29 March 2011

tension tak muka aku?
nampak tak berkerut muka aku tuh haa
emm, kusut benarnya
camtulah yang aku rasa sekarang ni
tak dapat nak ucap dengan kata2
ni jelah caranya aku leh release tension sikit
by what?
editing pictures!
tu je yg termampu aku buat
dahlah..
study3!!!!
es0k ada test instrument



tapi..aku tak study lagi..huhu..tulun3

28 March 2011

Eksprimentasi lagi

eksprementasi apa?
shawl lagi ke?
ohh bukan..
tidak sama sekali ya..
emm bagi yg kenal aku
mungkin tahu yang aku suka edit gambar
walaupun dengan software cikai je
aku tak ada photoshop
tapi aku harap akan ada kelak..cewaah bahasa..hehe
disebabkan banyak kerja
tension tuh biasalah kan
so aku menerawang jab buat editing ni
sebenarnya aku nak buat photomanipulation
tapi tak berjaya dengan software cikai
so aku watlah bende alah ni
kononnya nak meng'kartun'kan gambar sendiri
tapi tak berapa nak jadi..
emm..maklumlah
saya budak baru belajar
saya bukan budak multimedia
saya budak biotech je..huhu
ok..
dahlah..
ini dulu okeh=)


p/s: rasa macam nak tukar header dgn background blog aku lah
nantilah ah kalau banyak masa..huu

26 March 2011

Assalamualaikum..dan selamat petang
korang nga wat apa tu?
makan?
buat kerja/assignment/ lab report?
tak kisahlah apa pun yang korang buat, asal korang bahagia..
okeh, hari ini, hari esok dan seterusnya akan menjadi hari yang buzy dan penuh dengan tekanan

kenapa???

hal ini kerana..jeng..jeng

1. buat lab report fermentation
2. buat lab report instrumentation
3. buat slide show fermentation- downstream process of cellulase enzyme
4. buat slide show pertanian dan manusia,PRT- oil palm waste
5. study insrumentation untuk test 2
6. study PRT untuk test 3
7. fikir transport dan tempat tinggal untuk Latihan Industri, LI- aku dapat kat MARDI, kluang
8. buat proposal untuk game gramar skills
9. buat laporan kewangan untuk asas keusahawan-pening gilos buat natang ni

haaa!

camno, banyak ke dak koj0 eden nak buek ni ha, poning tak poning palo nak pikir sume ni ha, macam banyak masa je nak buek kan..adoyai..yes! tension sangat terasa..napolah doket ujung2 sem ni makin banyak kojo..haish.. tapi takpolah den cuba buek polan2..insyallah okeh kot..

so cara untuk aku release tension sume nih, aku dan kosmate ku yang lain telah pergi ke sungai congkak pada hari semalam,25/3/11. 4 buah kereta p sana, so ada 20 orang termasuk 2 lelaki..mula2nya sepatutnya tak ada lelaki, tapi last2 minit ada driver tarik diri, tu pasal la ajak lelaki ni tok jd driver.

serius!!! sampai sana terus lupa wei kerja2 kat atas yg aku listkan tuh..seronok r..ada barbeku macam2 makanan n terjun sungai, memang lah tak dalam sangat, tapi airnya sejuk sangat..best!! mulanya nak p bagan lalang, laut r kan, tapi tak jadi. yela kalau panas2 terjun laut memang burn r, so tukar tempat pergi sungai congkak lak..adela sesat2 jalan sikit nak p sana, yela kami budak baru belajar..huhu..ada 2 trip pergi, 1 pergi pulul 7.30 n trip kedua pukul 10.30 sebab ada yang ada kelas, 2 yang pergi asing..

banyak makanan woo, kenyang gilos..ada ayam, ikan, udang kerang bakar, nasi goreng cina, n macam2 lagi la..air pun banyak pilihan..memang berbaloi r...kitorang bayr rm40 setiap kepala..ok lah tuh kan..janji seronok..ok kat cini aku letak cikit je picturnye..padahal banyak gilak gambar lagi..so macam biasa, kalau nak tengok lebih banyak gambar masa kitorang kata sana, bolehlah p blog picturesofthedays aku tuh ye..







p/s: okeh back 2 work..wat keje lagi dan lagi..huu

24 March 2011

Tak tau nak letak tajuk apa?

penat
ngantuk
letih
.
.
ya, itu yang aku rasa
tapi aku still nak post entry gak kat blog ni
FB dh lama aku tinggalkan
malas nak update status..
aku rajin berblogging je skang ni..
okeh..
nak cakap, baru balik dari jual burger sebenarnya
aku pun tak banyak tolong malam ni
potong sayur je
then,
aku dok sibuk wat penyata kewangan ni
fuhh! serabut
banyak sangat angka..hoho


camnilah rupenye kitorang niaga tiap2 malam
-
--
---
okeh, meriah tak pic di atas? dah toksah buang masa lagi, p serang blog aku yang ni (picturesofthedays.blogspot.com) banyak lagi pic yang menanti korang..cewaaah! hehe..p tau jgn tak p =)


okeh lah, penat sudah..
mau tidur ni..
nite..

