21 April 2011

Karangan panjang

Brainstorming

presentation-settle-pasar malam-beli epal,beg-makan epal-sakit tekak-pening pale-demam-pergi kelas-present lagi(PRT)- lunch-tak larat-niat nak ponteng kelas-pargi PKU(pusat kesihatan universiti)-dapat MC 2 hari-tak pontenglah kiranya-balik-makan ubat-tidur sepuasnya-sabtu-ceramah keusahawanan-bosan!-batuk-period-sakit lagi-balik-tidur lagi-ahad-nak balik johor-naik bas kat TBS(terminal bas tasik selatan)-canggih-luas-efficient-aircond-terbaik!-sampai kluang,2jam setengah-gila cepat-tunggu bas balik pengeli-samapai petang-mak pergi yasin-lepaj dengan nabil-makan kerepek pisang-lupa doktor tak kasi makan buah-demam balik-ubat dah abis-reda jela-malam tidur lagi-bawa nota-tapi tak study-study novel-lepas gian lama tak baca novel-makan-tidur-masa kat rumah terbiar begitu sahaja-rabu-balik semula ke kl-bas lambat datang-terlepas bas pukul12.30-geram!-hikmah-jumpa kawan lama-lepas rindu-hujan-rush ke bas stand-basah kasut-naik bas pukul 2-sampai kl 5 suku-lambat sampai-hujan-ada accident-kancil hancur-mesej kak tini-pergi mines-beli stok makanan-balik pukul10-mandi-makan-on9 jab-tidur...zzzz


Bismilahhirahmannirahim, assalamualaikum dan selamat petang, kita wish selamat petang kan kalau sebelum nak tidur, kalau masa nak tidur barulah selamat malam bukan..hehe..so, here i am, back to update my blog. it's been a while i am not updating my blog right? is there anybody miss me? is there miss my entry? if there is..thanks a lots for dropping here and read my post. without you all reader, my blog will not be here today..touching2..huhu

oklah, mungkin ada yang tahu, mungkin juga ada yang tak. so, entry kali ini panjang lah ya, ibarat menulis karangan seperti menjawab soalan SPM kertas 2..hehe..so ni kira update berminggu yang lepas la ea..selepas almost presentation da selesai, legalah sikit hati ni, dah kurang beban di dada, kawan2 yang lain semua dah settle presentation, cuma aku dan beberapa orang je yang masih ada presentation PRT. semua ini bermula pada suatu malam, cewah..aku dan kak tini menuju ke pasar malam, sekadar cuci mata..last2 macam biasa lah, ada je barang yang di belinya. sebelum balik kitorang beli epal, share 2 orang, 9 biji rm5..ok kan..murah n epalnya besar2 tau..memang berbaloi!

aku ni pun sebenarnya lama dah tak makan buah, tu pasal la beria beli epal. malam esoknya aku makanlah sebiji epal bagi mengisi perut, lepas makan, aku rasa tekak aku sakit, kurang minum air ke? so aku minumlah air sebanyak yang boleh, tapi still sakit lagi, aku pun tak tahu kenapa, biarkan jelah. kemudian, esoknya, aku dah mula kena flu , pening kepala, dan akhirnya jatuh sakit..bukan jatuh cinta ya..tapi aku buat dek jela, makan je ubat apa yang ada dengan harapan akan ok, sebab esoknya(khamis) aku ada presentation.

pada hari khamis, group aku pun present, banyak juga dugaan untuk present kali ni, dengan report tak siap lah, slide tak abis edit lagi..haish!, opps, bukan salah aku ok, ni salah ahli yang lain, sebab tak beri komitmen yang sesungguhya dalam menjalankan tugas..huhu..tapi akhirnya siap juga walaupun last minit. aku pun presentlah dengan suara rock ku itu..huhu, nak buat macam mana, kalau dah batuk n flu, faham2 jela suara macam mana kan.

lepas present aku terus rush pergi biotech 2 sebab ada replacement kelas grammar. bincang itu sikit, ini sikit, then settle. kemudian pergi lunch dengan kekawan. nak makan nasi macam perit tekak ni, so makan bakso jelah, tapi tak sedap..huhu..ke selera aku yang problem ek? yela tengah sakit kan..emmm..lepas abis makan, hati berkira2 sama ada nak ke kelas ke tak. aku tak pernah ponteng kelas sepanajang 4 sem aku kat sini, percaya tak? percayalah..cuma aku ada skip amali genetik sem 2 denagan dr. tan sebab aku punya tiket balik johor awal, so memang tak boleh buat apa lah. so cakap2 punya cakap dengan budak ni, so aku decide tak pergi kelas. padahal ada kelas fermentation and asas keusahawanana. bagi aku tak apa lah kot sebab presentation je, bukan lecturer mengajar. so diorang pergi kelas, manakala aku tunggu bas ktp untuk ke pusat kesihatan universiti.

