31 December 2010

sayonara

malam ini malam terakhir tidur kat katil kesayangan aku ni, huu.. esok aku dah nak balik ke serdang semula untuk memulakan semesta yang ke empat. jujur memang aku akui berat untuk meninggalkan rumah ini dengan mak sekali, berat betul rasanya. tetapi perjuangan aku harus diteruskan..ceh..huu. semoga semuanya berjalan lancar. tiket aku pukul 12.30pm, insyallah sampai dalam pukul 4 gitu la, depends pada road n driver bas yang bawak 2 sama ada macam kura2 or arnab..hehe

hari ini juga hari terakhir dalam bulan 12 dan juga hari terakhir dalam tahun 2010 kan. macam2 aku dah lalui dalam tahun ini. ada yang manis ada yang pahit dan macam2 lagi la. dah berbaur2 perasaan yang aku lalui. yang paling terkilan sudah semestinya kehilangan orang yang tersayang. petang tadi sempat aku menjenguk pusara arwah abah sebelum aku balik ke upm esok.

Ya Allah semoga tahun 2011 kelak akan memberi sinar kebahagian untukku dan untuk semua orang yang kusayangi. amin.

p/s: happy new year..sayonara 2010. welcome 2011

5612--> selamat pengantin baru



dah2 packing laptop nak balik dah ni sok..bungkus semua...

02 December 2010

Happy Birthday To Me...


Happy birthday to me..

Happy birthday to me..

Happy birthday..happy birthday..happy birthday to me…fuuuhhh!

Hahaha~~..plessing je lebih..mana ada kek nak ditiup..huhu..hari ini tanggal 2.12.2010 adalah anniversary kelahiran aku yang ke 20 tahun..dah genap 20 tahun aku ni..cukup lagi satu tahun iaitu 21 tahun..dah boleh cari calon ni..hehe..



So, hari ini dimulakan macam biasalah..tak ada yang special sangat..yela dah besar kan..mana ada nak celebrate sangat ni..Cuma plannya hari ini berjalan jalan dengan kawan aku iaitu noranisza dan nursafwanah..kami bertiga menuju ke kluang menaiki kenari saf..hehe..(bila la aku nak ada kereta ek {padahal lessen pun tak ada lagi..huu}…).pergi ke pacific je..so motif utama nak tengok wayang..cerita yang kami tonton ialah ngankung..emm boleh tahan la cerita ni..kalau markah penuh lima..aku bagi 4 suku cukup kan..hehe..

Terima kasih sangat-sangat bagi kawan2 yang wish kat tagged, facebook n tak lupa juga melalui mesej and phone calls..semoga Allah merahmati kita semua..amin..

Tahun ni aku dapat hadiah jam dari kawan baru aku..sweet sangat, sebab warna jam 2 warna hijau memang warna favourite aku..thanks awak~~~ saya akan hargai pemberian awak ni..=)))



Lepas tengok wayang dah tentulah lapar kan..si saf and niza dah mengidam makan pizza hut..so pergi serang la pizza punya tempat..hehe..sekali order dekat rm50 dahh..huu dah la masing2 kering..p selera makan punya pasal..lenjan jela..haha~~

Sekali dah sampai hidangannya, apa lagi snap la apa yang patut..doa makan diketuai oleh saf walaupun pada asalnya niza yang kena baca..haha..saf dah tak tahan lapar sangat tuh..=p..sekali mula menjamah, aduhaiii..masin la pulak pizza nye..hoho..nak tak nak makan la juga..sayang woo kalau tak habiskan..membazir 2..membazirkan amalam syaitan..kan3?

p/s: Tapi kan yang pelik kan..lalat pun ada kat pizza hut ni..mengalahkan kat kedai tepi jalan pulak ek



lepas jalan2 cikit..apa lagi..berangkat pulang lah..walaupun ada apa yang dingini tak dapat dipenuhi..huu

to saf n niza: thanks guys for today

09 July 2010

Harumanmu masih kuhidu disaat ini...

