10 January 2011

meeting blok salak

so ceritanye camni, macam biasa la kan setiap kali semesta baru, mesti ada perjumpaan antara felo dan penghuni blok, nak cerita masalah ke, nak inform ke..and apa2 yang sama waktu dengannya lah. bukan ada apa benda pun, setiap sem benda yang sama je ceritanya. masuk ni masuk sem 4 aku kat sini, and memang cerita sama jelah yang di ulang2. mostly pasal buku merit. nak stay kolej kena aktif dengan aktiviti kolej barulah boleh stay untuk next sem..tapi aku ni..adoyai anti sosial kot..huhu..yela cuba bayangkan ea..aku ni second intake je kat sini. bila masuk sini dulu, diorang dah ada geng masing2, aku pulak sorang tak ada geng, so susah sikit r nak bergaul. korang faham2 la kan, perempuan ni kalau dah ada geng stick ngn geng diorang je, mana lah nak terima ahli baru cam aku ni..huhu..sadis.

so back kat cerita meeting blok tadi, lagi cerita yang dibahas tentang peti ais kat setiap aras kolej ni.blok aku ni namanya blok salak. aku stay kat kolej ke enam, dalam kolej aku ni ada 4 blok. semua blok namanya based on nama pokok. cam blok aku ni blok salak, ada blok cermai, keranji and satu lagi terlupa plak namanya..huhu. kalau kolej2 kediaman yang lain plak, ada nama ikan la ape la..unik la lebih kurang hehe. so cerita peti ais ni, ISO ada mai sini hari tu check apa ada dalm peti ais tuh, and their found out ada ikan la ayam la, barang2 basah la kalau ikutkan. kat sini sebenarnya tak boleh masak tau, tapi mungkin penghuni perempuan kat sini gian nak masak kot, tuh yang bawak segala peralatan nak masak..haha..aku boleh terima kot kalau bulan puasa sebab kalau masak leh save bajet sikit kan. tapi diorang ni kena fikir orang lain gak, blok ni kecil je,bila masak..perghh bau dia seantero blok bau, kalau goreng ikan masin tuh jangan citer ar..memang melekat bau dia sabau jela den ni ha..

lagi tadi cerita pasal barangan eklektrik cam heater n iron, bagi aku tuh perkara biasa r kot. kat sini tak ada la plak slalu short ke apa ke, lainlah masa aku kat matrik dulu, memang selalu short je. so bagi aku as long masalah camni tak berlaku tak apa kot..bukan aku nak sokong diorang ,p ok je kan3..(aku tak ada bawak benda2 terlarang ni ea, aku dak baik tau..hehe=p)

k, abislah cerita pasal meeting blok ni ek, malas nak pk lagi, dah lepas dah pun. kalau ada rezeki aku stay kolej ni tok final year nanti,mesti aku akan dengar cerita yang sama lagi..ahaha~

so sambil aku edit blog aku yang lagi satu tadi..alah blog aku yang banyak gambar tu la, kalau tak pernah tengok g, klik SINI okeh. aku g la kat youtube saje je nak jalan2..haha giler tak ble blah ayat kan, so aku tengok r lagu ni, lagu ni bes cuma aku rasa video tak ada kena mengena langsung dengan lagu ni, siapa la yang buat 2 kan..hehe..tapi tak apalah, aku enjoy..

kenapa aku enjoy? sebab mengkin sekali lagi, bait2 lirik ni ada kena mengena dengan aku..haha..diorang ni suka sangat tujukan lagu tok aku kan..hehe..terperasan plak..

so nak dengar, klik kat bawah ni k..






sekian..

0 146 pencinta hijau jua:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...