29 May 2011

korang sangap tak???

You Need Help

Ha Ha Ha!!!!


p/s: kalau yg memang otak kuning n sangap sangat u need help!!!hahaha



bukan tak ada cerita..ada
bukan tak ada bahan..ada
cuma...
aku malas nak menaip
sekian

23 May 2011

segar dari ladang

"ape jadah pulak muka aku ni..ish dengan nenas lak 2..wooi! mana yang segar dari ladang 2???!!"

relax2, jangan gelabah..aku nak cerita la ni..tak nampak aku dengan apa tuh? dengan nenas..segar dari ladang la tuh, tak pernah2 kan letak gambar aku dulu, selalu gambar aku mesti last, kali ni aku nak mencapub dulu dengan nenas yang baru ambil dari ladang..hahaha~ assalamualaikum semua, eh terlambat pula bagi salam..hoho

macam yang aku tulis kat entry yang lepas2, minggu ni aku masuk ladang nenas la pulak, aduhai, hari pertama di ladang nenas, hampir pengsan aku dibuatnya. pening kepala dek kerana cuaca panas yang straight kena menjunam2 kat aku..hoho,poyo..okeh tak tipu ni, serius! hampir pengsan aku dibuatnya. nak di compare kan dengan ladang belimbing n ladang citrus, diorang tu ada dahan pokok yang besar dan tinggi, bolehlah selinap2 sikit bawah pokok nak berteduh, ni dah kat ladang nenas, manalah aku nak menyorok..huhu, kena dek duri nenas baru tau..

Pernah tengok tak bunga nenas? serius aku tak pernah tau yang nenas ni ada bunga..hoho, jakun sungguh aku. bila aku masuk praktikal kat MARDI ni n baca buku2 segala buah, baru aku tau macam ni rupanya bunga nenas ni, selama ni aku tau makan buahnya je..huhu


yang ni pulak, aku memang kagum r, selalu nenas ada crown 1 je kan, yang ni hambik kaww~ double crown namanya..gebu2 u crown dia..haha..kelasss gitu, nenas pun boleh bergaya tau..hehe..beruntung aku dapat tengok pokok ni masa masuk ladang nenas untuk ambil data.


seusai ambil data di ladang, buah nenas dibawa ke lab untuk ambil data yang lebih specific lagi, macam ambil data belimbing juga, segala diameter, berat, panjang, TSS dan sebagainya perlu di ambil kira. kali ini data nenas N36 pula yang perlu diamati. selain data2 yang lain, data acidity nenas juga perlu dia ambil, nak tau prosedurnye ke? tak payahlah ea..malas nak ceritaa..hoho, pemalas toi aku ni..huhu..

bukan apa, agak melewe la nanti, lagipun benda specific aku malas nak terangkan sangat, bukan korang nak baca pun kan, tengok gambar je pun..kan..kan..?aku tau dah..haha..macam tu, tengok gambar je lah kat bawah ni ea. korang karanglah cerita agak2 macam mana caranya untuk ambil data acidity tuh okeh.. kalau rasa agak rajin n nak tau sangat p minta bantuan en.google ea..hehe

haa! ada lagi sebenarnya sambungan gambar untuk ambil data ni, tapi dek kerana sibuk ambil data 2, so tak dapatlah den nak tunjukkan prosedur yang seterusnya..hoho..kira langsam la ea..haha



okeh sekian dari saya
segar dari ladang..hehe

22 May 2011

Tragedi...

22 MEI, Felda Pengeli timur- Satu kebakaran kecil telah berlaku di salah sebuah rumah penghuni di felda ini. kebakaran ini dipercayai berlaku pada waktu tengahari di mana semua orang sibuk berada di dapur untuk menyediakan makan tengah hari. kebakaran berpunca daripada percikan api yang dipercayai dimulakan menggunakan lighter untuk merokok. saksi kejadian mengatakan bahawa, api mula merebak pada sofa di ruang tamu rumah tersebut dan beralih kepada karpet yang diletakkan berhampiran sofa tersebut. seisi rumah mula menyedari kehadiran api setelah saksi menjerit api! kepada ibu saksi, maka abang-abang dan kakak ipar saksi mengambil langkah drastik untuk memadamkan api dengan mengorbankan beberapa helai kain batik ibu saksi yang masih baru untuk membasahkan kain tersebut dan memadam api sebelum terus merebak ke kawasan lain di dalam rumah tersebut.

