26 February 2011

kebahagian itu...

baru balik dari jual burger ni..nak tido jab2 g..nga tengok cerita house ni..
emm, tadi nk p toilet tok cuci muka, aku ternampak sekumpulan kucing2 comel dok lepak kat kerusi..sweet sangat..
time ni nga ujan, sejuk..sebab tula diorang ni pakat ramai2 dok kat cini kn..
1 family..mak n anak2nya..
look at them..bahagia kan...mungkin lah..mane aq nk tau ..aq bkn kucing.huu
ala tomei2...

***************
"sy akan jaga awak sebaik mungkin"
aku bahagia dengan perkataan itu..namun aku juga takut..takut untuk terluka lagi..biarlah masa yang menentukannya

24 February 2011

Aku, Nina dan air anggur...

Selapas cekal dan tawakal dalam menimbang filter papar yg ada yeast cell dgn menggunakan 4 weight balance, akhirnya aku dan nina berpuas hati dengan result yang diperoleh (mengong wei balance 2..yg cni kurang reading, yg sna telebih sudaa..dasar barang lama!)

Lalu kami pun berlalu untuk pergi ke surau yang terletak di banggunan asasi

Lepas 2 tu, kami pun dok chating2 r apa2 yg patut

Ditemani dengan hujan renyai2 dan petir dan kilat bersilih ganti (thriller ckit r)

Bila ujan2 camni, faham2 la kan..perut memang minta di isi beb..maka bercadang nak p foodcourt payung kuning tuh, tapi jauh la plak, malas dehh..

Nina pun berkata..

‘aku lapar gila ni, dahla tak makan lagi dari tgh hari tadi, tak dapat makan, minum pun jadi r’

Then, terdetik idea nak beli air dari mesin gedegang tuh..korang tau tak apa mesing gedegang tuh???

Alaaa yg ini la..nme commercial die memang r mesin beli air tu..tapi aku panggil mesin gedegang je, sebab bila air tu keluar kan bunyi gedegang!!! Kan..kan..kan

Kemudian, aku pula bersuara kau ni nak beli air tin cukup ke duit sen ni?’

‘aah la wei, nanti aku cek jab dalam beg wet..sekupang, dua kupang..alamak ada Sembilan kupang jela wei..mana cukup ni’

Aku mencelah lagi cuba ko cek dalam bek kuliah ko, kat dalam tuh mana tau ada terselit2 ke duit kecik, aku memang tak de r time ni’

‘eh..eh ada la, tapi ade seposen je..mana cukup’ hahahaha..gelak di sini

Tiba2…

‘eh ada duit 50sen 2 keping dlm kocek seluar jin aku lah..yeay boleh beli air’ balas nina dengan gembiranya…

Maka, kami pun bergerak untuk ke mesin gedegang tuh..

Masuk la duit..seposen, 20 sen..hinggalah rm1.30 untuk beli air anggur F&N

Tapi malamgnya, bila ditekan..tak keluar2 airnya..pelik betul ni.rosak ke hape ni??

‘wei jgn telan duit aq wei..pulang balik duit aq’ bentak nina pada mesin tersebut (macam la mesin tuh faham kan..hehe)

Bila tekan butang lain keluarlah balik duit nina..

Emm tak puas hati lagi ni selagi tak dapat air..dahaga la katakan..

Nina cuba lagi..tapi tak Berjaya lagi..lalu aku sarankan satu idea kepadanya..

‘nina, cuba kau masukkan duit lebih sikit, seposen ke 2osen ke’

Nina seluk kocek then ambil 10 sen dan masukkan sambil berkata ‘oohh nak upah ea..ok2 jab ea masukkan duit’

Pastu..aku pun tekan r butang air tu kan..then…

Gedegangg!!!....

Aku dan nina memang gelak tak berhenti ar..aku kot lebih gelak..haha..memang sengal..betul kot mesin ni nak upah..tulis harga RM1.30 tapi kena bayar RM1.40…hahaha~~~~

Sambung ketawa lagi 5 minit…

***************

Seiring kami menuju ke kelas sambil berpandangan dan senyum antara satu sama lain meingatkan kisah yang berlaku sebentar tadi..aku dan nian aberkongsi air dari mesin gedegang tadi..