-->awak, happy friendship day

22 March 2011

Semakin jauh...

kau dan aku
kita semakin jauh
jauh tempat memisahkan antara engkau dan aku
kau dan aku semakin jauh
sudah kurang masa untuk aku peruntukkan untuk engkau
dan juga masa kau peruntukkan untuk aku
tiada lagi engkau menemaniku dikala malamku
tiada lagi aku melayan kerenahmu
kau dan aku semakin jauh
sudah tiada senyuman lagi terukir dari bibirku keranamu
kau dan aku
kita memang sudah terlalu jauh
jauh..
engkau sudah hilang..
semakin jauh
jauh...
.
.
.
.
ok thats it..
cukup jiwang untuk malam ini
take a look at the pictures down here
cute isn't it
they just close..too close
never be apart like we people does



3 siblings



we back on business
last week of business
burger2..berguria, bergumbira,burgerlapan
=p =p

20 March 2011

Eksprimentasiku


sumpah!!!
aku tak boleh jawab test asas keusahawanan tadi..
arggghh!!!
tension eden ni ha..
dah r..janji dah lepas..
tinggal test instrument plak next 2 week

ok..
simple entry
exprimentasiku..
exprimentasi apa?
tadaaa!
exprimentasiku memakai shawl atau selendang
aku tak pernah try pun
baru nak berjinak2 dalam dunia shawl ni..ececeh
so which style suits me???
u decide it..
click image to enlarge



p/s: tetiba aku rase aku cute plak dlm pic ni..ahaks!
alamak..terperasan sudaa..hehe=p

19 March 2011

Apa korang buat kalau tension?

apa korang buat kalo stress?
xkan study plak kan, tipu r tuh
makin stress adalah..kan..
so here what can you do when u stress

1. Nyanyi puas2
tak kira r kat bilik air ke, bilik tidur ke kat karoke ke xkisah la
abaikan roomate korang atau jiran sekeliling, janji korang puas!

2. Menjerit
untuk melepaskan ketensionmu itu,
p la kat tempat yg luas atau tak ramai orang..
contoh kat upm ni p ladang upm ke bukit ekspo ke
then jerit r..lepaskan apa yg korang tak puas ati
jgn jerit kat foodcourt plak,
nanti orang tengok ko ni mereng ke hape..haa

3. Menangislah
menangislah sepuas hatimu untuk meluahkan apa yang korang rasa dalam lubuk hatimu yang paling dalam itu..
lepaskan ia..menagislah sepuas hatimu..insyallah akan kurang beban di situ

4. Cakap depan cermin
haa? mcm org gila je?
tak wei, percayalah..
kalau korang tak puas hati ke, kurang self confidence ke
try practice dpn cermin
cakap je apa yg korang tak puas hati,
sebab cermin akan menjadi pendengar yg setia tanpa ada respond
yela..kan cermin..huhu

5. Makan!!!
org kata stress boleh hilang dengan makan puas2..ye ke?
depends pada orang kot..aku tak sangat la
nanti mkn bnyak sgt, naik berat badan tension lagi adela
makan agak2 la wei..makan makanan yg sihat takpela
cam sayur ke buah2 ke..
haa tibaila banyak manapun yang korang nak

6. lepaskan amarahmu itu
haa, yg ni bahaya sikit ni..kalau dh tension mestilah rasa nak marah je kan
benda simple2 pun kita boleh marah
jaga2 lah org disekeliling korang
salah marah hilang kawan beb
apa kata korang p marah tiang ke, meja ke bangku ke
p make sure tak ada orang nampak r,,
karang di cop gila pulak!

