24 April 2011

Tips bila tak boleh study untuk FINAL!!!


Aku percaya, sekarang ni semua tengah musin final exam kan, mungkin juga ada yang berperasaan sama macam aku. apa dia? takut nak FINAL! tapi tak boleh nak study..ada tak? ada tak yang sama berperasaan macam aku ni ha? jawab2!

Aku percaya ada, so hari ni dek kerana aku sendiri tak boleh nak study walhal final start minggu depan, aku pun membazirkanlah masa aku update blog hijau yang dah tak berapa hijau ni haa..
so kat bawah ni, tips2 yang aku boleh fikirkan..up to you all lah nak ikut ke tak, sebab aku percaya, lain orang lain caranya.

1. Menerawang ke alam maya.
apa yang aku maksudkan kat sini ialah, aku tau korang semua kaki on9 kan. on je laptop mesti on FB , blog, YM, SKYPE and other things la. so sementara nak cari mood tuh bolehlah on9, manalah tau nanti tetibe mood nak study tu mai bila dah bosan nak on9 kan.

2. MELALAK sepuasnya!
bukan melalak, menangis ok! melalak kat sini maksudnya karoke la, nyanyi sepuas korang. lagi nikmat bila roomate tak ada kat bilik kan, apa lagi, on laptop ke mp3 korang ke, pilih lagu yang berkenan, nyanyi la kuat2 n sepuasnya. tak semestinya lagu rock atau rancak boleh wat korang nak study, n mungkin lagu slow jugak boleh stimulate korang nak study, ikut selera masing2 lah. ni kira macam terapi jiwa lah. lepas dah puas nyanyi insyallah, rasa lega, nanti dah boleh study kan..emm

3. Layan movie, kalau tak pun bukak you tube
aku tau, kalau dah tengok movie lagilah malas nak study kan, tapi korang tengoklah movie yang berfaedah sikit, kira yang ada motif n tauladan la, jangan tengok movie yang melalaikan macam korean movie yang banyak episode tuh, memang tak lepas la ngadap laptop tu kan. lagi satu, layanlah youtube yang lawak2 macam matluthfi ATAU inianwarhadi tu ke, bila korang dah gelak puas2, then pergi study okeh. (sekarang musim maharaja lawak kan, p layan kat youtube n gelak sesorang tau)

4. lepak kat katil cakap sesorang
apa? macam orang gila? memanglah macam orang gila, tapi tak lah, kalau korang cakap yang baik2 je, jangan lah mencarut then gelak mengilai sesorang ke, haa tu memanglah macam gila. macam ni sebenarnya, korang mungkin tension sebab tuh tak boleh study kan. so korang relax lu kat katil kesayangan korang tuh, baring2 jab, golek2 ke sambil memeluk batal buchuk korang tuh, pastu cakaplah awatlah aku ni tak boleh nak study, bile korang dah start cakap macam tuh, korang pun akan start balik jawab soalan korang tuh..tak percaya cuba buat.

contoh:

aku: adoyai apsal la malas bebenor nak study, nak kata ngantuk aku dah minum nescafe

aku: aku pun tak tau la nape wei, nak kata malas tuh taklah, cuma..ntah malas nak tengok notes tu

aku: wei mana boleh, gila kau! tak study nanti kau nak jawab apa final, ko ingat senang ke apa!

aku: memanglah, aku tau tau, tapi..ntahlah wei..study last minit kot..hoho

aku:janganlah wei, nanti kau tension lagi..ko tu dahlah senang tension, jangan cari maut wei

aku: yelah2, jab lagi aku study lah, aku lek jab je ni, cari mood..itu pun nak kecoh!

aku: okeh, tak study siap kau!!

haa! macam mana, agak2 berkesan tak? cuba try test okeh =p

5. Pergi outing
pergh! istilah outing masa zaman sekolah asrama je guna dulu kan..hehe.. so macam ni, mungkin otak n mata korang tuh penat tengok benda yang sama setiap hari, so apa salahnya, pergilah keluar jab cuci mata. p maulana ke maqmul ke, lepak2 tengok bola jab, lepak2 n chatting2 ke gossiping2 cikit dengan member, then balik bilik study balik lah. mungkin dengan cara tu, boleh refresh cikit otang angpa tu semua!

