06 May 2010

selamat jalan abah...

tanggal 05/05 mak aku dilahirkan di dunia ini..
tetapi tanggal 05/05/2010..abah meninggalkan dunia ini..
abah menghembuskan nafasnya sesudah magrib..
kami sangka abah hanya pengsan..tapi rupa-rupanya abah telah pergi untuk selamanya..
abah baru keluar wad semalamnya..
aku lihat abah dah boleh berjalan..
dan boleh makan..
sempat lagi bergurau dengan cucu-cucunya..
tapi kini tiada lagi usikan dari abah..
hati ini sayu dan menangis..

sebelum abah pergi..abah tidak menunjukkan perangai yang pelik..
cuma keadaan rumah kami yang pelik..
setiap kali kami ingin ke hospital melawat abah..
kami tutup semua pintu dan tingkap..
tetapi setiap kali kami pulang ke rumah..
ada dua tingkap yang terbuka selama dua hari berturut-turut..
aku menyangka kakak atau kakak iparku yang buka..
tapi rupa-rupanya tidak..
mungkin itulah petanda abah akan pergi..

pagi sebelum abah pergi..
abah panggil namaku..ketika itu aku sedang tidur..
mak mengejutkan aku..
abah tak mahu makan dan makan ubat..
tapi akhirnya bila kupujuk..abah makan juga ubat..
abah minta aku mencukur janggut dan misainya..
semasa aku baru mencukur janggut..
abah kata abah sudah ngantuk..mungkin kesan ubat..
jadi hanya janggut yang kucukur..tidak misainya..
aku memberi ruang untuk abah berehat..

tengah hari..abah tak mahu makan nasi lagi..
sekali lagi mak memanggil aku untuk memujuk abah..
kerana abah makan pujukan aku dan aku yang selalu melayan keperluan abah sejak kecil..
sampai tahap adik aku memanggilku macam mak orang..
mungkin ya mungkin tak..
sebab aku memang pandai melayan keperluan abah macam mak..
setelah kupujuk..abah makan sikit je..
nak makan ubat pun tak nak..
abah tidak membuka mata pun
aku ingat abah penat..tapi abah mengkin tahu abah dah nak pergi..
abah tak meninggalkan apa-apa pesanan pun pada kami..
kerana pada hari itu abah dah tak boleh bercakap..kerana sakit tekak..

selepas bagi abah makan ubat..aku pun keluar dari bilik..
biarkan abah berehat..
mak menemankan abah..
mak nak mandikan abah petang tu..
tapi sayangnya abah dah tak ada reaksi..
abagku juga tak larat nak angkat abah..
aku dan kakak memanggil jiran untuk bantuan..
bila dia sampai ke rumah..dia kata abah dah tak ada..

bayangkanlah perasaanku ini..
terus tanpa membuang masa aku call semua saudara dan abangku..
kasihan adikku yang di plkn tak dapat berjumpa abah..
kali terakhir berjumpa abah semasa abah dimasukkan ke wad seminggu yang lepas..

kami semua menagis kerana kehilangan abah..
jujur..aku tak bersedia untuk kehilangan abah..
semasa kedua-dua abangku meninggal dulu..
aku mengambil masa selama sepuluh tahun untuk menerimanya..
apatah lagi kini abahku..seorang ayah kepadaku dan adik beradik lain..

aku bersyukur ramai yang berkunjung ke rumah kami
untuk memberi penghormatan terakhir pada abah
abah memang dikenali ramai..sesak rumah dengan saudara mara dan jiran tetangga..
aku menjaga abah semalaman..
duduk di samping abah dan membacakan yassin untuk abah..
masih terngiang-ngiang suara abah di telingaku..
sambil membaca yassin..air mataku turut mengalir..
apakan dayaku untuk menahan lagi..
aku hanya wanita biasa yang rapuh..
dan aku seorang anak kepada seorang abah..

hari ini..
jiran tetangga datang untuk menguruskan jenazah abah..
dalam pukul sembilan abah dah siap dimandikan dan akan disembahyangkan..
dalam pukul 11 abah dah selamat disemadikan..
mak tak ikut ke kubur..kerana takut tak tahan..
aku tahu perasaan itu..
aku yang kehilangan abah sudah sayu..
aptah lagi isteri kehilangan suami..
mak kehilangan abah..
tak lengkap lagi keluarga kami..

ketika mencium abah untuk terakhir kalinya..
teringat aku di saat abah mencium dahiku dulu..
aku sangat sayangkan abah..
aku dah merindui abah..
air mataku mengalir disaat ini..
aku tak dapat menahan lagi..
orang di sekeliling hanya mampu memenangkan aku..

aku tahu aku tak boleh melawan qada dan qadar..
tapi aku masih perlu waktu untuk menerimanya..

ya Allah..kau tempatkanlah abahku dalam kalangan orang-orang yang beriman..
ampunilah dosa-dosanya..berilah rahmat dan perluaskan lah kubur abahku ya Allah..amin

abah..nani janji..selagi nani hidup di muka bumi ini..
nani tak akan pernah lupakan abah..
dan nani akan selalu mendoakan kesejahteraan abah di alam sana..
bersemadilah dengan aman di sana abah..

nani sayang dan rindu abah..
ampunkanlah nani kalau nani perbuat dosa dan menyakiti abah..
selamat jalan abah...

2 146 pencinta hijau jua:

charm09 said...

banyak2 sabar zu..hal2 mcm ni mmg berat untuk terima..yang pastinya setiap yang bermula pasti akan berakhir..salam takziah..Al-Fatihah

zu said...

terima kasih li..zu appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...