20 May 2011

Citrus, data Belimbing dan NUR KASIH!

assalamualaikum dan selamat malam..fuh penat!, mukadimah untuk hari ini.. walaupun hari ini kerja half day sampai pukul 12, tetapi penat itu tetap terasa. memang berbeza bekerja di ladang belimbing dan ladang citrus, walaupun sama2 ladang, keringat membanting tulang empat kerat ini, terasa tercabar dek kerja2 yang diberikan, ececeh..padahal... teettt

hari ini masuk ladang germplasm citrus, germplasm ni maksudnya collection all sorts of varieties or genetic from citrus family. senang kata segala jenis limau yang tergolong dalam family citrus ni ada ditanam di sini..abis cerita..jom tengok gambar...




sesudah pukul 10, balik semula ke markas, dalam kata lain duduk kat library atau lab buat research ataupun membaca. tetapi supervisorku memanggil untuk mengajar cara mengambil data buah belimbing, seperti yang dapat dilihat di bawah, barang yang diperlukan untuk mengambil data termasuklah penimbang berat, refractometer buah belimbing dan lain2, data kemudian dicatat untuk rekod dan comparison dengan klon atau hibrid yang lain.

data-data yang perlu diambil bagi setiap buah ialah; jenis pokok klon/hibrid, berat buah, panjang buah, lebar buah, tinggi wing, lebar wing, index, TSS, dan bilangan biji setiap buah belimbing.

Index di atas bermaksud, petunjuk kematangan bagi sesetiap buah yang terbahagi kepada enam index warna seperti berikut:

index warna 1=keseluruhan buah kelihatan hijau
index warna 2=buah bewarna hijau muda
index warna 3=buah bewarna hijau kekuningan
index warna 4=buah bewarna kuning kehijauan
index warna 5=keseluruhan buah kelihatan kuning
index warna 6=kesuluruhan buah kelihatan oren


TSS pula bermaksud kandungan pepejal larut bagi sesetiap buah, selalunya purata ialah 8-10%. semakin tinggi TSS, semakin manis buah tersebut.

okeh, abis waktu kerja masa untuk relax2 and santai pula. si safwanah ni beriya nak ajak tengok nur kasih the m0vie ni, so bagi membalas jasanya yang sanggup ambil dan hantar aku p kerja, hasratnya aku tunaikan, ececeh..haha..so sampai kluang mall, makan then ambil tiket pukul 2.30

Tips di hari jumaat: kalau korang nak tengok lelaki boleh dibuat calon suami/lelaki masa depan, cuba ajak jalan pada waktu2 time nak solat jumaat, diorang nak ke tak nak. kalau tak nak bagus sebab dia nak tunaikan yang wajib dahulu, kalau dia tetap nak jalan juga time2 orang p solat jumaat..lupakan sahaja lah, terus cancel!! jadi calon

**aku mengatakan sedemikian kerana banyak lelaki diluar sana yang masih muda, sihat dan kuat tetapi sengaja meninggalkan solat jumaat tanpa ada SEBAB yang kukuh semata-mata nak berjalan dengan aweks!!

ok, back to the story, pasal nur kasih ni, aku malas nak buat summary pasal cerita ni, kalau nak tau p lah tengok kat pawagam. tapi apa yang aku boleh cakap, cerita ni memang touching and ada unsur2 suspen dan buat orang tertanya2 apa yang terjadi, tapi still drama lagi best dari movie. ni pendapat aku lah..saf sampai menagis tau tengok cerita ni..hehe..aku? biasa2 je..aku kan hati batu..haha~~

emmm, apa lagi aku nak cerita ek? haa! minggu depan aku kena masuk ladang nenas pula..huhu..nantikan kemunculan gambar2 nenas pula..ok lah ni je nak cerita..tata titi tutu~~


p/s: lama2 aku rasa blog aku ni dah jadi blog pertanian pulak..hoho~

0 146 pencinta hijau jua:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...