setelah diamati, kerugian harta di rumah mangsa ialah, sebuah sofa yang baru habis dibayar, beberapa helai kain batik ibu saksi, dua gulung karpet yang masih baru dibeli, tikar di tempat kejadian dan kesan-kesan kebakaran dapat dilihat di sekitar ruang tamu rumah tersebut dengan adanya kesan jelaga pada dinding dan langsir rumah tersebut. kesan-kesan daripada kebakaran tersebut dapat dilihat dalam gambar-gambar di bawah.

menurut saksi, pelaku ialah yang seperti gambar dibawah, tetapi demi menjaga maruah pelaku tersebut, gambar pelaku terpaksa dikaburkan untuk menjaga aib si pelaku. kebakaran dapat dikawal dan proses kemas mengemas tempat kejadian kini giat dijalankan. tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


p/s: tempat kejadian a.k.a rumah aku (T_T)

20 May 2011

Citrus, data Belimbing dan NUR KASIH!

assalamualaikum dan selamat malam..fuh penat!, mukadimah untuk hari ini.. walaupun hari ini kerja half day sampai pukul 12, tetapi penat itu tetap terasa. memang berbeza bekerja di ladang belimbing dan ladang citrus, walaupun sama2 ladang, keringat membanting tulang empat kerat ini, terasa tercabar dek kerja2 yang diberikan, ececeh..padahal... teettt

hari ini masuk ladang germplasm citrus, germplasm ni maksudnya collection all sorts of varieties or genetic from citrus family. senang kata segala jenis limau yang tergolong dalam family citrus ni ada ditanam di sini..abis cerita..jom tengok gambar...




sesudah pukul 10, balik semula ke markas, dalam kata lain duduk kat library atau lab buat research ataupun membaca. tetapi supervisorku memanggil untuk mengajar cara mengambil data buah belimbing, seperti yang dapat dilihat di bawah, barang yang diperlukan untuk mengambil data termasuklah penimbang berat, refractometer buah belimbing dan lain2, data kemudian dicatat untuk rekod dan comparison dengan klon atau hibrid yang lain.

data-data yang perlu diambil bagi setiap buah ialah; jenis pokok klon/hibrid, berat buah, panjang buah, lebar buah, tinggi wing, lebar wing, index, TSS, dan bilangan biji setiap buah belimbing.

Index di atas bermaksud, petunjuk kematangan bagi sesetiap buah yang terbahagi kepada enam index warna seperti berikut:

index warna 1=keseluruhan buah kelihatan hijau
index warna 2=buah bewarna hijau muda
index warna 3=buah bewarna hijau kekuningan
index warna 4=buah bewarna kuning kehijauan
index warna 5=keseluruhan buah kelihatan kuning
index warna 6=kesuluruhan buah kelihatan oren


TSS pula bermaksud kandungan pepejal larut bagi sesetiap buah, selalunya purata ialah 8-10%. semakin tinggi TSS, semakin manis buah tersebut.

okeh, abis waktu kerja masa untuk relax2 and santai pula. si safwanah ni beriya nak ajak tengok nur kasih the m0vie ni, so bagi membalas jasanya yang sanggup ambil dan hantar aku p kerja, hasratnya aku tunaikan, ececeh..haha..so sampai kluang mall, makan then ambil tiket pukul 2.30

Tips di hari jumaat: kalau korang nak tengok lelaki boleh dibuat calon suami/lelaki masa depan, cuba ajak jalan pada waktu2 time nak solat jumaat, diorang nak ke tak nak. kalau tak nak bagus sebab dia nak tunaikan yang wajib dahulu, kalau dia tetap nak jalan juga time2 orang p solat jumaat..lupakan sahaja lah, terus cancel!! jadi calon

**aku mengatakan sedemikian kerana banyak lelaki diluar sana yang masih muda, sihat dan kuat tetapi sengaja meninggalkan solat jumaat tanpa ada SEBAB yang kukuh semata-mata nak berjalan dengan aweks!!

ok, back to the story, pasal nur kasih ni, aku malas nak buat summary pasal cerita ni, kalau nak tau p lah tengok kat pawagam. tapi apa yang aku boleh cakap, cerita ni memang touching and ada unsur2 suspen dan buat orang tertanya2 apa yang terjadi, tapi still drama lagi best dari movie. ni pendapat aku lah..saf sampai menagis tau tengok cerita ni..hehe..aku? biasa2 je..aku kan hati batu..haha~~

emmm, apa lagi aku nak cerita ek? haa! minggu depan aku kena masuk ladang nenas pula..huhu..nantikan kemunculan gambar2 nenas pula..ok lah ni je nak cerita..tata titi tutu~~


p/s: lama2 aku rasa blog aku ni dah jadi blog pertanian pulak..hoho~

18 May 2011

senyum kambing..mmbeekkk!