Gara2 nak jugak air anggur F& N, peristiwa gelak ketawa dah berlaku..

Dan kami sepakat..perkara ini harus dikongsi dengan orang ramai..hehe

Sekian…

Tu je nak cerita..aku, nina dan air anggur…


p/s: malam ni berniaga burger lagi, plan perniagaan dah dapat n nk kena adjust lagi sebelum hantar..

pening pale akibat terkena hujan..emmm..need a long rest..weekend..i’m coming

nikmat tidurku..arggh!!

nikmatnya kalau dapat tidur yang cukup kan..
nikmatnya kalau dapat mimpi yang indah kan..
tapi...
nikmat tidurku telah ditarik..huhu
dek kerana kerja yang meruncing di kala ini..
masa untuk tidur telah dikorbankan
arghhh!!!
tak sabar rasanya nak bayar hutang tido weekend nanti
nape aq letak pic kucing?
nak tau motifnye nape?
kalo korang notice r, kucing walaupun tido telinga die tetap bergerak kan kalo dengar something..
haa, macam tulah aku..
dahla aq ni susuah nak tido..
tapi bila dah tidor, senang terjaga kalau dengar sesuatu
tak kira r brg jatoh ke, orang jalan kt lua ke, bkk kunci bilik ke..
aduhai, aq mmg tension r pasal ni..
awat la aq ni sensitip sgt kn..nasib2
motif pic ni lak???
emm, xde pun benornye..
ni pic aq mse kat matrik dulu..
kalau korang tengok apa ekspresi muka aq skang ni
pnat, nak tido, pening pale mungkin
haa..macam2 lah boleh ckap melalaui 1 pic je kn
mcm 2la, yg aq rasa skang ni
berpinor2 rase pale ni
rasa cam pegang masalah negara je..ishhh
poyo kn...
k, dahla eh..aq nk baca psal Saccharomyces cerevisiae
sok dah nk kena present da..until then

22 February 2011

lab fement, burger dan...

fuhhh! baru balik dari jual burger ni n siapkan apa yang patut untuk hantar pada dr. su esok..harap2 ok la..
hari ni memang penat dan letih.tak pernah aku balik kolej lambat sampai 1lebih camni..dasat r bagi aku..huhu..
dah tak larat ni..
emm apa yg ada kt bawah ni pic pa yang aq wat dlm lab fermentation tadi
n apa2 barang2 lab yang kami gunakan
tak sempatlah nak explain kali ni..
lain kali okeh..
daaa~~~
...oyasumi...

ni pic 1st ambik dalam bas masa nak p kelas pagi tadi..xde motif tol aku ni kan..ish3





ini bukan aq tau




menyempat je kau ni kan.ish3


sekian selamat pagi dunia..n selamat malam azura....

AKU TENSION!!!!..SEKIAN

Harap maklum..sape2 yang terkena tempiasnya..maaf dipinta..bukan ini mahuku

20 February 2011

Susahnya bila emo!!!

Assalamualaikum, salam sejahgtera, salam 1 malaysia ,salam perpaduan dan salam2 seterusnya..yang penting tak bleh salam tangan k..(bg yg lelaki la)..hari ni aku nak cerita sikit hal perempuan yang jarang2 didiscuss dengan lelaki..apakah ia? Jeng..jeng..jeng

‘Datang bulan’, ‘period’, ‘abc’ (Allah bagi cuti), ‘bendera jepun’ cuti bulanan tuh semua benda yang sama jelah..bagi perempuan memang wajib kena setiap bulan,,kalau lelaki ada datang bulan memang sah dunia nak kiamat dah..setiap perempuan ada setiap perangai yang berbeza2 setiap kali sebelum datang bulan atau dikenali sebagai PMS (pre menstrual syndrome)..mse form 4 ke 5 dulu ek..kita ada belajar kan pasal benda ni..bagi mereka2 yang ambil sains tulen je r yang tau kot..yang lain wallahhualam..

