29 April 2011

Cuba tiru gaya saya


p/s: nilah yang aku buat sepanjang hari, malas bebenor rasanya..huhu
esok ada exam grammar skills, tapi...




maleh nak study yop!

28 April 2011

Tips lepas jawab paper final exam


1. Ucap alhamdulilah, dah settle 1 paper

(walaupun hampeh/tak dapat jawab dengan jayanya)

2. Think positive

( minta2/berdoa lecturer terima jawapan kita ,dapat markah kesian pun jadilah, bak kata cikgu aku dulu, markah upah menulis..huu)

3. Keluar dewan peperiksaan jangan discuss jawapan masa exam tadi

(buat sakit hati je wei, baik takyah discuss, karang kalau dah kompom2 salah, dah risau markah low..biar je, benda dah lepas, let bygones be bygones)

4. Minum air masak secukupnya

(orang kata kalau nervous nak jawab exam tekak haus/dahaga/kering ea? So da lepas jawab paper exam tu, pergilah minum air, lega sikit tekak yang kering tu bila bertapa jawab exam paling kurang 1 jam 45 minit hingga ke 3 jam)

5. Makan

(bila asyik dok sibuk nak study, makan pun tak sempat kan, tolak tepi dulu, pagi2 bangun je dah kena ngadap notes, so bila dah settle exam tuh, pergila isi perut yang lapar minta di isi, tambahan lagi, banyak idea yang dikerah dari otak, menyebabkan sumber gula dalam badan berkurangan..eh betul ke? Ntah..haha..yang penting pergi makan)

6. Berehatlah

(kadang bila lepas je jawab exam, badan terus rasa letih yang amat, mungkin sebab 1 bebanan dah lepas kot, agak2 undergoes exothermic reaction r..haha, paling tak pun, tidurlah bagi menghilangkan kepenatan itu)

7. Mulakan hari yang baru untuk mengulangkaji subjek yang lain

(jangan fikir exam yang lepas, nanti tak boleh nak focus pula)

8. Berdoa

(semoga dipermudahkan mendapat ilmu dari Allah, semoga apa yang kita baca, kita lihat, kita dapat hafal dan fahami..akhirnya dapat menjawab paper final exam dengan jayanya. Insyallah=)



p/s: happy belated birthday roe, ko sangat bertuah kerana menyambut birthday pd hari 1st exam..huhu..nanti ada masa aq post pictures ko plak ea..eh..bukan pic ko memang dah banyak ke kat blog aku tuh..hehe

26 April 2011

Entry ini khusus buat Habibah Ramly


Nama penuh: Habibah Ramly (bukan Ramly burger ok)
Tarikh lahir: 26/04/1989 (hari ni genap 22)
Asal: Bangi (eh betul ke, tempat pembunuhan itu?hehe)
No matrik: perlu ke?
Koleh kediaman: Kolej ke dua UPM
Kos yang diambil: Degree sains(Bioteknologi) 2nd year already
Status: emmmm? tanya empunya badan =p


Ciri-ciri Habibah

Periang
Gila-gila and sempoi
Suka CAKAP sorang2..hehe
Tekun bebenor kalau study..harus ke? haruslah

LAGI?
tanya empunya diri la ea..kihkih..nak berkenalan dengan habibah sila cari beliau di facebook

sebenarnya apa motif aku bagi biodata dia ni? ada yang tertanya2 tak, sebenarnya aku buat entry ni khas buat kawanku itu. yelah nak bagi hadiah tak berapa nak mampu, so aku buatlah entry khas mengenai bib sempena birthday dia pada hari ini. so, bib, di sini saya Azura selaku kosmate mu itu ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran yang ke 22, semoga Allah sentiasa merahmati mu dan melimpahkan rezeki yang Maha banyak kepadamu.

nah lagu untuk ko..hehe

apa? tak puas lagi tengok muka bib ni? tak apa..tak ada masalah..kat blog lagi satu pun aku ada letak pictures bib..sebesar alam lagi..hehe..mari kita TERJAH SINI untuk skodeng cik Bib kita..hehe..happy birthday again babe


p/s: esok pun ada lagi seorang birthday member aku, sama kos juga
kalu sempat, aku buat entry khas juga untuk dia
esok secara rasminya final exam akan start..huhu
good luck you olz!

24 April 2011

Tips bila tak boleh study untuk FINAL!!!


