31 December 2010

sayonara

malam ini malam terakhir tidur kat katil kesayangan aku ni, huu.. esok aku dah nak balik ke serdang semula untuk memulakan semesta yang ke empat. jujur memang aku akui berat untuk meninggalkan rumah ini dengan mak sekali, berat betul rasanya. tetapi perjuangan aku harus diteruskan..ceh..huu. semoga semuanya berjalan lancar. tiket aku pukul 12.30pm, insyallah sampai dalam pukul 4 gitu la, depends pada road n driver bas yang bawak 2 sama ada macam kura2 or arnab..hehe

hari ini juga hari terakhir dalam bulan 12 dan juga hari terakhir dalam tahun 2010 kan. macam2 aku dah lalui dalam tahun ini. ada yang manis ada yang pahit dan macam2 lagi la. dah berbaur2 perasaan yang aku lalui. yang paling terkilan sudah semestinya kehilangan orang yang tersayang. petang tadi sempat aku menjenguk pusara arwah abah sebelum aku balik ke upm esok.

Ya Allah semoga tahun 2011 kelak akan memberi sinar kebahagian untukku dan untuk semua orang yang kusayangi. amin.

p/s: happy new year..sayonara 2010. welcome 2011

5612--> selamat pengantin baru



dah2 packing laptop nak balik dah ni sok..bungkus semua...

0 146 pencinta hijau jua:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...