20 February 2011

Susahnya bila emo!!!

Assalamualaikum, salam sejahgtera, salam 1 malaysia ,salam perpaduan dan salam2 seterusnya..yang penting tak bleh salam tangan k..(bg yg lelaki la)..hari ni aku nak cerita sikit hal perempuan yang jarang2 didiscuss dengan lelaki..apakah ia? Jeng..jeng..jeng

‘Datang bulan’, ‘period’, ‘abc’ (Allah bagi cuti), ‘bendera jepun’ cuti bulanan tuh semua benda yang sama jelah..bagi perempuan memang wajib kena setiap bulan,,kalau lelaki ada datang bulan memang sah dunia nak kiamat dah..setiap perempuan ada setiap perangai yang berbeza2 setiap kali sebelum datang bulan atau dikenali sebagai PMS (pre menstrual syndrome)..mse form 4 ke 5 dulu ek..kita ada belajar kan pasal benda ni..bagi mereka2 yang ambil sains tulen je r yang tau kot..yang lain wallahhualam..

Contoh2 PMS yg sering perempuan alami..aku nak cite sikit jelah kat cini kan..tanda2 nk kena serangan bulanan ialah:

Rasa sedih semacam je (padahal xde motif pn)

Rasa nak marah je (yg ni nasib r sape yg terkena tempiasnye )

Rasa kenyang giler walaupun tak makan (haa yg ni best, diet tanpa dipaksa..relex je)

Rasa lapar macam tak makan setahun, padahal baru makn nasi (yg ni mmg xleh citer r..mkn mcm mkn tok 2 orang..huu)

Senggugut (ni memang siksa wooo..hanya perempuan yg tahu) {tapi tok aq sndri, kalau bulan tu aq tak tension sgt xde r aq kne senggugut ni..kalau aq tension..kompem kena senggugut..mmg siksa jiwa raga}

Sengal2 badan, sakit2 sendi (dah macam orang tua dow)

Jerawat!!!! (yg ni memang melanda diri aq..tension btol dgn jerawat ni..arggghhh!!!)

Rasa bahagia je (haaa yg ni paling jarang sekali berlaku..ade ke org dtg bulan bahagia..emmm I wonder)

Ok yang atas ni semua melalui pemerhatian aq terhadap diri aq n kawan2 perempuan y len r..tok lebih specific lagi..mari kita bertanya encik Wikipedia

Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS, the official definition limits the scope to having symptoms of "sufficient severity to interfere with some aspects of life". Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.

Bagi sesetengah wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan. Bentuk PMS ini mempunyai nama psychiatric tersendiri: Penyakit senggugut teruk (premenstrual dysphoric disorder) (PMDD).

PMS merupakan himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi tiga simptom paling menonjol adalah mudah terganggu (irritability), ketegangan, dan dysphoria(murung).Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita. Kebanyakan wanita dengan sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masalah tersebut. Simptom berikut juga boleh disandarkan kepada PMS:

§ Perut kembung

§ Kejang perut

§ Payu dara beng

kak atau sensitif

§ ketegangan atau bimbang (anxiety)

§ Masalah tidur (insomnia)

§ Sakit sendi atau otot

§ Pening kepala

§ Jerawat

§ Hayunan perasaan (Mood swings)

§ Peningkatan masaalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masaalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)

Puncanya????

Masih belum pasti dan masih dalam penyiasatan..(ceh ayat tak ble blah kan)

Cara2 tok mengatasi senggugut..ada 2..korang nak yang modern ke traditional? Pilih je..up to you..your choice

Rawatan modern

Banyak rawatan telah dicadangkan bagi PMS, termasuk perubahan permakanan atau cara hidup, dan kaedah sokongan lain. Kegunaan ubat kebanyakannya berkenaan kegunaan hormon dan perencat peningkatan semula serotonin khusus (selective serotonin reuptake inhibitor - SSRIs).

§ Rawatan sokongan temasuk penilaian, mengembalikan keyakinan (reassurance), dan nasihat pengetahuan, dan bahagian utama bagi rawatan adalah cubaan membantu pesakit mendapatkan semula kawala dalam hidup mereka. Tambahan lagi, senaman aerobik didapati dapat membantu pesakit dalam sesetengah kajian. Sesetengah simptom PMS mungkin dapat diringankan melalui perubahan cara hidup: Pengurangan pengambilan kafin, gula, dan garam dan peningkatan pengambilan fiber, dan rehat dan tidur yang mencukupi.