Aku percaya, sekarang ni semua tengah musin final exam kan, mungkin juga ada yang berperasaan sama macam aku. apa dia? takut nak FINAL! tapi tak boleh nak study..ada tak? ada tak yang sama berperasaan macam aku ni ha? jawab2!

Aku percaya ada, so hari ni dek kerana aku sendiri tak boleh nak study walhal final start minggu depan, aku pun membazirkanlah masa aku update blog hijau yang dah tak berapa hijau ni haa..
so kat bawah ni, tips2 yang aku boleh fikirkan..up to you all lah nak ikut ke tak, sebab aku percaya, lain orang lain caranya.

1. Menerawang ke alam maya.
apa yang aku maksudkan kat sini ialah, aku tau korang semua kaki on9 kan. on je laptop mesti on FB , blog, YM, SKYPE and other things la. so sementara nak cari mood tuh bolehlah on9, manalah tau nanti tetibe mood nak study tu mai bila dah bosan nak on9 kan.

2. MELALAK sepuasnya!
bukan melalak, menangis ok! melalak kat sini maksudnya karoke la, nyanyi sepuas korang. lagi nikmat bila roomate tak ada kat bilik kan, apa lagi, on laptop ke mp3 korang ke, pilih lagu yang berkenan, nyanyi la kuat2 n sepuasnya. tak semestinya lagu rock atau rancak boleh wat korang nak study, n mungkin lagu slow jugak boleh stimulate korang nak study, ikut selera masing2 lah. ni kira macam terapi jiwa lah. lepas dah puas nyanyi insyallah, rasa lega, nanti dah boleh study kan..emm

3. Layan movie, kalau tak pun bukak you tube
aku tau, kalau dah tengok movie lagilah malas nak study kan, tapi korang tengoklah movie yang berfaedah sikit, kira yang ada motif n tauladan la, jangan tengok movie yang melalaikan macam korean movie yang banyak episode tuh, memang tak lepas la ngadap laptop tu kan. lagi satu, layanlah youtube yang lawak2 macam matluthfi ATAU inianwarhadi tu ke, bila korang dah gelak puas2, then pergi study okeh. (sekarang musim maharaja lawak kan, p layan kat youtube n gelak sesorang tau)

4. lepak kat katil cakap sesorang
apa? macam orang gila? memanglah macam orang gila, tapi tak lah, kalau korang cakap yang baik2 je, jangan lah mencarut then gelak mengilai sesorang ke, haa tu memanglah macam gila. macam ni sebenarnya, korang mungkin tension sebab tuh tak boleh study kan. so korang relax lu kat katil kesayangan korang tuh, baring2 jab, golek2 ke sambil memeluk batal buchuk korang tuh, pastu cakaplah awatlah aku ni tak boleh nak study, bile korang dah start cakap macam tuh, korang pun akan start balik jawab soalan korang tuh..tak percaya cuba buat.

contoh:

aku: adoyai apsal la malas bebenor nak study, nak kata ngantuk aku dah minum nescafe

aku: aku pun tak tau la nape wei, nak kata malas tuh taklah, cuma..ntah malas nak tengok notes tu

aku: wei mana boleh, gila kau! tak study nanti kau nak jawab apa final, ko ingat senang ke apa!

aku: memanglah, aku tau tau, tapi..ntahlah wei..study last minit kot..hoho

aku:janganlah wei, nanti kau tension lagi..ko tu dahlah senang tension, jangan cari maut wei

aku: yelah2, jab lagi aku study lah, aku lek jab je ni, cari mood..itu pun nak kecoh!

aku: okeh, tak study siap kau!!

haa! macam mana, agak2 berkesan tak? cuba try test okeh =p

5. Pergi outing
pergh! istilah outing masa zaman sekolah asrama je guna dulu kan..hehe.. so macam ni, mungkin otak n mata korang tuh penat tengok benda yang sama setiap hari, so apa salahnya, pergilah keluar jab cuci mata. p maulana ke maqmul ke, lepak2 tengok bola jab, lepak2 n chatting2 ke gossiping2 cikit dengan member, then balik bilik study balik lah. mungkin dengan cara tu, boleh refresh cikit otang angpa tu semua!

