03 May 2010

oh abah!!!

melihat keadaan abah membuatkan aku menjadi sayu..
3 minggu yang lepas sebelum aku menduduki final examku..
aku masih boleh melihat abah makan, berjalan dan melakukan aktiviti harian seperti biasa
tapi kini..tatkala aku menjejakkan kaki ke rumah..
melihat abah terkulai layu dan tidak bermaya membuatkan aku sedih
patutlah sepanjang aku menjawap kertas peperiksaanku..
aku rasa ada sesuatu yang tidak kena..
mak juga tak memberitahuku pasal abah..
kerana tak mahu aku terganggu..

kini abah ditahan di wad untuk pemeriksaan yang lebih lanjut..
aku tahu umur abah dah menginjak ke 64 tahun..
tapi aku sentiasa berharap abah diberi umur yang panjang dan kesihatan yang baik..
begitu juga dengan makku..
di hospital tadi..ingin sahaja aku mengalirkan air mata
kerna aku tak tahan melihat keadaan abah yang begitu..
sayu hati aku mekihat abah..
lagi-lagi bila mak cerita padaku..
sebelum aku habis periksa dan balik ke johor..
abah menyeru-nyeru namaku untuk bertemu dengan aku..anaknya..

patutlah mak menelefonku menayakan bila aku akan balik ke johor..
aku tak mengesyaki apa-apa..
tapi itulah kenyataannya..
bila aku cakap aku akan balik pada hari jumaat..
abah senang hati menunggu kepulanganku..
aku sangat sedih mengenangkan itu..
tapi kutahan air mata ini daripada gugur di depan mak..

bagi mak..bila aku ada..
mak akn jadi lebih kuat dan berani..
sebab itulah aku tak boleh mengalirkan air mata di depan mak..
kalau aku tewas..mak pun akan tewas sekali..
sepanjang cuti sem ini..
mungkin akan kuhabiskan masa untuk menjaga abah sahaja..
memang aku bercadang untuk kerja sementara..
tapi tengoklah keadaan abah macam mana dulu..
abang-abangku semua kerja..
akakku duduk bersama-sama suaminya..
adikku pula menyertai plkn..
maka tinggal aku seoranglah yang boleh diharapkan untuk menjaga abah dan mak..

Ya Allah..jika boleh kuberikan jangka hayatku ini kepada kedua-dua orang tuaku..
kau berilah hayatku ini kepada mereka ya Allah..
kau panjangkan lah umur kedua-dua ibu bapaku..
dan berilah kesihatan yang baik kepada mereka ya Allah..
tak pernah kulupakan ini setiap kali aku berdoa kepadamu..
hal ini kerana, aku masih belum mampu untuk membalas jasa mereke terhadapnku ya Allah..
masih banyak yang ingin aku beri pada mak dan abah..
cuma aku tidak mampu lagi membalasnya ya Allah..
Ya Allah aku mohon dengan sangat..kau berilah kesejahteraan, rahmatmu dan kesihatan yang baik pada mak dan abahku ya Allah..aku mohon dengan sangat..amin...

0 146 pencinta hijau jua:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...