27 December 2011

This is love ♥



Assalamualaikum

watch this

This is love






p/s: kolam air mata automatically on bila tengok video ni...she's so lucky! 

02 December 2011

Officially 21 ♥


Assalamualaikum

syukur alhamdulilah, kerana aku masih hidup pada hari ini
genap 21 tahun aku hidup di muka bumi ini dengan pinjaman nyawa dari Yang Maha Esa


Activities for birthday girl?
.
.
.
nothing much
.
.
.
serius!!!



12.00am-officially 21 years old
2.00 am- finished study for bioinformatics test
4.00am- i'am awake sobab eh kena gigit dengan nyamuk jantan..gatai!
7.00am-dikejutkan dengan panggilan dari rakan wish happy birthday to me
7.30am-study again
10.00- bioinformatic test
12.00pm-tapau makan, balik...zzz
3.00pm-lab bioinfo
5.30pm-makan chicken chop..hehe
9.00pm-group discussion
10.30pm-ngadap laptop tulis entry ni


like seriusly..nothing much for me on this 21 birthday

TAPI...

Aku berterima kasih kepada Tuhan kerana memberikan aku nafas untuk terus hidup di muka bumi ini
Aku berterima kasih pada mak yang telah melahirkan aku ke dunia ini
Aku berterima kasih pada kawan2 yang mendoakan kesejahteraan aku
Aku berterima kasih kerana di beri peluang untuk bersama mereka lagi

Terima Kasih Tuhan untuk segalanya.
kepada kalian, terima kasih untuk segalanya

Happy Birthday To Me 



p/s: awak..awak tak nak wish kat saya ke? hmmm

28 November 2011

In pain (T_T)


Assalamualaikum

Sakit gigi


p/s: the reason why i stop blogging for whole month...


p/ss: gigi bongsu sakit weiii!~


p/sss: mood menaip sudah semakin hilang, wajarkah aku shut down saje blog ini..huhu

30 October 2011

You Being Beautiful #1: The ideal wash



Assalamualaikum

seperti yang aku mentioned kat entry yang lepas, aku akan share apa yang aku baca dalam buku ni, so untuk malam ni, sementara free boleh lah baca n buat entry , nanti dah busy balik tak dapek den nak nolong ni haa..hoho..

so, apa yang menarik aku baca untuk part ni ialah "The ideal wash"

**sila baca dengan teliti...bahasa omputih pasni, kalau tak faham ready google translate kat new tab..hehe


use pH -balanced soap and cleanser; if they are gentle enough not to sting your eyes, chances are good they won't harm your skin either.
 yg menarik: exsessive rubbing can aggravate eczema and acne....ooo baru ku tau itu

healthy moisturizer don't disturb the acid mantle of the skin or clog pores, prefer natural moisturizer such as avocado oil, walnut butter or cocoa butter and  ones that are proven to be hypoallergic. apply while you are still damp from the shower to seal the moisture.
 yg menarik: important to moistiurize when you're flying at high attitute or in dry climates.

use a loofah sponge for your body. the loofah mechanically removes the old layer of skin.
pssst..mane aku nak dapat natang ni kat malaysia? huu

you are supposed to get 20 minutes of sunlight a day-but only when it;s at low levels (a good rule to tell: your shadow should be longer than your height)
yg menarik: by refering the above sentences-it stop only 20-40 percent of UV radiation.

always protect your face and back of your hand but allow your body to be exposed to some sun for a few minutes before you add sunscreen. 
yg menarik: a little redness in the skin signifies that vitamin D is being made. 

yg paling menarik!
ever wonder what the heck SPF numbers truely mean in ur sunblock or sunscreen?

an SPF of 1 means that your skin covered in SPF 1 would turn red in about 20 minutes; SPF 2 would require 40 minutes, and so on..
 sublock korang plak SPF berapa?


TAMAT BAHAGIAN #1


p/s: sunblock mahal la, semakin tinggi SPF, semakin tinggi harganya..waduuhh..abis burn duit dan kulitku gini..hehe 

26 October 2011

Wordless Wednesday #6: Nikmat





p/s: nikmatnya cuti mid sem ni yoep!!!

18 October 2011

How to know you lost your love?


Assalamualaikum and Hi!

first, take a look at this picture 
which line or wrinkles u have?


mine?
i lost my love..huhu
yeah..at 10 years old i lost my brothers 
at 20 years old i lost my father

so its truth that i lost my love right? 