6. Play with mouse!
apa? tikus!, eeiii geli dow! bukan..bukan tikus tuh, tapi mouse laptop or pc korang la. kalau macam aku sendiri, kalau aku memang mood tak ada, cari stok gambar then main edit2 la..it is one way to release tension okeh. korang akan rasa puas bila satu-satu gambar yang korang edit tu menjadi macam apa yang korang nak. tapi kadang aku edit cincai and tahap low editing r kiranya macam yang kat bawah ni.bila dah settle edit, lepak jab, pastu leh sambung study dengan senyuman terukir, sebab gambar dah berjaya diedit dan diposkan kat blog or FB..hehe

7. Cam whore sesorang
kalau agak rasa main edit2 tak puaskan hati korang, masing2 ada hanset kan, apa lagi guna kamera korang tuh mainlah ambik gambar sorang2. kalau nak lagi puas, touch up la cikit muka tuh. tak semestinya korang kat luar je leh cam whore. kat bilik pun boleh 0keh. korang posing la macam mana korang nak pun, bukan orang lain nampak kan. tu kira gambar privasi lah. dengan cara ni gak korang akan secara automatiknya senyum kan sebab nak posing depan kamera tuh, so secara tak langsungnya juga akan stimulate diri korang lebih cergas n fresh. lepas dah puas camwhore tuh, tengok hasilnya. dah puas hati, hanset letak tepi then study okeh. kali ni pun korang mesti senyum sambil study..hehe

8. Tolak tepi semua objek bergelombang!!!
wow! apakah?? gelombang apa? tsunami kah? bukan..bukan..maksud kat sini ialah tolak tepi semua objek atau peralatan yang mengeluarkan wavelength. sebagai contoh lappy kesayangan n handset2 korang yang banyak dan canggih itu ke tepi. sebenarnya laptop n hanset juga adalah gangguan yang membuatkan korang tak boleh study sebab asyik belek phone and laptop je. so buat sementara, niat betul2 nak study n jangan on dulu laptop n hanset tuh p nyorok bawah bantal ke dalam kasut ke..buat sementara je, so korang boleh fokus la kat study. nanti kalo bf/gf angpa marah ke, ang jawab jela, bukanya wat apa pun, study jah..nak final kan, takkan sayang/anje/baby/abang/honey..dew tak boleh nak faham..cewah..hehe (agak kejam di situ)

9. Berehat sebentar bersama...
bukan bersama kitkat okeh, bersama kucing ke tak apa lah, sometimes terapi macam ni perlu untuk otak kita still awake n fresh. tidurlah secukupnya untuk memberi rehat yang secukupnya pada badan n minda kita. dengan cara ni, bila kita bangun, rasa fresh, nak study pun senang, apa yan kita baca pun senang nak absorb kat pale kita ni haa..kan.kan.

10. REDA DAN TAWAKAL!
ni sebenarnya bukan jalan terakhir bukan juga jalan terawal, cuma apa yang aku boleh cakap, dalam setiap apa pun yang kita lakukan perlulah besed on DUIT!!! duit apa pulak ni?
D= DOA
U=USAHA
I=IKHTIAR/ISTIQAMAH
T=TAWAKAL

So, macam mana? dapat tak apa yang aku cuba sampaikan ni? mungkin kalau korang memang tak rasa boleh nak study lagi, sabar jelah, mungkin mood tuh betul2 tak mai lagi, dan mungkin jugak final exam tuh senang kot (ahaks!, wow! yeke?) tu pasai la, kalau korang study last minit pun tak apa, mungkin study last minit tu korang dapat ilham ke, hidayah ke yang bab tu masuk final exam..macam soalan bocor la ni..hehe


Setakat ni jelah yang aku dapat fikirkan buat masa ni, selamat mencuba 0keh..hehe..
Terima kasih kerana membaca.



p/s: perasan tak apa yang aku pakai mesti ada unsur hitam
aku ni green lover ke black lover ni..hoho


21 April 2011

Karangan panjang

Brainstorming

presentation-settle-pasar malam-beli epal,beg-makan epal-sakit tekak-pening pale-demam-pergi kelas-present lagi(PRT)- lunch-tak larat-niat nak ponteng kelas-pargi PKU(pusat kesihatan universiti)-dapat MC 2 hari-tak pontenglah kiranya-balik-makan ubat-tidur sepuasnya-sabtu-ceramah keusahawanan-bosan!-batuk-period-sakit lagi-balik-tidur lagi-ahad-nak balik johor-naik bas kat TBS(terminal bas tasik selatan)-canggih-luas-efficient-aircond-terbaik!-sampai kluang,2jam setengah-gila cepat-tunggu bas balik pengeli-samapai petang-mak pergi yasin-lepaj dengan nabil-makan kerepek pisang-lupa doktor tak kasi makan buah-demam balik-ubat dah abis-reda jela-malam tidur lagi-bawa nota-tapi tak study-study novel-lepas gian lama tak baca novel-makan-tidur-masa kat rumah terbiar begitu sahaja-rabu-balik semula ke kl-bas lambat datang-terlepas bas pukul12.30-geram!-hikmah-jumpa kawan lama-lepas rindu-hujan-rush ke bas stand-basah kasut-naik bas pukul 2-sampai kl 5 suku-lambat sampai-hujan-ada accident-kancil hancur-mesej kak tini-pergi mines-beli stok makanan-balik pukul10-mandi-makan-on9 jab-tidur...zzzz


