12 May 2010

lepas satu..satu hal jadi...

bukan niat untuk membuka pekung di dada..
hanya sekadar mencoret untuk melegakan tekanan di jiwa..
selepas pemergian abah ke alam sana..
banyak hal yang terjadi dalam keluarga aku..
aku sedih dengan keadaan begini..
mengapa hal ini berlaku setelah ketiadaan abah..
mungkin ini lebih baik..
jika abah masih hidup dan menyaksikan semua ini..
aku yakin abah pasti sedih dan berdukacita..
abah tenang dan damailah abah di sana..

hari ke-3 abah meninggalkan duni..
tahlil dijalankan seperti biasa..
keesokan harinya, abangku ditugaskan untuk menghantarkan makcikku pulang semula ke tempatnya..namun apalah nasib..terlibat dalam kemalangan jalanraya
mujurlah tak ada nyawa yang terancam..
semasa kejadian makcikku telefon mak dan memberitahu keadaan mereka..
mak naik sebak dibuatnya..
kenapa lepas satu..satu hal lagi terjadi..
kereta abangku disondol dari belakang oleh trak askar..
ape kesilapannya tak tahula..
tapi mereke bertanggungjawab untuk membayar segala kos untuk membaiki kereta..

nak dijadikan cerita..hari ketujuh tahlil abah..
orang benkel kereta dah siap dan boleh ambil di benkel..
tapi bila sampai sana,kereta tak siap lagi..
abangku tak sempat balik ke rumah untuk majlis tahlil
tapi mujurlah ada pakcik iparku yang datang sebelum maghrib dan mewakilkan keluarga kami untuk menjadi tuan rumah
waluaupun hari hujan..alhamdulilah masih ada orang yang sanggup datang untuk membaca tahlil untuk abah..
abangku pulang sesudah tahlil..kos membaiki kereta mencecah rm2200
kalaulah abangku yang salah..manalah nak cari duit untuk membaiki kereta di saat begini..

kusangkakan mendung telah berlalu..
namun rupa-rupanya tidak..
akakku pula yang buat hal..
entahlah ini masalah rumahtangga diorang..
kalau boleh aku pun tak nak masuk campur..
tapi yang aku geramnya bila membabitkan mak
mak dah cukup bersedih..akak boleh lagi tambah kesedihan mak..
itu yang aku geram tu..

aku pun tak tahulah apa nak jadi debgan keluargaku ini
sentiasa dilanda masalah
bilakah ini semua akan berakhir
aku pun tak tahu..
aku hanya boleh menunggu dan terus menunggu
aku sebenarnya dah penat menunggu
aku takut untuk menanti..
menanti sesuatu yang tak pasti adalah amat menyakitkan

Ya Allah kau lindungilah keluargaku ini..
kau limpahkanlah rahmatmu kepada keluargaku ini..
permudahkanlah urusan kami sekeluarag..
peliharalah iman kami sekeluarga Ya Allah..
semoga segalanya berjalan dengan baik dan lancar..
amin..

0 146 pencinta hijau jua:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...