sudah 2 bulan berlalu abah meninggalkan aku dan keluarga. kali ini, hari ini, pagi ini sekali lagi aku menjejakkan kaki ke kubur abah. kali pertama adalah pada waktu abah dikebumikan dan hari ini adalah hari ke dua aku ke sana. bukan aku tidak ingin menjenguk pusara abah, tetapi hati aku masih pilu atas pemergian abah. esok aku akan pulang ke serdang untuk menyambung sem 3 di UPM, sebab itulah aku mengunjungi pusara abah sebelum aku berangkat pergi. cuaca mendung dan gerimis halus kutempuhi juga asalkan aku dapat melihat pusara abah.
setibanya aku di sana, air mataku mengalir tanpa di pinta. hati aku dipanggut sayu dan sedih, lalu aku bersila di depan kubur abah dan aku ucapkan salam kepada abah seolah-olah abah ada di depanku dan dapat menjawap salamku. tangan kutadahkan lalu aku sedekahkan al-fatihah kepada abah. berbekalkan yassin di tangan, aku memulakan bacaan yasiin di depan kubur abah. terkadang semasa aku membaca yassin, air mataku mengalir dan pembacaanku sedikit terganggu. aku teruskan juga sehingga akhir..aku tak tahu sama ada ianya hanyalah perasaan aku ataupun benar, yang aku masih terhidu haruman abah masa abah dikafankan dulu. adakah hanya mainan perasaan atau ada gangguan??? aku pun tak tahu, tapi tatkala menghidu bauan itu, hatiku menjadi semakin sayu kerana aku terbaukan haruman abah, membuatkan riduku pada abah semakin menggunung.
selesai membaca yassin, sekali lagi aku sedekahkan al-fatihah untuk abah, dan aku berdoa pada Tuhan semoga ampunkan segala dosa-dosa abah dan tempatkan abah dalam kalangan orang yang beriman. selesai berdoa, air yang kubawa dari rumah, aku lalukan di atas pusara abah. aku masih di situ dan aku berbual- bual dengan abah. mungkin kedengaran agak gila, tapi hanya itu yang aku mampu lakukan. aku bercerita depan pusara abah mengenai perkembangan keluarga aku...aku cerita adik aku dah selamat masuk uitm dan aku nak balik ke kl esok. aku bercakap sendirian di depan kubur abah dan aku menangis lagi. air mata aku tak dapat dibendung pada saat itu..aku rindukan abah...aku cakap pada abah, supaya jangan risau, aku akan jaga emak dan keluarga baik-baik..itu janjiku
aku mengucapkan selamat jalan untuk abah dan aku berlalu pergi ke pusara abang-abangku pula. perkara yang sama aku lakukan sepertimana aku lakukan di pusara abah. aku bercerita tentang perkembangan aku dan keluarga. sesungguhnya aku amat merindukan abang-abangku dan abah. aku juga sempat berdoa supaya abang-abangku dapat berjumpa abah di alam sana.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau peliharalah kesejahteraan awah abah dan abang-abangku di alam sana, ampukanlah dosa-dosa mereka dan tempatkanlah mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman...amin

26 May 2010

happy birthday to you....abah

kalau abah masih ada
hari ini genaplah usia abah 64 tahun..
tapi sayangnya abah telah pergi sebelum ulangtahaun kelahiran abah
benarlah kata orang kan..
semakin dekat dengan hari lahir kita..
sebenarnya semakin dekatlah kita dengan hari kematian
abah dah pergi 21 hari yang lalu..
harap-harap tenanglah abah di sana..amin

kalau dulu aku pernah berharap abah akan hidup lama seperti arwah nenekku
nenek atau yang ku panggil embah dan wan boleh berhidup lebih 80 tahun di muka bumi ini
aku juga berharap abah dapat berhidup lama seperti nenekku
namun apakan daya
ajal telah menjemput abah pergi selamanya..

kini impianku untuk membalas jasa pada abah tak akan tercapai lagi..
kasihku..sayangku..kini hanya untuk emak...
mak..nani akan membalas segalanya pada mak atas segalanya yang mak dan abah curahkan pada nani sejak kecil lagi..
bila nani sudah mampu..nani akan memberikan segalanya yang mak mahu..
ini janji seorang anak kepada mak dan kepada diriku sendiri..
aku menunggu dan akan terus sabar menunggu hari itu..
masa..cepatlah berlalu...