7. Tidur
yang ni part paling best
kalau dah tension sgt tidur jelah, at least hilang jab problem tuh
tapi kalo susah nak tidur cam ada insomnia, stress lagi lah kan
haiish..susahnya jadi manusia
jadi kucing jelah, senang tidur
oopss!..astagfirullahalazim..
bersyukurlah apa adanya bila mana Tuhan telah menciptakan dirimu sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran
8. Tak payah buat apa-apa
kadang2 stress itu berlalu dengan sendiri tanpa perlu buat apa2
kadang2 gak stress tu berlarutan tak ada penghujungnya
then, barulah korang fikir apa nak buat tok solve problem tuh
last but not least, BERDOA
Allah setiasa ada mendengar rintihan hamba-Nya


okeh dah lepas tension ni, meh kita gelak2 plak..
cuba tiru baby ni gelak..
korang boleh ke?


kadang2 kita hanya perlukan seseorang untuk menjadi teman
dikala suka atau duka
dan saya perlukan awak!


esok ada test asas keusahawanan..haiish!

18 March 2011

Don't touch me!!!

Don’t touch me!

You aren’t my father

You aren’t my oldest brother

You aren’t my youngest brother

And...

You aren’t my husband

Don’t touch me

Why you touch me?

What?

Want to show your love?

Is that only way you want to show your love to me?

Don’t touch me

You said if you can’t touch me that mean I don’t love you

What are you?

Who are you to me?

Don’t touch me

You are nobody

Don’t touch me!


Peringatan kepada aku dan semua wanita yang masih belum bergelar seorang isteri yang sah kepada seorang lelaki yang bergelar suami yang sah.



visit my picturesofthedays blog, there something interesting there..maybe..hehe

little peace in here

Assalamualaikum dan selamat tengah malam..eh betullah kan..dah lepas pukul 12 jam kat laptop aku nih so dah tengah malam la kan..huhu..emm wondering why i am not posting new entry? anyone out there missing me? huhu i guess nobody rite.. never mine..i understand.. apelah sangat blog ijau aku ni kan..huhu..sadis..k, back pada tajuk entry aku tuh kan, a little peace in here..aku nak bagitau aku baru lepas test killer subject. sebab tu lah aku tak online, aku kena study.banyak test aku dalam minggu ni. dalam hari ni sahaja ada 2 test, siang teknologi fermentasi , malam pula grammar skills..penat wei baca bagai nak rak tapi..faham2 jelah, dah namanya gak killer subject kan..memang shoot abis r kat aku.huhu..

5 topik wei masuk..ingat sikit ke hape..aku dah rasa macam soalan final exam dah..ni bukan test ni..tak puas hati aku..protes2!!! huhu..nak protes pun bukan aku leh wat apa pun kan, benda dah lepas..ahad ni ada test lagi, orang weekend dok senang lenang, tidur ke p dating ke, nih aku kena ngadap test pulak..letih woo otak ni..tidur memang jangan cakap r, tak pernahnya cukup...
mata ni haa kuning sudaa..ambik banyak sangat kafein..konon nak stay up lah tuh..tapi hasilya..tidur gak..hoho rasa dah lega sikit r sebab paper killer dah lepas so ada lagi 2 subject..cepatlah masa berlalu..malam ni aku buat kerja yang sepatutnya lah..kalau tak memang kalut r nak siapkan nanti

aku ni dahlah mudah tension..tengok lah entry aku yang lepas..pasal lagu pun aku boleh tension tahu tak..arggghhhh! damn hate this feeling!!!
ok enough..cukup nani..cukup sampai di situ (pujuk diri sendiri..huhu)

aku nak cerita sikitlah apa yang aku buat dalam minggu ni..tengok picture di bawah..ini adalah hasil separation of daun mengkudu by using column chromatography..motif aku letak pic ni??
mestilah sebab ianya kaler ijau..hahahaha..jgn marah..wek! pilih2 hijau mana yang cantik, mostly taklah ijau sangat, ada kuning..sebab different chlorophyll give different colour. tapi bagi aku, aku suka hijau dalam test tube yang ke lima dari kiri..kalau tak tahu mana kanan n kiri susahlah wei..jgn jadi orang r camtu..hahaha
ok yang ni pulak, yang aku serabut ni..bertungkus lumus aku buat lepas balik dari test BI tadi..pas mandi je terus aku ngadap benda ni nak kena lukis...tapi ni bukan aku punya lah. ni senior punya, aku ambil sebagai contoh je
aku punya drawing mana?
eh tak payahlah tunjuk..segan eden ni haa..
aku tau..aku memang tak berseni..huuu
ni adalah some part of bioreactor component or design..korang tengok lah, ingat senang ke nak lukis menatang ni, berselirat wei mata nak lukis..kena cekal n tawakal jelah nak lukis beliau..huu
tengoklah, berselirat ke tidak beliau ini..
tapi berselirat bagaimanapun, aku cuba gak lukis dan akhirnya aku berjaya walaupun tak lah sesempurna mana..cewaahh rendah diri di sini, tapi aku tinggi tau orangnya..hehe

ok lah, aku rasa cukup kan sampai disini aku membebel..eh membebel ea..ahh tak kisahlah..nanti kalau rajin aku update lagi eh..bergantunglah pada mood aku..huu..