Bismilahhirahmannirahim, assalamualaikum dan selamat petang, kita wish selamat petang kan kalau sebelum nak tidur, kalau masa nak tidur barulah selamat malam bukan..hehe..so, here i am, back to update my blog. it's been a while i am not updating my blog right? is there anybody miss me? is there miss my entry? if there is..thanks a lots for dropping here and read my post. without you all reader, my blog will not be here today..touching2..huhu

oklah, mungkin ada yang tahu, mungkin juga ada yang tak. so, entry kali ini panjang lah ya, ibarat menulis karangan seperti menjawab soalan SPM kertas 2..hehe..so ni kira update berminggu yang lepas la ea..selepas almost presentation da selesai, legalah sikit hati ni, dah kurang beban di dada, kawan2 yang lain semua dah settle presentation, cuma aku dan beberapa orang je yang masih ada presentation PRT. semua ini bermula pada suatu malam, cewah..aku dan kak tini menuju ke pasar malam, sekadar cuci mata..last2 macam biasa lah, ada je barang yang di belinya. sebelum balik kitorang beli epal, share 2 orang, 9 biji rm5..ok kan..murah n epalnya besar2 tau..memang berbaloi!

aku ni pun sebenarnya lama dah tak makan buah, tu pasal la beria beli epal. malam esoknya aku makanlah sebiji epal bagi mengisi perut, lepas makan, aku rasa tekak aku sakit, kurang minum air ke? so aku minumlah air sebanyak yang boleh, tapi still sakit lagi, aku pun tak tahu kenapa, biarkan jelah. kemudian, esoknya, aku dah mula kena flu , pening kepala, dan akhirnya jatuh sakit..bukan jatuh cinta ya..tapi aku buat dek jela, makan je ubat apa yang ada dengan harapan akan ok, sebab esoknya(khamis) aku ada presentation.

pada hari khamis, group aku pun present, banyak juga dugaan untuk present kali ni, dengan report tak siap lah, slide tak abis edit lagi..haish!, opps, bukan salah aku ok, ni salah ahli yang lain, sebab tak beri komitmen yang sesungguhya dalam menjalankan tugas..huhu..tapi akhirnya siap juga walaupun last minit. aku pun presentlah dengan suara rock ku itu..huhu, nak buat macam mana, kalau dah batuk n flu, faham2 jela suara macam mana kan.

lepas present aku terus rush pergi biotech 2 sebab ada replacement kelas grammar. bincang itu sikit, ini sikit, then settle. kemudian pergi lunch dengan kekawan. nak makan nasi macam perit tekak ni, so makan bakso jelah, tapi tak sedap..huhu..ke selera aku yang problem ek? yela tengah sakit kan..emmm..lepas abis makan, hati berkira2 sama ada nak ke kelas ke tak. aku tak pernah ponteng kelas sepanajang 4 sem aku kat sini, percaya tak? percayalah..cuma aku ada skip amali genetik sem 2 denagan dr. tan sebab aku punya tiket balik johor awal, so memang tak boleh buat apa lah. so cakap2 punya cakap dengan budak ni, so aku decide tak pergi kelas. padahal ada kelas fermentation and asas keusahawanana. bagi aku tak apa lah kot sebab presentation je, bukan lecturer mengajar. so diorang pergi kelas, manakala aku tunggu bas ktp untuk ke pusat kesihatan universiti.