ACTUALLY...

  figure above is about FINE LINES.

many things can cause wrinkling, including cigarette, smoking and sun exposure. ultimately, it's caused by thinned, damaged collagen and a loss of elastin fibres. when skin loses it elasticity, gravity pulls down on it, and the sagging causes even more wrinkles. 

for me myself, i have thin skin, that is why i already have wrinkles under my eyes due to sun exposure..that make peoples called me "kakak" huhu..i just 21 okay! 

ok, fine..i admit it..i am matured woman..huhu


All this info i get it from a book that i bought at BIG BAD WOLF BOOK FAIR at MAEPS serdang few days ago..thanks to Masitah because brought me there..u can go to her blog to see what books she buy..

some pictures at the book fair 
 so crowded!



the price there was awesome..u can find a book for only rm5, rm8 and not more than rm25.. if i was not mistaken..isn't that great huh? for me, i only bought 1 book as u can see in my picture above. 


ok, bye..


p/s: saje nak speaking pulak..mentang2 beli buku bahasa omputih kan..haha..ngade~

p/ss: eh..eh..aku akan share apa yg aku baca kalau ada benda yg menarik dalam buku ni k..yg pasal gambar pertama tuh aku ambil dlm buku ni la..hehe..sharing is caring right? 

p/sss: last test hari jumaat then midsem break..oo0 yeah! 



berapa bnyk pss daaa~ 

07 October 2011

Aku rindukan seseorang



Dia lelaki pertama yang menyentuhku
 mungkin juga lelaki ke 2 yang menyentuhku selepas doktor yang menyambut kelahiranku dulu

Tanganya membelaiku dengan penuh kasih sayang
Kucupannya di dahiku masihku kenang sehingga ke akhir hayatku
Kini tiada lagi  dia dalam hidupku
Dia telah pergi jauh meninggalkanku

Tiada lagi dia yang menyinari hidupku
Tiada lagi dia di depanku
Tiada lagi dia bertanya khabarku
Tiada lagi dia tersenyum padaku

Aku rindukan lelaki itu
Aku mahukan lelaki itu



Aku rindukan abahku


Abah…


Anakmu ini terlalu merinduimu...



p/s: 2 malam aku mimpi abah...dek kerana terlalu rindu

05 October 2011

Wordless Wednesday #5: Tiada lagi Google?


Mukadimah greeny: only can be display with internet explorer or Mozilla Firefox

click untuk tumbesaran






p/s: aku tak faham kenapa ini semua berlaku..huhu

02 October 2011

Isu lapuk di Mall/Shoping complex


Assalamualaikum
hi girls and guys...
got a great weekend? ...hope so

ok lah, berbalik pada tajuk entry kita pada hari ini
"Isu lapuk di mall/shoping complex"

kenapa aku tetiba buat entry pasal ni...?
well, bagi penuntut universiti yang mendapat tajaan JPA, $$$ msuk dalam bank dengan bahagianya, aku taklah, aku budak PTPTN je, so bila duit dah masuk destinasi utama yang difikirkan ialah SHOPPING MALL..untuk apa?  SHOPPING!!!

Jadinya isu lapuk yang aku nak mention kat sini ialah

perempuan betudung tetapi berpimpin tangan dengan pakwe dia (aku yakin diorang bukan suami isteri isteri, sebab nampak sangat muka2 budak masih belajar erti dunia..oops!)

perempuan bertudung tetapi memakai baju lengan pendek (aku tak faham apa kesalahnya sarung sweater ke, cardigan ke untuk cover lengan dan siku korang tuh..susah sgt ke?)

atas bawah dress up macam perempuan tetapi rupanya "nyah" (dari belakang mamang tip top wooh body, sekali pusing depan jelas "kelakiannya" eeiii..yukks)

lelaki dan pasangan "gay boy" nya (yang ni aku memang tak boleh terima, harap maaf)

perempuan dan fashion hijab (tak salah untuk berfashion walaupun berhijab, tetapi ada yang salah tafsir dan mencemarkan imej perempuan bertudung..maaf)

perempuan dan legging (sorry to say, even body size xxl pun nak pakai legging, sangat tidak sesuai yang menunjukkan "shape" anda...maaf)

perempuan dengan "chamwhoring" nya (tak salah nak ambil gambar untuk kenangan, tetapi kalau dah terlebih syok nak pose modelling bagai kat mall tampat ramai orang..emm tak sesuai bukan? {korang memang senagaja nak ambil penrhatian orang ea?} )

lelaki dan "mata meliornya" (aku tak suka species lelaki macam ni ea, mata macam ada scanner yang boleh scan kaum hawa luar dan dalam..huu..hate this guys!)

lelaki/perempuan dan rayban (kenapa dalam mall kena pakai rayban bagai, silau sangat ke lampu dalam mall tuh?


