18 February 2011

what goes around me

Warning!!! This is a long entry, take it or leave!

Macam mana nak mula ek? Macam2 yang berlaku dalam 2 minggu ni dalam kehidupan seharian aku. Maklumlah aku pun tak update sangat kan. Aku tak sepopular orang lain yang blognye diterjah orang ramai..huhu..i am nobody..lainlah kalau aku ni model ke overseas student ke hape eke..aku bukan wei..aku hanya perempuan biasa yang menghabiskan masa berblogging dan blogwalking walaupun aku bukan sesiapa (agak touching di sini), aku akui aku ni tak tahu sangat nak menulis atau berbahasa, aku cuma menulis apa yang aku rasa dan apa yang aku ingin luahkan..ada orang nak baca yaa silakan, kalau tak takpelah..ini hanya untuk aku sendiri.

Ok enough of that, semua maklum (pelajar upm sahaja ye) yang musim test 1 sudah berlalu..tak lama lagi test 2 pula dah..adodoiii..maka untuk sementara waktu ni kira dah release sikit lah dari ketensionan yang melanda diriku dan semua yang lain dalam tempoh masa 2 minggu ni. Bnyak masa diperuntukkan untuk study (walhal last minute) dan kurang masa untuk merehatkan diri (dengan kata lain, tidur la tuh)..ada soalan yang senang, tricky, mengarut, mencabar kesabaran n killer pun ada gak..ekspresi muka selepas jawab test mengalahkan jawap soalan final paper sem punya wooo..serius ni! Tapi apa2 pun semua tuh dah berlalu..alhamdulilah.

Untuk pelajar kos bioteknologi maklum yang sem ini kita ada mengambil subjek MGM3180 iaitu subjek asas keusahawanan,. So kena berniagalah tuh maknanya kan. Kami mempertaruhkan jualan burger, asam dan button untuk syarikat kami. Syarikat kami bernama F&B Enterprise yang terdiri daripada 10 orang ahli berbekalkan modal sebanyak Rm25. Kami sudah start berniaga burger selama beberapa malam, sambutan agak menggalakkan, dan disebabkan itu jugalah semakin kurang masa untuk study di malam hari. Tutup je kedai, balik bilik memang ngantok r kan, tapi kena tahan mata wei..kalau tak blank la paper sok nak jawap..huu… so button sudah siap di design, hanya tinggal masa nak promote sahaja. So kalau ada yang berkenan, boleh contact eden okeh.




Emmm..apa lagi ea yang berlaku dalam hidup aku ni..banyak la kan, tapi tak kan nak cerita semua kot..muntah nanti baca..huu..haaaa! masa kelas PRT hari tu..ni kelas pertanian dan manusia tau, semua pelajar upm wajib ambik kos ni..yela sebab dulu upm kan asalnya university pertanian, that’s y la kena ambik subjek ni so boleh tau la asal usulnya..back to the story dalam kelas ni time tuh lecturer nga ngajo bab2 season kat dunia ni, n lebih specific lagi pasal 4 season la..n die pun ada cerita pasal pengalaman dia kat England n jepun masa 4 season..menarik wei..emm..aq pun teringin gak nak pergi luar Negara..nak jalan2..foya2 ke..hehe..aku selalu cakap dengan mak nak pergi London..hehe sampai ke hajat aku ni..kalau aku dah berkerjaya nanti, dah kerja, dah ada duit sendiri..kalau aku rasa aku dah mampu, aku nak bawak mak pergi London sekali ah dengan aku, tapi before tu aku harap dapat hantar mak pergi menunuaikan haji dulu ke mekah..harap2 harapanku ini tercapai..amin ya Allah.

Next.(cewah cam panggil ape lak kan next2 ni..hehe) apa yang aku nak cerita seterusnya ini ada juga berkait rapat dengan aku tapi specifically untuk orang lain k..aku punya seorang teman..rahsia namanya k..emm dia sudah menjalinkan hubungan cinta selama 3 tahun dengan kekasihnya..tapi baru2 ini aku dapat tahu yang dia sudah clash dengan kekasihnya itu..di saat aku mendengar itu darinya, aku tertanya2 sendiri, kenapa hubungan cinta yang sudah terjalin selama itu boleh terputus dengan mudah begitu sekali dan lelaki itu sangat mudah melupakanya cinta yang telah dia bina selama ini..aku sungguh tentanya2 kenapa lelaki mudah melupakan ek? Kenapa? I just wonder how? Why? Why so easy them forgetting their love? Anyone? Answer me..pleasee...