12 May 2010

lepas satu..satu hal jadi...

bukan niat untuk membuka pekung di dada..
hanya sekadar mencoret untuk melegakan tekanan di jiwa..
selepas pemergian abah ke alam sana..
banyak hal yang terjadi dalam keluarga aku..
aku sedih dengan keadaan begini..
mengapa hal ini berlaku setelah ketiadaan abah..
mungkin ini lebih baik..
jika abah masih hidup dan menyaksikan semua ini..
aku yakin abah pasti sedih dan berdukacita..
abah tenang dan damailah abah di sana..

hari ke-3 abah meninggalkan duni..
tahlil dijalankan seperti biasa..
keesokan harinya, abangku ditugaskan untuk menghantarkan makcikku pulang semula ke tempatnya..namun apalah nasib..terlibat dalam kemalangan jalanraya
mujurlah tak ada nyawa yang terancam..
semasa kejadian makcikku telefon mak dan memberitahu keadaan mereka..
mak naik sebak dibuatnya..
kenapa lepas satu..satu hal lagi terjadi..
kereta abangku disondol dari belakang oleh trak askar..
ape kesilapannya tak tahula..
tapi mereke bertanggungjawab untuk membayar segala kos untuk membaiki kereta..

nak dijadikan cerita..hari ketujuh tahlil abah..
orang benkel kereta dah siap dan boleh ambil di benkel..
tapi bila sampai sana,kereta tak siap lagi..
abangku tak sempat balik ke rumah untuk majlis tahlil
tapi mujurlah ada pakcik iparku yang datang sebelum maghrib dan mewakilkan keluarga kami untuk menjadi tuan rumah
waluaupun hari hujan..alhamdulilah masih ada orang yang sanggup datang untuk membaca tahlil untuk abah..
abangku pulang sesudah tahlil..kos membaiki kereta mencecah rm2200
kalaulah abangku yang salah..manalah nak cari duit untuk membaiki kereta di saat begini..

kusangkakan mendung telah berlalu..
namun rupa-rupanya tidak..
akakku pula yang buat hal..
entahlah ini masalah rumahtangga diorang..
kalau boleh aku pun tak nak masuk campur..
tapi yang aku geramnya bila membabitkan mak
mak dah cukup bersedih..akak boleh lagi tambah kesedihan mak..
itu yang aku geram tu..

aku pun tak tahulah apa nak jadi debgan keluargaku ini
sentiasa dilanda masalah
bilakah ini semua akan berakhir
aku pun tak tahu..
aku hanya boleh menunggu dan terus menunggu
aku sebenarnya dah penat menunggu
aku takut untuk menanti..
menanti sesuatu yang tak pasti adalah amat menyakitkan

Ya Allah kau lindungilah keluargaku ini..
kau limpahkanlah rahmatmu kepada keluargaku ini..
permudahkanlah urusan kami sekeluarag..
peliharalah iman kami sekeluarga Ya Allah..
semoga segalanya berjalan dengan baik dan lancar..
amin..

06 May 2010

selamat jalan abah...

tanggal 05/05 mak aku dilahirkan di dunia ini..
tetapi tanggal 05/05/2010..abah meninggalkan dunia ini..
abah menghembuskan nafasnya sesudah magrib..
kami sangka abah hanya pengsan..tapi rupa-rupanya abah telah pergi untuk selamanya..
abah baru keluar wad semalamnya..
aku lihat abah dah boleh berjalan..
dan boleh makan..
sempat lagi bergurau dengan cucu-cucunya..
tapi kini tiada lagi usikan dari abah..
hati ini sayu dan menangis..

sebelum abah pergi..abah tidak menunjukkan perangai yang pelik..
cuma keadaan rumah kami yang pelik..
setiap kali kami ingin ke hospital melawat abah..
kami tutup semua pintu dan tingkap..
tetapi setiap kali kami pulang ke rumah..
ada dua tingkap yang terbuka selama dua hari berturut-turut..
aku menyangka kakak atau kakak iparku yang buka..
tapi rupa-rupanya tidak..
mungkin itulah petanda abah akan pergi..

pagi sebelum abah pergi..
abah panggil namaku..ketika itu aku sedang tidur..
mak mengejutkan aku..
abah tak mahu makan dan makan ubat..
tapi akhirnya bila kupujuk..abah makan juga ubat..
abah minta aku mencukur janggut dan misainya..
semasa aku baru mencukur janggut..
abah kata abah sudah ngantuk..mungkin kesan ubat..
jadi hanya janggut yang kucukur..tidak misainya..
aku memberi ruang untuk abah berehat..