Contoh2 PMS yg sering perempuan alami..aku nak cite sikit jelah kat cini kan..tanda2 nk kena serangan bulanan ialah:

Rasa sedih semacam je (padahal xde motif pn)

Rasa nak marah je (yg ni nasib r sape yg terkena tempiasnye )

Rasa kenyang giler walaupun tak makan (haa yg ni best, diet tanpa dipaksa..relex je)

Rasa lapar macam tak makan setahun, padahal baru makn nasi (yg ni mmg xleh citer r..mkn mcm mkn tok 2 orang..huu)

Senggugut (ni memang siksa wooo..hanya perempuan yg tahu) {tapi tok aq sndri, kalau bulan tu aq tak tension sgt xde r aq kne senggugut ni..kalau aq tension..kompem kena senggugut..mmg siksa jiwa raga}

Sengal2 badan, sakit2 sendi (dah macam orang tua dow)

Jerawat!!!! (yg ni memang melanda diri aq..tension btol dgn jerawat ni..arggghhh!!!)

Rasa bahagia je (haaa yg ni paling jarang sekali berlaku..ade ke org dtg bulan bahagia..emmm I wonder)

Ok yang atas ni semua melalui pemerhatian aq terhadap diri aq n kawan2 perempuan y len r..tok lebih specific lagi..mari kita bertanya encik Wikipedia

Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS, the official definition limits the scope to having symptoms of "sufficient severity to interfere with some aspects of life". Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.

Bagi sesetengah wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan. Bentuk PMS ini mempunyai nama psychiatric tersendiri: Penyakit senggugut teruk (premenstrual dysphoric disorder) (PMDD).

PMS merupakan himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi tiga simptom paling menonjol adalah mudah terganggu (irritability), ketegangan, dan dysphoria(murung).Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita. Kebanyakan wanita dengan sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masalah tersebut. Simptom berikut juga boleh disandarkan kepada PMS:

§ Perut kembung

§ Kejang perut

§ Payu dara beng

kak atau sensitif

§ ketegangan atau bimbang (anxiety)

§ Masalah tidur (insomnia)

§ Sakit sendi atau otot

§ Pening kepala

§ Jerawat

§ Hayunan perasaan (Mood swings)

§ Peningkatan masaalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masaalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)

Puncanya????

Masih belum pasti dan masih dalam penyiasatan..(ceh ayat tak ble blah kan)

Cara2 tok mengatasi senggugut..ada 2..korang nak yang modern ke traditional? Pilih je..up to you..your choice

Rawatan modern

Banyak rawatan telah dicadangkan bagi PMS, termasuk perubahan permakanan atau cara hidup, dan kaedah sokongan lain. Kegunaan ubat kebanyakannya berkenaan kegunaan hormon dan perencat peningkatan semula serotonin khusus (selective serotonin reuptake inhibitor - SSRIs).

§ Rawatan sokongan temasuk penilaian, mengembalikan keyakinan (reassurance), dan nasihat pengetahuan, dan bahagian utama bagi rawatan adalah cubaan membantu pesakit mendapatkan semula kawala dalam hidup mereka. Tambahan lagi, senaman aerobik didapati dapat membantu pesakit dalam sesetengah kajian. Sesetengah simptom PMS mungkin dapat diringankan melalui perubahan cara hidup: Pengurangan pengambilan kafin, gula, dan garam dan peningkatan pengambilan fiber, dan rehat dan tidur yang mencukupi.

§ Kajian perubahan permakanan menunjukkan bahawa tambahan kalsium (1200 mg/h miligram/sehari) mungkin membantu. Juga (400 IU/d) vitamin E telah menunjukkan keberkesanan .Sejumlah rawatan lain juga telah dicadangkan, sungguhpun kajian mengenai rawatan tersebut tidak mengesahkan setakat ini: Vitamin B6, magnesium, manganese dan tryptophan.

§ SSRI boleh digunakan bagi merawat PMS teruk. Dadah yang paling meluas dikaji adalah fluoxetine pada dos 20-60 mg/d. Dadah lain termasuk sertraline, paroxetine, clomipramine, fluvoxamine, dan nefadozone.Dadah ini juga boleh diberikan tidak tetap, iaitu hanya apabila simptom dijangka muncul. Sungguhpun rawatan tidak tetap mungkin lebih diterima sesetengah wanita, ia mungkin kurang berkesan berbanding rawatan berterusan.

