09 July 2010

Harumanmu masih kuhidu disaat ini...

sudah 2 bulan berlalu abah meninggalkan aku dan keluarga. kali ini, hari ini, pagi ini sekali lagi aku menjejakkan kaki ke kubur abah. kali pertama adalah pada waktu abah dikebumikan dan hari ini adalah hari ke dua aku ke sana. bukan aku tidak ingin menjenguk pusara abah, tetapi hati aku masih pilu atas pemergian abah. esok aku akan pulang ke serdang untuk menyambung sem 3 di UPM, sebab itulah aku mengunjungi pusara abah sebelum aku berangkat pergi. cuaca mendung dan gerimis halus kutempuhi juga asalkan aku dapat melihat pusara abah.
setibanya aku di sana, air mataku mengalir tanpa di pinta. hati aku dipanggut sayu dan sedih, lalu aku bersila di depan kubur abah dan aku ucapkan salam kepada abah seolah-olah abah ada di depanku dan dapat menjawap salamku. tangan kutadahkan lalu aku sedekahkan al-fatihah kepada abah. berbekalkan yassin di tangan, aku memulakan bacaan yasiin di depan kubur abah. terkadang semasa aku membaca yassin, air mataku mengalir dan pembacaanku sedikit terganggu. aku teruskan juga sehingga akhir..aku tak tahu sama ada ianya hanyalah perasaan aku ataupun benar, yang aku masih terhidu haruman abah masa abah dikafankan dulu. adakah hanya mainan perasaan atau ada gangguan??? aku pun tak tahu, tapi tatkala menghidu bauan itu, hatiku menjadi semakin sayu kerana aku terbaukan haruman abah, membuatkan riduku pada abah semakin menggunung.
selesai membaca yassin, sekali lagi aku sedekahkan al-fatihah untuk abah, dan aku berdoa pada Tuhan semoga ampunkan segala dosa-dosa abah dan tempatkan abah dalam kalangan orang yang beriman. selesai berdoa, air yang kubawa dari rumah, aku lalukan di atas pusara abah. aku masih di situ dan aku berbual- bual dengan abah. mungkin kedengaran agak gila, tapi hanya itu yang aku mampu lakukan. aku bercerita depan pusara abah mengenai perkembangan keluarga aku...aku cerita adik aku dah selamat masuk uitm dan aku nak balik ke kl esok. aku bercakap sendirian di depan kubur abah dan aku menangis lagi. air mata aku tak dapat dibendung pada saat itu..aku rindukan abah...aku cakap pada abah, supaya jangan risau, aku akan jaga emak dan keluarga baik-baik..itu janjiku
aku mengucapkan selamat jalan untuk abah dan aku berlalu pergi ke pusara abang-abangku pula. perkara yang sama aku lakukan sepertimana aku lakukan di pusara abah. aku bercerita tentang perkembangan aku dan keluarga. sesungguhnya aku amat merindukan abang-abangku dan abah. aku juga sempat berdoa supaya abang-abangku dapat berjumpa abah di alam sana.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau peliharalah kesejahteraan awah abah dan abang-abangku di alam sana, ampukanlah dosa-dosa mereka dan tempatkanlah mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman...amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...