tengah hari..abah tak mahu makan nasi lagi..
sekali lagi mak memanggil aku untuk memujuk abah..
kerana abah makan pujukan aku dan aku yang selalu melayan keperluan abah sejak kecil..
sampai tahap adik aku memanggilku macam mak orang..
mungkin ya mungkin tak..
sebab aku memang pandai melayan keperluan abah macam mak..
setelah kupujuk..abah makan sikit je..
nak makan ubat pun tak nak..
abah tidak membuka mata pun
aku ingat abah penat..tapi abah mengkin tahu abah dah nak pergi..
abah tak meninggalkan apa-apa pesanan pun pada kami..
kerana pada hari itu abah dah tak boleh bercakap..kerana sakit tekak..

selepas bagi abah makan ubat..aku pun keluar dari bilik..
biarkan abah berehat..
mak menemankan abah..
mak nak mandikan abah petang tu..
tapi sayangnya abah dah tak ada reaksi..
abagku juga tak larat nak angkat abah..
aku dan kakak memanggil jiran untuk bantuan..
bila dia sampai ke rumah..dia kata abah dah tak ada..

bayangkanlah perasaanku ini..
terus tanpa membuang masa aku call semua saudara dan abangku..
kasihan adikku yang di plkn tak dapat berjumpa abah..
kali terakhir berjumpa abah semasa abah dimasukkan ke wad seminggu yang lepas..

kami semua menagis kerana kehilangan abah..
jujur..aku tak bersedia untuk kehilangan abah..
semasa kedua-dua abangku meninggal dulu..
aku mengambil masa selama sepuluh tahun untuk menerimanya..
apatah lagi kini abahku..seorang ayah kepadaku dan adik beradik lain..

aku bersyukur ramai yang berkunjung ke rumah kami
untuk memberi penghormatan terakhir pada abah
abah memang dikenali ramai..sesak rumah dengan saudara mara dan jiran tetangga..
aku menjaga abah semalaman..
duduk di samping abah dan membacakan yassin untuk abah..
masih terngiang-ngiang suara abah di telingaku..
sambil membaca yassin..air mataku turut mengalir..
apakan dayaku untuk menahan lagi..
aku hanya wanita biasa yang rapuh..
dan aku seorang anak kepada seorang abah..

hari ini..
jiran tetangga datang untuk menguruskan jenazah abah..
dalam pukul sembilan abah dah siap dimandikan dan akan disembahyangkan..
dalam pukul 11 abah dah selamat disemadikan..
mak tak ikut ke kubur..kerana takut tak tahan..
aku tahu perasaan itu..
aku yang kehilangan abah sudah sayu..
aptah lagi isteri kehilangan suami..
mak kehilangan abah..
tak lengkap lagi keluarga kami..

ketika mencium abah untuk terakhir kalinya..
teringat aku di saat abah mencium dahiku dulu..
aku sangat sayangkan abah..
aku dah merindui abah..
air mataku mengalir disaat ini..
aku tak dapat menahan lagi..
orang di sekeliling hanya mampu memenangkan aku..

aku tahu aku tak boleh melawan qada dan qadar..
tapi aku masih perlu waktu untuk menerimanya..

ya Allah..kau tempatkanlah abahku dalam kalangan orang-orang yang beriman..
ampunilah dosa-dosanya..berilah rahmat dan perluaskan lah kubur abahku ya Allah..amin

abah..nani janji..selagi nani hidup di muka bumi ini..
nani tak akan pernah lupakan abah..
dan nani akan selalu mendoakan kesejahteraan abah di alam sana..
bersemadilah dengan aman di sana abah..

nani sayang dan rindu abah..
ampunkanlah nani kalau nani perbuat dosa dan menyakiti abah..
selamat jalan abah...

03 May 2010

oh abah!!!

melihat keadaan abah membuatkan aku menjadi sayu..
3 minggu yang lepas sebelum aku menduduki final examku..
aku masih boleh melihat abah makan, berjalan dan melakukan aktiviti harian seperti biasa
tapi kini..tatkala aku menjejakkan kaki ke rumah..
melihat abah terkulai layu dan tidak bermaya membuatkan aku sedih
patutlah sepanjang aku menjawap kertas peperiksaanku..
aku rasa ada sesuatu yang tidak kena..
mak juga tak memberitahuku pasal abah..
kerana tak mahu aku terganggu..