§ Rawatan hormon terdapat dalam pelbagai bentuk:

§ Perancang hormon (Hormonal contraception) biasanya digunakan; kaedah biasa termasuk pil perancang oral gabungan dan pelekat perancang keluarga.

§ Sokongan Progesterone telah digunakan selama beberapa tahun tetapi bukti keberkesanannya tidak mencukupi.

§ Gonadotropin-releasing hormone agonist didapati berguna bagi beberapa bentuk PMS tetapi mempunyai kesan sampingan tersendiri.

§ Diuretik telah digunakan bagi menangani lebihan air dalam badan. Spironolactone juga telah terbukti berkesan dalam beberapa kajian

§ Dadah anti-keradangan bukan-steroid (Non-steroidal anti-inflammatory drugs - NSAIDs; contoh ibuprofen) telah digunakan.

§ Minyak Evening Primrose, yang mengandungi asid gamma-Linolenik (gamma-Linolenic acid - GLA), telah dicadangkan tetapi tiada bukti saintifik.

§ Clonidine telah dilaporkan sebagai berkesanbagi merawat sejumlah besar wanita dengan simptom PMS bersamaan dengan penurunan mengejut serum beta-endorphin secara bulanan

Rawatan tradisional

6 petua mengurangkan masalah senggugut.

Petua 1 :
Senggugut memang menyakitkan. Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2 :
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

Petua 3 :
Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4 :
Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. Insyaallah, mujarab

Petua 5 :
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .

Petua 6 :
Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.

FOR ADDITIONAL INFO

Setiap bulan wanita akan mengalami satu kitaran haid selama 28 hari seminggu. Senggugut bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis. Sengugut sering menyerang seorang wanita pada hari pertama dan kedua haid.

Terdapat dua jenis senggugut boleh menyerang ketika haid iaitu sengugut primari dan senggugut sekondari. Sengugut primari adalah disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin yang menyebabkan pengecutan rahim yang kuat. Kebiasaanya ia sering menyerang pada usia muda sebelum berkahwin dan bertahan pada hari pertama dan kedua haid. Manakala senggugut sekondari pula disebabkan oleh endometriosis (wujudnya sel endometrium di luar rahim dan berlaku pendarahan di dalam perut) atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan bertahan sepanjang pendarahan haid.

Sekian dari encik wikepedia dan saya cik empunya blog..hehe

p/s: bagi lelaki2 di luar sana, kalau awek korang emo tak tentu pasal ke, merajuk terlebih ke ..terjeles lebih ke..korang patutnye paham r..bukan senang nak jd perempuan ni tau..emo mmg tak tentu hala..dan bagi yang ada kakak atau adik yang nga PMS gak, jgn r saje je nk cari pasal ke nk buli diorang ke..memang ade r yang makan flying kick t..so korang lelaki kat luar sana, beware k…cuba fahami dan salami perassan dan keadaan orang2 yang korang sayang dalam mase2 diorang camni..

18 February 2011

what goes around me

Warning!!! This is a long entry, take it or leave!

Macam mana nak mula ek? Macam2 yang berlaku dalam 2 minggu ni dalam kehidupan seharian aku. Maklumlah aku pun tak update sangat kan. Aku tak sepopular orang lain yang blognye diterjah orang ramai..huhu..i am nobody..lainlah kalau aku ni model ke overseas student ke hape eke..aku bukan wei..aku hanya perempuan biasa yang menghabiskan masa berblogging dan blogwalking walaupun aku bukan sesiapa (agak touching di sini), aku akui aku ni tak tahu sangat nak menulis atau berbahasa, aku cuma menulis apa yang aku rasa dan apa yang aku ingin luahkan..ada orang nak baca yaa silakan, kalau tak takpelah..ini hanya untuk aku sendiri.

