15 January 2011

kasihnya ibu

setibanya ku di bilik,
buka tudung, buka sweater,
tengok hanset
2 MISSSED CALLED
lalu kutekan butang missed called untuk melihat siapakah gerangan orangnya
sekarang ni aku pakai mode silent je, senang nak p kelas tak payah nak tukar2 profile
aku tengok, NO UMA called
then aku pun called balik la no uma
mak yang angkat, then aku tanya mak nape called

mak: nani watpe tu, nape lame tak kol uma, tak kol mak pun, tu yang mak saje je soh kak ati ko ( kak ipar aku) dailkan no ko

aku: bukan tak nak kol mak, nani pun nak kol mak sebenarnya, tapi tak sempatla mak, kadang tu ingat nak kol, p jab g eh da malam, tu yang tak jadi nak kol..n lagi, nani baru baik demam ni mak

mak: demam?, haa ko jangan buat mak risau nani

aku: tu pasal la nani tak kol mak dulu, dah baik nanti baru nani kol, so mak taklah risau nanti

mak: apa puncanya ko demam ni nani, apa yang tak kena dengan ko ni, ko ni kena bawak pergi jumpa doktor ni

aku: alah, takde ape punlah mak, demam biasa je ni, biasalah cuaca tak menentu, kejab panas, ujan..nani dah ok la mak,btol ni

mak: yela mak bukan apa, 3, 4 hari ni mak terfikirkan ko je, mak dah beli hanset baru ni tapi guna no abah ko, tapi kredit dah abis mak kol sedara mara, kalo tak mak dah lama dah kol ko, akak ko dah letak no ko speed dail kat henset ni

aku: oo, yeke mak, camtu senang r ckit nak kol mak t, t mak g mane2 bawak je tau hanset ni, g yassin ke rewang ke

mak: iye, t mak bawak la, akak ko pun cakak camtu, tadi lepas mak abis mengemas rumah, mak naik ingat nak bersihkan kolah kat bilik air tu macam bocor, tapi teringatkan ko, 2 yang mak kol ni, alih2 ko demam kan, ko jangan wat mak risau nani

aku: nani dah ok la mak, tinggal sakit2 tekak je ni, tadi lepas beli makanan p bilik membe sat, ni baru balik bilik nak makan la ni
.......
........
...........
.............
.................

mak: ha ye lah, ko jangan lupa makan pulak t, jaga diri baik2, jaga kesihatan kau tu tau

aku: yelah mak, mak pun sama jaga diri baik2, kim salam orang kat uma, assalamualaikum mak.

*apa jenis anak aku, apabila mak yang kol anak dulu, patutnya aku yang kol mak kan, sori mak, nani tol nak kol mak, tapi ada je halangan. betapa kuatnya perasaan seorang ibu bila mendapati ada yang tidak kena denga anaknya( bila aku demam la)

*sejak beberapa tahun kebelakangan ini, aku memang sering sakit, kalau dulu aku susah nak demam, tapi 2,3 tahun kebelakangan ni, immune system aku down, dan aku senang sakit, aku pun tak tahu puncanya.
stress? tension? kecewa?---> maybe itu puncanya

p/s: maafkan nani mak. nani sayang mak, selepas abah dah tak ada, maklah segala-galanya untuk nani. mak the reason nani hidup kat dunia ni.
Ya ALLAH, panjangkanlah umur mak. amin.

kasihnya ibu membawa ke syurga


0 146 pencinta hijau jua:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...