nasib baik tak ramai sangat orang, dan sampailah giliran aku berjumpa dengan doktor.macam biasalah kan, check sana sini, pressure, temperature, tekak n so on lah..lama lah juga check aku ni. lepas tuh doktor cakap aku tak boleh makan buah untuk seminggu dua ni. aku pun cakap balik kat diktor yang aku start sakit lepas makan epal and aku tanyalah kenapa boleh sakit kan. then dia jawab buah ni ada 'something' aku lupa pa kenamanya, yang boleh stimulate sakit ni. mungkin betul, sebab aku memang dah lama sangat tak makan buah, so bila aku makan epal hari tu, agaknya badan aku terkejut kot, tuh yang sakit..huhu..dan akhirya aku diberi 5 jenis pil dan ubat batuk seperti yang boleh dilihat di bawah ini..emmm..banyaknya pil nak dimakan..doktor bagi MC 2 hari..aku balik bilik, makan ubat terus tidur dengan amannya. aku ni kan spisis susah sikit nak tidur kan, bunyi je benda aku senang terjaga, tapi bila dah makan ubat ni..pergh! tidur..aman dan damai rasa..puas!

hari jumaat pun aku tak ada buat apa, masih dalam mood sakit..so kita foward terus ke hari sabtu ya. so kami yang mengambil subjek keusahawanan ni ada ceramah kena attend, pergi jelah kan, makan free..hehe..adalah dalam seribu lebih pelajar yang terlibat dalam seminar ini. tetamu jemputan yang dijemput usahawan muda dalam umur 25 kalau tak salah yang sudah memiliki homestay sendiri. power kan dia, muda2 dah berjaya..orangnya not bad. status tak tahu, kalau single, aku rasa ramai yang kejar dia, yelah sape taknak orang macam tuh kan,kalau dapat hidup senang,hehe, aku pun tak terkecuali ingin hidup senang=p. tapi yang membuatkan mood aku makin spoiled ialah bila period then senggugut. adoyai, seminar yang dari pukul8-1 rasanya macam 24 jam. siksa, sakit yang amat. abis je seminar, balik makan, makan ubat then tidur lagi, barulah hilang sikit sakit tuh..bersantai jelah kat bilik, kemas apa yang patut nak balik johor keesokkan harinya.

hari ahad, pagi2 lagi dah bangun, siap2 nak tunggu bas pergi ktm serdang, dapat ktm terus pergi bandar tasik selatan. kalau sebelum ni naik bas kat bukit jalil, lepas pudu tutup untuk renovate, sekarang pudu dah bukak balik n bukit jalil akan ditutup secara berperingkat, perkhidmatan bas ke selatan telah ditukar ke terminal bas tasik selatan. aku tak pernah pergi sini, yang aku ingat masa aku sem 1 dulu, masa aku tunggu tren nak pergi masjid jamek ke times square ke memang aku naik kat tasik selatan, bertentangan dengan tempat seat tu memang nampak r tengah ada construction. tak sangka pula tu untuk terminal bas, dan akhirnya masa aku dah sem 4 baru siap terminal tu. lama juga masa yang diambil kan. komen aku pasal terminal bas yang baru ni terbaik! memang ada kelas r. tempatnya luas, beraircond, sistem sistematik, tempat atm machine pun banyak, rasa macam naik flight je. mau taknya, tempat departure naik bas siap ada security check lagi. ada board tentang perjalanan bas bagai. memang best lah. thumbs up! untuk TBS ni. memang terbaik, memudahkan pengguna. aku naik bas transnasional menuju keluang. gila power, pakcik bas ni, 2 jam setengah je dah sampai kluang. memang non stop n laju dia bawa bas. nasib baik lah tak ada pape.

sampai kluang, tunggu lagi 1 bas untuk sampai ke pengeli timur. selamatnya sampai kerumah, mak tak ada. mak pergi yasin rumah jiran, so tak apelah kan. kebetulan abang aku tengak tengok cd cerita kembar siang, aku lepak dengan nabil, anak saudara aku, aku nampak nabil sedap je makan kerepek pisang, aku pun join sekali r..dah lama makan baru aku tersedar, yang aku lupa doktor tak kasi aku makan buah. aku fikir lantaklah, tak apa2 kot. akibat tak dengar kata doktor, malam tuh aku naik balik demam dan sakit tekat. tulah degil cakap doktor. dahlah ubat dah abis, nak taknak tahan jelah. memang tidur awal lah jawabnya. kalau tengah period memang senang sikir r, subuh tak payah bangun, memang sedap jelah tidur..hehe

aku habiskan masa dekat rumah, dengan lepak santai je, bawa notes tapi tak buka pun. aku study novel adelah..hahaha.aku dah lama tak baca novel, so macam gian sikit. aku pinjam lah novel kak ipar aku tuh..adalah 2 buah buku aku settle kan baca..masa yang lain dihabiskan dengan tengok tv n tidur..hehe..masa kat rumah memang berlalu dengan pantasnya. masa berlalu..dan esok sudah harus kembali ke upm..huhu..