well..well..macam2 lagi sebenarnya yang kita boleh nampak kat mall ni, tak perlu aku tulis pun korang tau kan, sebab korang pun selalu pergi mall kan..kan..kan..

perempuan senang untuk mencari pahala sebenarnya, tetapi...perempuan di akhir zaman..well..aku pun taknak komen lebih...aku pun tidak sempurna

okeh cukuplah ya bab-bab isu lapuk ni...
saje nak tunjuk gambar kitorang try japanese food masa pergi times square semalam...

tapi...dah lupa lah apa nama makanan tuh..wohoo..tapi yang pasti ada bunyi sebutannya ramen  dan bento la




p/s: blog berubah rupa lagi..lagi banyak hijau woo..hehe

26 September 2011

Monday sickness?bukan Monday Blues ke???



Assalamualaikum
its Monday again..sigh...



simptom-simptom "Monday Sickness"

malas lagi berat hati nak pergi kuliah/kerja

mood down je


letih secara berlebihan ibarat baru lepas lari pusing 1 padang

mata berat je dalam kuliah

masa lambat betul berlalu

nak salin nota ikhlas tak ikhlas jelah

bermonolog dalam hati "bila nak abis kuliah/kerja ni?"

menguap dalam kadar10x per minit

LAGI?


angpa fikir la sendiri, kita semua merasai Monday sickness bukan? huu




here vid to freshen up ur mood....emmmm..maybe it works...MAYBE!



p/s: Monday Blues akan kembali semula minggu depan..MAYBE!

p/ss: aku suka garfield walaupun die kucing pemalas dan poyo..ehehe=p

21 September 2011

Wordless Wednesday #4: Study?



Free Pics View Photos Funny Pics

Rabu tanpa kata



p/s: letih..letih

19 September 2011

Monday Blues: Life is...




p/s: Monday blues kembali lagi..auto publish jelah jawabnye..too busy with study...sigh




p/ss: LIFE  as a final year student IS damn tired..

13 September 2011

21



Assalamualaikum

apa 21 ni?
birthday aku ke?
eh bukanlah..birthday aku bulan 12 nanti..
dah tu apa 21 ni?



ada masalah Trisomy 21 ke?
Trisomy 21, also known as Down Syndrome, is a genetic disorder that occurs when a person has 47 chromosomes instead of the 46 normal chromosomes. In a normal human cell there are 23 pairs of chromosomes that contain genetic information. In the case of Down Syndrome, chromosome 21 usually has a third copy. This third copy of chromosome 21 is whats responsible of most of the malformation in a human being. The malformation or birth defects range from body and brain development.


eh tak gak la, bukan pasal trisomy 21

dah tu apanya?
.
.
.
.
.
ni pasal 21 JAM KREDIT la!!!!
huuu T_T

sem 5, sem baharu di UPM
officially I AM FINAL YEAR BIOTECHNOLOGY STUDENT!!!

baru hari kedua bermulanya sem baharu, tapi tekanan sudah mula terasa, sebagai student final year, dah macam2 kena fikir, FYP la, nak arrange masa la, nak fokus itu ini lah..apa lagi aku budak pokok a.ka.a ambil modul PLANT untuk final year, so kebanyakan subjek memang kena dengan tumbuhan la kan. 

busy..busy..dan busy, itu jelah yang aku mampu tulis kat sini, korang pun tengok kan betapa pack nya jadual aku, betapa penatnya, ada 4 lab pula tuh, fikir lah time nak buat report lagi, nak buat tutorial untuk statistik lagi..adooyaaaiii..memang sem yang mencabar..siapa kata dah jadi final year student ni best? best time bila dah nak graduate jelah..hmmm

Ya Allah permudahkanlah urusanku di sini..insyallah


p/s: bila jadual dah packed ni, dah tak ada masalah aku nak pergi bersosial downtown..huhu..nak p tengok wayang pun dah susah kot..malas nak keluar weekend sebab mesti sesak gilosss! huu


p/ss: sepanjang cuti empat bulan kat rumah tak pernah pun aku demam. ni baru balik upm 4 hari aku dah kena serangan selsema dan batuk ke arah nak demam..sigh..kenapa ini semua harus berlaku?

