14 May 2011

Belimbing dan soal jawab

Assalamualaikum semua, apa khabar? Salam hari sabtu dan salam berhujung minggu..so what up guys and girls? Buat apa je cuti2 sem ni, bagi student la ea..bagi yang bekerja tuh p kerja 0keh..hehe. sedang aku menaip ni..ececeh..aku kini sudah begelar pelajar praktikal di MARDI kluang, seperti yang aku mention kat entry yang lepas. Dah berapa hari baru nak update blog kan..huhu..maklumlah, penat wei lepas balik kerje..ececeh.. macam aku je yang seorang kerja kat dunia ni. Mungkin sebab aku tak boleh nak adapt lagi suasana kerja kot. Yela time masih belajar, bolehlah relak2 n tidur jab kalau kelas tak ada..ni kerja masuk 7lebih sampai pukul 5..memanglah tak dapat nak tidur..dapat time untuk makan je.

Okeh, serius aku kat sini memang tak ada related sangat dengan biotechnology, tapi tak apa bagi aku, sebabnya aku dapat pengalaman dan tahu pasal buah2 kat sini. Penyakit yang menyerang mereka dan macam2 lagilah informasi yang berguna sebenarnya. Tambahan lagi, supervisor dan pekerja2 kat sini semuanya ramah tamah, senang aku nak communicate dengan diorang. Kerja belah pagi masuk lading belimbing, belah petang pula kalau tak masuk la, lepak kat library je baca buku2 buah ni bagai. Cukup 2 bulan kat sini rasanya boleh khatam baca buku ni semua..haha..nasib baik tak ada anugerah nilam. Kalau tak,kompem aku boleh dapat..hahaha~

Emm tak banyak gambar yang aku ambil., sebab aku pun baru2 je mula kan..so ape yang ada dululah ea. Bulan pertama aku di sini masuk ladang belimbing, so kali ni gambar2 belimbing dululah, di Malaysia hanya 3 klon iaitu B02, B10, dan B17 yang banyak ditanam oleh petani kerana apabila masak, buahnya kuning keemasan, manis, mengandungi air yang banyak dan tekstur yang halus serta beraroma. Setakat ini sudah terdapat 18 klon-klon belimbing yang telah didaftarkan oleh jabatan pertanian. Tetapi dalam banyak2 tu, yang 3 aku list kat atas ni top 3 la. Tapi untuk gambar klon2 ni tunggu next entry okeh! Hehe

buku wajib aku kena baca untuk masuk ladang

hari 1st masuk ladang belimbing..bungkus buah..huhu

salah 1 insect yang infect buah belimbing

buah belimbing kena sawan..hahaha~

ni pun kena sawan gak, tapi tak kritikal lagi..hehe

*bukan sawan, sebenarnya cuma kena infect tapi tak tahu ‘siapa’ yang infect dia, aku je yang panggil sawan belimbing sebab buih2 kat batang buah tu macam sawan bila manusia kena sawan b**i..hehe=p

kerja hari jumaat, duduk library, baca buku dan buat research paper pasal buah yang telah di published oleh MARDI.

*hanya mampu termenung memikirkan bagaimana nak mulakan buat ‘popular writing’ dalam bahasa melayu yang selama ini aku tulis dalam bahasa inggeris..huhu

okeh, ini report untuk minggu pertama praktikal di MARDI, further detail next2 entry ok..insyallah

* Info menarik mengenai belimbing: Belimbing mengandungi vitamin C yang lebih tinggi daripada buah pir, anggur dan epal;hanya kurang sedikit daripada limau. TETAPI, kandungan vitamin A di dalam belimbing lebih tinggi daripada kandungan vitamin A di dalam keempat-empat buah tersebut.


Okeh cukup setakat itu, mari kita masuk bab soal menyoal pula aku telah ditag oleh rakan seperjuangan sejak sekolah lagi iaitu Nursafwanah..mari kita lihat apa soalannya..*mengalahkan soalan exam senangnya..hehe

1) Ape benda paling penting dalam hidup korang?
Agama ALLAH, emak (eh mak benda ke?) and habiskan degree ASAP

2)Benda terakhir anda beli dgn duit sendiri?
Tiket bas nak balik johor sempena cuti sem ni..hoho

3) Tempat perkahwinan dan tema perkahwinan..
kat rumah sudaaaa, tema? Emm tak tau lagi..tapi yang penting mestilah based on green color ok..start dari nikah sampai bersanding..haha..go green!

4) Adakah korang sedang bercinta?

Nope!

5) Novel/buku/majalah last yang dibeli..
Last sekali aku beli buku grammar ni..nak tau macam mana rupanya KLIK SINI

6) Apa nama penuh korang?
Azura binti wargiron

Abah namakan aku sempena filem “AZURA” ok….oh azura, kaulah sinar hidupku..lalalala~

7) Antara mak dgn ayah mana lagi mesra?
Dengan omak den la

8) Namakan org yang nak jumpe sangat3..
Emm, aku nak jumpa orang yang jumpa dengan aku sangat-sangatlah..hahahaha~

9) Di manakah tempat yg betol2 nk pergi?..

Emm, aku selalu cakap London..insyallah p lah kalau dah jadi ‘beruang’ , tapi 1st of all aku nak p bawak mak aku p mekah lah, then baru p jejalan..n lagi aku terasa nak p niagra falls kat Canada and Ireland..kenapa? ade r..mana leh tau..motif aku sendiri..hehe

10) Pelok ke ciom??

Peluk lagi bes kot..ahaks!


11) Lagu yg korang suka and slalu dengar?

DYGTA-kerna kusayang kamu

RADIOHEAD- creep

DEWA19- hadapi dengan senyuman

OST fruit basket

And so on…


12) Beritau 3 benda pasal org yg tag anda..

Periang boleh tahan (kanak2 rebina..hehe)

Berkaca mata

Simple and sempoi

13) Benda yg di sayangi.

Diri sendiri (eh benda ke)

Laptop acer aspire 4736

Nokia 5800 cikaiku itu tak ketinggalan juga phone csl walaupun murah tapi tetap berbakti..lagi..emmm..banyalah kot..duit pun aku sayang..haha..sayang nak keluarkan duit..hehe

DLL…

14) Blogger yg nak di tag..

Adik aq tuh Asikin

Kosmate aku Masitah

okeh done..cukup panjang kan entry kali ni? tulah, susah nak update dah..mungkin weekend je kot ada masa nak update blog ni bagai..FB memang lama dah ditinggalkan, malas dah rasa, just bukan untuk tengok status kawan2 then off9..malas dah..okehlah nak start buat research ni, and baca apa yang patut, minggu depan supervisor nak tanya soalan..huhu


p/s: yeye, aku tau lambat loading kan blog aku
nanti2 aku tukar okeh
skang agak bz la..emm
later ok...=)

0 146 pencinta hijau jua:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...