assalamualaikum and hello there!, selalu orang kata senyum menggatal tu, ala2 senyum kambing..ye ke? tak percaya? aku tak caye ahh? tak puas hati ngan aku..takpe2, tengok pic kambing kat bawah ni..kambing ni senyum ada nampak macam gatal ke..ish3...tak pasal2 kambing dapat nama kan..tak patut..tak patut..senyum sikit=) hehe..layan pic jela ea..tak ada tenaga nak tekan huruf2 keyboard laptop ni (arghh! alasan semata, pemalas cakap jela..huhu)





info menarik di dalam pic ini, klik untuk tumbesaran yang maha besar di screen laptop @ pc anda
durianrambutan???


p/s: aku nga sedih sebenarnya, sekian

16 May 2011

Terima Kasih Cikgu

salam satu malaysia, bagi semua rakyat melaysia pada hari ini..
ya hari ini 16 mei 2011
so?
ooohhh..
ok.k.k.k
i get it..
teachers day rite?
ya..ya..
ok lah dengan ini, saya...

azura binti wargiron mengucapkan selamat hari guru kepada guru2 yang pernah mengajar saya selama ini. tak kiralah mengajar sekejap mahupun lama, asalkan pernah mengajar aku, kira cikgu lah 2 kan, so bolehlah terima wish dari aku ni..hehe

jadinya, kepada..
cikgu-cikgu

SEKOLAH RENDAH FELDA PENGELI TIMUR
SEKOLAH AGAMA FELDA PENGELI TIMUR
SEKOLAH AGAMA BANDAR TENGGARA (walaupun sekejap kat sini)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR TENGGARA 2
KOLEJ MATRIKULASI JOHOR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (kita panggil lecture, tapi cikgu jugak kan?)

jasamu sekalian, akan ku kenang hingga ke akhir zaman kerana mengajar ku mengenal huruf dan nombor di dunia ini, menyampaikan ilmu dan memberi tunjuk ajar kepadaku dari aku kecil sehinggalah aku kini begelar pelajar universiti.

SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH CIKGU!

BAGI AKU, SEKOLAH RENDAH LAH PERMULAAN UNTUK SEGALANYA...maka, enjoylah video di bawah ini, video dari sekolah rendah ku..

14 May 2011

Belimbing dan soal jawab

Assalamualaikum semua, apa khabar? Salam hari sabtu dan salam berhujung minggu..so what up guys and girls? Buat apa je cuti2 sem ni, bagi student la ea..bagi yang bekerja tuh p kerja 0keh..hehe. sedang aku menaip ni..ececeh..aku kini sudah begelar pelajar praktikal di MARDI kluang, seperti yang aku mention kat entry yang lepas. Dah berapa hari baru nak update blog kan..huhu..maklumlah, penat wei lepas balik kerje..ececeh.. macam aku je yang seorang kerja kat dunia ni. Mungkin sebab aku tak boleh nak adapt lagi suasana kerja kot. Yela time masih belajar, bolehlah relak2 n tidur jab kalau kelas tak ada..ni kerja masuk 7lebih sampai pukul 5..memanglah tak dapat nak tidur..dapat time untuk makan je.

Okeh, serius aku kat sini memang tak ada related sangat dengan biotechnology, tapi tak apa bagi aku, sebabnya aku dapat pengalaman dan tahu pasal buah2 kat sini. Penyakit yang menyerang mereka dan macam2 lagilah informasi yang berguna sebenarnya. Tambahan lagi, supervisor dan pekerja2 kat sini semuanya ramah tamah, senang aku nak communicate dengan diorang. Kerja belah pagi masuk lading belimbing, belah petang pula kalau tak masuk la, lepak kat library je baca buku2 buah ni bagai. Cukup 2 bulan kat sini rasanya boleh khatam baca buku ni semua..haha..nasib baik tak ada anugerah nilam. Kalau tak,kompem aku boleh dapat..hahaha~