nasib baik tak ramai sangat orang, dan sampailah giliran aku berjumpa dengan doktor.macam biasalah kan, check sana sini, pressure, temperature, tekak n so on lah..lama lah juga check aku ni. lepas tuh doktor cakap aku tak boleh makan buah untuk seminggu dua ni. aku pun cakap balik kat diktor yang aku start sakit lepas makan epal and aku tanyalah kenapa boleh sakit kan. then dia jawab buah ni ada 'something' aku lupa pa kenamanya, yang boleh stimulate sakit ni. mungkin betul, sebab aku memang dah lama sangat tak makan buah, so bila aku makan epal hari tu, agaknya badan aku terkejut kot, tuh yang sakit..huhu..dan akhirya aku diberi 5 jenis pil dan ubat batuk seperti yang boleh dilihat di bawah ini..emmm..banyaknya pil nak dimakan..doktor bagi MC 2 hari..aku balik bilik, makan ubat terus tidur dengan amannya. aku ni kan spisis susah sikit nak tidur kan, bunyi je benda aku senang terjaga, tapi bila dah makan ubat ni..pergh! tidur..aman dan damai rasa..puas!

hari jumaat pun aku tak ada buat apa, masih dalam mood sakit..so kita foward terus ke hari sabtu ya. so kami yang mengambil subjek keusahawanan ni ada ceramah kena attend, pergi jelah kan, makan free..hehe..adalah dalam seribu lebih pelajar yang terlibat dalam seminar ini. tetamu jemputan yang dijemput usahawan muda dalam umur 25 kalau tak salah yang sudah memiliki homestay sendiri. power kan dia, muda2 dah berjaya..orangnya not bad. status tak tahu, kalau single, aku rasa ramai yang kejar dia, yelah sape taknak orang macam tuh kan,kalau dapat hidup senang,hehe, aku pun tak terkecuali ingin hidup senang=p. tapi yang membuatkan mood aku makin spoiled ialah bila period then senggugut. adoyai, seminar yang dari pukul8-1 rasanya macam 24 jam. siksa, sakit yang amat. abis je seminar, balik makan, makan ubat then tidur lagi, barulah hilang sikit sakit tuh..bersantai jelah kat bilik, kemas apa yang patut nak balik johor keesokkan harinya.

hari ahad, pagi2 lagi dah bangun, siap2 nak tunggu bas pergi ktm serdang, dapat ktm terus pergi bandar tasik selatan. kalau sebelum ni naik bas kat bukit jalil, lepas pudu tutup untuk renovate, sekarang pudu dah bukak balik n bukit jalil akan ditutup secara berperingkat, perkhidmatan bas ke selatan telah ditukar ke terminal bas tasik selatan. aku tak pernah pergi sini, yang aku ingat masa aku sem 1 dulu, masa aku tunggu tren nak pergi masjid jamek ke times square ke memang aku naik kat tasik selatan, bertentangan dengan tempat seat tu memang nampak r tengah ada construction. tak sangka pula tu untuk terminal bas, dan akhirnya masa aku dah sem 4 baru siap terminal tu. lama juga masa yang diambil kan. komen aku pasal terminal bas yang baru ni terbaik! memang ada kelas r. tempatnya luas, beraircond, sistem sistematik, tempat atm machine pun banyak, rasa macam naik flight je. mau taknya, tempat departure naik bas siap ada security check lagi. ada board tentang perjalanan bas bagai. memang best lah. thumbs up! untuk TBS ni. memang terbaik, memudahkan pengguna. aku naik bas transnasional menuju keluang. gila power, pakcik bas ni, 2 jam setengah je dah sampai kluang. memang non stop n laju dia bawa bas. nasib baik lah tak ada pape.

sampai kluang, tunggu lagi 1 bas untuk sampai ke pengeli timur. selamatnya sampai kerumah, mak tak ada. mak pergi yasin rumah jiran, so tak apelah kan. kebetulan abang aku tengak tengok cd cerita kembar siang, aku lepak dengan nabil, anak saudara aku, aku nampak nabil sedap je makan kerepek pisang, aku pun join sekali r..dah lama makan baru aku tersedar, yang aku lupa doktor tak kasi aku makan buah. aku fikir lantaklah, tak apa2 kot. akibat tak dengar kata doktor, malam tuh aku naik balik demam dan sakit tekat. tulah degil cakap doktor. dahlah ubat dah abis, nak taknak tahan jelah. memang tidur awal lah jawabnya. kalau tengah period memang senang sikir r, subuh tak payah bangun, memang sedap jelah tidur..hehe

aku habiskan masa dekat rumah, dengan lepak santai je, bawa notes tapi tak buka pun. aku study novel adelah..hahaha.aku dah lama tak baca novel, so macam gian sikit. aku pinjam lah novel kak ipar aku tuh..adalah 2 buah buku aku settle kan baca..masa yang lain dihabiskan dengan tengok tv n tidur..hehe..masa kat rumah memang berlalu dengan pantasnya. masa berlalu..dan esok sudah harus kembali ke upm..huhu..