kini abah ditahan di wad untuk pemeriksaan yang lebih lanjut..
aku tahu umur abah dah menginjak ke 64 tahun..
tapi aku sentiasa berharap abah diberi umur yang panjang dan kesihatan yang baik..
begitu juga dengan makku..
di hospital tadi..ingin sahaja aku mengalirkan air mata
kerna aku tak tahan melihat keadaan abah yang begitu..
sayu hati aku mekihat abah..
lagi-lagi bila mak cerita padaku..
sebelum aku habis periksa dan balik ke johor..
abah menyeru-nyeru namaku untuk bertemu dengan aku..anaknya..

patutlah mak menelefonku menayakan bila aku akan balik ke johor..
aku tak mengesyaki apa-apa..
tapi itulah kenyataannya..
bila aku cakap aku akan balik pada hari jumaat..
abah senang hati menunggu kepulanganku..
aku sangat sedih mengenangkan itu..
tapi kutahan air mata ini daripada gugur di depan mak..

bagi mak..bila aku ada..
mak akn jadi lebih kuat dan berani..
sebab itulah aku tak boleh mengalirkan air mata di depan mak..
kalau aku tewas..mak pun akan tewas sekali..
sepanjang cuti sem ini..
mungkin akan kuhabiskan masa untuk menjaga abah sahaja..
memang aku bercadang untuk kerja sementara..
tapi tengoklah keadaan abah macam mana dulu..
abang-abangku semua kerja..
akakku duduk bersama-sama suaminya..
adikku pula menyertai plkn..
maka tinggal aku seoranglah yang boleh diharapkan untuk menjaga abah dan mak..

Ya Allah..jika boleh kuberikan jangka hayatku ini kepada kedua-dua orang tuaku..
kau berilah hayatku ini kepada mereka ya Allah..
kau panjangkan lah umur kedua-dua ibu bapaku..
dan berilah kesihatan yang baik kepada mereka ya Allah..
tak pernah kulupakan ini setiap kali aku berdoa kepadamu..
hal ini kerana, aku masih belum mampu untuk membalas jasa mereke terhadapnku ya Allah..
masih banyak yang ingin aku beri pada mak dan abah..
cuma aku tidak mampu lagi membalasnya ya Allah..
Ya Allah aku mohon dengan sangat..kau berilah kesejahteraan, rahmatmu dan kesihatan yang baik pada mak dan abahku ya Allah..aku mohon dengan sangat..amin...

18 January 2010

When a GIRL...

When a GIRL is quiet ...
millions of things are running in her mind.

When a GIRL is not arguing ... she is thinking deeply.

When a GIRL looks at u with eyes full of questions ...
she is wondering howlong you will be around.

When a GIRL answers ' I'm fine ' after a few seconds ...
she is not at allfine.

When a GIRL stares at you she is wondering why you are lying.

When a GIRL lays on your chest ..
she is wishing for you to be hers forever.

When a GIRL wants to see you everyday...
she wants to be pampered.

When a GIRL says ' I love you ' ..
she means it.

When a GIRL says ' I miss you ' ....
no one in this world can miss you more thanthat.

Life only comes around once make sure u spend it with the right person ....
Find a guy .. who calls you beautiful instead of hot.

who calls you back when you hang up on him.
who will stay awake just to watch you sleep.

Wait for the guy who ..... kisses your forehead.
Who wants to show you off to the world when you are in your sweats.

Who holds your hand in front of his friends.
Who is constantly reminding you of how much he cares about you and how lucky he is to have you.

Who turns to his friends and says, ' That's her!! '

01 January 2010

salam dariku...

manusia diciptakan berpasang-pasangan
cuma siapa, itu menjadi persoalannya
jodoh , pertemuan telah ditentukan sejak azali lagi
hanya masa akan menentukan bila dan di mana kita akan bertemu jodoh kita
kita tak perlu risau. kerana dia pasti ada untuk kita
itu yang dijanjikan oleh Tuhan yang maha esa
diri ini juga masih menunggu
siapakah yang bakal menjadi teman untuk aku sepanjang hidupku
diri ini pernah terluka dulu
aku menantikan seseorang yang akan membawa penawar
untuk mengubat luka dihatiku
mungkinkah dia ada dekat denganku
atau aku harus menunggunya untuk seribu tahun lagi
berilah aku petunjukmu wahai Tuhanku
semoga aku tidak akan terus menunggu dan menunggu
kepadamu aku berserah
dan padamu jua aku yakini
pasti ada dia untukku
berilah aku kebahagianmu
hanya itu pintaku

p/s: salam tahun baru!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...