tiket bas aku pukul 12.30 so aku seawal 9 lebih dah kelur rumah untuk tunggu bas dari tempat aku untuk pergi kluang. tapi pagi tuh, sempat aku mengunjungi pusara arwah abah dan abang2 ku bersama-sama mak. bas yang ditunggu tak kunjung tiba. pukul 11 lebih baru sampai. dari tempat aku ke kluang mengambil masa lebih kurang 45 minit. tapi bila naik bas faham2 jelah kan, drop sana sini, so memang lambat..dan akhirnya, masin mulut mak, aku terlepas bas. aku sampai kluang 12.40, bas dah jalan dah. rasa sebal tu memang r, ditambah geram lagi. aku pun terus beli tiket baru pukul 2. dah burn rm25..ish rugi betul. tapi kan ada hikmah disebaliknya kan..nak tau apa hikmahnya?
.
.
.
tadaaa! aku jumpa kawan lama aku masa kat matrik dulu, dah dekat 2 tahun lebih tak jumpa dia. nurul azila,dia kawan baik aku masa kat matrik dulu. aku tahu dia kat area kluang, so aku terus call dia, dah memang rezeki kami untuk berjumpa n melepas rindu..ececeh..hehe..alhamdulilah, banyak juga yang kami bualkan. maklumlah dah lama tak jumpa kan. macam2 lah cerita keluar..hehe.tapi masa tak lama, tiket aku pukul 2 kena rush balik ke bas stand. tapi hujan la pula, nasib baik zila ada payung, sempatlah berpayung sesama ke bas stand. selepas bersalaman, aku pun naik bas..berlalulah bas menuju ke kl.
kau tak berubah la, masih sama macam dulu..hehe

yang kat atas ni, bukti aku terlepas bas pukul12.30. tengok tiket tuh elok lagi tak kena kerat..huhu..nasib2..tak apalah..emm..perjalanan balik ke kl agak lama, sebab hujan and ada accident kat highway. antara kancil, myvi n ape ntah lagi 1..tapi kancil tuh memang remuk abis la.sebab dia paling kecik kot, tuh yang hancur remuk tuh, aku tak nampak r victimnya, mungkin dah hantar hospital kot. aku sampai perhentian serdang dalam 5lebih. ambil teksi then balik kolej. akibat tak ada stok makanan untuk study week ni, aku ajak kak tini pergi mines untuk beli barang2 ni. nasib baik lah dia sudi temankan. dia ada kereta, so senang sikitlah kan. kak tini ni bakal cikgu, sekarang ni dia tengah final year n tengak praktikal sebagai cikgu kat sekolah area2 sini. adalah lebih kurang rm30 melayang, beli barang makan je kot..huhu..duit aku memang abis kan makan jelah..emmm..balik bilik dalam pukul 10 malam, mandi dulu then makan apa yang mak bekalkan dari rumah. nak on9 jab pastu dah ngantuk dah.then tidur.

hari ini, sepatutnya, aku kena start study sebab aku kat rumah tak belajar kat rumah, tapi pasal mood aku tak datang lagi, aku poya2 jelah arini..huhu..dari pagi bangun on9 memanjang. main2 edit blog. aku facebook memang dah malas r, aku berbloging je..dan lihatlah hasilnya, blog aku dah berubah rupa kan..hehe..banyak gak aku cuba template blog ni, tapi last2 aku pilih template ni, sebabnya dia hijau, n lagi kena dengan aku yang bakal biotechnologist ni. tu pasal la dia terpilih..haha. blog aku yang banyak gambar tuh pun aku dah ubah. kalau tak percaya KLIK SINI, kalau tak pun sekarang ni lagi senang, klik je kat koleksi gambar yang aku letak kat top ads tuh..terus direct link ke blog aku yang lagi satu tuh.

template blog yang dulu


testing 1. 2.3..


'beliau' yang terpilih..hehe

haa! macam mana, panjang tak karangan aku ni? ni kira bayar hutang entry2 sebelum ni lah. penat tak baca?..huhu..nasib korang lah..kalau sudi baca silakan, kalau tak nak buat macam mana kan..aku hanya insan biasa..huhu, sadis..ok rasanya dah cukup kan..nanti kalau ada cerita lagi, aku update lagi lah ea..yelah, aku kena study ni..(yelah tuh ko nani..emm). wish me luck for my final exam okeh..eh! lupa lak nak cakap, aku dah comfirm dapat praktikal kat MARDI, kluang..2 bulan u olz..emmm...ok dah..good luck kepada semua pelajar seantero Malaysia yang bakal menduduki peperiksaan akhir kelak..wiss u olz the best.


p/s: agak2 kalau aku hantar karangan ni kat cikgu BM
berapa banyak markah aku kena potong?
emmm..bahasa samseng betul!
kena go back to school ni...

0 146 pencinta hijau jua:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...