tiket bas aku pukul 12.30 so aku seawal 9 lebih dah kelur rumah untuk tunggu bas dari tempat aku untuk pergi kluang. tapi pagi tuh, sempat aku mengunjungi pusara arwah abah dan abang2 ku bersama-sama mak. bas yang ditunggu tak kunjung tiba. pukul 11 lebih baru sampai. dari tempat aku ke kluang mengambil masa lebih kurang 45 minit. tapi bila naik bas faham2 jelah kan, drop sana sini, so memang lambat..dan akhirnya, masin mulut mak, aku terlepas bas. aku sampai kluang 12.40, bas dah jalan dah. rasa sebal tu memang r, ditambah geram lagi. aku pun terus beli tiket baru pukul 2. dah burn rm25..ish rugi betul. tapi kan ada hikmah disebaliknya kan..nak tau apa hikmahnya?
.
.
.
tadaaa! aku jumpa kawan lama aku masa kat matrik dulu, dah dekat 2 tahun lebih tak jumpa dia. nurul azila,dia kawan baik aku masa kat matrik dulu. aku tahu dia kat area kluang, so aku terus call dia, dah memang rezeki kami untuk berjumpa n melepas rindu..ececeh..hehe..alhamdulilah, banyak juga yang kami bualkan. maklumlah dah lama tak jumpa kan. macam2 lah cerita keluar..hehe.tapi masa tak lama, tiket aku pukul 2 kena rush balik ke bas stand. tapi hujan la pula, nasib baik zila ada payung, sempatlah berpayung sesama ke bas stand. selepas bersalaman, aku pun naik bas..berlalulah bas menuju ke kl.
kau tak berubah la, masih sama macam dulu..hehe

yang kat atas ni, bukti aku terlepas bas pukul12.30. tengok tiket tuh elok lagi tak kena kerat..huhu..nasib2..tak apalah..emm..perjalanan balik ke kl agak lama, sebab hujan and ada accident kat highway. antara kancil, myvi n ape ntah lagi 1..tapi kancil tuh memang remuk abis la.sebab dia paling kecik kot, tuh yang hancur remuk tuh, aku tak nampak r victimnya, mungkin dah hantar hospital kot. aku sampai perhentian serdang dalam 5lebih. ambil teksi then balik kolej. akibat tak ada stok makanan untuk study week ni, aku ajak kak tini pergi mines untuk beli barang2 ni. nasib baik lah dia sudi temankan. dia ada kereta, so senang sikitlah kan. kak tini ni bakal cikgu, sekarang ni dia tengah final year n tengak praktikal sebagai cikgu kat sekolah area2 sini. adalah lebih kurang rm30 melayang, beli barang makan je kot..huhu..duit aku memang abis kan makan jelah..emmm..balik bilik dalam pukul 10 malam, mandi dulu then makan apa yang mak bekalkan dari rumah. nak on9 jab pastu dah ngantuk dah.then tidur.

hari ini, sepatutnya, aku kena start study sebab aku kat rumah tak belajar kat rumah, tapi pasal mood aku tak datang lagi, aku poya2 jelah arini..huhu..dari pagi bangun on9 memanjang. main2 edit blog. aku facebook memang dah malas r, aku berbloging je..dan lihatlah hasilnya, blog aku dah berubah rupa kan..hehe..banyak gak aku cuba template blog ni, tapi last2 aku pilih template ni, sebabnya dia hijau, n lagi kena dengan aku yang bakal biotechnologist ni. tu pasal la dia terpilih..haha. blog aku yang banyak gambar tuh pun aku dah ubah. kalau tak percaya KLIK SINI, kalau tak pun sekarang ni lagi senang, klik je kat koleksi gambar yang aku letak kat top ads tuh..terus direct link ke blog aku yang lagi satu tuh.

template blog yang dulu


testing 1. 2.3..


'beliau' yang terpilih..hehe

haa! macam mana, panjang tak karangan aku ni? ni kira bayar hutang entry2 sebelum ni lah. penat tak baca?..huhu..nasib korang lah..kalau sudi baca silakan, kalau tak nak buat macam mana kan..aku hanya insan biasa..huhu, sadis..ok rasanya dah cukup kan..nanti kalau ada cerita lagi, aku update lagi lah ea..yelah, aku kena study ni..(yelah tuh ko nani..emm). wish me luck for my final exam okeh..eh! lupa lak nak cakap, aku dah comfirm dapat praktikal kat MARDI, kluang..2 bulan u olz..emmm...ok dah..good luck kepada semua pelajar seantero Malaysia yang bakal menduduki peperiksaan akhir kelak..wiss u olz the best.


p/s: agak2 kalau aku hantar karangan ni kat cikgu BM
berapa banyak markah aku kena potong?
emmm..bahasa samseng betul!
kena go back to school ni...