Ok enough of that, semua maklum (pelajar upm sahaja ye) yang musim test 1 sudah berlalu..tak lama lagi test 2 pula dah..adodoiii..maka untuk sementara waktu ni kira dah release sikit lah dari ketensionan yang melanda diriku dan semua yang lain dalam tempoh masa 2 minggu ni. Bnyak masa diperuntukkan untuk study (walhal last minute) dan kurang masa untuk merehatkan diri (dengan kata lain, tidur la tuh)..ada soalan yang senang, tricky, mengarut, mencabar kesabaran n killer pun ada gak..ekspresi muka selepas jawab test mengalahkan jawap soalan final paper sem punya wooo..serius ni! Tapi apa2 pun semua tuh dah berlalu..alhamdulilah.

Untuk pelajar kos bioteknologi maklum yang sem ini kita ada mengambil subjek MGM3180 iaitu subjek asas keusahawanan,. So kena berniagalah tuh maknanya kan. Kami mempertaruhkan jualan burger, asam dan button untuk syarikat kami. Syarikat kami bernama F&B Enterprise yang terdiri daripada 10 orang ahli berbekalkan modal sebanyak Rm25. Kami sudah start berniaga burger selama beberapa malam, sambutan agak menggalakkan, dan disebabkan itu jugalah semakin kurang masa untuk study di malam hari. Tutup je kedai, balik bilik memang ngantok r kan, tapi kena tahan mata wei..kalau tak blank la paper sok nak jawap..huu… so button sudah siap di design, hanya tinggal masa nak promote sahaja. So kalau ada yang berkenan, boleh contact eden okeh.




Emmm..apa lagi ea yang berlaku dalam hidup aku ni..banyak la kan, tapi tak kan nak cerita semua kot..muntah nanti baca..huu..haaaa! masa kelas PRT hari tu..ni kelas pertanian dan manusia tau, semua pelajar upm wajib ambik kos ni..yela sebab dulu upm kan asalnya university pertanian, that’s y la kena ambik subjek ni so boleh tau la asal usulnya..back to the story dalam kelas ni time tuh lecturer nga ngajo bab2 season kat dunia ni, n lebih specific lagi pasal 4 season la..n die pun ada cerita pasal pengalaman dia kat England n jepun masa 4 season..menarik wei..emm..aq pun teringin gak nak pergi luar Negara..nak jalan2..foya2 ke..hehe..aku selalu cakap dengan mak nak pergi London..hehe sampai ke hajat aku ni..kalau aku dah berkerjaya nanti, dah kerja, dah ada duit sendiri..kalau aku rasa aku dah mampu, aku nak bawak mak pergi London sekali ah dengan aku, tapi before tu aku harap dapat hantar mak pergi menunuaikan haji dulu ke mekah..harap2 harapanku ini tercapai..amin ya Allah.

Next.(cewah cam panggil ape lak kan next2 ni..hehe) apa yang aku nak cerita seterusnya ini ada juga berkait rapat dengan aku tapi specifically untuk orang lain k..aku punya seorang teman..rahsia namanya k..emm dia sudah menjalinkan hubungan cinta selama 3 tahun dengan kekasihnya..tapi baru2 ini aku dapat tahu yang dia sudah clash dengan kekasihnya itu..di saat aku mendengar itu darinya, aku tertanya2 sendiri, kenapa hubungan cinta yang sudah terjalin selama itu boleh terputus dengan mudah begitu sekali dan lelaki itu sangat mudah melupakanya cinta yang telah dia bina selama ini..aku sungguh tentanya2 kenapa lelaki mudah melupakan ek? Kenapa? I just wonder how? Why? Why so easy them forgetting their love? Anyone? Answer me..pleasee...

lelaki memang cam2 ke..lelaki memang senang kan..senang sangat..aku tak faham betul dengan diorang ni..sama2 bercinta, sama2 berjalan sana sini, sama2 jiwang karat la jiwang manis lah..tapi bila gaduh ke ada masalah ke, kenapa hanya perempuan yang menangis, kenapa hanya perempuan yang tersiksa. Kenapa? Lelaki ni tak ada perasaan ke..atau ego lelaki sangat tinggi..mungkin satu hari nanti, bila lelaki sudah terlalu sayang akan seseorang itu, lalu ditinggalkan..mungkin..egonya akan jatuh..dan mungkin juga air mata seorang lelaki akan gugur..mungkin..atau tak mungkin..aku tak tahu..tapi bagi aku..tak salah lelaki menagis..itu menunjukkan dia juga punya perasaan..dia juga punya rasa kasih dan sayang..tapi jenis lelaki yang mudah melupakan dan tidak pernah menagis kerana kehilangan orang yang disayanginya, lelaki itu tidak tulus dalam percintaanya..mungkin juga hanya cinta nafsu..tidak lebis dari itu..cinta plastic semata2!!!! I hate this kind of man!!!! Don t wanna meet a guy like that..never!!!