Emm tak banyak gambar yang aku ambil., sebab aku pun baru2 je mula kan..so ape yang ada dululah ea. Bulan pertama aku di sini masuk ladang belimbing, so kali ni gambar2 belimbing dululah, di Malaysia hanya 3 klon iaitu B02, B10, dan B17 yang banyak ditanam oleh petani kerana apabila masak, buahnya kuning keemasan, manis, mengandungi air yang banyak dan tekstur yang halus serta beraroma. Setakat ini sudah terdapat 18 klon-klon belimbing yang telah didaftarkan oleh jabatan pertanian. Tetapi dalam banyak2 tu, yang 3 aku list kat atas ni top 3 la. Tapi untuk gambar klon2 ni tunggu next entry okeh! Hehe

buku wajib aku kena baca untuk masuk ladang

hari 1st masuk ladang belimbing..bungkus buah..huhu

salah 1 insect yang infect buah belimbing

buah belimbing kena sawan..hahaha~

ni pun kena sawan gak, tapi tak kritikal lagi..hehe

*bukan sawan, sebenarnya cuma kena infect tapi tak tahu ‘siapa’ yang infect dia, aku je yang panggil sawan belimbing sebab buih2 kat batang buah tu macam sawan bila manusia kena sawan b**i..hehe=p

kerja hari jumaat, duduk library, baca buku dan buat research paper pasal buah yang telah di published oleh MARDI.

*hanya mampu termenung memikirkan bagaimana nak mulakan buat ‘popular writing’ dalam bahasa melayu yang selama ini aku tulis dalam bahasa inggeris..huhu

okeh, ini report untuk minggu pertama praktikal di MARDI, further detail next2 entry ok..insyallah

* Info menarik mengenai belimbing: Belimbing mengandungi vitamin C yang lebih tinggi daripada buah pir, anggur dan epal;hanya kurang sedikit daripada limau. TETAPI, kandungan vitamin A di dalam belimbing lebih tinggi daripada kandungan vitamin A di dalam keempat-empat buah tersebut.


Okeh cukup setakat itu, mari kita masuk bab soal menyoal pula aku telah ditag oleh rakan seperjuangan sejak sekolah lagi iaitu Nursafwanah..mari kita lihat apa soalannya..*mengalahkan soalan exam senangnya..hehe

1) Ape benda paling penting dalam hidup korang?
Agama ALLAH, emak (eh mak benda ke?) and habiskan degree ASAP

2)Benda terakhir anda beli dgn duit sendiri?
Tiket bas nak balik johor sempena cuti sem ni..hoho

3) Tempat perkahwinan dan tema perkahwinan..
kat rumah sudaaaa, tema? Emm tak tau lagi..tapi yang penting mestilah based on green color ok..start dari nikah sampai bersanding..haha..go green!

4) Adakah korang sedang bercinta?

Nope!

5) Novel/buku/majalah last yang dibeli..
Last sekali aku beli buku grammar ni..nak tau macam mana rupanya KLIK SINI

6) Apa nama penuh korang?
Azura binti wargiron

Abah namakan aku sempena filem “AZURA” ok….oh azura, kaulah sinar hidupku..lalalala~

7) Antara mak dgn ayah mana lagi mesra?
Dengan omak den la

8) Namakan org yang nak jumpe sangat3..
Emm, aku nak jumpa orang yang jumpa dengan aku sangat-sangatlah..hahahaha~

9) Di manakah tempat yg betol2 nk pergi?..

Emm, aku selalu cakap London..insyallah p lah kalau dah jadi ‘beruang’ , tapi 1st of all aku nak p bawak mak aku p mekah lah, then baru p jejalan..n lagi aku terasa nak p niagra falls kat Canada and Ireland..kenapa? ade r..mana leh tau..motif aku sendiri..hehe

10) Pelok ke ciom??

Peluk lagi bes kot..ahaks!


11) Lagu yg korang suka and slalu dengar?

DYGTA-kerna kusayang kamu

RADIOHEAD- creep

DEWA19- hadapi dengan senyuman

OST fruit basket

And so on…


12) Beritau 3 benda pasal org yg tag anda..

Periang boleh tahan (kanak2 rebina..hehe)

Berkaca mata

Simple and sempoi

13) Benda yg di sayangi.

Diri sendiri (eh benda ke)

Laptop acer aspire 4736

Nokia 5800 cikaiku itu tak ketinggalan juga phone csl walaupun murah tapi tetap berbakti..lagi..emmm..banyalah kot..duit pun aku sayang..haha..sayang nak keluarkan duit..hehe

DLL…

14) Blogger yg nak di tag..