09 April 2011

Semerah cinta...

Semerah cinta what? semerah cinta stilleto..yup.i am doing that..wondering why suddenly i talk about this movie even though it was on cinemas a year ago? easy..keep reading my post..

this was my last assignment for lab 7 individual information technology and its application

choose one of the most popular film posters that you are really like(search at google). customize your poster based on your skill. to receive credit for this assignment you must fulfill all these conditions:

you must customize that poster with adding extra words, pictures, effect etc.
you can put your image as a director or the person involved in this film.
you are NOT ALLOWED to change the whole poster.
That means the poster still have their own value.
you must use at least 6 layers.

this is the poster that i search at google

And for the final image after i editing it, CLICK HERE


p/s: the other reason why i am choosing this movie was...
because this is the first movie i watch with him in my past.
to be precise it was 10/04/10

06 April 2011

Rentetan...


Assalamualaikum, and hello there..chewah cam style anwar hardi pula
siapa anwar hardi?.
haa.. tu mesti tak tengok video yang aku post kat entry dulu kan.
nak tahu pergi cari sendiri okeh =p

okeh seperti yang aku beritahu kat post semalam-malamnya, aku ada 3 presentation hari itu
dan hasilnya..emm..so-so
tapi tak kisahlah, asal dah lepas
agak kurang beban sedikit
selepas ini, nak fikir buat lab report pula dan assignment lain
presentation pun ada lagi 3 lagi miggu depan
tak sabar rasanya nak study week
nak balik rumah..huhuuu
harap masa berlalu dengan cepatnya.
okeh seperti yg aku bagitahu kat post sebelumnya
aku memang nak poskan video yang aku buat sendiri guna video maker
tapi aku dah cuba banyak kali
tapi stiil tak boleh upload pula
aku upload kat facebook jela
so kalau nak tengok, boleh klik link di bawah ok


segala kesulitan amat dikesali..huhu

basically ni picture2 semasa perniagaan burger kami berlangsung selama 2 bulan
dan seperti biasa, aku tiada di dalam vieo ini

kerana..
akulah photographernya..
dan lagi..emm harap maaf la
kualiti gambar tak baik..
yelah gambar pada waktu malam dengan menggunakan kamera cikaiku ini
apalah sangat hasilnya..huhu
tapi apapun, aku bersyukur..ada kenangan yang tercipta antara kami
.
.
.

okeh untuk peristiwa semalam pula
kelas pertanian dan manusia ada buat lawatan
alahai dalam upm je, batch lepas dapat p cameron tau..hu2 jealous3
batch kali ni buat dalam upm je, mungkin bajet kot..huhu
kami sekelas melawat ladang upm
n suprisingly ada tanaman anggur kat situ
wow!
terkejut aku
aku tak tahu pula yang anggur boleh hidup kat sini
aku ingatkan anggur kena cuaca sejuk
ish kurang pengetahuan betul aku ni kan
tapi aku tak ada la gambarnya
belum berbuah lagi anggur tuh
banyak sebenarnya buah2 yang ada dalam ladang ni
ada anggur, dragon friut, rambutan, durian, mangga, kedondong, nenes, betik n so on
selain itu, ada juga sangkar ikan dan juga ladang untuk pelihara lembu dan ayam
tapi...tak banyak gambar yang aku ambik sebab cuaca panas
kamera cikaiku ini sensitif dengan cuaca panas
nanti kalau ambil banyak sanagat gambar
dia pun jadi panas..huhu

so, dalam banyak2 gambar
aku suka pokok ni
lawa sangat, kuning dia striking uolz
rasa macam kat luar negara bila bunga2 dia berguguran
ala macam cita para para sakura tuh..hehe
cuma bezanya bunga yang ni warna kuning n bukan purple-pink sakura tuh

okeh, untuk tengok gambar2 yang lain semasa lawatan kelasku itu
bolehlah pergi ke blog picturesofthedays ku itu yaa.








p/s: Aku kecewa dengan seseorang
jangan hanya cari aku bila kau dah bosan!!!

Tomorrow is a day of...