09 September 2011

Persiapan kembali ke Universiti setelah cuti 4 bulan...(Bagi pelajar Ijazah sahaja)




Assalamualaikum, salam satu Malaysia dan salam lebaran

pejam celik pejam celik cuti semester hampir 4 bulan telah melabuhkan tirainya, secara rasmi bagi penuntut IPTA, minggu hadapan  merupakan permulaan semester baru..dah bersediakah untuk kembali ke universiti menghadap nota2 kuliah, melalui detik2 sukar untuk tidur malam dek kerana nak revise note untuk test pada keesokan harinya, dah ready nak tulis report yang berjela-jela panjangya itu? ready or not, u have to face it..yeah! it's u ! untuk degree student yang cuti 4 bulan jelah..hehe

jadi apa yang diperlukan untuk "menghadap" sem baru ni? mestilah kena buat persiapan kan..almaklumlah dah meninggalkan U masing2 agak lama..ye dak? maka dengan itu..cuba baca ni

1. cari balik luggage or beg2 bagasi korang yang dah lama korang simpan dok perok bawah katil ke, atas robok ke..dah kompem penuh dengan sesawang dan sebagainya kan..jadi, take ur time to clean it.

2. collect balik baju korang masa korang bawa balik masa awal2 cuti dulu, check baju mana yang nak di bawa semula, dan baju mana yang nak tinggal je kat rumah.

3. pastikan korang buat check list apa yang korang nak bawa balik ke U, contohnya, barang keperluan diri ke, beg n kasut baru ke..dan yang sama waktu denganya lah, as long tak membebankan diri sendiri dan orang lain.

4. bagi yang duduk menyewa dekat2 area U korang, make sure peralatan yang diperlukan ada, contohnya iron, heater, etc...(kunci rumah jangan di lupa pula ye)

5. jaga kesihatan diri, dengan cuaca yang tak menentu ni, kalau deman ke sakit ke dah susah pulak nak balik ke U semula. (pastikan ada stock ubat untuk di bawa balik bersama ke U..wajib ada, panadol, ubat batuk, ubat selesema n balm dan juga lain2 yang dirasakan perlu)

6. check keadaan laptop korang  n gadget2 yang lain..penting ni!, manelah tau tetiba laptop korang buat hal pulak nanti kan, dah susah nak start buat assignment nanti. (student ID jangan di lupa ye!)

7. persiapkan diri korang..maksudnya dari segi mental dan rohani..fizikal no 5 dah mention kan..kat sini aku nak mention mental dan rohani sebab, sudah pasti selepas cuti terlalu lama duduk kat rumah, mesti berat hati nak balik ke U semula kan, tapi nak tak nak pengajian harus diterukan, jadi korang pandai2 lah ye.. (sebaiknya, spend la masa yang ada bersama-sama keluarga, buat pengubat rindu bila dah balik U nanti)

8. check account bank korang, baik mereka yang buat loan atau dapat tajaan, bila tau duit dah bank in je, plan dulu apa nak guna dengan duit itu sewajarnya, dahulukan yuran pengajian, barulah fikir untuk kegunaan lain pulak okeh...(mostly untuk JPA student la, sebab korang kena bayar yuran sendiri kan? PTPTN student tak payah fikir banyak sebab automatically deducted untuk yuran pengajian.)

9. fikir transport untuk kembali ke U..bagi mereka2 yang naik bas macam aku ni kena beli tiket awal la, bukan apa takut sold out je..bagi yang berkereta tak ada masalah lah, bila2 je boleh jalan, tapi make sure kereta kena service dululah, kalau tak sia2 je berkampung kat highway nanti..ada faham?

10. last but not least, stock makanan kena ada..faham kan maksud aku..bagi seorang student, stock makanan ni memang penting untuk menampung perut yang kelaparan di bilik/dorm kalau malas nak pergi ke foodcourt membali makanan..hehe..memandangkan sekarang dalam mood raya, bawa jelah kuih2 raya n kerepek kat rumah korang tu, boleh buat stock makanan kat bilik kan..jimat duit sikit tak payah nak beli jajan kat kedai =p



p/s: agak lama aku tak update blog kan, mood malas datang macam tulah jadinya..hehe..selamat hari raya yang ke-11 to all.

p/ss: honestly, aku pun rasa berat hati je nak kembali ke UPM..emmm...sigh

29 August 2011

Kurang dari 24 jam lagi



Assalamualaikum

pejam celik, pejam celik, hari ini sudah masuk hari yang terakhir kita berpuasa di bulan ramadan, insyallah esok kita akan bersama-sama meraikan 1 syawal setelah hampir sebulan berpuasa.

macam mana persiapan raya korang? okeh ke? berapa pasang baju raya? rumah cat baru tak? kuih muih pulak, banyak buat ke main tunjuk je? hahaha~ itulah persoalan yang selalu ditanyakan menjelangnya 1 syawal.