Adik aq tuh Asikin

Kosmate aku Masitah

okeh done..cukup panjang kan entry kali ni? tulah, susah nak update dah..mungkin weekend je kot ada masa nak update blog ni bagai..FB memang lama dah ditinggalkan, malas dah rasa, just bukan untuk tengok status kawan2 then off9..malas dah..okehlah nak start buat research ni, and baca apa yang patut, minggu depan supervisor nak tanya soalan..huhu


p/s: yeye, aku tau lambat loading kan blog aku
nanti2 aku tukar okeh
skang agak bz la..emm
later ok...=)

09 May 2011

First day practical di MARDI


Bismillahirrahmanirahim, assalamualaikum semua, agak lama dah tak update blog ni kan..malas la pulak rasanya..hehe..tak apa, lupakan hal tu. laa ni nak cerita hari ni first day praktikal kat MARDI, kluang, johor. ingatkan tempat ni research so kena la dengan kos aku ni ha, tapi rupa2 nya lebih kepada penternakan dan ladang. esok aku dah kena masuk ladang dah..ahh sudah! aku semangat bawa baju kurung ingat kena kerja kat lab, rupa2 nya kena bejemur di bawah mentari yang terik itu..aduuhai, terpaksalah beli sunblock n losyen..aku ni dahlah ireng, kena jemur makinlah ireng..huhu..masuk kerja 7 lbh abis pukul 5. dari rumah ke tempat mardi 2 agak2 sejam, so bayangkanlah pukul berapa aku kena bangun n kena gerak dari rumah..fuh! dugaaan!! cobaaan! 2 bulan, harap cepat berlalu=)


ni slah 1 view masa aq lawat ladang, snap pakai kamera cikai dalam kereta..nice rite?


aku dapat 2 superviser. dua-dua lelaki, seorang sudah berkahwin dan baru dapat baby,(senior kat upm kos hortikultur) sorang lagi kos yg sama juga tapi ada master di ukm dan bakal berkahwin bulan 6 ni, both of them so nice. first day dah dapat rasa duit superviser..hehe..bawa g ngeteh n lunch..save duit hari ni..hehe..thanx to both of them.

oh ya! aku akan lebih kepada ladang belimbing dan citrus, sebab supervisor aku yg dua orang ni pakar dalam buah-buah tuh..sebulan masuk ladang belimbing, sebulan masuk ladang citrus. itu jelah nak cerita hari ini.

*ngeteh=minum2/lepak2

ireng=gelap/kulit hitam akibat terbakar dek panas mentari



p/s: aku rasa start LI ni, kurang update kot
penat rasanya..huhu
kerja2..lalala~ ececeh=p

05 May 2011

PENTING!!! tukar account selain gmail anda kepada account gmail untuk mengelakkan blog anda diremove!

Assalamualaikum, selepas blogwalking ke blog lisaafha, baru aku tau yang dengar ura2 bahawasanya,
dengar berita yang blog yang menggunakan email selain dari email gmail akan diremove sebelum 25jun 2011 nanti. ya ke tidak aku pun tak pasti, selama ni pun memang aku guna account yahoo je. tapi dek kerana tak nak lah ambil risiko, aku pun create gmail account and tukar dari yahoo account ke gmail account. so kalau nak selamatkan blog tersayang anda tuh, meh ikut step2 di bawah ni. aku copy je dari cik empunya blog itu. terima kasih ya untuk informasi ini [ke aku yg ketinggalan zaman pasal berita nih?huu (T_T) ]

So, langkah pertama:

1)create account gmail
-kalau yg da ade tu kira oke lah. Yg takde tu, pi wat.

2)login blog menggunakan email yahoo.klik pada DASHBOARDàSETTINGàPERMISSION



Oke. Da klik pada permission tu, sila klik pada add author.masukkan email gmail(email baru) and klik add author



3)sila logout blog yang menggunakan email yahoo sebentar tadi. Kemudian, sila login account gmail yang baru korang buat tadi tu. Then, korang akan dapat notification macam ni

so, klik je here tu,then korang akan dipaparkan dengan web page ini.