6. Play with mouse!
apa? tikus!, eeiii geli dow! bukan..bukan tikus tuh, tapi mouse laptop or pc korang la. kalau macam aku sendiri, kalau aku memang mood tak ada, cari stok gambar then main edit2 la..it is one way to release tension okeh. korang akan rasa puas bila satu-satu gambar yang korang edit tu menjadi macam apa yang korang nak. tapi kadang aku edit cincai and tahap low editing r kiranya macam yang kat bawah ni.bila dah settle edit, lepak jab, pastu leh sambung study dengan senyuman terukir, sebab gambar dah berjaya diedit dan diposkan kat blog or FB..hehe

7. Cam whore sesorang
kalau agak rasa main edit2 tak puaskan hati korang, masing2 ada hanset kan, apa lagi guna kamera korang tuh mainlah ambik gambar sorang2. kalau nak lagi puas, touch up la cikit muka tuh. tak semestinya korang kat luar je leh cam whore. kat bilik pun boleh 0keh. korang posing la macam mana korang nak pun, bukan orang lain nampak kan. tu kira gambar privasi lah. dengan cara ni gak korang akan secara automatiknya senyum kan sebab nak posing depan kamera tuh, so secara tak langsungnya juga akan stimulate diri korang lebih cergas n fresh. lepas dah puas camwhore tuh, tengok hasilnya. dah puas hati, hanset letak tepi then study okeh. kali ni pun korang mesti senyum sambil study..hehe

8. Tolak tepi semua objek bergelombang!!!
wow! apakah?? gelombang apa? tsunami kah? bukan..bukan..maksud kat sini ialah tolak tepi semua objek atau peralatan yang mengeluarkan wavelength. sebagai contoh lappy kesayangan n handset2 korang yang banyak dan canggih itu ke tepi. sebenarnya laptop n hanset juga adalah gangguan yang membuatkan korang tak boleh study sebab asyik belek phone and laptop je. so buat sementara, niat betul2 nak study n jangan on dulu laptop n hanset tuh p nyorok bawah bantal ke dalam kasut ke..buat sementara je, so korang boleh fokus la kat study. nanti kalo bf/gf angpa marah ke, ang jawab jela, bukanya wat apa pun, study jah..nak final kan, takkan sayang/anje/baby/abang/honey..dew tak boleh nak faham..cewah..hehe (agak kejam di situ)

9. Berehat sebentar bersama...
bukan bersama kitkat okeh, bersama kucing ke tak apa lah, sometimes terapi macam ni perlu untuk otak kita still awake n fresh. tidurlah secukupnya untuk memberi rehat yang secukupnya pada badan n minda kita. dengan cara ni, bila kita bangun, rasa fresh, nak study pun senang, apa yan kita baca pun senang nak absorb kat pale kita ni haa..kan.kan.

10. REDA DAN TAWAKAL!
ni sebenarnya bukan jalan terakhir bukan juga jalan terawal, cuma apa yang aku boleh cakap, dalam setiap apa pun yang kita lakukan perlulah besed on DUIT!!! duit apa pulak ni?
D= DOA
U=USAHA
I=IKHTIAR/ISTIQAMAH
T=TAWAKAL

So, macam mana? dapat tak apa yang aku cuba sampaikan ni? mungkin kalau korang memang tak rasa boleh nak study lagi, sabar jelah, mungkin mood tuh betul2 tak mai lagi, dan mungkin jugak final exam tuh senang kot (ahaks!, wow! yeke?) tu pasai la, kalau korang study last minit pun tak apa, mungkin study last minit tu korang dapat ilham ke, hidayah ke yang bab tu masuk final exam..macam soalan bocor la ni..hehe


Setakat ni jelah yang aku dapat fikirkan buat masa ni, selamat mencuba 0keh..hehe..
Terima kasih kerana membaca.



p/s: perasan tak apa yang aku pakai mesti ada unsur hitam
aku ni green lover ke black lover ni..hoho


0 146 pencinta hijau jua:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...