lelaki memang cam2 ke..lelaki memang senang kan..senang sangat..aku tak faham betul dengan diorang ni..sama2 bercinta, sama2 berjalan sana sini, sama2 jiwang karat la jiwang manis lah..tapi bila gaduh ke ada masalah ke, kenapa hanya perempuan yang menangis, kenapa hanya perempuan yang tersiksa. Kenapa? Lelaki ni tak ada perasaan ke..atau ego lelaki sangat tinggi..mungkin satu hari nanti, bila lelaki sudah terlalu sayang akan seseorang itu, lalu ditinggalkan..mungkin..egonya akan jatuh..dan mungkin juga air mata seorang lelaki akan gugur..mungkin..atau tak mungkin..aku tak tahu..tapi bagi aku..tak salah lelaki menagis..itu menunjukkan dia juga punya perasaan..dia juga punya rasa kasih dan sayang..tapi jenis lelaki yang mudah melupakan dan tidak pernah menagis kerana kehilangan orang yang disayanginya, lelaki itu tidak tulus dalam percintaanya..mungkin juga hanya cinta nafsu..tidak lebis dari itu..cinta plastic semata2!!!! I hate this kind of man!!!! Don t wanna meet a guy like that..never!!!

Ok..dahla eh bab2 cinta ni ea..aku pun sakit bila cerita bab2 ni..apela perasaan kawanku itu sekarang..biarlah kita laluinya bersama2..masa akan menyembuhkan segalanya.


oleh itu, marilah kita bersama-sama...

***************

Berikut adalah beberapa amalan dan doa yang yang boleh anda amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh. Namun setiap ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kepada-Nya… Mudah-mudahan dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa…Wallahualam…

1. Amalkan membaca doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89)

Yang bermaksud:

“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89)

Selain itu, adalah lebih baik juga jika anda lanjutkan doa tersebut dengan doa berikut ini:

“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.

2. Amalkan ayat 131 dan 132 daripada Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari :

“Walaa tamuddanna’ainaika illa ma mata’na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa’ mur ahlakaa bisSolaati,wastabir ‘alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal’aqibati lit taqwa…….”

Ertinya:

“Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan ‘akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa”

3. Perbanyakkan amalan membaca selawat Nabi Muhammad s.a.w seperti di bawah ini. Hendaklah dibaca paling minimum 1000 kali dalam sehari semalam. InsyaAllah doa anda akan termakbul oleh Allah SWT.

“Allahumma shalli wasallim ëalaa sayyidinaa Muhammad. Waíalaa aali sayyidinaa Muhammad.”

Ertinya:

Ya Allah, semoga kesejahteraan dan keselamatan tercurah kepada junjungan Nabi Muhammad saw., dan segenap keluarga beliau.

4. Amalkan membaca surah Yassin pada setiap malam. Sebelum membaca, niatkan di dalam hati supaya Allah SWT menyegerakan jodoh, memberikan jodoh yang terbaik dan beriman untuk anda.

5. Surah al-Fatihah juga mengandungi banyak faedah dan keberkatan jika sentiasa diamalkan. Salah satu kebaikan yang datang daripadanya ialah dikurniakan jodoh. Amalkan membaca surah ini sebanyak yang mungkin sambil berniat diberikan jodoh yang baik dan beriman kepada Allah SWT.

Doa bagi laki2 yang berharap jodoh :

ROBBI HABLII MIILANDUNKA ZAUJATAN THOYYIBAH AKHTUBUHA WA ATAZAWWAJ BIHA WATAKUNA SHOIHIBATAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH,

ertinya : Ya Robb berikanlah kepadaku isetri yang terbaik dari sisi-Mu, isetri yang aku lamar dan nikahi dan isetri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.

Doa bagi wanita yang berharap jodoh :

ROBBI HABLII MIN LADUNKA ZAUJAN THOYYIBAN WAYAKUUNA SHOHIBAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH

ertinya : Ya Robb berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat.

RAHASIA JODOH TERBAIK

“Jodoh itu tergantung pada diri kita sendiri, bila kita berperilaku baik, maka jodoh kita pun baik, jika perilaku kita buruk, maka jangan dipersalahkan jika jodoh kitapun berperilaku buruk. Wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji adalah buat wanita yang keji pula dan wanita yang baik adalah untuk pria yang baik dan sebaliknya. Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)”



okeh ini sahaja dari aku..perghhh...'ini saje'..cam sikit je bunyi nye kan...hoho..sebagai penutup kata..enjoy lagu kat bawah ni k, jenab yang rekemen kt aku dengar lagu ni..hehe...k jumpe g tok next entry..daaaa~~~

0 146 pencinta hijau jua:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...