4)log out dari account gmail sebentar tadi, dan sila log in blog anda menggunakan email yahoo(email lama).ikuti langkah2 berikut:


DASHBOARDàSETTINGàPERMISSION
ada nickname dan email yang baru korang add tadi sebagai author. Klik GRANT ADMIN PRIVELEGES

5)korang boleh remove nickname serta email yahoo yang lama yg korang da gunakan tu. So, kira author blog anda cume menggunakan email gmail sepenuhnya.


Untuk pengetahuan korang,semua blog yang anda follow akan hilang. Tapi follower anda tetap ade. Jgn risau. Cuma anda kne berusaha memfollow blog-blog yang korang follow sebelum ni. Pastikan korang transfer kesemua outhor blog korang dengan menggunakan email gmail n then remove terus akaun yahoo korang. Dengar kabo nye kalo google dapat detect blog korang berada dibawah naungan account selain account gmail, blog korang jugak akan diremove.:)



okeh, done! aku dah tukar dah
p/s: tak pernah2 aku post entry 2x sehari..hoho


Setahun sudah kau meninggalkanku...

boleh baca jawi kan
kita dulu sekolah agama kan
awat?
lupa dah nak baca???
tak mengapa, aku translatekan

Bismilahhirahmannirahim
Wargiron bin Supian
telah kembali kerahmatullah
pada hari Rabu
20 jamadil awal 1431
5-5-2010
Amin

bagaimana?
apa perasaan aku? boleh bayangkan?

Hanya Yassin dan Al-fatihah yang mampu aku sedekahkan

Ya Allah, ampunilah dosa abahku,
tempatkannya dalam kalangan orang yang beriman. Amin

03 May 2011

Aku terima...sah..sah

aku terima nikahnya azura binti wargiron dengan mas kawinnya rm22.50 tunai..sah? tak sah..tak sah..haha. kidding lorh..belum masanya, tapi bila masa itu tiba aku harapkan...

'
'
'
'
'
okeh back to the point, sebenarnya apa yang aku nak cakapkan ni, harap korang boleh terima kenyataan ini dengan tenang okeh, sebarang rayuan atau ketidakpuashatian anda tidak akan dilayan. dengan ini saya azura selaku tuan empunya blog ini, mengumumkan bahawasanya
.
.
.


aku dah HABIS FINAL EXAM!!!!

ALHAMDULILAH, hanya itu yang aku mampu katakan, nak tau komen aku pasal exam2 aku kali ni, meh skrol bawah sikit

SKILLS IN GARAMMAR: emm confusing!
TEKNOLOGI FERMENTASI: D*mn!, harap2 tak kena repeat r, serius!!!
INTRUMENTASI DALAM PENYELIDIKAN BIOTEKNOLOGI: emm, so-so
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN PENGGUNAANYA: emmmm, so far...so-so

so, konklusinya, aku hanya dapat jawab biasa2 je paper ni. lulus pun aku dah cukup bersyukur dah, dapat maintain 3 pointer pun aku bersyukur jugak, apa apa pun, usaha dah pun dilakukan, kini tinggal bertawakal jelah pada yang maha Esa. okeh tu jeh nak cerita, nak start packing dah ni..esok nak balik kampung halaman dah..ececeh...home sweet home. haa nak cakap sikit, untung jualan syarikat F&B Enterprise dah dapat dah, modal rm25, tapi untung setiap seorang 3x ganda, u olz do the math okeh..tahniah kepada semua student biotechnology second year kerana berjaya menamatkan peperiksaan akhir semesta yang ke empat ini.


okeh jom cuci mata sikit
ku bahagia..ku bahagia..lala~
boleh detect tak mana 1 badan kucing yang warna putih tuh? haa
AKU TERIMA kasih kepada Allah S.WT. kerana dengan ini aku SAH telah menamatkan peperiksaan akhir dan SAH menamatkan semesta yang ke empat di UPM ini..terima kasih. alhamdulilah.

02 May 2011

LELAKI bila dah menggatai nak kawin!!!

Tapi sebelum tu, baca ni...








So? Macam mana wahai kaum lelaki di luar sana. Ada bran? Dah bersedia nak kawin? Dah mantap nak kawin? Dah mampu ke? Jangan fikir kawin ni nak 'sedap' je. Sedap2 gak, tapi sedap datang dengan tanggungjawab. Kalau dah rasa diri tu lelaki dan satu hari nanti ingin berkahwin, saving la dari awal.