Ok..dahla eh bab2 cinta ni ea..aku pun sakit bila cerita bab2 ni..apela perasaan kawanku itu sekarang..biarlah kita laluinya bersama2..masa akan menyembuhkan segalanya.


oleh itu, marilah kita bersama-sama...

***************

Berikut adalah beberapa amalan dan doa yang yang boleh anda amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh. Namun setiap ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kepada-Nya… Mudah-mudahan dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa…Wallahualam…

1. Amalkan membaca doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89)

Yang bermaksud:

“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89)

Selain itu, adalah lebih baik juga jika anda lanjutkan doa tersebut dengan doa berikut ini:

“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.

2. Amalkan ayat 131 dan 132 daripada Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari :

“Walaa tamuddanna’ainaika illa ma mata’na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa’ mur ahlakaa bisSolaati,wastabir ‘alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal’aqibati lit taqwa…….”

Ertinya:

“Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan ‘akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa”

3. Perbanyakkan amalan membaca selawat Nabi Muhammad s.a.w seperti di bawah ini. Hendaklah dibaca paling minimum 1000 kali dalam sehari semalam. InsyaAllah doa anda akan termakbul oleh Allah SWT.

“Allahumma shalli wasallim ëalaa sayyidinaa Muhammad. Waíalaa aali sayyidinaa Muhammad.”

Ertinya:

Ya Allah, semoga kesejahteraan dan keselamatan tercurah kepada junjungan Nabi Muhammad saw., dan segenap keluarga beliau.

4. Amalkan membaca surah Yassin pada setiap malam. Sebelum membaca, niatkan di dalam hati supaya Allah SWT menyegerakan jodoh, memberikan jodoh yang terbaik dan beriman untuk anda.

5. Surah al-Fatihah juga mengandungi banyak faedah dan keberkatan jika sentiasa diamalkan. Salah satu kebaikan yang datang daripadanya ialah dikurniakan jodoh. Amalkan membaca surah ini sebanyak yang mungkin sambil berniat diberikan jodoh yang baik dan beriman kepada Allah SWT.

Doa bagi laki2 yang berharap jodoh :

ROBBI HABLII MIILANDUNKA ZAUJATAN THOYYIBAH AKHTUBUHA WA ATAZAWWAJ BIHA WATAKUNA SHOIHIBATAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH,

ertinya : Ya Robb berikanlah kepadaku isetri yang terbaik dari sisi-Mu, isetri yang aku lamar dan nikahi dan isetri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.

Doa bagi wanita yang berharap jodoh :

ROBBI HABLII MIN LADUNKA ZAUJAN THOYYIBAN WAYAKUUNA SHOHIBAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH

ertinya : Ya Robb berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat.

RAHASIA JODOH TERBAIK

“Jodoh itu tergantung pada diri kita sendiri, bila kita berperilaku baik, maka jodoh kita pun baik, jika perilaku kita buruk, maka jangan dipersalahkan jika jodoh kitapun berperilaku buruk. Wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji adalah buat wanita yang keji pula dan wanita yang baik adalah untuk pria yang baik dan sebaliknya. Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)”



okeh ini sahaja dari aku..perghhh...'ini saje'..cam sikit je bunyi nye kan...hoho..sebagai penutup kata..enjoy lagu kat bawah ni k, jenab yang rekemen kt aku dengar lagu ni..hehe...k jumpe g tok next entry..daaaa~~~

15 February 2011

yeay!!! baruuu

Ape yang barunye..hehe..cubalah lihat blog ku ni telah bertukar rupa..cewah..maklumlah kan aq dah lame x update blog ni..so saje je men2 tukar2 designnye lak..sekali tengok cantik la plak ( masuk bakul angkat sndri ni) haha..lantaklah..

