 start saving duit ptptn sem dpn r..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...