§ Kajian perubahan permakanan menunjukkan bahawa tambahan kalsium (1200 mg/h miligram/sehari) mungkin membantu. Juga (400 IU/d) vitamin E telah menunjukkan keberkesanan .Sejumlah rawatan lain juga telah dicadangkan, sungguhpun kajian mengenai rawatan tersebut tidak mengesahkan setakat ini: Vitamin B6, magnesium, manganese dan tryptophan.

§ SSRI boleh digunakan bagi merawat PMS teruk. Dadah yang paling meluas dikaji adalah fluoxetine pada dos 20-60 mg/d. Dadah lain termasuk sertraline, paroxetine, clomipramine, fluvoxamine, dan nefadozone.Dadah ini juga boleh diberikan tidak tetap, iaitu hanya apabila simptom dijangka muncul. Sungguhpun rawatan tidak tetap mungkin lebih diterima sesetengah wanita, ia mungkin kurang berkesan berbanding rawatan berterusan.

§ Rawatan hormon terdapat dalam pelbagai bentuk:

§ Perancang hormon (Hormonal contraception) biasanya digunakan; kaedah biasa termasuk pil perancang oral gabungan dan pelekat perancang keluarga.

§ Sokongan Progesterone telah digunakan selama beberapa tahun tetapi bukti keberkesanannya tidak mencukupi.

§ Gonadotropin-releasing hormone agonist didapati berguna bagi beberapa bentuk PMS tetapi mempunyai kesan sampingan tersendiri.

§ Diuretik telah digunakan bagi menangani lebihan air dalam badan. Spironolactone juga telah terbukti berkesan dalam beberapa kajian

§ Dadah anti-keradangan bukan-steroid (Non-steroidal anti-inflammatory drugs - NSAIDs; contoh ibuprofen) telah digunakan.

§ Minyak Evening Primrose, yang mengandungi asid gamma-Linolenik (gamma-Linolenic acid - GLA), telah dicadangkan tetapi tiada bukti saintifik.

§ Clonidine telah dilaporkan sebagai berkesanbagi merawat sejumlah besar wanita dengan simptom PMS bersamaan dengan penurunan mengejut serum beta-endorphin secara bulanan

Rawatan tradisional

6 petua mengurangkan masalah senggugut.

Petua 1 :
Senggugut memang menyakitkan. Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2 :
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

Petua 3 :
Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4 :
Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. Insyaallah, mujarab

Petua 5 :
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .

Petua 6 :
Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.

FOR ADDITIONAL INFO

Setiap bulan wanita akan mengalami satu kitaran haid selama 28 hari seminggu. Senggugut bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis. Sengugut sering menyerang seorang wanita pada hari pertama dan kedua haid.

Terdapat dua jenis senggugut boleh menyerang ketika haid iaitu sengugut primari dan senggugut sekondari. Sengugut primari adalah disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin yang menyebabkan pengecutan rahim yang kuat. Kebiasaanya ia sering menyerang pada usia muda sebelum berkahwin dan bertahan pada hari pertama dan kedua haid. Manakala senggugut sekondari pula disebabkan oleh endometriosis (wujudnya sel endometrium di luar rahim dan berlaku pendarahan di dalam perut) atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan bertahan sepanjang pendarahan haid.

Sekian dari encik wikepedia dan saya cik empunya blog..hehe

p/s: bagi lelaki2 di luar sana, kalau awek korang emo tak tentu pasal ke, merajuk terlebih ke ..terjeles lebih ke..korang patutnye paham r..bukan senang nak jd perempuan ni tau..emo mmg tak tentu hala..dan bagi yang ada kakak atau adik yang nga PMS gak, jgn r saje je nk cari pasal ke nk buli diorang ke..memang ade r yang makan flying kick t..so korang lelaki kat luar sana, beware k…cuba fahami dan salami perassan dan keadaan orang2 yang korang sayang dalam mase2 diorang camni..

0 146 pencinta hijau jua:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...