Okeh2, betul..masa muda, masa masih belajar, tak akan nak fikir pasal kawin pula kan, nanti orang fikir ‘gatai merenyam lah pulok’. Okeh aku mengerti. Tetapi seperti yang tertera kat atas ni, korang sebagai lelaki harus membuat persedian awal. Contohnya:

Lelaki-lelaki yang masih belajar

1. Semasa belajar, elakkan perhabis duit PTPTN/JPA korang tuh. Ni pantang masuk sem baru, duit bank in kat bank, korang awal2 dah ‘cucuk’ nak beli itulah inilah..lagi2 kalau ada sale kasut berjenama ke, jam ke,sweater ke..agak2 sikit wahai kaum lelaki.

Kurangkan dating dengan aweks korang yang masih belajar tu jugak. Sama2 belajar tapi bajet cam orang dah keje je, nak pergi tempat yang ada kelass je, nak hadiah mahal2 belaka. Cadangan aku kat lelaki di luar sana, kalau aweks korang demand lebih2..habaq je kat depa ‘sayang, kita kena save duit sikit, nanti u nak kawin dengan I kan, u nak hantaran mahal2 kan’ haa nanti mesti aweks korang tarik muncung hanger kat bibir tuh..tapi tak apa, biaq pi la dia..untuk masa depan angpa jugak..ye dak?

3. Bagi lelaki yang suka bergaya, kurangkan spends barang yang berjenama dan maha mahal itu semua. U olz ni masih belajaq lagi, tak payah la nak tunjuk eksyen pulak toksah la nak guna ayat ‘biar papa asal bergaya’ tak payah lah. Nak bergaya sikit2 tuh boleh lah, tapi jangan sampai spends 80% duit pinjam or biasiswa untuk memenuhi nafsu korang je, t last2 pinjam duit member nak makan, haa kan dah timbul satu masalah lagi.

Lelaki-lelaki fresh graduate

1. Toksah menggatai nak pakai kredit kad. Ang tu baru jah dapat kerja, position pun belum comfirm, ada hati nak pakai kredit card. Mampu ke nak bayar bulan2. Last2 minta kat mak juga tolong bayarkan. Baik korang save dulu duit gaji korang 4, 5 bulan 2, bagi mak sikit pastu boleh buat down payment untuk beli kereta. Lebih berbaloi bukan? Aweks kat luar sana memang mencari2 ‘abang yang dah ada kereta’ senang katanya.

2. Cuba settle duit pinjaman PTPTN as soon as possible. Memanglah korang tak boleh bayar sekali gus, tapi at least bayar dengan duit yang sepatutnya korang bayar la. Jangan gaji rm2k korang bayar tak sampai rm100, kedekut bebenor namanya. Nanti korang gak yang susah, makin lambat hutang bayar, makin tinggi interest kan, so baik settle cepat2. Nanti kawin tak banyak lagi nak kena settle. Nak kawin kan..kan

Lelaki-lelaki yang sudah bekerjaya

1. Lelaki bila dah ada kereta, suka invest barang kat kereta bukan. Sport rim tak ada cacat cela, sanggup korang habiskan duit beratus2 semata nak tukar sport rim baru dengan alas an nak bergaya. Tak payahlah berlebih2 sangat wahai lelaki. Sudah ada kereta, boleh dipandu, selamat sampai ke destinasi, sudah cukup sebenarnya. Itu fungsi kereta bukan. So, tak payahlah berlebihan sangat dengan accessories kereta tu. Ada yang menganggap kereta tuh dah macam isteri dah, tapi kereta boleh bagi korang ‘sedap’ ke? Tak boleh kan, so saving duit tuh untuk kawin ye wahai lelaki.

2. Start2 la cari rumah yang bersesuaian nak tinjau harganya. Lepas kawin mesti move on ke rumah baru kan, lainlah ada orang sponser. Seperti yang diketahui oleh kaum lelaki di luar sana, kos tanah semakin meningkat, sebab itulah harga rumah pun makin mahal, so dengan tinjaun awal atau bak kata omputih survey harga rumah awal2 ni, nanti korang mestilah kalut pastu habaq lagu nih ‘ya allah mana aku nak cari duit beli rumah ni, adui cam mana ni’ kan? So dengan cara ini, secara automatically korang ada kesedaran untuk saving duit dari awal untuk masa hadapan. Kan..kan..