Assalamualaikum and good morning..morning isn't?
look at the time when i posting this entry..
morning right? yup, it is..
just short update here.
this week and the next following week
ARE the busiest week for student life at the end of this semester
we have to bear with it..
OH GOD..hope everything will be fine

for tommorow, i have 3 things to do

1. Presentation fermentation=Cellulase enzyme
2. Grammar game= Quantifiers
3. Basic entrepreneurship presentation
what you will feel if you were in my shoes?
stress? tension?
for sure dear..
again..

hoping that, everything will be fine
ok, enough with that
.
.
.
here are the some pictures i took from my friends through Facebook
why i choosing him to be in the same picture with me?
easy..
because, our birthday are the same!
oh yeah! =)
his name was mohd fadzirul anuar

while this pictures, amongst us 5 together
a memory to remember


ok, thats all

p/s: wait for my next entry
i gonna post video about us
what is it?
stay tune...

goodnight world

04 April 2011

Traditional u...

Assalamualaikum dan selamat petang
so how do yo do?
me?
i am not too well (betoi ka aq speking nih..huhu)
tak kisahlah kan
so kat sini aku nak cerita sikit pasal dinner yang berlangsung pada hari semalam
malam anugerah kegemilangan nur biomix 2011
tema untuk dinner kali ni "Traditional melayu" so old school kan3..
dah macam jamuan hari raya je..hehe
sebenarnya dinner ni khas untuk final year yang akan graduate nanti
kitorang yang 2nd year ni cuma memeriahkan majlis je..ececehh=p
aku malas la nak cite sangat..so kiranya ok lah majlis ni..so-so
cuma yang spoilenya hanset aku buat hal
time tuhlah bateri nak low, padahal aku dah cas..
n lagi pun aku tak dapat r ambik banyak gambar
yang kat bawah ni je yg aku ada
yang lain semua pakai camera canggih (dslr la tuh..huhu)
apelah sangat nak compare dengan kamera cikai aku ni..huhu..nak dslr gak
k, dinner ni berlangsung kat kelab tasik putrajaya
n view nya memang cantik
n sekali lagi aku mention
kalau ada kamera canggih, dslr mesti best
mesti dapat ambik pic2 lawa3..
tapi diulangi sekali lagi, aku tak ada!!!
huhu..takpelah..in the future..aku nak gak dslr ni

view yang cantik masa otw g sana
cantik lagi guna kamera canggih..huhu












souvenir for this year dinner..nice one

okeh, ni dulu..ja ne~~

01 April 2011

Ya..aku jatuh cinta

dia handsome
sweet sangat
kulit dia putih..just nice
dia buat aku ketawa
dia pandai buat kelakar, aku suka tu
dia sayang kat mak dia
bagus la kan..anak yang baik
rambut dia tak terurus
tapi aku suka macam tuh
kadang2 dia pakai speak..
aku suka lelaki berkacamata ;)
sebab dia akan nampak lagi comel macam tuh..hehe
we at the same age..emm too bad=(
kalau dia lagi matang lagi aku suka..hehe
i just love him
.
.
tapi
..
...
dia jauh..
dia p belajar kat overseas
aku tak dapat nak contact dia
aku tak dapat nak jumpa dia
nanti rindu macam mana?huuu

aku dah lama suka dia.
aku ushaaa dia lama2
seriusss ! aku nk kau!
aku syg kau sgt sgt!
makin aku tenung kau, makin aku jatuh hati.
ohhhh

pleaseeeeeee~

~i lap u~

(okeh ni bukan stail aku..aq copy dr blog len)

aku suka bahasa dia..loghat na..i like..
dia ni terkenal, tuh yg aku takut tuh ramai admire dia
mana boleh..t aku macam mana..hoho
meh aku perkenalkan depa dengan dia naa




awat???
terkejut???
hahaha...
aku saje je..
lom jatuh cinta lagi pun
sebenarnya aku sangat stress..
nak update blog pun macam malas
tapi bila aku blogwalking aku tertengok video dia ni n video yg lain2
aku suka sangat..
aku tertawa
itu yang aku perlukan sekarang ini
enjoy k video dia sume..hehe

aahh ada sorang lagi..anwar hardi



depa berdua ni kira memang kelakaq laa..
masing2 ada stail sendiri n gaya tersendiri
tak kira apa pun..janji aku dapat gelak sudaaa
i like
p/s: dia ada blog tak ea, aku nak tau la
yg aku tau nama dia luthfi..tu je..emmm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...