p/s: aku tengok dari live trafic feed aku tuh banyak gak kunjungan dari kampung omak den iaitu nogori sombilan, terima kasih la yoo sudi singgah blog eden yang ijau ni haa, lain kali singgah lagi yo..thanx to my readers..

lagi satu, kalau korang cuba nak play lagu awi rafael kat entry aku yang bawah2 ni haa, dah tak boleh play kan, bukan salah aku r, user die kat youtube dah remove, so tak boleh wat ape r..aku pun malas nak edit, bior jelah ea..kalau korang nak dengar gak lagu tuh, pandai2lah cari naa..

ok sekian, selamat malam..eh selamat pagi

14 March 2011

Pesanan buat kekasih

Sewaktu kau melangkah pergi
Meninggalkan diri ku
Sebaknya rasa di dalam dada ku
Menahan titis airmata
Ingin aku berpesan
Kepada mu kekasih
Sekiranya engkau merindui diri ku
Hubungilah aku di sini

Jika ada kesilapan ku
Maafkanlah diri ku oh sayang
Dan izinkanlah aku bertanya
Mengapa kau berubah hati

Kiranya kau ada pengganti ku
Tetapi hidup mu tak bahagia
Rela aku memaafkan mu
Dan aku menrima mu sayang
Walaupun hati ku kau lukai
Namun ku masih menyayangi mu
Kerana sehingga waktu ini
Cinta ku masih untuk mu

Oh sayang di manakah kau berada
Janganlah kau lupakan aku
Ingat aku walau sesaat
Seorang insan yang terluka

Ingin aku berpesan
Kepada mu kekasih
Kiranya kau resah dan tak lena
Itulah hembusan rindu ku





p/s: aku tersangat tension!!! Sekian

13 March 2011

Aku lupa aku luka

hari ni kita layan heavy rock cikit
heavy ke?
ntah..
layan jela

Koil is an Indonesian rock Rock music band band (music) . Formed in Bandung, West Java in 1993 by singer J.A Verdijantoro (Otong), his brother, guitarist Donnijantoro (Doni), and two of their friends bassist/guitarist Ibrahim Nasution (Imo) and drummer Leon Ray Legoh (Leon).

memang agak susah ckit nk dengar lirik2 dalam lagu ni kan
takpe2 aku faham..
memang betol2 heavy ni..hoho
so aku letak sekali liriknya..
faham2 sendiri je la maksudnya ea

Aku Lupa Aku Luka - Lyrics


dan keputusasaan
menyakiti diriku sendiri
aku memacu seluruh waktu memburu jantungmu
dan semua yang kujalani dan harapkan ternyata membuat kecewa
pil pahit kegelapan akan mematikan rasa jiwa raga

luka luka luka luka...
aku lupa luka luka luka...
luka luka luka luka...
aku lupa luka luka luka...

menangis meratapi kebodohan memahami dan tinggalkan mimpi
aku melantunkan lagu pedih menutup hatiku
dan semua yang kuberikan dan serahkan dan pinjamkan takkan kuminta
sebening kehampaan doa menghambarkan luka ka ka ka ka...




p/s: luka lama kembali berdarah?
aahh..sudah2 p study nani

12 March 2011

tadaaaa!!!

nampak sesuatu yang baru?
perasan sesuatu yang lain?
haa?
tak nampak ke..ish3..tak lama dah tu
huhu..kiding jah
aq tukar je background blog aku ni
dan lagi cursor aku ade bling2 salji ijau gitu kan..cewaahh
saje je.
takde mud nak study
ape lagi buang masa dengan benda2 ni r..hehe
perasan benda baru kat header aku?
aku tambah signature zulhani je..
kat setiap post aq pun akan ada
tapi tak berapa cantik la sebab ade box sekeliling dia
aku dah try nk buang tapi tak boleh..huhu
yela, saya budak baru belajar la katakan..hoho
lain kali aq try lagi okeh..
dan yang terakhir sekali untuk hari ini
lagu yang terpilih untuk menemani aku ialah
.
.
.
jeng..jeng..
.
.
awi rafael-pulanglah

enjoy ok

p/s: kalau rasa nak dengar lagu ni
p dulu kat mixpod kt column sebelah ni then pause kan dlu lagu yg tgh play
aku memang saje wat automatik play tok mixpod aku tuh
kenapa aku wat cam tuh?
suka hati r..
blog aku kan..hehe