So , kat atas ni serba sedikit kenapa lelaki kena saving untuk perkahwinan mereka di masa hadapan. Ya aku tahu yang kat atas ni kira macam materialistic sikit, tapi itu yang perlu ditekankan pada masa sekarang ni. Living kos makin mahal, so kena pandai urus duit lah kan. Lagi pun PERKAWINAN once in a life time kan, insyallah, korang taknak ke bersanding dengan meriah? Korang tak nak ke ada photographer yang ambil gambar korang cantik2 n diabadikan dalam photo album? Korang taknak ke nampak bakal isteri korang sangat cantik berseri2 bak puteri di hari pernikahan dan persandingan korang nanti? Tak nak ke???? Nak bukan.. all of this things need MONEY man..yes..DUIT!!! so start saving dari sekarang okeh..nak kawin kan



p/s: motif aku cerita pasal bab2 kawin ni? entah aku pun tak tau..haha
ada masa nak buat entry pasai perempuan bila dah menggatai nak kawin pulak r..hehe
mood: study untuk last paper malam esok
tata titi tutu =)

01 May 2011

Segmen Weh! Halah, die bukan nak baca pun apa aku type


Assalamualaikum dan selamat pagi. motif pic di atas? nak tau p klik..ahaks! sebenarnya ni first time aku join benda2 camni, tak pernah pun join contest ke giveaway ke dan sebagainya lah, tapi pasai benda alah ni macam best je, aku pun join lah. lagipun aku pun memang tak ada point pun nak tulis entry baru..hoho, so merepek jelah dengan menatang ni ek..haha

so, nak dijadikan kisah, sepatutnya hari ini nak pergi PWTC untuk pameran buku, tapi dek kerana tak tau jalan yang sesungguhnya (menaiki tren) maka rancangan itu pun di batalkan..hoho..macam sengaja je kan, soh aku study la tuh..haha, relax r arini kan labour day (bajet aku pekerja je..wei ko student lagi la) =p

maka dengan itu, aku pun dok stay kat bilik jelah..ye ye aku tau paper last 3hb ni, so what? (ko tak reti2 nak study ke wei?) alah jab lagilah, tengah ambik mood ni..hehe..so on9 la kejab, blogwalking sampai terjumpa benda alah kat ateh ni..huhu

dek kerana tak jadi keluar, aku pun malas nak keluar bilik p mkan, so kita breakfast ready made jela hari ini..dan menunya ialah...

loading...
3%
10%
15%
24%
33%
48%
59%
70%
84%
92%
99%
100%
view image...







tadaaa!
toast garlic dan sup cendawan
sempoi je kan breakfast aku, nilah breakfast orang pemalas nak siap pergi foodcourt namanya..haha..btw aku beli toast garlic ni kat giant, mines. sedap wei..serius! aroma dia memang menusuk kalbu nafsu makanku ini..haha~ siapa2 yang dekat2 area mines ni boleh la p, murah je kan, taklah mahal sangat, bolehlah buat stok 2 ke 3 hari..

haa! camna, ok tak abang zam..haha..memang tak ada motif and idea pun nak menulis..lenjan jelah okeh.. Terima kasih kerana membaca. Sekian


EH..EH!
aku tersalah point la..sepatutnya...
kau luah je ape pun yang kau rasa..kau marah, benci, luah perasaan, bosan..ape pun kau luah..make sure kau ada subjek untuk di tuju..pakwe ke, ibu ke, ayah ke, suami ke, rakan sekerja ke..jangan tuju kat pokok kelapa sudah lah
okeh..okeh, tarik balik perkataan sekian kat atas tuh..huhu..okeh aku nak tujukan khas untuk mak aku yang aku paling sayang kat dunia ini..emak terimalah sajak(sajak ke..ntah, pulun jelah) ini dari anakmu ..

emak
tanggal 5 mei ini adalah ulangtahun kelahiran emak yang ke 61
tetapi pada hari itu juga
genap setahun permergian abah di muka bumi ini
nani tahu mak
nani tahu apa yang mak lalui
kehilangan kasih seorang suami
yang telah lama bersama denganmu

emak
jangan ditangisi lagi pemergian abah
nani mengerti kesakitan itu
walaupun tangisan itu tak dapat dibendung
kita harus kuat melaluinya

emak
yang telah pergi biarkan pergi
kita yang hidup
harus kuat menjalani

emak
nani berjanji
selagi nani hidup
nani akan terus berbakti
agar budi mak dan abah
dapat nani balas hingga ke akhir nanti

emak
sabarlah menanti
masa itu tak lama lagi


p/s: 'nani' pengganti nama diri aku dengan mak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...