just nak cite sikit jela memandangkan dah pagi ni..huu..aq lme xupdate sbb bz nk test n wat keje2 len r..bese r..name gak student..

emm camne ngan banner yang aq wat ni..k x? aq tau simple je kn..xpe r t aq improve g ea..manela tau sok lusa dah tukar plak..so stay tuned k..at least aq try wat sndri xde r cam ade orang tu soh orang len watkan..kan3....

kalau tengok pic aq kat banner ni sme ngn pic aq kat enry bawah ni kan..kalo x caye cbe scrool ke bawah..huu..ok2 aq akui aq mmg xdela bnyak pic sgt..so aq gne ape yg ade jela ea..memory phone aq pnuh ngn pic member2 n pokok2 je..hehe..so boleh kan..acceptable kan..hehe

so cakap psal member2 ni aq n the gang aritu ade r p sunway piramid jejalan..diorang ni nak p ice skating, p aq pnonton setia je la ..haha..bajet kurang maa..huu..then nak dijadikan cerita lagi, kalau korang nak tengok pic2 tuh cam bese r p blog aku yang INI okeh.

emm ni jelah dulu k..kalo rajin aq update g..k nak tidur sudaa..nite..eh morning sudaa=p

06 February 2011

sekembalinya ku lagi

harap maklum..azura kembali lagi ke sini..haha..poyo tak poyo je kan ayat aku..dah abis dah cuti seminggu..memamg jadah r cuti ni..konon2 nak study n wat assignment..tapi hasilnya..haramm~~~..bukannya tak buat..buat gak.tapi sikit je..bukan tak study..study gak p sambil lewa..nak test dah ni..banyak report nak anto ni..aduhai nani..camne ni..

malas la nak cite banyak..tak hilang lagi penat aku ni haa..selalunya aku kalo naik bas dari kluang pukul 12.3o sampai serdang kol 3.30 r lebih kurang..sampai upm dalam kol 4 r..tapi hari ni..perggghhh..6 lebih aq baru sampai bilik..tak jenuh lak an dok lelama dalam bas 2..temper je rase..highway jam abis we..gilak banyak kete..banyak gak kete tersadai kat tepi jalan..banyak gak pak polisi aq tengok dok menyaman orang..ye r ramai orang bari abis cuti raya cina kan..2 pasai r penuh sesak jalan raya tuh.

dah malas nak cite panjang lagi..banyak keje g nak buat ni..banyak nota n lab report dah tunggu aku..huu...aku saje je nak tunjuk ape yg aku pakai mase nak balik kl semula ni..poyo kan..lantaklah...

cuaca yang baik hari ini kan

02 February 2011

bila aku MALAS!

Aku MALAS nak update blog ni (rase cam nk delete je, p cam sayang la pulak)

Aku MALAS nak buat assignment n study (padahal next week dah nak kene anto n nak test sudaa)

Aku MALAS nak fikir pape (persoalannya boleh ke?)

Aku MALAS nak mengunyah/makan (p t perot rase pedih lak nak makan)

Aku MALAS nak main permainan jiwa ni (luka dulu masih berdarah)

Aku MALAS nak basuh baju (sebab sekarang kan musim ujan, basoh pn xkering2..huhu..peram dlu ea)

Aku MALAS nak edit gambar yang aku ambik (padahal penuh memori phone aq ngn pic2 2 sume)

Aku MALAS nak balik upm ( boleh x? xle kan..huu)

Aku MALAS nak ingat dia lagi…

Aku MALAS nak RAJIN (gilak akuh!)

Tapi~~~~ bila aku RAJIN..aku update lain kali okeh..hahahahahahahah~~

p/s: aku keluar ari ni g memenangkan fikiran..cewaahhh…simple activity..But enough for me to smile for my whole day long..Thank to YOU…

dua tiga nabil melompat menari,

lain kali kita keluar jalan lagi

(pantun 2 kerat yang mengong..maklumlah dah lama tak elajar BM dengan betul) =p,,,,=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...