Makan..makan

hye..hye..
assalamualaikum dan selamat pagi..
dah pukul 12.15 jam kat laptop aq ni
so secara teknikalnya memang dah pagi lah kan..
ataupun boleh cakap tengah malam la..hehe
so semalam..
secara teknikalnya lagi pada pukul 8.30 something
aku, kak tini n mas p maeps, serdang
buat apa?
tadaaaa..
p makan stimboat..
satu kepala rm19.90++
ok lah tuh kan..unlimitid time n dishes..adela dalam 150 jenis yang boleh di pilih
tengoklah ape yg kitorang ambik..
banyak tu..

dan akhirnya..tak habis..hoho
sebenarnya kalau tak abis kena bayar tau..
tapi kak tini ni pandai ayat sikit, so kitorang lepas r..fuh..selamat..
yang tak tahannya masa kitorang sampai sini kan,
adela pakcik ni tolong kitorang tunjuk jalan..
bila sampai sini pula, tempat penuh..
yang dia ni beriya je nak ajak kitorang seat sekali dengan dia
kitorang tolak r..
dia ni memang ade motif btol..
ada udang disebalik batu ni..
dia nak usha kak tini..tak sedar diri betul dah tua..
dan untuk pengumuman kak tini dah kawin ok!
so takdelah can pakcik ooiii...

nilah kak tini..
comei jah mek klate ni


yang ni plak...
aku..
.
.
.

again.
.
.
in green mode
.
pic belakang terpaksa diedit kerana bilik aku tersangatlah 'kemas'..hehe


p/s: ok tu je nak cakap..kenyang sudah..
time to sleep..nite


10 March 2011

Green in me (u,u)

Assalamualaikum, hi there..miss me..emm tak kan..xpela..aku jela rindu kat u olz..huhu..k forget it..tahu hari ini hari apa? hari khamis kan..10/3 kan..so what? tak ada apa pun, esok pula hari apa? haa cuba teka..cepat2..ya tepat sekali hari jumaat..kenapa dengan hari jumaat ni..okeh2 aku tau hari jumaat hari penghulu segala hari kan..tapi bukan tu yang aku nak highlight kat sini..yang aku nak highlight ialah..hari jumaat..aku tak ada kelas!!! yeay!! so hari khamis malam aku memang dah merdeka lah kiranya..tapi..tapi...huuu~~~ bukan boleh enjoy pun..nak kena buat kerja n kena study untuk second test plak..esok paah n the geng nak p times square..tapi aku tak ikutlah..banyak kerja wei..huhu..sabau yola..nanti dah abis test nak p jugak!...emmm..okeh get over it..

ok back to the title of this entry(tetibe nk speking..hehe)
'Green in me'
what that suppose to mean?
as you all know that i am so obsessed with green
i love green so damn much..
i even don't know why
what i know is i just like it!
simple isn't?
so today i would like to introduce to you all
what the green things i have..
just a few to show ok..take a look

1. sejadah for praying..by looking at green, you feel at ease..believe me!
2. peralatan menulis perlu lah kan..kan

3. Hanger to hang my cloth, no need to show all hanger right? and green kebo( orang johor panggil kebo=selimut) to comfort me during cold time..
4. All other necessary stuff..u can tell what is it right..
5. Basic need to survive from bau acam..hehe
6. 'time is gold' everyone need at least 1 watch right..look at the date at the watch..it is 2/12/10 actually..it is my birthday present last year from a friend..he knows that i like green so, he gave me one..like it! thanx!
7. Need this one to tie my hair, can't live without it
last but not least, the owner of this green lover blog..hehe.. inter frame only..
i am wearing green today..
go green!!!
yeah!!!
p/s: ok, thats all from me today, until the next entry..
daaa~~~

09 March 2011

Tersurat dan yang tersirat

baru balik dari jual burger..bolehlah tahan jualan malam ni..
tapi hari ni aku rasa letih sangat..
hal ini kerana..
jeng..jeng..jeng..
tak dapat kualiti tidur yang baik..huuu
malam ini paah, nisah n tasha belanja big apple donut...terima kasih tau..sedapppp!
(mkn free mmg la sedap ek..hehe)

motif pic di atas???
i miss u giorgio armani..
really i do...
p/s: k sambung wat question instrument pasal HPLC