tidak kurang juga dengan family aku, alhamdulilah, walaupun macam2 dugaan yang terjadi pada tahun ini, persiapan menyambut syawal hampir sempurna...baju raya aku? 2 pasang je..warna apa? cuba teka....mestilah hijau kan..hehe, 1 lagi warna coklat, tahun ini tema baju raya kami sekeluarga warna coklat. tak rancang pun, it just suddenly happened! ececeh..hihi

dah nak dekat raya ni, biasalah kan ucapan raya menduyun2..sekarang semua on9 je, penggunaan kad raya dah kurang dah, upload status kat FB then tagged je member2..senang bukan? jimat lagi..hehe..macam2 status yang boleh kita lihat bila menjelangnya syawal ni, ada yang memberi peringatan, ada yang sedih, gembira dan juga nasihat supaya berhati- hati semasa perjalanan balik ke kampung masing2..


whatever it takes, empunya blog pun nak wish jugaklah selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslim dan muslimat seantero dunia, semoga syawal kali ini kita mendapat keberkatan daripada-Nya, insyallah.





 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩ஜ۩ஜ۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩ஜ۩ஜ۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬





oopss! raya-raya jugak, hari kemerdekaan jangan dilupa ye..Merdeka!





p/s: kenapa aku ada dengar ura2 raya tunda hari rabu ek? katakan ini tidak bernar sama sekali..warrghh!!!

24 August 2011

Wordless Wednesday #3: Scorpion species baru?




p/s: lepas ni korang jangan tanya lagilah ke mana sudu garfu korang hilang..faham?

19 August 2011

Giler cool! Mesti baca!!!



Bismilahhirahmanirrahim

Assalamualaikum









Amacam? giler cool tak pak ustaz ni..ala2 ayat gopal dalam cerita boboy gituh..giler cool!!! cara yang sempoi nak sedarkan orang..haha..kredit kepada yang melukis kartun ni..aku pun tak tahu siapa..aku cuma tolong sebarkan je...


p/s: u rock la pak ustat *tetibe..hehe =p

p/ss: pak ustat speaking london tuh..haha~

17 August 2011

Wordless Wednesday #2: Sudahkah anda?




13 August 2011

Monday Blues: Anda kekasih yang macam mana? Kekasih biasa atau Kekasih sejati?



Assalamualaikum

Kekasih biasa selalu ingat senyum diwajahmu
  • Kekasih sejati juga mengingat wajahmu waktu sedih

Kekasih biasa akan membawamu makan makanan yang enak-enak
  • Kekasih sejati akan mempersiapkan makanan yang kamu suka

Kekasih biasa setiap detik selalu menunggu telefon dari kamu
  • Kekasih sejati setiap detik selalu teringat ingin menelefonmu

Kekasih biasa selalu mendoakan mu kebahagiaan
  • Kekasih sejati selalu berusaha memberimu kebahagiaan

Kekasih biasa mengharapkan kamu berubah demi dia
  • Kekasih sejati mengharapkan dia bisa berubah untuk kamu

Kekasih biasa paling marah kamu menelpon waktu dia tidur
  • Kekasih sejati akan menanyakan kenapa sekarang kamu baru telefon?

Kekasih biasa akan mencarimu untuk membahas kesulitanmu
  • Kekasih sejati akan mencarimu untuk memecahkan kesulitanmu

Kekasih biasa selalu bertanya mengapa kamu selalu membuatnya sedih?
  • Kekasih sejati akan selalu mnanyakan diri sendiri mengapa membuat kamu sedih?

Kekasih biasa selalu memikirkan penyebab perpisahan
  • Kekasih sejati memecahkan penyebab perpisahan

Kekasih biasa bisa melihat semua yang telah dia korbankan untukmu
  • Kekasih sejati bisa melihat semua yang telah kamu korbankan untuknya

Kekasih biasa berpikir bahwa pertengkaran adalah akhir dari segalanya
  • Kekasih sejati berpikir, jika tidak pernah bertengkar tidak bisa disebut cinta sejati

Kekasih biasa selalu ingin kamu disampingnya menemaninya selamanya
  • Kekasih sejati selalu berharap selamanya bisa disampingmu menemanimu

Kekasih biasa selalu berusaha menjanjikanmu yang selama ini kau impikan
  • Kekasih sejati akan berhati-hati dalam berjanji kerana dia tidak ingin kau kecewa

Kekasih biasa akan membahas semuanya denganmu
  • Kekasih sejati tidak ingin kau memikirkan apa-apa,dia sudah menyiapkan semuanya untukmu

Kekasih biasa akan merindukanmu ketika kau jauh
  • Kekasih sejati akan tetap merindukanmu bahkan ketika kau dekat dengannya...


p/s: aku prefer kekasih yang tak berapa nak biasa n kekasih yang tak berapa nak sejati..boleh?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...