(High-performance liquid chromatography)

tidur lambat lagi malam ni..sok kelas pagi..huuuuu=(


sebelum terlupa..happy birthday cikgu jai

07 March 2011

Loneliness (-,-)

I’m not scared of darkness

I’m scared of loneliness


Sayu rasanya..emmm

04 March 2011

Road your highness Abdul Rahman

(direct translation kat atas..poyo di situ..wekkk=p)

assalamualaikum dan salam satu malaysia..ceeewahhh!
ok, aku ni baru balik dari Jalan Tar ni..tau tak kat mana..?
alaa kalau orang cakap jalan tar mesti cakap kt kl
dan lagi, mesti orang akan cakap syurga membeli belah..lebih kurang gitulah..
nama panjang dia jalan Tuanku Abdul Rahman..nama glamour jalan tar je
kat sini memang macam2 r jual barang
ada makanan, baju, tudung,selendang, baju siap ke tak siap ke..semua ada
tempat ni memang selalu meriah dan dibanjiri orang r..
dan semestinye sesak semasa musim perayaan..sebab banyak pilihan n harga pun boleh nego lagi..

aku tak ada motif pun sebenarnya nak pergi sini, saje je
tapi bila dah sampai, terbeli la plak..hehe
'terbeli' kan..ayat memang tak boleh blah
aq ni ni pandai pakai selendang..huhu..so aku baru nak menjinak jinakkan diri dalam dunia selendang ni..hehe..nantikan kemunculanku =p

aku tak sempat nak ambil pic bila mata dah sibuk tengok sana sini, rambang mata wei..hehe
tapi bagi yang tak tau n tak pernah sampai sini..
aku sajikan kalian pic di jalan tar dengan bantuan images dari google chrome..heheheh..




p/s: jalan tar ni memang besar wei..tak cukup sehari nak berjalan..ready jela cash nk dileburkan di sini..huuu
minggu ni aku rasa tersangat letih..tak tau la nape ni haa....(=,=)

01 March 2011

Annoying 50!!!

ape yang 50 nye?
50 sen ke..kupang ke..
50 buah ke..atau 50 ape?
50 hinggit wei..
banyak tuh..
leh topup mxs ke celcom rm10 5 kali tuh..
makan lepas kot tok 2 minggu
kalau beli baju pun dapat r 2 or 3 helai..
ni rm50 tok beli buku rujukan
buku ni haa yang aq kena beli..buku rujukan tok subjek grammer..
aku bukan mengeluh ape..memang la ilmu kan..
tapi bila kena beli buku untuk pakai setakat 2 3 bulan je..macam tak berbaloi kan
cuba korang tengok , tebal tuh buku ni..adela dekat ~500 page..roughly r
kalau pakai tok 3tahun pengajian ke..berbaloi r gak..ni pakai kejab je
dah midsem baru nak pakai buku ni
padahal aq ada lg 7 minggu je kat sini
dalam seminggu ada 2 kelas..
so kalau darab ngan 7 minggu, guna buku ni dalam 14 kali atau lebih r
tak berbaloi kan..eihh..geram eden dibueknyo haa
pakai tok study beberapa topic je tapi tetap gak kena beli..
haiiihhhh! tension3
udah lupakanlah..pasal tuh..nak taknak aq dah beli pun kan..
dah melayang pun rm50 aq..kena cucuk lagi la wet kan atm tuh..huhu
camno la nak bajet ni..huu
k kat bawah ni sample burger ayam cheese kitorang..
nampak simple, tapi sedap weh..mantap r!
tapi sayangnya dugaan melanda bisnes kitorang..
nak tau ape?
kitorang terpaksa tukar tempat tok bines..
oleh sebab pengetua kolej ke 2 tak benarkan..
ish potong line tol
tempat baru ni tak strategik langsung, bukan laluan orang ramai
so, susah nak promote burger kitorang..
dugaan2..
malam ni bisnes paling teruk..tak mencapai target
at least kitorang target RM40
tapi malam ni sikit lagi baru nak lepas target..
takpe2..cuba lagi esok malam


p/s: ok dahla eh..mata aq sakit r..tak tau nape..aq dah mkn burger ni..
sambil2 tengok cerita detective conan..
pasni nak tidur sudaa..sok kelas pagi..huuu..
ok..daaa~~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...